Thursday, 5 May 2016

BioLchem

السلام عليكم

saja share. kelmarin belajar dna replication. tahu kan dalam DNA tu ada genetic information kita. ok kali ni belajar dtails baq hang tapi baru takde la details sgt pon aku rasa. dalam 20% jer.

tapi utk aku yang tak belajar biologi time CFS. memang tercengang2 blur2 laa ceghitanya time lecturer ajar. aku ingat semua orang tak blur2 macam aku. rupanya aku sorang je yang blur. sebab apa yang lecturer ajar,juz recap from cfs. haha. orang lain semua faham sebab bukan menda baru yang dorang belajar. tapi untuk aku,ianya benda baru. dan aku masih dalam proses nak hadam.

thats all. #prayformira

p/s: doakan aku boleh bawak subjek ni. aku tak tahu la bila bio bergabung dengan chem. macammmm... haha

Cara ajar anak SPEAKING

السلام عليكم

tak pernah speaking dengan anak anda? takot? grammar tunggang langgang? no no, itu bukan masalahnya(grammar,takot). masalahnya anda tak nak mula. bila nak mula? bukankah ibu ayah guru 1 anak..

jom ikuti tips ni.



1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam. - memang dah banyak lagu nasyid english version

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris dan sorang cakap melayu sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah. - hmm dua-dua parent tak cekap; susah mcam ni.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar. - cara mudah dan memang berkesan!

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak-anak anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain sumber untuk menagajar, contohnya YouTube.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan-permainan kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka. - kad imbas sekarang murah, buat sendiri pun boleh .

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik. - bantai je ... kadang-kadang orang sekeliling kita pun bukan reti sangat!

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

8. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun, tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

9. Rajin-rajinlah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka. - Saya selalu buat guna National Geographic.

10. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort. Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.

11. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

12. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

13. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain.

14. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang 
mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

15. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

16. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

17. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda. - Jadi rojaklah nanti agaknya .. tu ada slanga tu

18. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul-betul dan gunakan ayat yang betul grammar dia. - Ini mesti, banyak dah dok cakap kena cakap terus dan betul

18. Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

19. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kala kita ni tak sempurna. Atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

20. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat. Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

21.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. - Memang patut ada kamus sorang satu bawa kemana-mana

22. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut. - Ini basic parental pun banyak ajar cara dan kaedah macam ini.

semua info diatas diambil drpd: 
 CREDIT : SINI 
thank you for the briliant info. 

p/s: aku tak de anak,yela belom kawin kann. haha. tapi aku salute la dengan parents yang tak belajar tinggi2 smpai phd tapi mampu cakap bi dengan anak dorang. at least, NO,dont, please, lets go. pon dah ok . hihi. for my future husband,mantapkan bi awak yer. nanti kita speaking yer dgn anak. takkan nak speaking arabic plak. abes ajaran sesat plak nanti aku cakap. haha. lolz.. 

Wednesday, 4 May 2016

Mood Republik Kuantan,best ke?

السلام عليكم

MOOD REPUBLIK

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai sudah MR Kuantan. This is my first time buat part time kat sini. Haha. Best giler siot. Haha.
Ramai la mber Tanya macam mana kerja? Best tak? Dan paling common question is BERAPA GAJI??? Haha mesti nak tahu kannn. Ade laa,jom kerja sama2 puasa ni nanti baru aku bagitahuu. haha.

kat sini aku nak share perasaan aku sepanjang event ni. ni first time,so sorry la kalu ayat cam jakun makun sikit. biasa laaa kann. nanti second time da tak semangat camni kott. hah


Walaupon ni first time aku ke mood republic tapi aku rasa mood republic Kuantan ni tak seumphh kat tempat lain walaupon pengunjung ramai. Sebab tak sepack sardine haha.

Ok nak story kisah best. Alkisah booth aku ni depan booth woman clothing yang famos. Teka la la sme de bella ammara ke, jubahsouq ke,hijriahome ke,calaqisya ke,rayyan haya or etc. haha. Nk dijadikan cerita booth depan aku ni, susunan pakaian tu betul2 menghadap booth aku. Dan yang lawaknya ada sorang part timer ni,dia berdiri betul2 depan aku time shift dia(4pm-12am). So aku plak kena berdiri kat depan booth aku which is betul2 depan dia. So u knowww.. emmm. Haha. Bila xde orang. Xde pemisah antara kami. Aku pandang dia,dia pandang aku. Muahaha. Malu siot. Aku rasa cam,weh aku nak blah dari sini. Yang paling tak leh bla,dia uia gak. Aku camm what the fish. Aku perasan la dia beberapa kali pandang aku. Ok I admit aku pon pandang dia. Haha sebab takde tempat lain nak pandang. I donno why u look at me. Hopefully fikiran kau bersih. Jgn pndg aku lama2 sebab aku tak lawa cam mira filzah. Haha. Serious weh situasi ni buat aku rasa awkward. Ok itu jer,aku nak cerita lelebih karang takot korang meluat n pk aku gedik ke ape kan. So sampai situ je la aku cerita. Btw part timer tu laki muahahah. Sanggup dia keja kat booth perempuan,dah la badan sado muahahaha. Lolz.

Alhamdulillah sepanjang aku jaga booth ni, aku rasa aku prefer kalau bos aku takde. Serious weh bila bos ada,aku jadi fake kejap. Bukannya nak cakap bila bos takde aku curi tulang. No. tapii, ye lah. Bila takde cust,duduk la kan. Takkan nak berdiri jer. Dah la kerja 8am-12am. Takkan 16jam kena berdiri. So bila bos takde,cust pon takde,aku akan duduk. Tapi bila bos ada,and cust takde,takkan aku nak duduk. Kang bos cakap aku ni pemalas plak. Masalahnya suara aku skrg dah la tak berapa kuat,means bukan jenis suara speaker. So no point aku approach orang sebab orang takleh dengar suara aku sebab suara pa sistem lagi kuat. tapi aku end  up dengan duduk bila takde cust. Tp bila ada cust,aku berdiri la balik. Haha.

Oh ye,kan tadi aku cakap depan booth aku ni booth famos kan, pergh tergugat nafsu aku weh tengok offer dorang. Beli 2 rm100. Normal rm160 utk 2. Beli 7 helai shawl rm100, wehh aku taaa kuadddd. Nak nangis rasa dengar orang buat happy hour kaw2. Even booth yang aku jaga pon, daripada rm160 jadi rm100. Memang rugi ah sapa tak beli. Sebab normal price rm200++.
 Siapa tak tergugat nafsu. Memikirkan aku kerja ni utk gain duit poket. So terpaksalah simpan nafsu tu kejap. Tapi mak aku cakap tak salah pon nak guna duit gaji tu utk beli,kira cam self reward gituu. Tapi this is not the time. Aku rasa cam membazir je aku beli sebab pakaian dah berlambak. Aicewahh tu ayat poyo jer. Perempuan weh,kuasa membeli dia tinggi,even dah ada serratus helai tudung, still nak beli. Sebab nafsu. Yes, ayat mesra sikit is keinginan. Haha. Kena simpan utk shopping time kl fes nt. Masa tu baru boleh shopping sakann.

Overall memang aku happy kerja kat mood republic ni. Walaupon orang lain balik rumah,aku and kawan2 aku kerja. Ini pengalamn yang sangat berharga. Ceh berharga la sangat.

Oh ye,bos aku offer utk kerja kat kl fest puasa ni,ada yang nak kerja sekali ngan aku tak??  Syarat kerja senang jer, rajin,tak mengeluh, kental fizikal dan mental. Tak de sakit tulang belakang sbab kena brdiri lama. Gaji inshaallah berbaloi. Prefer perempuan la. Senang nak sembang. Laki pon boleh.

Nak tambah sikit, Alhamdulillah aku jumpa beberapa orang senior wal junior wal member maarif dulu2. Serious weh rasa nak peluk nak lepak nak macam2 ah ngan korang. Tapi masa tak mengizinkan. Ada yang sempat cuit camtu jer. Sorry koranggg. Tapii.. serious happy sangat2 dapat jumpa korang balik. Lama giler kott tak jumpa.



Ok la itu jer. Tak tahu nak tulis apa. Nak tengok pic ke? Ok la nanti aku share ye. Pic ada kat fon lagi. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...