Sunday, 23 January 2011

kisah benaran lorr


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,
sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini
merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak,
ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam
lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok,
pasti ada jugak yang busuk.
Sebenarnya kehidupan
adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di
Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi
abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin.
Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah
mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak
abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari,
semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah
diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan
khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh
sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang
lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan.
Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan
mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak
lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah
lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan
si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah
kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di
saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan
pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah
lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang
mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk
persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik
perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si
abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda
dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang
haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja
terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu.
Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka
sangat ikut perasaan.”
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik
jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua
pendatang haram tersebut.
“Ini resolusi kami. Jangan
rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba
hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun
berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan
itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.
Tentang
si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan
bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
“Hoi
monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati
kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang
mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi
si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda
ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua,
dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan
muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan
semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya
tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan
kami.”
“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”
Tetapi
mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan
harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka
semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada
lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul
mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar
itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya
kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat
maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner
“Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan
harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu
tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan
banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan
terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”…
adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk
menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq.
+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah
+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^