SHOPPING BUKU DISINI

Friday, 23 December 2011

berpindah ke word press sebelum terlambat!!!!!!!!!!!!




Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman kat semua blogger yang ada keinginan berpindah ke wordpress (wp) tapi seringkali bagi alasan “nanti-nantilah dulu, aku tak puas lagi explore blogspot ni”. Semoga dengan entri ni korang akan bertukar fikiran, lebih baik pindah ke WordPress cepat sebelum terlambat!
1. Kesan Buruk pada Google Friend Connect (GFC)
Tau apa itu GFC? Kalau pengguna blogspot mesti dah familiar dengan GFC ni. GFC ni dengan kata lain adalah “follower” yang follow blog korang. Walaupun bilangan follower tidak menunjukkan bahawa blog korang itu cukup bagus, tetapi bilangan follower yang ramai MUNGKIN akan menyumbang sedikit trafik kepada blog. Setiap kali korang update blog, mereka akan dapat melihat update tersebut dari dashboard blogger.
Apa jadi kalau follower dah 1000, kemudian baru korang nak pindah ke wordpress? Bilangan “1000″ tersebut hanya akan jadi angka semata-mata, kerana follower tersebut tidak akan lagi mendapat notification di dashboard mereka sekiranya anda update blog kerana default url feed untuk blogspot dan wordpress adalah berbeza:
Url feed untuk blogspot - domain/feeds/posts/summary
Url feed untuk wordpress – domain/feed/
2. Kesan buruk pada SEO: Banyak broken link (404)
Seperti yang kita tau, permalink untuk setiap entry blogspot adalah seperti
berikut:
http://domain/tahun/bulan/tajukentry.html
Setelah berpindah ke wordpress, blogger selalunya akan memilih untuk menggunakan permalink yang lebih ringkas kerana ianya mempunyai kelebihan dari segi SEO. Contoh permalink yang selalu digunakan:
http://domain/tajukentry/
Jadi pertukaran permalink tersebut akan menyebabkan banyak link broken. Bayangkan kalau anda sudah mempunyai 500 entry, berapa banyak link broken yang akan ada? Nak taknak, kena lah jugak delete broken link tersebut ONE BY ONE melalui applikasi ”Google Webmaster Tools” . Tak ke leceh tu? hehe
3. Kesukaran teknikal: Mengimport entry-entry lama
Kesukaran ini mungkin terjadi kalau database blogspot korang dah terlampau besar (mungkin entry dah sampai seribu haha). Bila fail yang diimport terlampau besar, mulalah susah, nak kena pecah2kan fail lagi untuk import entry-entry di blogspot ke wordpress. Cuba bayangkan kalau anda baru ada 50 entry, senang je nak eksport ke wordpress.
Testimoni dari SyazwanSarawak
Syazwan ni antara blogger yang terbaru berpindah ke wordpress, lebih kurang minggu lepas. Jom baca testimoni yang dambil dari entry Migration to Blogspot ke WordPress:
Memang aku tersenyum kegirangan sebab dapat juga merasa apa yang kebanyakan blogger rasa. Sebelum ni, aku gunakan Blogspot, ramai yang tak boleh masuk sebenarnya. Pageview 100+ sehari selama 2 bulan bukanlah motivasi terbaik bagiku. Dengan itu, aku bersyukur aku telah mengambil tindakan bijak seperti bro Mohd Isa kata kat aku. Heheh
Kita pun tak perlu risau kalau ada sesiapa nak menuntut hak blog ataupun delete blog kita sebab bila dah menggunakan WordPress, keseluruhan blog adalah milik kita...hee
tunggu apa lagi????
buat blogger sekalian????
err...aku tak tahu la nak pindah ke tak!!!
wordpress

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...