Sunday, 26 February 2012

awak...hmm

intro

bila saya tengok awak
saya takut nak kenal awak
bila saya kenal awak
saya takut nak sayang awak
bila saya sayang awak
saya takut nak cintakan awak
bila saya cintakan awak
saya takut nak tinggalkan awak
bila saya tinggalkan awak
semua kenangan awak saya simpan dalam hati...
hanya awak dan saya sahaja yang mrngetahui
dan Allah yang maha Mengetahui





kadang2 awak selalu kata yang awak akan tunggu saya sampai awak terima saya
bila saya terima awak
awak biarkan diri saya tertanya2 adakah awak ikhlas bersama saya
tpi bila saya nak tanya awak
semua tuh x terluah
saya simpan je dan berharap semoga Allah memberi penyelesaian atas hubungan kita
bila awak katakan awak cintakan saya..
saya terkedu adakah awak bercakap jujur
tapi bila saya katakan bahawa saya sudah jatuh cinta dengan awak
awak cakap yang awak main2 je hari tu
bila awak layan saya lebih darpada seorang kawan
saya harap yang awak sudi terima saya
tapi bila awak dah tengok kelemahan saya
awak tinggalkan saya


saya bukan manusia sempurna
saya juga punya kelemahan
banyak mana jua kekurangan pada diri awak
saya terima dengan seikhlas mungkin
mungkin dari cara saya awk nmpak mcm saya x serius dengan awak
tapi bila saya dengar kawan2 saya cerita bukan2 mcm awak
saya mampu menggelengkan kepala
saya harap semua yang dorang katakan tu tak benar
saya lebih mempercayai awak

bila kita dah tak sehaluan
bila awak dah mula ckp yang saya da banyak berubah
walau sejuta kali saya menafikannya
saya tahu awak mesti akan cakap mende yang sama
maaf,saya manusia yang punya hati dan perasaan
saya seorang wanita yang emosinya tidak setiap masa stabil
kadang2 emo terlebih ,almaklumlah kadang2 Allah bagi cuti
so awak perlulah memahami saya
sepertimana saya cuba utk memahami awak
k la tata



p/s: sori aku merapu2....saje2...jangan amik hati...aku x tuju kat sapa2..masa nih  ngah heart broken..haha

kembar

assalamualaikum

tadi amira search google

tengok doodles

eh2 ade doodles ni pic dia macam mira yang telah dikartoonkan laahhh

x caya???

tengok laahhh


tengok betul2...

ade iras2 kan???
kan3???
sspe y kenal mira tu dia taw la kot

hah mira nak tunjuk pic mira yang serupa ng yang kartun ni tp x de

coz mira x lipat tudung cam dia...
hehe

psni nak lipat tudung cam kartoon ni laa plak...hehe..

tomeiiii kannnnn????
anyway,mira lagi tomeiiii...haha x de laa,gurau2 jep...

tata



Saturday, 25 February 2012

anis chocolate moist cake!!

assalamualaikum

waaahhhhhhh

hari ni mira nak promote kek coklatttt

boleh kan kak anisss????

hehe...

ok2

first skali..kne la introduce syarikat kek ni dulu....

nama diberi ANIS CHOCOLATE MOIST CAKE...

ok2,ape yang special sangat dengan kek ni hah???

ok2 mira taw korang memang pakar buat kek...

tp bukan slalu pon buat..

sejujurnya kat sini mira x reti nak buat kek coklat!!!!

mira reti MAKAN jep..

hehe...

so sspe y berminat nak jdikan mira calon bini tu,mira gtaw awal2 k..

tp insyaAllah kalau ada masa ,mira akan try belajar jugak buat kek coklat tuh

ok2 sambung ceritaaaaaaaa....





ok2,da nampak lom????

yang tuh kek saiz sederhana...

yang besar 1 kg...

kek ni kannnnnn
sangatttt moisttttttt

harganya pon berpatutannnnn...

kalau beli kat luar rm 10...
klu beli terus dari kedai rm 8
kalau hari jumaat
beli 3 rm 20 jep...
murahkan???

kek dia sangattttt sedappppppp
huhu

kalau yang kecik ckit




ok2,yang kat atas ni yang kecik
kalau beli kat luar rm 4 rsenyer

klu beli terus kat kedai rm 2..

tapi yang ni kne order dlu minimum 20 ...
sedaapppppppp

n sekarang mira tlg promote kan

xpe kannn???


ala,orang islam lah yang buat..
namanya SOPHIANIS..

tapi kek ni ader kat area shah alam n klang jep

so kalau2 orang kuantan nak rasa kek ni

hmm,datang la umah mira

ye laa mira taw la kat pahang ade y lagi sedappp

nak buat mcm mne kan??

kek ni seriously sedapppppp

sekali rasa pasti datang lagi???????

ada brannnn?????

ada apa2 soalan boleh tanya...

^___^





terjatuh!!!!!


assalamualaikum warahmatullah

mira ader cerita sedih

cerita ni da hampir seminggu dah berlaku

saja nak inform kat korang

ingat tak pasal 'sweet heart' mira tuh??

hah,hari tu kan

masa kat musolla

dia main2 kat tangga

pastu ade sorang hamba Allah ni amik dia n bawak p naik p tingkat atas

mra ternmpk dia mse mra na amik wudhuk

so x kan nak pegang plak
tkut kotor so mra tengok je la

then
time mra ngah bce al-Quran
sementara menunggu maghrib


ttbe semua orang berkerumun kat luar
mra wat dek jep
pastu mra de dengar org ckp sal kucing...

mra terus terpk,mne de kucing lain dah selain AE...
so mra habiskan bacaan dan terus g ziarah
then

mra tnye la org2 y ade kat situ
dorang kata'dia terjatuh dari tingkat atas sampai keluar taik!!'
muler2 rse cm na gelak

tp ku tahan..ecehhh
kesiannnnnnnnnnnyerrrrrrrrrrrrr
dia terbaring lesu
hmmm'

malam pas isyak
mra teman dia sampai kol 11...
lama X??
HEHE


k la
ade kerja
tata












Saturday, 18 February 2012

siapa kata merokok bahaya???

assalamualaikum

sapa kata merokok 2 membahayakan ??

hmm,betolla tuh...
huhu

hari tu aku tertarik ng 1 banner nih...

dia tulis...

TOK SEY MEROKOK. HARAM DISISI ISLAM...

aku x taw la org y baca tu kalau dia merokok masih x de keinsafan lagi

mungkin belum dapat hidayah

lagipon siapalah kita untuk menghalang dia...

kita hanya mampu berdoa...

insyaallah terbukak hatinya....

hah,taw x kelebihan yang diberi pada org y tegar merokokk ni berbanding ore y x merokok

antaranya rambut dorang x kan beruban,insyaAllah

taw x kenapa???

sebab

huhu
tekalaahh

hehe,sebab x sampai umur 40 da meninggal coz sakit paru2 n ntah2 ape2 lagi disebabkan rokok...
kirer trer ahh coz rambut korang x beruban
hehe

n sebanarnya para manusia yang merokok ni mengikut budaya sesuatu kaum...

huhu taw x sabda nabi berkaitan hal ini...

barang siapa yang mengikuti sesuatu kaum maka dia tergolong dalam kaum tersbut...

ni ade pic yang tersangatlah seksi bagi aku...

korang pernah dengar takk ayat manis dari boyfriend or pakwe2 korang ...'BELAH LAH DADAKU..

yess,aku dah dapat....
kih3..telah siap dibelah pon utk membuktikan cintaku pada rokok!!





ok2,agak2 korang laa...

apa komen korang kalau tengok dada bf korang tuh macam gni...

guane nih???
xkan nak jadi janda berhias kot

mesti takk nakkan ???

huhu....

lu pk la sendiri kay...

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?
Sebabnya :
Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!
SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...
Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda ......

tata















rapuh....



jom hayati..hehe...
aku ske lagu nih..^__^

jatuh cinta lagi....




huhu

taraa...

sebelum tu... assalamualaikum...

mesti korang tertanya2 kan aku dah jatuh cinta dengan saper???

hmm,muler2 rse cam na simpan sorang2 jep perasaan ni

tp ble pk2 blik,baik aku share jep..x salah pon

n thennn

nak tahu kee???

siapa kekasih hatiku ????

boleh2...

nt korang scrolll laa bawahh2 sikit kay..


ok2 aku criter la sikit mcm mne aku leh jatuh cinta kat dia

first sebab dia slalu tunggu aku kat depan dorm aku(perasan)...
aku ske peluk2 diaa..sweet sangatttt

then kalau kat skolah

mak dye bawak dia masuk kelas kelas aku
n aku riba diaaa
besttttnyerrrr
dye manje sangat222

kawan2 aku pon ske sgt2 kat dia

tp aku x berani na cium dia
hehe
ari tu dah kena
haha

then start tu laaa
biler x jmpe dia

aku rasa rindu sangat2....

oh ye,aku de bagi nama kat dia

muler2 pk na bagi nama SAYANG...
tapi mak dia marah
mak dia pandang slek jep kat aku(gurau)..

las2 aku bagi nama dia AE....

nama kura2 aku y da innalillah...

hehe

sebagai bukti nyep aku da wat tag nama aku dan dia...
kih3

pic yang aku maksudkan tu ade kat bawah pic keychain ...

mse tu dye ngah duduk atas riba aku

rindu diaaa sangattt....
hope dia pandai jaga diri yup...hehe










taraaa..
tomeiiiiiii
...
kih3....

sempena hari kucing seduniaaaa!!!!!
tata

Tuesday, 7 February 2012

awak suka saya tak???

assalamualaikum..

(post ni khusus utk penggemar novel)

‎(SEDUTAN NOVEL) AWAK SUKA SAYA TAK? - Melur Jelita Novel ini mendapat perhatian Rancangan Nasi Lemak Kopi O, Tv9. Penulis telah ditemuramah dalam segmen sinopsis. Sedutan bab 27 "AWAK SUKA SAYA TAK? Lebih sopan....lebih manis....untuk kita yang belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap I Love You." ------------------------------------- 

Sedutan Bab 46 "Don't you ever disobey me! Jangan cabar I. You belum kenal I siapa! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!." ----------------------------------------- 

bab 32- Hilman mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya, sebentuk cincin. " Cuba sarungkan…" Aku ambil dan masukkan ke jari, muat. " Cincin apa ini?" " Cincin tunang kita." Aku hampir tercekik. ‘ Hilman………mana boleh macam ini? Mak ayah saya tak tahu lagi. Ini cara barat. Saya kurang setuju." Hilman selamba je, sibuk memecahkan telur ke dalam mangkuk. " Itu cincin tanda. Bagi saya macam tunang la. Tanda yang awak sudah saya ikat. Yang lain – lain tu adat je. Yang ini antara kita berdua. Pasal mak ayah awak, jangan risau. Nanti saya uruskan. Satu – satu . Banyak sangat hal dan masalah yang berlaku." Lega….. Aku menghirup teh o panas perlahan – lahan. Hilman tersenyum , " Jangan risau…saya akan uruskan segalanya. Saya nak awak minta cuti setahun dari pihak universiti selepas kita kahwin. Nak honeymoon selama setahun." Aku hampir tersemburrrrrrrr. " Honeymoon setahun? Honeymoon apa tu? " Hilman memandang aku pelik, " Tak cukup ke setahun? Kalau macam tu hari – hari la kita honeymoon……." Aku dah tercekik, tersembur dan terbatuk – batuk. Cepat – cepat aku tutup mulut dengan napkin. Tolong! -----------------------------------------------

 Sedutan Bab 35 " Awak suka saya tak? Saya hanya mendengarnya sekali ketika di Masjid Wilayah dulu ..itu pun awak tarik balik." " Saya tak pernah? " " Ya…tak pernah. Hanya saya …kadang – kadang rasa malu, seperti bertepuk sebelah tangan. Walaupun hidung saya mancung, tetapi tak best pipi tersorong – sorong. Nasib baik, instinct saya kuat…Saya tahu awak suka saya dari mula kita bertemu di KLCC…kemudian perasaan itu semakin subur dan berkembang walau awak cuba menahannya…menafikannya." Alamak! Hilman nak dengar ungkapan cinta dari mulut aku pula? Ini yang aku lemah ni. Kalau bab bergaduh berperang boleh la. Hilman masih menanti. Aku segan…lebih – lebih lagi mak ada. Walau pun mak sibuk dengan hal dia…tetapi aku rasa tak sedap pula…rasa macam gatal dan tak hormat orang tua. " Intan…I’m waiting. Masa berjalan…" " Saya tak pernah ya?" Aku ulang lagi. Hilman menggelengkan kepalanya. " Bukan dah pernah?" Geleng lagi. " Sekali pun tak pernah?" Geleng juga. Nampaknya Hilman tak mahu berkompromi. Aku menarik nafas panjang, " Nanti saya cakap bila tiba masanya." ‘ Inilah masanya." Beratnya mulut…..aku berbisik. " Saya suka awak." " Sorry……" Aku kuatkan sedikit suara tetapi tetap berhati – hati, malu kalau mak dengar. " Saya suka awak.’ " Itu saja? " " Saya suka awak. Kagum dengan awak. Lelaki pertama dan terakhir ….." Teruknya ayat aku..langsung tak boleh pakai. Kalau mengurat kuda, kuda pun lari. --------------------------------------

 Sedutan bab 38 Amber merenung aku sinis, " Who said I tak dapat lelaki itu? You should pity yourself..dapat sisa I." " Bayangnya pun you tak dapat..sisa konon." Amber gelak..sebiji macam tukang sihir dengan batang penyapu, " Well..tak sangka…nampak macam tertutup tetapi berbaloikah bertikam lidah kerana seorang Damien….yang terkenal dengan playboynya? " " Ermm…I tak bertikam lidah, cuma melayan salakan seekor anjing cacat yang confused gendernya ." Amber berdiri, "Well…I knew every inch of Damien. Di mana tahi lalatnya..di mana parutnya. I yang putuskan hubungan dengan dia. Bukan dia yang tinggalkan I. You’re just lucky…you dapat dia because I dumped him… " Amber melangkah pergi dengan bersahaja, " Amber darling…" Aku memanggilnya, dia menoleh. " Damien darling beritahu saya dia tinggalkan awak sebab awak ada satu tahi lalat yang besar di sebelah kiri punggung awak…sebesar ibu jari, dah la hitam , berbulu pula. Dia geli. " Aku mereka! Amber berlalu pergi dengan pantas. Jahatnya mulut aku! Habislah Hilman kena sembur dengan Amber! Ha ha ha ha ha ------------------------- Sinopsis : Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan. Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan. Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah… " Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong " Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong " Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya."

 Intan Zulaikha Judul : Awak Suka Saya Tak? Penulis : Melur Jelita Penerbit : KaryaSeni Semenanjung : RM35 Sabah / Sarawak :RM38 Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller POPULAR, 2 Minggu Berturut-turut. Novel ini juga berjaya menarik rancangan nasi lemak kopi O dalam segmen SINOPSIS. Minggu Ini Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, 2 Minggu Berturut-turut berikutnya


sumber fb..


kalau banyak duit,beli laa novel dia...
cover dia..

cover utk bacaan online

utk bacaan buku




taraaa......
kalau rajin
nak baca kat internet pon bolehhh
senang je nak cari..
x yah cari pon x pe..mira tolong carikan..haha
free...hehe
yang tu utk 3 episod pertama je...nak tahu episod2 akan datang...
JALAN2 JE KAT SINI..
(susunan dye dari bawah ke atas)..

klik kat 'teruskan bacaan' utk episod yang korang nak baca tu....

kalau sudi baca lah..kalau x nk pon x pe..

SELAMAT MEMBACA,,JANGAN LUPA AMIK INPUT YANG INGIN DISAMPAIKAN..

Monday, 6 February 2012

Evolusi - AlFarabi Band Draft Cut 1.mov





sebarkan dakwah through rock

role of the circulatory in body defence mechanism..

taw x maksudnya???

lalala,x ya translet panjang2..

mksud dye sistem pertahanan badan...

sje na share sal ni...

budak biology blajar ah bab ni...

budak sastera aku x pasti blajar ke x dlm sains....

kalau belajar alhamdulillah,,
kiter bce sme2 yukk

x susah...

aku speaking boleh x??
dah terbiasa..










FIRST LINE OF DEFENCE..
only 2..the is - the skin
- the mucous membrane

++ defence through chemicals -sweat-peluh
- lysozyme(present in saliva,tears n nasal secretions)-enzyme
- sebum-kelenjar minyak
-cilia(little hair 2 help clear mucus). in bm-cth-bulu hidung
-acid in gastric juice(kat perot)

SECOND LINE OF DEFENCE..
the nonspecific immune response include

- phagocytosis(anak berana lysocytes-WBC)-neutrophils
-macrophage-n ocaasionally eosinophil
- natural cell killers -destroy infected cell n pancancreous cell
-inflammation
-fever
THE THIRD LINE OF DEFENCE
has 4 main thing

- antigen-mark to bacteria to stimulate lymphocyes to produce antibody
- antibody- protein substance that made from lymphocyte
-immunity - ability of the human body to resist infection

antibody produced defencd the body through...

1- agglutination(penggumpalan bakteria)
2- neutralisation
3- opsonisation
4- presipitation


VARIOUS TYPE OF IMMUNITY
ade 4...


1- active immmunity-natural n artificial
2- passice immunity- natural n artifial


nak tahu lebih lanjut...





klik je yang mne korang ske k...

tata





<





Sunday, 5 February 2012

cinta babuntut




post kali ni aku tulis sendiri
dengan idea aku..cehhh

ari tu ade sorang mber aku ni tnye...
'weh,ko ade pakwe ke??'

ye aku taw 2 soalan cepumas utk dorang knekan aku...
pas tu korek2 rahsia aku...

aishhh....ape laa..x patotkan....
setakat ni y tw pasal perasaan aku cuma sepupu aku n bff aku jep...
jgn tnye dorg plak..
coz aku pon mnipu dorang..
hmm,aku xkn bgthu pe prsaan aku y sbnarnya....
lme sgt dahh aku pendam....
hampir 7 thun....
apa yang mampu lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa agar kami dipertemukan

poyo en...
huhu....

perasan tak....
kalo seorang laki tu ske kat pompuan tu en,
senang je dye comfess perasasan dia
n biasanya wnta 2 plak akn trimer klu x de aral melintang

tp an,klu wnta 2 y ske dlu kat lki tu,
bsenyer pompuan 2 akn senyap2 jep
mcm nak tggu lki 2 y comfess dlu..
agak mengecewakan la....

bagi aku..
ade 2 sebab mngpe wnta 2 x mulekan dulu...
1- wnta 2 msih punya harga diri
-means dia sanggup tunggu n buat apa saja utk trik perhatian lki tu
-n aku pernah dengar criter pasal sorang awex nih..dye ske giler kat sorang babun(mamat) ni,lme pnye tunggu pnyer tggu,lki 2 mcm xde ppe prsaan pon kat dye..las2 awex nih y luahkan perasaaan dia...then,korang taw ape jdi??babun tadi tu amik kesempatan kat awex nih...antrenyer mengikis duit wnta tu...taw x alasannye???'dye y dtg cri aku spe sruh,padan muker!!" bangsat betul..jgn kawin ng lki cam gitu...

2- wnta tu memang pemalu tahap gyaban
-ade la ckit2 ore cam gini


k2 tdi 2 psal knpe wnta x mlekan dlu..
skrg ni na ckp psal psai pa wanita boleh mulekan dulu....
adakah dia tidak tahu malu or anything else...

bagi aku..
ade 2 jugak sebabnyer

1- wnta 2 memang btul2 cntekan llki tu n x sggup tgk lki 2 ng pompuan lain
- wahai lelaki sekalian,klu da ader sorang wanita ni buat mcm tu kat korang....trimer dengan ikhlas..jge la perhubungan ni spye boleh kekal..no zina ok..

2-pompuan 2 memang tergedik2 n x thu malu
- ade sesetengah pomuan ni pantang nampak lki hensem ckit jep mle ah na tekel, n dia nak tunjuk kat orang yang dia mampu pikat sesiapa jep yang dia nak...


..
..
then

kalau laki 2 luahkn perasaan dia....
kne trimer ke x????

kat sini aku ade cadangan...

1- klu korang pon betul2 skekan dia..but umur korang x mengizinkan...ckp kat dia'kiter teman tp mesra jep k'. korang teruskan persahabatan...sulamkan dengan kasih sayang yang tidak keterlaluan...bukan pe,klu korang pon ske giler ng lki tu,n korang kapel ng dye...sorry to say,based on pengalaman aku...kalo da kapel ni,x de mende yang dapat pahala....dpat dosa lagi banyak drpd dpat pahala...betol tak???klu x betol 2 korang buat la analisis sendiri..
aku tkut nt klu korang da la kapel 7 thun,stat dri skola menengah,pas tu ttbe break coz pakwe korang tu bosan ng perangai korang..haha,frust menonggeng..2 la aku da ckp korang x na dengar....hok lki pon sme

2- trimer sekadar utk menguji...
huhu yang ni mcm apa yang aku praktikkan la dlu2..
sje nak uji kaum adam...
n kebanyakannya fail...taw ke sbab pe???
antaranya dorang ske amik kesempatan,klu x pon,mesti ade laa unsur2 zina....hah yang 2 paling aku benci giler....da la bongok,lagi nak bongokkan aku...kalau korang nampk aku mcm layan jep korang,aku nak mengaku kat sini bahawa sebenarnya aku just main2 jep....aku x ingin la kat korang...haha poyo en.tp dlm hdup aku,aku hnye pernah menangis hnye kerana seorang lelaki y sgt aku cintai(cehh),taw ke npe aku ngis????hmm,bkn sebab dia mintak putus..tp sebab dye antar mesej panjang2 giler kat aku...ckp y dia nak mati la ape laa...wehh,mse 2 da la aku sayang giler kat dye pas tu dia cakap mcm tu...mse 2 bulan puasa,sampaikan aku bgun kol 3 pagi wat solat hajat utk dia taw....tengok!!!how much i love him...x cukup lagi ke???
then,now he's leaving me..haha padan muker aku...
lalala,mse 2 aku jahiliah lagi sal cinta ni...
terlalu mudah terpedaya...
huhu pas nih x de dah...
aku jual mahal...
wahai wanita...
kiterkan sebaik2 hiasan didunia ini(wanita solehah),
jangan mencemarkannya..,.
kenangan lama dilupakan...
bukak buku baru



k la
senanyer banyak lagi nak tulis tp x ckup mse
jap g ade tusyen ng cikgu fauzan y hensem tuh..hehe
sebelum tu,
panjang tak???
korang baca sampai abis tak???
bacer la k..
post ni khas utk remaja wanita
klu hok lki na bce pon x pe...
sori la aku merepek...
aku ni kalo tulis bukannyer bacer balik
main taram jep...

aku tulis pasal wanita jep coz aku x taw prsaan lki guaner...
nt ah aku tnyer mber aku..
dye pakar perasaan
k la sori panjang sangat..
bosan eh??
kalau bosan x yah bacer lain kali..
boleh berambusss...
gurau jep...

Saturday, 4 February 2012

jom tutup aurat...



hai
first sekali
aku x tw cne nak ckp ayat bunga2 kt post kali ni
juz nak bagitahu bagi sesiapa yang belum tahu
n nak ingatkan bagi sesiapa yang dah tahu tapi mungkin terlupa
taw tak pasal pe??
of coz la tutup aurat
ye aku tahu aku tak layak nak pakse korang
hanya Allah jep yang mampu
tp selaku saudara seislam korang
aku nak memperingatkan...
sesiapa yang x menutup aurat waktu hidupnya
Allah akan membuka aurat nya semasa dia mati...
lebih kurang macam tu laa

ok2,nak tanya...
korang kan pernah ikut trend2 artis en.
ok2,tanpa melihat penampilan artis tersebut,mustahillah korang le ikut,...
na ikut guane??
ye dokk???

ok2,kat sini aku nak syorkan korang ikut gaya seorang muslimah dan muslim yang sebenar....
ikut cara penampilan dorang
mne nak tengok ????

hah scroll bawah lagi...













ok2,da tengok lom
ape yang korang rasa biler tengok pic mereka ini???
of coz la sedap mater memandang....
ade tak timbul pertanyaan kat diri korang????
x paham eh...
x paham x pe laa..
nt korang paham la tu...

so ape lagi..
jom kiter buat perubahan dalam hidupp

orang y paham syariat islam= cantik
org y x paham syariat= x cantik sama sekali


ala,x ya la terus change 100%.....
bagi y wanita,start slow2...
klu y x bertudung or pernah bertudung tp tudungnya terbang...
boleh la start pakai tudung...
kalau rse pkai tudung labuh tu merimaskan
pakai la tudung biasa jep
asalkan jgn yang nipis,n make sure tutup dada....
bukan tutup atas dada yup
tutup ALL the dada korang yang cun tuh...
then,
pas ni ce ah beli baju hok labuh2 ckit
x beli jubah pon x pe
beli baju muslimah
ok pe
comel taw kalau girls pakai
x cye cer ah tnye lelaki2 kat luar sne
...
ok

then,korang try ah beli suar saiz besar2...
jgn la beli yang cikang...
ala,sebenarnya lelaki bodoh jep y ske klu awex dorang pkai suar cikang...
beli suar slack kep
x susah....
ckp je kat akk y jge kedai sluar tuh
'akk,saya nak seluar utk muslimah punya,bukan utk bitch punyer..

legging jgn pakai yup
kalau nak g mandi pon
ala,pakai suar track pon ok pe
aku slalu je pkai
berat ckit jep pas masuk dalam air
rilek laa
lama2 korang biasa la tuh

actually para lelaki ni da muak plus menyampah tengok puan pakai suar ketat
cumer dorang tkut na gtw korang klu korang pakai..
tkut nt korang terasa
klu dorang puji tu,mesti ade pape laa'
x cye udahhh


las skali..
stokin..
aku taw mesti susah na ikut yang 1 ni
tp percayalah...
kalau korang stat dari sekarang
n teruskan tanpa jemu dengan niat ingin menutup aurat
insyaAllah Allah akan bantu korang
cuma korang jgn mudah terpengaruh
udah2 ler tu pakai high hills
kalau setakat cantik dipakai t klu balik rumah kaki sakit na wat pe en???


betol tak??
aku pon dulu mne pakai stokin
kat skola jep aku pakai
tp start fom 3,aku pakai kadang2
masuk form 4,bagi aku..kalau x pakai stokin tu seolah2 kaki aku telanjang
bab 2 la aku pakai..hehe
kalau aku boleh ,korang pon mesti boleeh...

k laa..
panjang aku membebel
ntah2 korang x paham
x pe la
mybe skrg korang x paham
tp nt 1 ari nt mesti korang faham

hah 1 lgi,
kawan lah ng org y bertudung n berperangai sopan
bukan pe,kdg2 pengaruh mber ni kuat taw
hmm....
pandai2 la yup jge diri

aku juz leh nasihat jep

assalamualaikum
















10 petanda si dia jodoh kita....






jom terjah

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.




5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.




6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?




7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.




8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.