Sunday, 30 December 2012

cuba challenge Mira..

entry ni sesaje je hari tu kebetulan bosan x taw nak main apa so main  la taip2...

main punya main..score paling tinggi yang cuma 87.14% je....

so ....
dengan ini Mira promote kot2 ade yang berani nak challenge Mira punyer skore...leh je...
tapi make sure kena adil,jujur dan amanah...

^____^

kalau dapat lebih daripada 87.14%..boleh la print page tu as bukti okay...


Photo: yang terbaru..tp x cukup laju lagi..^___^ nak challenge 95%..

ini mira punya result..tapi Mira tahu korang mesti lagi terer..hehe..ape lagi???challenge lah...

kalau nak ke challenge mira boleh lah TERBANG KE SINI...

Saturday, 29 December 2012

Surat Kecil Untuk Tuhan (FULL VIDEO)



taraa....ni hadiah daripada mira..jom la tengok reramai(utk sesapa yang lom tengok movie )

best taw cerita ni...xpe la mira cerita sikit2..

movie ni menceritakan pasal Keke(nama orang)  yang menhidapi kanser sarcoma. KAT SINI ada maklumat pasal penyakit ni. dan KAT SINI utk lihat pic virus tu dengan lebih jelas..

lepas tu ehem2 kena tengok sendiri lahhh..haha..tata

Friday, 28 December 2012

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT

Rasulullah SAW bersabda yang bermakdud : " Barangsiapa yang membaca surah al-kahfi(pada hari jumaat) beliau akan memperoleh cahaya daripada tempatnya sehingga ke Mekah.

Daripada Abu Said al-Khudri,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat nescaya akan diterangkan dengan satu cahaya di antara dua jumaat.

Daripada Ibn Umar,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat nescaya  akan dipancarkannya cahaya dari bawah kakinya hingga ke awan di langit yang memancarkan cahaya terang kepadanya pada hari kiamat dan diampunkan dosanya di antara dua jumaat...

sumber : DR FARHAN..-denyut kasih medik

^____^

kalau ingin kesahihan yang lebih lanjut : boleh rujuk kitab al-Ausath.
-riwayat al-Nasa'i,al-Baihaqi dan al-Hakim.
-riwayat Abu Bakr bin Mardawaih

tips mencari jodoh(bagi wanita)



entry ini khusus utk para muslimah..^____^

adakah wanita juga perlu berusaha utk mencari jodoh?

jawapannya YA..tapi bagaimana caranya?????

oh ya,sebelum itu,anda perlu mengetahui amalan para wanita solehah dengan melihat pic dibawah..







  1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi didunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,serahkanlah' kesedian hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
  2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik,mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki senang pula untuk dipersiakan..
  3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin dikalangan abang mereka,saudara mereka dan sebagainya yang soleh2 juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tetapi wasilah(ikhtiar or jalan) semata2.
  4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan,pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menhatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu'anda dimatanya.
  5. Minta ibu bapa,abang atau saudara mara mencarikan utk anda.
  6. Jika anda dirisik secara langsung oleh lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa,bukan berdua-duaan antara anda dan dia. ingat!!cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah adalah sunnah Rasulullah SAW.







sumber : novel DENYUT KASIH MEDIK by DR FARHAN HADI..



^___^ apelagi,jom dapatkan senaskah sekarang ...hehe

KISAH SI PENCUCUK JALANAN

ASSALAMUALAIKUM...


sekadar hiasan


rasa membuak2(ceh) utk berkongsi 1 cerita yang aku baru je baca daripada novel DENYUT KASIH MEDIK by DR. FARHAN HADI..

ceritanya telah aku ringkaskan semoga kalian mudah mengerti ..hehe

jom baca...

kat sebuah hospital di Selangor,ada sorang doktor ni namanya Dr. Muslih. Dr. Muslih ni still baru lagi dalam alam pekerjaan dan beliau ditugaskan utk menjaga bahagian Ortopedik(bahagian tulang2),

1 hari ni...
time Dr.Muslih ni on call...ada sorang pesakit ni ..jururawat pesan la kat Dr.Muslih ni yang pesakit ni  drug addict. Dr.Muslih akur pada tanggungjawab. 

Dr. Muslih ni cer ah start utk tanya pesakit ni apa2 yang patut..cthnyer cam nama,sakit apa dll..

dan maklumat pon diterima..nama pesakit ni Misman,dan dia ni penagih dadah. Dulu selalu cucuk ubat(dadah) kat tangan ,tapi sekarang urat kat tangan habis rosak. Lepas tu dia mula cucuk 'ubat 'kat urat paha . Sejak minggu lepas,urat kat peha Misman ni bengkak dan bernanah. Oh ye,Misman ni ambil dadah jenis Heroin.

Bila Dr.Muslih wat check up kat Misman. Dr.Muslih ni syorkan utk wat operation utk buang nanah tu tapi sebelum tu Misman kena puasa dulu ..

Yang si Misman ni plak kalau boleh x nak la operate,(sape yang nakkk????).

Misman ni try ah tnye Dr. Muslih kot2 boleh tak kalau dia nak makan ubat je???

Dr. Muslih pon kabo la ..'boleh je tapi ia xkan sembuh la sebab kuman tu dah banyak,so better operate utk buang kuman tu sekali..kuman tu mestila ada pada nanah tu..ye dokk???
Dr. muslih pon mintak izin kat Misman utk wat ujian HIV..almaklumlah biasanya penagih dadah ni kan akan berisiko utk dapat penyakit2 cam tu..lagi2 kalau de cucuk2 jarum...


TAPI...

setelah beberapa lama,Dr.Muslih gagal utk cari urat kat tangan Misman,sebab salur darah semua dah kecut...

tetiba Misman berkata kat Dr.Muslih.." Sini jarum tu,biar saya tolong doktor". 
senang je Misman cari urat kat paha dia and menyedut darah masuk kedalam picagari..
Dr. Muslih berkata kepada Misman'hmm,ni kalau belajar sungguh dulu,boleh jadi pakar cucuk ni. Kalau ada anak nanti,didik dia jadi pakar cucuk bertauliah,jangan jadi pakar cucuk jalanan..Misman cuma tersengih2..

petang tu Dr. Muslih berehat sebentar..tiba2 jururawat mengejutkannya bahwa Misman datang nak jumpa..

dengan penuh sabar. Dr. Muslih ni tanya bakpe Misman nak jumpa dia?

Then Misman pon kabo la yang nanah kat paha dia dah pecah and kena wat operation jugak ke??

bila check2 memang betolla bengkak nanah kat paha Misman tu dah pecah. Nanah tu mengalir hingga ke kaki. Bahagian yang bengkak menjadi surut sama sekali bila ia pecah.

Dr.Muslih tanya lah macam mana boleh jadi macam tu?? Misman kabo lah yang dia rasa gatal sangat kat bahagian tu so dia pon picit lah bengkak tu..

Dr.Muslih pon jumpa lah doktor yang akan handle pembedahan Misman tu utk cancelkan pembedahan.

Dr. Muslih  pon nasihatkan Misman utk makan antibiotik je ..

dalam masa yang sama Dr. Muslih kata dalam hati : 'Masya-Allah,drug addict ni memang berbakat jadi doktor.Semalam amik darah sendiri,hari ni 'operate buang nanah sendiri. Kalaulah dia sedar potensi dirinya dari awal kan  bagus...Dr. Muslih tersengih2....

TAMAT

hah dapat x apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini??
nampak x???jangan dipandang rendah seseorang itu walaupun dia seorang penagih dadah..

daripada cerita ni,korang perasan x,suatu masa DR.MUSLIH yang dah ada PHD pon masih susah nak cari urat pesakit walaupun kerja tu dah jadi rutin harian..kan3???DR. MUSLIH kalah dengan seorang penagih dadah(dalam hal ni je taw)dalam adegan mencari urat utk amik sample darah. dan juga 'kehebatan' drug addict utk melakukan 'operation' sendiri..hehe...

oh ye,kat sini aku nak kongsikan 1 blog ni yang aku jumpa kat google ..dengar cerita tuan punya blog ni ada pengalaman di pusat serenti..means pernah menagih la kot..JOM TERJAAHHH. boleh la jenguk blog ni kalau2 nak tahu pengalaman dia..tapi x banyak post dari dia..

^_____^ 

x paham boleh tanya psal cerita tadi..or baca sendiri novel DENYUT KASIH MEDIK by DR FARHAN HADI..
promote sat..

sekian...wassalam 




HUKUM MEROKOK



ASSALAMUALAIKUM....
hari ni nak buat 1 perkongsian ilmu yang mira cedok daripada novel DENYUT KASIH MEDIK by DR FARHAN HADI..

^____^ pasal merokok...


ISU : Apakah sebenarnya hokum merokok?Dulu dengarnya makruh,sekarang haram pula,kenapa?


HUKUM: HARAM tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumnya makruh.
DALIL : “ Dan menghalalkan segala benda yang bak dan mengharamkan segala benda yang buruk”( Surah al-A’raf 7 : 157).

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan …” ( Surah al-Baqarah: 195). Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana lagi dipercayai,merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.

Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”(Surah al-Isra’ 17:26-27). Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.

Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya,katanya: “ Harun bin Abdullah menceritakan kepada kami,katanya,Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami,katanya Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a. katanya “ Rasulullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji”( Hadis Sahih).
Ubat yang keji pon syarak melarangnya apatah lagi mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.



PESANAN: Buat penjual rokok,ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tidak berkat ialah kerana menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua jika ia boleh menghancurkan anak bangsa?
Buat perokok,berusahalah sehabis  daya untuk berhenti merokok. Merokok itu kehinaan kerana itulah perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok.

+++ nota tambah : kerajaan negeri SELANGOR khususnya pon dah sabitkan hukum merokok ni HARAM,bukan makruh..n ada AKTA tahun 1995 cakap pasal rokok ni haram tapi mira x ingat dengan detail...maaf


sekadar perkongsian..bagi yang masih belum membaca novel DENYUT KASIH MEDIK..

mira syorkan sangat2 utk korang baca....^___^


p/s : kat bawah ni bukti yang mira salin balik apa yang ada kat dalam novel tu..
banyak lagi info yang mira nak kongsikan...nantikan...hehe







Tuesday, 25 December 2012

Jamuan kecil-kecilan dan tahlil di rumah cikgu Hayati Salleh..

 pada hari sabtu(22/12/2012)..
^___^ 
alhamdulillah Mira dapat p ke umoh cikgu Hayati Salleh di kampung pandan..dekat ngan airport...
actually dah pernah p waktu Mira form 2..
mse tu Mira tumpang cikgu balik Shah alam ngan Nawwal,kak Nabila and kak Wawa  so x yah la susah2 nak naik bas ekspres..kan3??
mula2 datang Mira terlajak sampai ke kedai..hehe
awal jugak Mira datang(sje poyo) dalam pukul 8 lebih..
yela,nak tolong2 memasak ke or kemas2 ...
pagi tu makan nasi lemak,hasil air tangan mak mertua cikgu..
betol x??
sedap ..^___^ 
maybe sebab lapar kot daripada pagi x makan..biasalah tu..
besnyerrr dapat makan ramai2 ngan kawan2 ..
Nik,Maryam,Farehan,Afini,Auni,Munirah..huh rindu time kat SMAAM dulu...
jom terjah pic2 yang ada..x banyak..soe..tp mira akn ceritakan peristiwa di sebalik setiap gambar...
^___^







air ni je yang termampu kami2 sediakan...x ingat sapa yang buat air ni..


ini nasi putih..saje letak..haha


amik kat peti sejuk umah cikgu..kelakar la..



inilah dia cik Afini kita dengan rajinnya tolong siang ayam...
kok kok kok ..
sempat lagi posing tersenyum..
^____^


taraaa..
inilah si hensem boy..Irfan..banyak lagi pic dia kat bawah



tengok lah comelnya dia senyum....rse cam nak cubit2 je pipi dye 


amboi!!! kecil2 dah pandai buat mata bulat...haha



ni aksi apa pulak yang si Irfan ni buat...


tengok lah adoyaii ni la first time Mira ditugaskan utk bagi Irfan makan..habis comot...tangan Mira lah jadi napkinnya


ape pandang2 hah??

kat bawah ni ada sedikit video Irfan tapi kejap je la..




Irfan nak apa sayang???nak mamam lagi???haha x leh nanti kenyang sangat..huhu


my kamceng friend..Farehan and Nik..dorang ni dah macam kakak aku dah...almaklumlah Mira x de kakak..



time ni ngah wat tahlil...ramai jugak banin yang datang...ex2 SMAAM pon x terketinggalan 



sweetnyerrr...
^___^


pehal Auni pandang2 camera???haha


awwww chakk..eh2 Irfan pandang camera ke pandang kak Mira..hehe





Irfan buat muke poyo..haha..xpe2..siap dia nanti kne geletek kat pusat..haha



seronoknya Irfan main ngan casing camera kak Mira sampai basah lencun ngan air liur dia..eii..hehe


huh Afini sampai terduduk kepenatan setelah bertungkus lumus di dapur bagi menjayakan 'program' memasak reramai..
^___^ jgn marah


amboii makan sambil tengok tv ke cik akak2 sekalian???khusyuk makan ke khusyuk tengok tv hah????


eh2 Irfan pon makan jugak..wahhh jelesnyerrr(sebab pe nak jeles pon x taw la)


ini Mujahiddin kan namanya..he2 sori la kalo salah sebab x rpat sangat...


ni Faiz..ntah macam mana pic dia ada dalam kamera Mira..x pe kan..jgn marah yup..sy x komen apa2



pelajar banin yang turut hadir pada hari itu..


^___^ semoga persahabatan kita terjalin mesra walaupun lepas ni mungkin dah jarang berjumpa


ni sebahagian je yang join amik pic ni..x kisah la..Mira sayang korang!!

EDITED PIC..



I MISS U IRFAN!!!





rasanya itu je kot...
Mira rasa bersyukur sangat2 sebab akhirnya ALLAH bagi Mira pergi kat majlis ni...
asalnya nak ajak mber2 lepak2 kat bandar..
tup2 dengar berita bandar kuantan banjir plak..xpe lah..nanti jumpa orang lain plak...



akhir kata...
Mira harap jamuan ni walaupun simple,hope dapat keberkatan olehNYA>.
saya NOR AMIRA YUSOF..ingin meminta maaf atas kesilapan sepanjang saya berkawan dengan korang( kawan2ku di SMAAM) sepanjang 3 tahun saya bersekolah di SMAAM semenjak 2008-2011.. terutamanya buat rakan2 yang selalu bersamaku diwaktu susah mahupun senang iaitu NIK,FATIN,TUAN,FAREHAN>>sorry kalau pernah sakitkan hati korang..aku sayang korang..
^___^--jiwang2 plak eh

utk banin SMAAM(kalau korang terbaca post ni)..
aku mintak maaf kalau2 selama ni perbuatan aku ade la ala2 sombong,poyo or pape lah yang watkan korang pk aku ni hmm ape ye??ape2 lah yang kureng ok...aq bknnyer x nk berborak2 or cakap2 sangat ngan korang tp aq ni liat sikit kalau nak diajak borak2 ngan laki..lagi2 face to face..ntah lah semenjak aku form 1 lagi...sorry sangat2...aku x sesombong yang korang pk kan..percayalah...nampak je aku macam tu tapi sapa yang betol2 paham aku akan kenal aku ni guane....
^___^ sory ye kalau ayat aku annoying

but...
aku cuba untuk memperbaiki diri aku hari demi hari utk menjadi lebih baik daripada hari ini dan seterusnya...
SAYA SAYANG RAKAN2  SMAAM!!!!

Permohonan UPU sesi 2013/2014. dan biasiswa

pinned noted : post ni ana fokus kat pelajar lepasan SPM 2012 je,utk yg x dpt fast track..tp klu pelajar2 lain(diploma/matriks/asasi or yg setaraf )nak baca.boleh jeerrr...^__^

pinned note 2: yang latest update hari ni..scrool bawah sikit..ckit je..kalau nak tahu dengan result korang tu layak amik apa..sila KLIK SINI


ana harap ia bermanfaat utk kalian..

ana kumpulkan link yang berkaitan ngan IPT supaya senang dijadikan rujukan...
semua sekali ada lebih daripada 80 link...
hope membantu korang semua...^___^
link2 ni ana dpt drpd fb(yg boleh dipercayai)..antaranya page halatuju...syukran..
hampir 80% maklumat ada dalam ni..


gambar hiasan..hehe

updated ( 5/2/2013)



(nanti akan ditambah lagi)

UPDATE(22/3/13)

-SYARAT PERMOHONAN UNIVERSITI KE MESIR-utk yang berminat hope baca betol2 taw ye kawan2
- MARA-utk yang dpt straight a tu boleh lah usha2..hehe
-BANK NEGARA-ini pon yang dpt straight a...huhu
-ASEAN SCHOLARSHIP-valid sampai 28/3/13 je taw..
-THE STAR EDUCAMP FUND- valid sampai 2 minggu lepas  kuar result spm
-UTP FOUNDATION-minimum 5 credit jee..kih3...
-YAYASAN ZAKAT SELANGOR- mne lah taw nt nak blajar kt utp ke tp duit x ckup..boleh mhon biasiswa fisabilillah...
-E PERMOHONAN MARA
-MATA-utk yang  minat nak jadi pilot
- BORANG IPG-utk yang minat nak jadi guru..
-PENERAJU EDU-ni biasiswa..utk bumiputera je..tp mke sure gaji parents korang less than 3k ok..hehe..
-MAYBANK-sch
-BORANG PENAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS-make sure korang straight a baru bukak ok..hehe-valid until 27/3/13 only
-MMC SCH PROGRAM-6/4/13
-SINGAPORE SCH-29/3/13
-BIAsISWA DRPD JEPUN-err tgk sendiri la ek-17/5/13
-MALAYSIAN INTERNATIONAL SCH
-AYUSH SCH-31/3/13
-TNB SCH-31/3/13

p/s-ada lagi beberapa sch yang ana belum letak..penat lah..sambung esok plakk..

link kat bawah ni cuma laman web syarikat yang leh bg sponsor tu..tapi page utk sponsor tu korang kena berusaha cari sendiri sebab Mira pon cari sendiri jep..^__^

















  • JPA: Link 1 / Link 2 /Link 3
  • MARA: Link 1 / Link 2 / Link 3
  • UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html
  • Sime Darby: http://www.simedarby.com/
  • SCM : http://www.sc.com.my/
  • TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/
  • TM: http://ytm.tm.com.my/
  • PNB: http://www.pnb.com.my/
  • Shell: http://www.shell.com.my/
  • Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/
  • JAKIM: http://www.islam.gov.my/
  • Biasiswa Tunku Abdul Rahman?www.yayasantar.org.my
  • Felda Johore Bulker Sdn Bhd?www.feldaholdings.com
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ?www.sabah.gov.my/jpan
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak?www.psc.sarawak.gov.my
  • Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah?www.biasiswa.sabah.gov.my
  • Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan?www.maiamp.gov.my
  • Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak? www.perak.gov.my
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor? www.maij.gov.my
  • Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor ?www.selangor.gov.my
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )?tapem.melaka.gov.my
  • Gamuda Berhad? www.gamuda.com.my?
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan?www.jkmwpkl.gov.my
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?www.kwsp.gov.my
  • Lembaga Zakat Selangor?www.e-zakat.com.my
  • Bank Rakyat Malaysia Berhad? www.yayasanbankrakyat.com.my
  •  Pusat Zakat Sabah?www.zakat.sabah.gov.my
  • Yayasan Negeri Sembilan?www.yns.gov.my
  • Skim Biasiswa National Science ?www.masduke.net/download/nsf.doc
  • Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia?www.mosti.gov.my
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )?www.perkeso.gov.my
  •  Sarawak Shell Berhad?www.shell.com.my
  • Sapura Industrial Berhad?www.sapuraindustrial.com.my
  • Terengganu Advanced Technical Institute?www.tatiuc.edu.my
  • Yayasan Felcra?esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html
  • Yayasan Pahang?www.yp.org.my
  • Yayasan Sabah?www.ysnet.org.my
  • Yayasan Selangor?www.yayasanselangor.org.my
  • Yayasan Tenaga Nasional Berhad?yayasan.tnb.com.my
  • Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )?www.yakin.kelantan.gov.my
  • Yayasan Terengganu?www.ytrg.terengganu.gov.my
  • Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )?www.johordt.gov.my/ypj
  • Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman?yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf


  • permohonan ke Matrikulasi utk dak spm 2012  dah ditutup ye(lama dah senanya..
    permohonan utk Persijilan Tahfiz al-Quran utk pelajar lepasan SPM 2012 juga telah ditutup dan resultnya dah kuar pon..hehe..

    ++ maklumat utk pelajar2 matrikulasi,asasi,diploma tahun 2012/2013..

    kat SINI ada laman web kalo korang nak sambung degree kat USM..
    oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. inshaAllah kalau aku online, aku sentiasa on9 YM aku. ku tunggu PM mu di YMku.  jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi. no mengorat2. okay haha

    p/s : post ni x valid utk selamanya...mungkin hanya tahun ini sahaja post ni valid...^__^

    x tahu or x paham boleh komen/tanya..