SHOPPING BUKU DISINI

Friday, 28 December 2012

HUKUM MEROKOK



ASSALAMUALAIKUM....
hari ni nak buat 1 perkongsian ilmu yang mira cedok daripada novel DENYUT KASIH MEDIK by DR FARHAN HADI..

^____^ pasal merokok...


ISU : Apakah sebenarnya hokum merokok?Dulu dengarnya makruh,sekarang haram pula,kenapa?


HUKUM: HARAM tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumnya makruh.
DALIL : “ Dan menghalalkan segala benda yang bak dan mengharamkan segala benda yang buruk”( Surah al-A’raf 7 : 157).

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan …” ( Surah al-Baqarah: 195). Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana lagi dipercayai,merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.

Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”(Surah al-Isra’ 17:26-27). Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.

Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya,katanya: “ Harun bin Abdullah menceritakan kepada kami,katanya,Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami,katanya Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a. katanya “ Rasulullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji”( Hadis Sahih).
Ubat yang keji pon syarak melarangnya apatah lagi mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.



PESANAN: Buat penjual rokok,ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tidak berkat ialah kerana menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua jika ia boleh menghancurkan anak bangsa?
Buat perokok,berusahalah sehabis  daya untuk berhenti merokok. Merokok itu kehinaan kerana itulah perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok.

+++ nota tambah : kerajaan negeri SELANGOR khususnya pon dah sabitkan hukum merokok ni HARAM,bukan makruh..n ada AKTA tahun 1995 cakap pasal rokok ni haram tapi mira x ingat dengan detail...maaf


sekadar perkongsian..bagi yang masih belum membaca novel DENYUT KASIH MEDIK..

mira syorkan sangat2 utk korang baca....^___^


p/s : kat bawah ni bukti yang mira salin balik apa yang ada kat dalam novel tu..
banyak lagi info yang mira nak kongsikan...nantikan...hehe







No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...