SHOPPING BUKU DISINI

Friday, 18 January 2013

Bread,love and dreams


sori kalau post ni laqhaa bagi anda,xyah baca..ni sekadar perkongsian...



Assalamualaikum..sempena ana jadi suri rumah x bertauliah ni..
huhu ape lagi..layan korea aa beb...hehe..
ana layan drama korea ni since darjah 3 lagi taw..hehe tapi dah lama berhenti since masuk asrama...
lepas spm baru sambung balik...

ok,drama korea pilihan ana kali ini ialah BREAD,LOVE and DREAMS...

kenapa tajuk dia macam entah hape2??haha ntah la..ce ah tnye depa..

cerita ni x de tunjuk obviously pasal cintan cintun...
tapi bab kiss kiss tu ade la sikit2 ..budak kecik x leh tengok..haha








nak cerita lah sikit sementara ngah rajin ni...




cerita dia nampak agak panjang padahal pendek je senanyer..




watak utama dalam cerita ni ialah Kim Tak Gu..dia ni sebenarnya anak luar nikah kepada Mi Sun n presiden Gu In Jung..masa Kim Takgu ni kecil,Han(manager presiden Gu) memang benci giler2 kat Mi Sun n anak dia ni...dia larang dorang berdua ni jumpa presiden Gu...yang si Gu ni plak x tahu apa yang manager dia buat. Gu pon kahwin dengan Insuk,ok2,then dorang dikurniakan 3 orang cahaya mata..dua perempuan dan seorang lelaki ....yang mana sebenarnya anak lelaki presiden Gu dan wanita tadi tu sebenarnya datang daripada benih manager Han...huhu...

Kim Takgu ni minat kat sorang pelajar kelas dia iaitu Shin Yu Kyung or nama manje dia Yugyegeong.tapi malangnya ayah Shin ni ske minum arak n ske pukul Shin manakala mak dia plak cikaro jalanan..kesian kan dia..sampaikan Shin ni cabar Kim Takgu utk bunuh ayah dia..n Kim memang hampir2 bunuh ayah Shin..tapi malangnya ajal ayah dia  belum sampai. since that,ayah Shin memang berdendam gila bila jumpa Kim Takgu..

1 hari ni entah macam mana,akibat desakan hidup n mak Kim Takgu takut kalau2 anak dia diapa2kan oleh ayah Shin ni,dia antar Kim Takgu ke umah ayah dia iaitu presiden Gu..oh ye, ayah Kim Takgu ni sebenarnya owner kepada syarikat roti yang terkenal kat Ionseon~~ana men hentam je nama tempat tu...hehe

oh ye,nama anak lelaki Insuk ni namanya Gu Majun.n Majun ni memang benci giler kat Kim Takgu ni berdasarkan banyak sebab n antaranya sebab ayah n nenek dia sayang sangat kat Kim Takgu tapi dorang x pernah layan Majun dengan baik...

1 hari ni,masa tu manager Han buat perjumpaan sulit ngan Insuk(bini bos dia),sebabnya Insuk x ske Kim Takgu dok kt umah dorang..then terkeluarlah daripada mulut Insuk yang Gu Majun tu anak dia ngan Han.kebetulan mak mertua Insuk(mak Gu Injung) terdengar,kirenyer dah terkantoi ahh..apelagi,Insuk takut la kalau2 mak mertua dia gtaw  kat Gu Injung,dorang pon gaduh2 kat luar umah,then mak mertua dia terjatuh dan akhirnya mati....sewaktu kejadian tu berlaku sebenarnya Gu Majun ada menyorok disebalik semak dan menyaksikan semuanya...tapi dalam masa yang sama Gu Majun juga puas kerana nenek dia tu dah mati..sebabnya sebelum ni nenek dia selalu rotan dia sebab dia x pandai dalam kelas..huhu...

pendek cerita..bila dah besar, rupa2nya Gu Majun belajar kat jepun dalam bidang buat roti hanya semata2 utk dapat perhatian daripada ayah dia..setibanya Gu Majun ke korea,dia mintak utk belajar buat roti kat 1 kedai ni iaitu kedai roti Palbong...kedai roti ni sebenarnya adalah tempat ayah Gu Majun belajar buat roti..and bukan semua orang boleh belajar kat sini..sebelum diterima sebagai pelajar,mereka yang nak belajar buat roti kat sini kena hadapi 1 ujian khas utk melayakkan diri sebagai pelajar di kedai roti Palbong..Gu Majun x guna nama sebenar dia,dia tukar nama kepada Seo Taejo sebab takut orang tahu yang dia ni anak presiden Gu Injung. Gu Majun a.k.a Seo Taejo terkejut sebab Kim Takgu pon ada kat situ..tapi masa tu Kim Takgu x tahu lagi siapa diri Seo Taejo YG sebenar..n dorang memang selalu gaduh...

Oh ye,sebelum tu...masa tu umur dorang 24 tahun. Kim Takgu tinggalkan rumah ayah dia pada umur 12 tahun utk cari mak dia yang hilang...dia juga mencari lelaki YG bertatu kincir angin kat tangan sebab lelaki tu tahu Kt mana mak dia.. N YG bestnyaaa sebenarnya lelaki kincir angin tu kerja kat kedai roti Palbong juga.nama lelaki tu Gu Jingu. 1 hari tu, Gu Injung( ayah Kim Takgu) cakap kat manager Han yang dia nak p jenguk cikgu dia(Palbong)..Gu Injung x tahu pon anak2 dia ada kat situ semuanya . Manager Han yang tahu akan hal itu segera menghubungi kuncu2 nya utk larikan Kim Takgu supaya dia x terserempak dengan Gu Injung. Kim Takgu berkeras x nk ikut kuncu2 manager Han tu so berlaku La pergaduhan. Masa tu Gu Injung dah sampai Kt kedai tu tp dia p kat umah cikgu dia dulu. Umah cikgu dia depan kedai roti tu JE. Habis Kim Takgu dibelasah oleh kuncu2 manager Han tu...then muncul lah Gu Jingu sebagai penyelamat.time ngan bergelut tu tetibe Kim Takgu ternampak tatu tu kat tangan Gu Jingu,pe lagi...dua2 terkejut..pendekkan cerita,Gu Jingu akhirnya mengaku dialah lelaki YG selamatkan mak Kim Takgu daripada dirogol oleh ayah Shin atas arahan manager Han utk merosakkan hidup mak Kim Takgu.Gu Jingu gtaw YG mak Kim Takgu dah mati n dia janji akan tebus kesalahan tu dengan akan jaga Kim Takgu.

1 hari tu Kim Takgu Kena halau daripada kedai roti tu sebab buat hal. So dia pon p La merempat,tidur kat tepi jalan...pasti Time dia ngan tidur tu tetibe sia dengar suara seorang anak perempuan yang diherdik dan dimarahi oleh ayah dia,mula2 Kim Takgu malas layan n nak sambung tidur tapi bila si ayah tu OVER sangat marah2 anak perempuan diatiba2 di teringatkan Shin Kyujung.dia pon bangun daripada tempat tidur n Time dia baru JE nak bersuara rupa2nya De seorang pompuan ni dah bersuara dulu. Pompuan tu marah2 a si ayah tu sambil pukul guna beg dia sampai kertas dalam beg dia bertaburan. Si ayah tu pon tengok La kertas yang bertaburan tu n tengok rupa2nya pompuan. Tu radikal...thennn....jeng2, nak tahu apa selanjutnya kenalah tengok sendiri...nanti Ana post link dia kat sini...don wori...


Ok La sori panjang sangat...excited nk cerita...

Oh ye, kelainan dalam cerita ni,banyak La jugak adegan sedih termasuklah nangis2... Yang lain daripada yang lainnya tu ialah yang paling banyak menangis dalam drama ni adalah lelaki iaitu Kim Takgu itu sendiri( memang banyak sebelum dia Kena. Nangis),Gu Majun n Gu Injung...seriusly dorang ni selalu Kena lakonkan adegan air mata...Huhu..

Rasanya itu JE kot..utk sesiapa yang dah tengok cerita ni..Best kanan??? Ana tahu cerit ni daripada tv kbsw kat chanel 391.. Huhu...tu JE ..sekian De masa tengok lah yer

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...