Tuesday, 19 February 2013

keluarga saya :)





(klik pada gambar utk besarkan)

Assalamualaikum...kalau x jawab dosa kalau jawab alhamdulillah..
^___^

so ape keheh nyer tajuk keluarga saya dengan gambar di atas..hoho...

penglipur lara nak start bercerita..
hope baca sampai habiss yuppp..

alkisah terdapat seorang kakak yang 'prihatin' terhadap adik2nya iaitu Amira~~hope amira yusof terasa..^__^

dan setiap petang or malam..adik2nya terutama yang si  bongsu akan menelentang di ruang tamu sambil buat school work yang perlu diselesaikan di home.

so kebiasaaanya mukaaa nii lah yang kena tlg adik2 terchentaa. ni..
n tadi time ngah skodeng dia buat karangan bm..almaklumlah umur baru 9tahun 2 bulan 0 hari..
ttbe mataku tertancap kepada 1 karangan yang bertajuk 'keluarga saya'
akibat keterujaan menerjah sanubari ini..lalu ku mengambil cebisan buku bm nya utk ku tatap dan hayati maksud tulisannya yang superb cantik...
utk yang malas nk baca daripada gambar tu..
so diriku offer utk menulisnya kembali.
so bacalah karangan teristimewa daripada adik terchennntaa....

Setiap orang pastinya mempunyai keluarga. Biasanya,sesebuah keluarga terdiri daripada ayah,ibu,abang,kakak, dan adik. Seperti orang lain juga,saya mempunyai keluarga. Keluarga saya kecil sahaja. Saya mempunyai ayah,ibu dan adik perempuan.

Ibu saya bernama S*** *** ******* binti ** *****. Beliau berusia ** tahun dan dilahirkan di ****,pahang. Beliau bekerja sebagai penyelia di ******.,kl. Beliau juga amat rajin dan tidak pernah lelah. Beliau mengurus keperluan kami dengan baik. Jika saya mempunyai masalah,beliaulah tempat saya mengadu.

Abang saya bernama Muhd ***** bin Y****. dia berusia 2* tahun. Abang saya suka bergurau-gurau dan dia suka menghantar ke mana-mana. Dia belajar di kolej *** ***.

Kakak saya bernama *** Amira bt *****. Dia belajar di asrama di kelang yang bernama Asrama Sultan Salahudin Shah. Dia pernah melawat ke Brunei dengan rombongan sekolah.

Walaupun keluarga saya kecil sahaja tetapi sudah cukup sempurna bagi saya. Saya berasa gembira apabila berada di samping mereka. Saya berdoa agar keluarga saya sentiasa sihat sejahtera. Semoga kebahagian kami akan kekal selama-lamanya..


..............

itu je ...

komen daripada kakak terchenntaa....
akak setuju 200% utk perenggan pasal mak.memang betul sangat2!!!.utk pasal abe wan.akak tahu kenapa si adik menulis yang 'dia suka menghantar ke mana2'..sebabnya semenjak dia dpt lesen.mmg dialah yg jdi driver kami..hoho..
dan mengenai kakakmu ini.
oh adikku sayang,bila masa plak kakakmu ini belajar di asrama??? akak belajar di sekolah laaa..asrama tu tempat tidur..hehe...and bila masa plak kak Mira duk kat asrama Sultan Salahudin Shah???memang dah menyimpang jauhhh....haha...kak Mira duk kat Asrama Sultan Hisamuddin lahh sayang..amboi,dia mentionkan akak dia pernah p Brunei..jgn laa..malu lah akak..hehe...

and amboi2 pasal ayah n kakakmu yang sorang lagi x tulis plak..nsib baik pasal akak yang ni ada mu tulis..kalau x, x ingin nk post kat sini..huhu..

oh ya,karangan ini asli ditulis oleh adikku yang hensem bergaya iaitu Haziq...
^____^ 
 i love u~~~merah pipi,maluu!!






1 comment:

Thank you for your comment ^_^