SHOPPING BUKU DISINI

Friday, 8 March 2013

Adakah kita islam celop??

Assalamualaikum...

Pertanyaan(tajuk post) ni ditanyakan oleh Dr. Andrew kepada Nur Sayang ketika Nur baru sahaja lepas solat dan selesai membaca al Quran di surau kecil di hospital.
Ana yang ketika itu tengah skodeng dorang,so ana pon ape lagi,skodenglah sampai habis..hehe

Actually mcm ni,Dr. Andrew yang beragama Buddha tu tanya Nur. "Semasa solat tadi kamu baca dalam bahasa arab atau bahasa melayu?" Dgn yakinnya Nur jawab "dalam bahasa arablah" .
"Wah,kamu pandai berbahasa arab? Hebat!" Puji Dr. Andrew
"Eh,mana ada,saya x sekolah arab,manalah pandai."sanggah Nur.
"Dah tu tadi kamu cakap kamu baca dlm solat tdi tu dlm bhse arabkan?" Balas Dr. Andrew kembali
" ohh,saya hafal lah" balas Nur.
"Kamu hafal tanpa mengetahui maksudnya?"pantas Dr. Andrew menyerang dgn kata2 nya.
Nur tergamam dan cuba menahan amarah yang cuba bertandang di sanubari
"Errr,aah" mahu tidak mahu Nur terpaksa mengakuinya.
"Ouh,samalah macam burung kakak tua kan?? Menghafal apa yang disuruh oleh tuannya tanpa mengetahui maksudnya?" Dr. Andrew menembak lagi." Memang semua orang Islam ni macam kamu ke? Hafal bulat-bulat tanpa memahami maksudnya? Kamu x risau ke kamu tersalah hafal.cthnya perkataan 'shit' dan 'sheet' sebutan sama cuma panjang bacaan je yang berbeza dan maksudnya juga sudah tentu sangat berbeza malah boleh menjadi negatif"sinis suara Dr. Andrew.
"Mana ade,ada yang hafal tanpa mengetahui maksudnya,ada yang hafal dan memahami maksudnya lah! Hmm" tukas Nur.
"Ohh,jadi kamu dalam kelompok yang mana?" Tanya Dr. Andrew.
"Hmmm..." Nur segan utk mengakuinya.
"Ok saya faham,jadi bolehlah saya simpulkan yang kamu ni islam celup?ikut bulat2 tanpa tahu maksud dan tujuan?"tuduh Dr. Andrew.

...
...
...
Apa perasaan kita bila seseorang yang non muslim tanya macam tu kat kita?
Terasa x agaknya??
Mesti x nk kan non muslim ckp kita mcm tu...

So kat sini,ana nak ajak lah semua sahabat2 seislam....
Hope kita bukan setakat menghafal semata2 malah cubalah utk mengetahui dan memahami maksudnya..
Tidak semestinya budak sekolah agama or lulusan mesir je yang boleh tahu maksud ayat dlm bhse arab.semua berhak tahu.lebih2 lagi dgn kemudahan teknologi.

Cthnya,berapa ramai yang tahu semua maksud bacaan dalam sembahyang? Adakah anda tahu maksud bacaan doa Qunut yang ada baca setiap hari di kala solat subuh? Kalau anda x tahu maksudnya,mcm mana anda nak menghayati?
Kalau orang yang betul2 tahu maksud sesuatu tu,kadangkala sampai menitis air mata bila baca cthnya bila duduk antara dua sujud...kalau orang yang x tahu,dia akan baca " rabbighfirli warhamni..." Dan kemudian sujud semula tanpa ada apa2 perasaan.tpi kalo yg tahu maksudnya? Dia akan baca slow2 n mengharap semoga apa yang dia baca itu dimakbulkan Allah..

^__^ akhir kata,jom tingkatkan keimanan dan kurangkan kelalaian..

Sekadar peringatan bersama...




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...