SHOPPING BUKU DISINI

Monday, 11 March 2013

tips penulisan 2-penggunaan men-meng

PERKONGSIAN ILMU BAHASA IBUNDA..^___^



IMBUHAN 'MEN'


Imbuhan 'meN' menjadi 'men' apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf D, C, J, SY dan Z. Contohnya:
  1. deru - menderu
  2. dayung - mendayung
  3. cari - mencari
  4. cuci - mencuci
  5. jemur - menjemur
  6. jaja - menjaja
  7. syarat - mensyaratkan
  8. syukur - mensyukuri
  9. zalim - menzalimi
  10. ziarah - menziarahi


Juga untuk perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf T dan S. Contohnya:
  1. tabligh - mentablighkan
  2. tauliah - mentauliahkan
  3. terjemah - menterjemahkan
  4. sintesis - mensintesiskan
  5. swasta - menswastakan
  6. skru - menskrukan


Ada dua kecualian pada kata dasar iaitu 'ternak' dan 'tertawa' yang menerima imbuhan 'men' tanpa berlaku pengguguran.
  1. ternak - menternak
  2. tertawa - mentertawa


IMBUHAN 'MENG'

Imbuhan 'meN' menjadi 'meng' apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf konsonan G, GH, KH dan H serta semua huruf vokal iaitu A, E, I, O dan U. Contohnya:
  1. gali - menggali
  2. ganas - mengganas
  3. ghaib - mengghaibkan
  4. ghairah - mengghairahkan
  5. khusus - mengkhususkan
  6. khayal - mengkhayalkan
  7. heret - mengheret
  8. hantar - menghantar
  9. ambil - mengambil
  10. alir - mengalir
  11. ejek - mengejek
  12. elak - mengelak
  13. ikut -mengikut
  14. ikat -mengikat
  15. olah - mengolah
  16. ombak - mengombak
  17. ulang -mengulang
  18. ulit - mengulit


Bagi kata pinjaman yang bermula dengan huruf K, perkataan tersebut dikekalkan apabila digabungkan dengan imbuhan 'meng'. Contohnya:
  1. kanun - mengkanunkan
  2. kategori - mengkategorikan
  3. kritik - mengkritik


Ada satu perkataan yang dikecualikan iaitu KAJI. Ia tidak akan berubah menjadi 'mengaji' sebaliknya menjadi 'mengkaji'.


Imbuhan 'meng' menjadi 'menge' apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu sama ada perkataan Melayu atau kata pinjaman. Contohnya:
  1. cat - mengecat
  2. bom - mengebom
  3. sah - mengesahkan
  4. pos - mengepos
  5. khas - mengekhaskan


Kecualian timbul pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan iaitu awalan 'meng' tidak berubah menjadi 'menge'. Contohnya:
  1. stor - menstor
  2. brek - membrek
  3. klip - mengklip


NOTA:
Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum meletakkan imbuhan 'meN' ialah:
  1. Huruf pertama perkataan dasar.
  2. Kenal pasti perkataan tersebut sama ada perkataan Melayu atau kata pinjaman.
(Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah, bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain dan diMelayukan dengan mengekalkan sebutannya.)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...