Tuesday, 28 May 2013

Selamat Sambung Study(3S)

Bismillahirrahmanirrahim... :)
menjelang akhir bulan 5 2013 ni,for sure ramai yang x on9..huhu
izinkan aku merepek sebelum sambung belajar ok.. peace!! korang,pleaseeee baca,penat aku tulis ni taw.... ^^
*intro : actually post ni nak post as note kat fb tp disebabkan masalah dunia,so harapan hanya tinggal harapan,impian yang tidak menjadi kenyataan...semua karya kat sini semuanya tulus original dari lubuk hatiku yang terpencil..

ok2...story daripada mula lah eh....

awal bulan 12,2012..
semua 'banduan-banduan' yang ditempatkan di dewan/kelas utk menghadapi ujian teori SPM(sijil paling menyusahkan,opss..haha) telah pon kembali ke kampung halaman masing-masing malah ada yang memulakan hidup baru dengan berkerja di kedai-kedai,kilang-kilang,warung-warung dan tidak kurang juga ada yang melancong ke luar mahupun dalam negara seperti London,New York,Captown dan Brunei.
* kalau korang perasan,cuma ada satu noktah~iaitu selepas perkataan Brunei. So korang kena baca dalam 1 nafas..hoho

Amacam? leh dapat A+  x esei aku?? hehe.. klau cikgu R baca ni,mau penuh line merah..hehe


ape yer... tahun 2010..memasing dpt result PMR. kalo yang cemerlang,boleh lah fly ke SBP,kalo hok biasa2 tu,kne la stay je..hehe..nk fly pon boleh.. aku?? hoho.. fly ah.ape tu? terbang?? aah terbang.... :P
*ini mengimbau kenangan silam ke ape? dah lama berlalu kot!!  xde sebenarnya aku nak cakap,korang kene lah merantau sikit~duk ostel pon dikira merantau taw..hehe

kembali ke topik utama...
Selamat Sambung Study(3S).. amboi,study pon leh main sambung2?? aah meme ah...kalau x sambung maksudnya ia akan terputus.. Sedangkan Rasulullah S.A.W menuntut kita supaya menuntut ilmu sehingga ke negeri China.. ^^ inikan pula anak muda macam aku,~mmg aku muda,baru 18 ok..~alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas dibumi yang serba fana' ini.

aku tahu x semua dapat  DQ,UTP,IPTA,Poli,PPUM,IPG,GMI,MARA,JPA,YP, dan banyak lagi...ada yang sangkut salah 1 daripada semua tu dan ada juga yang tidak sangkut walau satu pon yer saya faham mesti ada rasa kecewa,terkilan dan terpk 'kenapa aku x dpt sedangkan aku sangat2 layak utk dapat mende tu' . Ya saudaraku sahabatku aku juga pernah mengalami perkara yang sama since f5. Sesuatu yang aku harap-harapkan akan menjadi milik aku tapi akhirnya Allah telah menakdirkan ia bukan milik aku kerana DIA ingin memberikanku sesuatu yang lebih baik sepertimana yang aku dapat sekarang..

Maka,dengan ini berakhirlah cutiku selama 5 bulan...eh yeke? mcm lama sangat je... aku kira start abeh spm sampai nk msuk blajar...ape je aku buat sepanjang 5 bulan?? hmm ntah lah.. membuang masa je banyak kot..hoho dan menikmati cuti ku..boleh bangun sesuka hati,xde sapa nak marah. x ya susah2 nak iron baju sekolah  malam2,kerja sekolah pon tarak,nk tidur boleh pukul berapa je yang aku nk,boleh on9 je sokmo,boleh update blog dgn epi,xde assigment dan banyak lagi... tapi semua tu akan dan telah pon berakhir nanti.. Aku akan terus bergelumang dengan kelas2(kuliah),assignment,err ape lagi eh?? ntoh la..hehe..

 x kisah la ape2 pon..

tetiba aku rasa mcam aku dah banyak sangat tulis merepek2 kat sini so better aku stop sekarang...
akhir kata,saya MIERAYUSOF(nme glamer lah sgt) ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut korang yang suci daripada kutu tapi mungkin ada sedikit kelimumur,ye aku faham sekarang ni panas en,cuaca x menentu,efek kat rambut,eh merepek dah.sambung yang tadi,aku mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki korang yang entah berapa kali sebulan korang potong tu pon aku x tahu...hehe .. maafkan lah diriku ini andai ada terkasar bahasa,tersilap bicara,termarah,termaki,tertinggi suara,termengumpat,terhina,terkutuk,terperli terutamanya.. ^^ Amira Yusof minx maaf sangat..faham2 je lah aku ni guane...hoho..oh ye,halalkan makan minum yang korang dah bagi kat aku lagi2 dak ostel n geng semeja bilik prep yang setia lepak kat situ dari lepas subuh sampai anjing sesat menyalak 2 3 pagi iaitu Enul,Qila,Ecah,Wiya,Rini,Hajar..^^ best lepak ngan korang,walaupun kita berbeza kelas dan dorm tapi kita sejiwa dengan semeja kat bilik prep..hoho..halalkan jugak semua ilmu yang telah diajar kepada aku since aku baby(ilmu apa eh mse baby?) sehinggalah aku dewasa kini...

korang kalau nk contact aku,roger je kat fon(mcj) or mcj kat FB..bukan itu sahaja,ada banyak lagi medium utk korang kontek ngan aku antaranya tumblr,blog,wordpress(Ada tp jrg pkai),ask,formspring,twitter,myspace,tagged(baru je deactive),ym,emel dan banyak lagi... so tolong jgn cakap kat aku ' Mira,aku x dapat nk kontek ko'...pleaasee lah,itu semua alasan orang yang malas berusaha

sekian..

tq kerana sudi baca sampai habis..sebenarnya aku baru sampaikan 60% drpd luahan hati aku yang merah ni.. ada masa aku buat lagi lah post macam ni ok terima kasih daun keladi ada masa kita kontek kat sini ..hoho




sje je...nk ajk korang stalk tumblr aku..hoho KLIK JE SINI

sekian.. Assalamualalaikum...

p/s: aku nak tag nama semua mber yang pernah kenal aku ...even skola tadika..^^


Friday, 24 May 2013

Panduan mengerjakan solat jika setelah lama meninggalkannya

gambar hiasan

Apakata try ikut langkah-langkah  kat bawah ni..
semoga membantu.. ^^





  • KESEDARAN amat penting sebagai mukaddimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
  • AZAM-Sebaik kesedaran wujud,tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.
  • SOLAT SEKALI DAHULU,BARU AKAN ADA SOLAT YANG KEDUA. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah,tiada solat yang kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.
  • NOTA MOTIVASI- Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati,atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daripada terkubur,maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat
  • FAHAMI MAKSUD DAN BACAAN SOLAT-Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.
  • JANGAN TERGESA-GESA DALAM SOLAT-Sebaiknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan ruku' dalam solat.
  • TINGKATKAN IMIGINASI- Semasa solat,bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Anda tidak mampu melakukan sedemikian,maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.


 
selingan/gambar hiasan

  • USAHA DAN DOA PERLU SEIIRING- Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah,mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.
  • RASAI KETENANGAN-Cuba anda perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan menyegerakan solat. Dapatkah anda rasakan 1 ketenangan?
  • RASAKAN KEAJAIBAN panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwudu'. Berbahagialah dengan panggilan tersebut.
  • BERFIKIR SECARA POSITIF. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan mengehadkan masa anda bekerja,menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.
  • DAPATKAN SOKONGAN mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.
  • SETIAP PERKARA PASTI ADA MUSUHNYA. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu,lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.
  • BANYAKKAN BAHAN BACAAN tentang solat bagi memastikan anda mempunnyai ilmu yang sentiasa dikemaskini agar iman senang bercambabh. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.





sumber :majalah solusi.. ^^ tegur jika ada salah dan silap..peace yoo

Thursday, 23 May 2013

Pasrah dengan istikharah..

gambar hiasasan






ISTIKHARAH : Petunjuk jitu tatkala keliru

Istikharah kepada Allah,Musyawarah dengan Manusia.

Intro : Menurut pakar psikologi,secara puratanya seseorang manusia membuat pilihan sebanyak 200 pilihan dalam masa 24 JAM. Daripada sekecil-kecil perkara seperti memilih makanan,pakaian sehinggalah kepada perkara yang besar seperti memilih pasangan,kediaman dan lain-lain.

Kejayaan dalam kehidupan ditentukan oleh apa yang kita buat setiap hari. Perbuatan kita itu pula ditentukan oleh keputusan yang dibuat oleh hati kita. Kejayaan merupakan suatu proses yang berjalan setiap hari. Ia bukan sebuah destinasi,sebaliknya 1 kembara. Antara satu peringkat dalam proses itu ialah bagaimana kita membuat pilihan.

Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 59 yang bermaksud

" Dan sekiranya kamu berselisih pendapat dalam apa-apa jua perkara,maka rujuklah kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat. Itu lebih baik bagi kamu dan lebih elok kesudahannya "

Anda bebas membuat pilihan tapi jangan sampai terbabas.
pernah dengar lagu  Demi Matahari??
kalau x pernah dengar,moh dengar sat...hehe



 tahu en lagu tu diambil daripada kalam suci al-Quran iaitu surah al-syams... perhatikan ayat ke 8.. yang bermaksud

"Diilhamkan kepada manusia kefasiqan dan ketaqwaan"

tambahan pula... Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah 9:5

" Janganlah engkau tertarik pada harta benda dan anak-anak mereka(kaum munafik) kerana Allah ingin menyeksa mereka dalam kehidupan didunia dan hilang nyawanya ketika mereka dalam keadaan tidak beriman."

Maka...
Istikharahlah dengan cara yang betul ; iaitu...


  •  MENGAKUI KESALAHAN DAN BERTAUBAT

Istikharah bukan sekadar solat dan berdoa semata-mata. Sebetulnya , seseorang itu perlu membersihkan diri dan hatinya daripada kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan dan bertaubat untuk tidak mengulanginya. Apabila hati bersih, Allah akan permudahkan baginya untuk mendapat petunjuk yang baik.

  • BERSIH DALAM PILIHAN
Tinggalkan kecenderungan terhadap pilihan yang ada. Bagaimana mungkin seeorang itu meminta kepada Allah supaya dipilihkan yang terbaik untuk dirinya,tetapi pada masa yang sama diri sendiri sudah ada pilihan? Serahkan sepenuh keyakinan kepada Allah bahawa petunjuk yang datang itu adalah yang terbaik biarpun tidak disukai oleh diri sendiri.


  • MIMPI,GERAK HATI DAN PANDANGAN
Petunjuk itu boleh datang melalui mimpi. Namun,sebagai manusia yang tidak sunyi daripada  dosa dan kesilapan,terkadang petunjuk mimpi itu boleh disalahtafsirkan. Boleh jadi ia betul-betul petunjuk daripada Allah ataupun mainan tidur daripada syaitan. Sebaiknya,ikutlah gerak hati dan mintalah pandangan orang soleh dan berilmu.

  • MENGULANGI ISTIKHARAH
Sebaiknya,ulang istikharah sebanyak tiga kali,ini berdasarkan peristiwa Abdullah bin Zubayr yang mengulang istikharah sebanyak tiga kali dalam urusan membaiki kaabah. Begitu juga Rasulullah S.A.W mengulangi doa baginda sebanyak tiga kali. Namun begitu, bilangannya tidak dihadkan. Lakukan sebanyak mungkin sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah.



KESALAHAN DALAM ISTIKHARAH 

  1. Tiada ilmu tentang solat istikharah
  2. Langsung tidak melaksanakan istikharah dalam membuat keputusan yang diragui dan keliru.
  3. Hanya menunggu mimpi atau alamat-alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan aamat lain yang lebih  penting seperti kelapangan fikiran,ketenangan emosi dan kemantapan hati.
  4. Hati sudah ada kecenderungan terhadap piihan tertentu sebelum istikharah.
  5. Menyalahkan takdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku selepas istikharah.










sumber : majalah solusi,gugel,fb..

semoga dapat dimanfaatkan.. dengan izin Allah.... ^^

Saturday, 18 May 2013

BAU SEMANGAT ANAK MUDA(BSAM)-review

Assalamualaikum...

*ok minggu ni aku rajin update blog sebab :(...lepas ni nk sambung belajar dah...huhu ceh alasan poyo gilerr ahh..hehe

buku kedua karya Nami yang aku baca selepas ACT...

rebieww..

Mula2 aku ingatkan Hafiz watak utamanya. Oh,rupanya tidak! Bahkan Nizam.. Hoho siapakah Nizam??? Alahai,watak utama buku ni lah! Kalau tengok tajuk,ni mesti nak cerita pasal dak2 ler ni..huhu...tp dok eh,citer ni era lewat 90an smpai 200*~x ingt plak

Iaitu since Nizam ni darjah 3(9 tahun) sampai lah 27 tahun. Perghh lama tu...tp  mak ai bukunya nipis je 161ms je pon,3 kali lebih nipis drpd ACT aku rasa.. Kisah bermula bila Nizam jumpa ngan band Paku Tekan. Masa tu lah Nizam start join jamming,blaja men gitar bagai.. Malangnya hero pujaan mereka,vocalist Nirvana kalo tak silap aku, Kurt Cobain namanya,telah mati BUNUH DIRI..huhu..

since tu,band Paku Tekan dah 'bubar' secara x rasmi kerana bersedih atas pemergiaan hero mereka.. Then ditakdirkan Nizam ni jumpa cewek cun nama Liza,merangkap ketua kelas n peminat Nizam..huhu. N lepas tu jumpa ngan mamat leleh sederhana yang bernama Hafiz.. n mse tu lah Nizam ni geng ngan baru dia iaitu abe Lam,Ail n Rafi. Nizam jadi vocalist,abe Lam n Hafiz jadi gitarist,Ail n Rafi aku x ingt..

Abe Lam ni dia meme x bnyk ckp tp sekali dia cakap,perghhh hanguss rentunggg beb....yang bestnya,abe Lam cuma rapat ngan Nizam je walaupun abe Lam lagi lama kenal Hafiz,Ail n Rafi..huhu n malangnya Abe Lam meninggal dalam 1 kemalangan jalan raya...huhu n kesan daripada pemergian abe Lam tu...geng dorang berpecah n bawak haluan masing2...

n sampai lah umur  Nizam ni 27 tahun. Tatkala itu,beberapa impian yang tertangguh dek kerana masalah yang melanda telah muncul kembali dengan  hadirnya watak-watak yang lama menyepi...ececeh..hehe...faham x???

hehe meme saje je nak wat karangan x bertauliah supaya korang baca....

itu je..memandangkan buku ni nipis je so review aku pon 'nipis' gak..

so itu je..sekiannn...



* oh ye,lepas aq bce buku ni baru aku tahu feel bebudak punk,grudge,~itu je yang aku ingat...seriously aku bkn nk jadi macam dorang cuma hmm nak taw je pemikiran dorang ni guane.....ternyata sama tapi x serupa...eh yeke?? haha maybe la

sekian.. 
wassalam..

aku dan tumblr

* post yang laghaa so jgn baca jika tiada masa..

Tumblr??? apakah itu???
aku dah try tnye mr.Google alahai,perlu ke cikmira oii??? 
dan Mr. Google pon x tahu apa maksud tumblr ni...
mula-mula aku ingatkan ejaannya T-U-M-B-I-R.. tapi rupa2nya T-U-M-B-L-R...

ohh,apakah????

n err dengan taqlidnya aku pon sign up lah tumblr ni tanpa mengetahui apa2 function dia..serius x tahu apa2...
mse tu pon kecik lagi..kuang3..kecik lah sangat cikmira oi!

dan selepas aku baca buku ACT tu...Oh,apakah itu ACT? Kalau nak tahu sila tengok post yang sebelum ini yup.. :) dan selepas aku stalk Nami punya tumblr..ohh baru aku faham apa tujuan tumblr ni..

actually tumblr tu ala2 blog gak..so korang yang xde blog ni x yah lah bergantung sangat kat blogspot..sebabnya ada banyak lagi medium utk korang post mende yang korang suka..iaitu  kat


  • BLOGDRIVE
  • WORDPRESS
  • TUMBLR
  • FACEBOOK~eh boleh ke???? boleh lah tp as note..hehe
  • MICROSOFT WORD..hehe,tp x leh nk show in public lah

ok so sekarang aku dah faham function tumblr ni ala2 mcm blog gak..tp seriously aku rasa tumblr ni simple n nice..tak payah nak hias-hias sangat macam kat blogspot ni. theme kat tumblr pon comel2 belaka macam aku punya tumblr..hoho..nk edit pon senang..kalo blogspot ni semua manual,leceh gak kadang,itu yang korang tengok blog aku ni guna theme drpd blogspot je,bukan blogskin mcm blog yang comel loteh yang korang stalk tu..huhu...

ok rasanya x perlu nak panjang2 buang masa baca post ni...
yang mana x sign up lgi tumblr tu..leh la sign  up utk follow aku..haha 

link dah ada kat atas nun..ini aku bagi lagi sekali.. KLIK SINI




^^ itu je k sekian..
wassalam..jgn makan wasabi memanyok nt cirit birit usus terkeluar baru tahu... peace yoo


*aku rasa mcam brutal plak post ni..haha.. maaf jika bahasa yang digunakan telah menggores hati kalian smua...!!!!






Thursday, 16 May 2013

Awek Chuck Taylor(ACT) novel

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum...

lepas baca or sebelum baca post ni.. dan specel utk yang x p tengok teater ritu...bolehlah  JENGUK SINI.. 

cover baru ACT



*post ni x sesuai guna 'ana'..kne guna 'aku'....harap faham...


ok..aq x ingt ni rebiew novel yg keberapa but...erghhh ohsem giler story dia....

firstly ade org tu dia perli aq sbb bazirkan duit beli bku..~aq ade guna duit ko ke??? xde en?? so shut up!!
dan aku x kenal langsung sapa Nami Cobb Cobbler ni..~sbb aq jenis beli bku based on the writer,bkn tengok tajuk best terus beli...TAKK ceh,apa yang x cik mira oii.....dulu la aku x kenal,sekarang aku kenal je Nami ni,dia je x kenal aku..k fine x pe x kisah pon...
sambung..
mse ngah lepak2 kt MPH,then ttbe tersentuh lak bku ni..mak aiii auto tgn ni nk bce sinopsis..alahaii jatuh hati plak  ngan sinopsis dia..mmg nk rembat je bku tu tp mse tu poket kering plak...bawak rm10 n ic je kot..haha punyalah malas (mse tu)..
balik umah,aq ushar2 dlu bku tu,rmai yg ckp best la itu ini..ok lpas ni kalo p,aq nk rembat..haha...
aku habiskn masa 3 HARI je utk khatam weh..itu pon sehari x smpai 2 jam pon aq baca..^^
thankz to him sebab 'temankan' aku semalam...^_^

mula2 selak buku tu..hmm,not bad..hehe..n perghh,dah cetakan ke 8,baru 3 tahun..susah nk jmpe buku indie yang cecah smpai cetakan ke 5++.. ^^ so nmpk x kat situ abe nami berjaya pecahkn rekod tu..

ok2 jom baca..
watak utama dlm cerita ni aku rasa 3 orang je sbenarnya iaitu Hafiz,Nana n Mira.

Hafiz : dia ni aku rasa x de lah hebat mana,n hmm ade lah ala2 orange dlm Le Gardenie~yg slalu kelihatan naive n innocent. Camne eh,couple dengan kakak tp jatuh cinta ngan adik. Maksudnya feeling kat adik lagi kuat lah lagi2 bila Mira x nk gtaw reason kenapa famili dorang tak leh balik Malaysia. Aku rasa kalau Mira gitaw je sebabnya hari tu,mesti Hafiz akan stay ngan Mira je..menurut pandangan aku.

Mira : Sis ni fuhh x reti aku nak describe sbb agak complicated..eh ye ke? Yang aku ingat Mira ni kalo cakap macam keretapi Shinkansen,n nerdy sbb ada jadual hidup sndri even weekend,penyayang tahap gaban kat Nana sampai sanggup buat apa saja,sanggup berkorban,n dia akan cakap je direct kalau ada something yang dia  x puas hati~teringat time raya tu n dia sound Fadilah...hehe... dan aku dpt rasakan perasaan Mira(adkh sbb nme aku pon mira?? err) bila terpaksa terima hakikat yang adik dia declare ngan Hafiz plak....bukan apa,cuma Hafiz je yang rapat ngan nana,xde lelaki lain even Faisal tu pon Nana x nk,Nana nk kat Hafiz je..~untung lah Hafiz ramai orang syg...hehe..hmm,tp aq rse dlm kes mira ni,rela dalam paksa..am i rite?? hehe

Nana- dia ni aq rse lgi cun drpd Mira,tp both cantik of koz.. cuma hmm,dia ada penyakit astma yang agk kritikal(sme mcm tok aku) n allergik yg teruk gak iaitu allergik giler ngan kacang... dia ni x pernah ada boyfie disebabkn masalah pertuturan~gagap...so ramai org ske gelakkan dia. so dari situ dia down utk bergaul ngan orang ramai. Orang yang rapat ngan dia cuma Mira n Hafiz je..dan hmm itulah since Kika(kucing Nana) mati,n Hafiz sorang je yang ada mse tu. aku rse mse tu perasaan cinta tu mekar berbunga dlm hari dia..n tp nk wat cmne en,org yg disukai 'milik' si kakak. tp finally Nana declare gk ngan Hafiz..yeahh... ^^ n yg sedihnya part last tu, Hafiz bg lgu 'when your gone' by Avril~aq pon ske lgu ni..haha..esoknya(kalo x silap),time Hafiz p register utk sem 2,mse tu la dia dpt tahu yang Nana dah kembali ke rahmatullah...


n takziah juga di atas pemergian Mira~realiti kerana breast cancer. aku dah stalk habis Mira punya blog,tumblr,komen dia kt post org lain. then aku pon dah stalk tumblr,twitter,formspring Nami...n juga dah stalk semua lah yang berkaitan ngan watak2 ACT ni....semoga roh sis Mira n Nana dicucuri rahmat..

itu je la kot...aq bagi 4.5/5 bintang je....actually nk bagi 5/5 tp sebab bahasa agak mencarut di situ so kena kurengkan sikit...hehe...

rasanya sampai situ je,tapi sebenarnya nk tulis panjang lebar tp memandangkan hmm seseorang telah melukakan hati aku  semalam so dah x de mood sgt nk tulis... so aku akhiri post ni dengan beberapa petikan drpd buku tu..jemput baca...


ni time hafiz n mira dah nak break..



tips utk bela diri time prektikal.hehe. baca yang start perenggan ke 2



detik2 terakhir nana wif hafiz

detik perkenalan Mira dan Hafiz.

yang sebelah kanan tu aku baru baca sikit...^^ohsem gak ah..mmg datang semangat anak muda tu


aku rse ni poem utk nana or dari nana kalo x silap..


al-fatihah....
sila guguel utk lihat wajah kedua2nya... ^^
aku x leh nk tunjuk kat sini sbb dua2 free hair..nt x pasal2 aku pon dapat saham



ni antara komen mira dalam realiti yang aku godek2 kat gugel..hehe..aku x ingat post pasal apa..tp ni jwpn sis tu..

oh ye,korang nk ke link utk tumblr,formspring,twitter watak2 ACT ni??? haha kalo nk,sori gua x leh bagi direct je..lu cari lah sendiri..bukan susah pon,gugel kan ada..haha..
1 link-rm1.
sila pm kat fb..


sekian...itu je..

^^


jangn lupa baca link yang aku bagi kat atas tu..kalau x leh bukak sila inform yer...hihi














Tuesday, 14 May 2013

my collection

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum....

sila tarik nafas panjang2 sebelum baca post ni...
intro...
bila selalu boleh online ni lah datangnya rasa malas nk post..~actually x de idea nk post apa..haha
bila duk bz ngan itu ini,mulalah.. 'kan best kalo dpt on9,leh post pasal itu ini'..
tp bila dah diberi peluang,haram jadahnyer lah nk buat...hehe...biasalah tu en..korang pernah alaminya ke?


ok spatutnya nk share something yg ana bce dlm mjlah Solusi tp nt dlu lah..~actually baru baca sikit.
tengoklah if ada masa lepas ni..erkk ~lpas ni dh nk smbung blaja cikmira oiiii...
ok2.. dengan izin Allah..ana akan cuba utk post...hehe

hmm..nk share lah sikit(1/100) daripada hobi sampingan ana..iaitu..ehem....tgk lah pic kat bawah ni..
ape eh org panggil?? tempat nk buka tin air/sardin/dll uh...
actually baru start kumpul tahun lepas..tengoklah,sikit je kott....itu pon ada hati nk kumpul pdhal kutip je kt tepi jalan~bkn pesen ske minum air tin..n tunggu mak beli tin susu yg ada pembuka mcm kt bawah ni...^^
sspe yg nk mnderma kt ana boleh sumbangkan yer...dialu2kan...




next...
kat bawah ni...haha
ana cuma ada 1 ruang je utk sumbat smua buku2 ni..
perghh...membazirnyer..ye ke??
hmm,xde lah,lain orang  lain citarasanya...
actually,adelah lebih kureng 8 bku yg ana x bce lgi..
bila ntah boleh baca..hehe..



tengok,ada buku yg dlm plastik(x bukak lgi)..
rooftap rant,anthem,bila blogger jadi maid(bukan ana ok) tu belom baca..~ergh,ada yg nk tlg bacakan x??
buku Syahadah Gadis Ateis by Imran Haaz tu,jumpa x?? hah buku tu ohsem giler,mmg sesuai utk jawab soalan para pencari tuhan or org yg xde agme..seriously ni..x tipu aw


ok kt bawah ni stesen utk bku Hilal Asyraf,Fatimah Syarha n Dr. Farhan Hadi..
actually buku simfoni cinta tu en...
harga runcit skrg ni rm25...
tp disebabkn kepekaan(ececeh) ana ...so dpt beli dengan harga rm13 je wehh....
apa kaitan kepekaan dengan beli murah??
huhu ade laa...
adoiii..nyesal x borong..kalau x,boleh jual semula..opsss...terlepas..hehe...
oh ye,buku terbaru Dr. Farhan ialah Tuhan lebih saintifik..nmpak x?? ade kat bawah buku matahari...hehe
dan buku terbaru Hilal Asyraf is Takdir 2 dan Relasi(sambungan sinergi)..
tp buku takdir 2 belum beli lagi,tggu diskaun maa...ade sesapa nk sponsor??? kih3
oh,korang kenal Faisal Tehrani x???
buku dia ohsemmm lah...
antrenye si peniup nay,detektif indigo,manikam kalbu n bedar sukma bisu~smua ni ana baca time kt ma'arif n   hisamudin...
*mira,buku BI xde ke?? smua bm je aq tengok...jawapannya: err,bakal ada...hehe..stkt ni baru ada 1..


ok..apa ni?? baju kertas??
hmm,xde ape pon senanyer..sje je..
ni hadiah(err,mybe la) from my adopted sister...
tp hmm...dia curang ngan anaa..... :'( sedihnyaaa
taw la ana x pandai layan org tp jgn lah wat ana mcm ni..
nk curang pon at least putuskan lah dlu hubungan kita..
terluka tahu x???  hmm...
tulis i love u forever konon... haktuihh..
*amboi,emonya dia..hehe sje je tu...act dah xde feeling dah


kat bawah ni..nmpk x ade pic ank patung comel..
huhu hadiah daripada pakwe i taw..dia tu sweet sangattt....~tolong jgn percaya,mira single ok..haha
xde lah,itu hadiah drpd adik dorm waktu f4..
cam ni kisahnya...izinkan aku  membebel sat
mse tu ada wat tukar2 hadiah kt dorm ana ni..c23..
then hmm yg sedihnya ana sorg je f4 kt dlm dorm tu...so err....hmm ntah la..bkn x peramah tp hmm no komen..
ok2 then dipendekkn cerita,ana dpt request drpd sorang adik f2 ni,dia minx shawl. 
kebetulan plak aii kat umah ni ade shawl baru beli..kuang3...
so ape lagi,nk jimat budget,ana bg je lah shawl tu kt dia..hehe...
n time sesi tukar2 hadiah tu,ana x balik ostel lagi*ponteng kalo x silap sbb mse tu baru balik drpd kg
esoknya baru bg kat adik tu...kesian dia duk nunggu hadiah drpd cikmira..hehe
then,lpas bagi tu,ttbe dia ckp... 'kak mira,tggu jap,nk bagi someting'...
eh2,perlu ke ana dpt sesuatu drpd dia?? rsenyer x...tp org da nk bg kita amik je la en..hehe
'amik lah,tnde terima kasih sbb belikan kita shawl  ni'..
aq dah speechless..errkkk mekasih yerr dik oiii...actually shawl tu akak bkn beli semata2 utk adik..hehe
ok dah cerita tamat..~penatnya menaip..
eh2 awat ada keychain nama MIRAE tu???
hmm....ada kisah disebalik tu..hanya orang yang rapat ngan ana je yg taw so rsenyer x perlulah nk story kot...



err..koleksi komik..sikit jee...haha
ana ske komik Ben Wong je...x taw napa
ada sesapa nk pinjamkan komik innocent by ben x??? ana nk pinjam..^^



dan err..ni lah teman dikala ku boring x tw nk wat gapo...
tp tu notbuk nenek....pas ni nk kne pulangkan semula..tp hmm,tok bkn reti sgt guna...baik bg ana...hehe..





haha ok itu je...
Assalamualaikum...


p/s : just sharing...sharing is caring...xde unsur nk buka aib,or wat ever lah.. ^^
n actually lebih kepada kenangan...huhu

Wednesday, 8 May 2013

novel secondhand utk dijual 2014/2015

latest update -13/1/15

hai semua! gembiranya aku bila korang jenguk belog aku ni. hihuk

ok sebenarnya aku nak inform kat korang.
semua novel aku ni. telah pon aku place kat satu butik ni

kat utagha.. im sorry sbb aku kurang komitment utk handle so aku bagi lah akak kat butik tu handle.

tapi... tapi tapiiii

butik tu tak de wat pengeposan. ini bermaksud if korang nak beli buku aku ni. korang kena pergi sendiri kat butik tu. so boleh lah korang jenguk ig butik tu iaitu sahabat online shop.

ok ni list buku..

utk beli kena pergi butik tu taw. jangan kontek ak lagi..im soooooo sorryyyy...

Buku preloved Eeraa Closet
Bil
Judul Buku
Harga Asal(RM)
Diskaun
(%)
Harga
Jual (RM)
Remark
1.
Chronicle 301 Salji Pertama
20.00
40
12.00

2.
Leven Thumps
29.90
60
12.00

3.
Bicara Hati
18.00
60
7.00

4.
Nyanyi Sunyi
20.50
50
10.00

5.
Roti Cicah Susu
19.90
40
12.00

6.
KL Noir
19.90
40
12.00

7
Servis 1 Malam
20.00
70
6.00

8.
Sperma Cinta
20.00
70
6.00

9.
Anthem
24.00
30
17.00

10.
Sri Kandi Vs Arjuna
17.00
40
10.00

11.
13 Jam A380
28.00
40
17.00

12.
Cinta Dua Benua
18.90
50
9.00

13.
Cinta Untukmu
22.90
45
13.00

14.
Masih Setia
19.90
45
11.00

15.
Aku Bukan Untukmu
22.90
50
11.00

16.
Akhir Sebuah Cinta
19.90
50
9.00

17.
Ingin Berkasih Lagi
25.90
45
16.00

18.
Surah-Surah Rindu
24.00
60
10.00

19
Lamaran Buat Syifa
20.00
50
10.00

20
Cinta Ini Milik Kita
19.90
50
10.00

22
Syahadah Gadis Atheis
16.00
50
8.00

23
Rela Ku Menanti
19.90
50
10.00

24
CInta Dihujung Sejadah
18.00
50
9.00

25
Tumbuh Di Tengah Badai
17.00
50
8.00

26
Cinta Kau dan Aku
19.90
60
8.00

27
Bidadari Paderi
24.50
50
9.00

28
Di Mana Terangnya Bulan(1)
17.50
50
9.00

29
Ku Usir Lara Ini
14.00
70
4.00

30
Selagi Nafas Belum Berakhir
12.90
70
4.00

31
Meniti Maut
17.00
50
9.00

32
Perangkap Ajal
17.00
50
9.00

33
Hingga Ke Akhirnya
25.90
50
13.00

34
Miss Pisau Cukur
22.90
40
14.00

35
Di Mana Terangnya Bulan (2)
17.50
50
9.00

36
Encik Sayang dan Miss Sweatheart
24.00
40
14.00

37
Sunan Musafir
22.00
40
13.00

38
Senyum Sampai Langit
20.00
40
12.00

39
Rona-Rona Cinta Damascus
23.00
80
7.00

40
Ombak Rindu
19.90
50
10.00

41
3 Jiwa 1 Cinta
19.00
40
11.00

42
Badai Kasih
15.90
80
3.00