SHOPPING BUKU DISINI

Friday, 24 May 2013

Panduan mengerjakan solat jika setelah lama meninggalkannya

gambar hiasan

Apakata try ikut langkah-langkah  kat bawah ni..
semoga membantu.. ^^





  • KESEDARAN amat penting sebagai mukaddimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
  • AZAM-Sebaik kesedaran wujud,tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.
  • SOLAT SEKALI DAHULU,BARU AKAN ADA SOLAT YANG KEDUA. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah,tiada solat yang kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.
  • NOTA MOTIVASI- Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati,atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daripada terkubur,maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat
  • FAHAMI MAKSUD DAN BACAAN SOLAT-Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.
  • JANGAN TERGESA-GESA DALAM SOLAT-Sebaiknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan ruku' dalam solat.
  • TINGKATKAN IMIGINASI- Semasa solat,bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Anda tidak mampu melakukan sedemikian,maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.


 
selingan/gambar hiasan

  • USAHA DAN DOA PERLU SEIIRING- Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah,mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.
  • RASAI KETENANGAN-Cuba anda perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan menyegerakan solat. Dapatkah anda rasakan 1 ketenangan?
  • RASAKAN KEAJAIBAN panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwudu'. Berbahagialah dengan panggilan tersebut.
  • BERFIKIR SECARA POSITIF. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan mengehadkan masa anda bekerja,menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.
  • DAPATKAN SOKONGAN mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.
  • SETIAP PERKARA PASTI ADA MUSUHNYA. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu,lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.
  • BANYAKKAN BAHAN BACAAN tentang solat bagi memastikan anda mempunnyai ilmu yang sentiasa dikemaskini agar iman senang bercambabh. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.





sumber :majalah solusi.. ^^ tegur jika ada salah dan silap..peace yoo

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...