Thursday, 23 May 2013

Pasrah dengan istikharah..

gambar hiasasan






ISTIKHARAH : Petunjuk jitu tatkala keliru

Istikharah kepada Allah,Musyawarah dengan Manusia.

Intro : Menurut pakar psikologi,secara puratanya seseorang manusia membuat pilihan sebanyak 200 pilihan dalam masa 24 JAM. Daripada sekecil-kecil perkara seperti memilih makanan,pakaian sehinggalah kepada perkara yang besar seperti memilih pasangan,kediaman dan lain-lain.

Kejayaan dalam kehidupan ditentukan oleh apa yang kita buat setiap hari. Perbuatan kita itu pula ditentukan oleh keputusan yang dibuat oleh hati kita. Kejayaan merupakan suatu proses yang berjalan setiap hari. Ia bukan sebuah destinasi,sebaliknya 1 kembara. Antara satu peringkat dalam proses itu ialah bagaimana kita membuat pilihan.

Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 59 yang bermaksud

" Dan sekiranya kamu berselisih pendapat dalam apa-apa jua perkara,maka rujuklah kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat. Itu lebih baik bagi kamu dan lebih elok kesudahannya "

Anda bebas membuat pilihan tapi jangan sampai terbabas.
pernah dengar lagu  Demi Matahari??
kalau x pernah dengar,moh dengar sat...hehe



 tahu en lagu tu diambil daripada kalam suci al-Quran iaitu surah al-syams... perhatikan ayat ke 8.. yang bermaksud

"Diilhamkan kepada manusia kefasiqan dan ketaqwaan"

tambahan pula... Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah 9:5

" Janganlah engkau tertarik pada harta benda dan anak-anak mereka(kaum munafik) kerana Allah ingin menyeksa mereka dalam kehidupan didunia dan hilang nyawanya ketika mereka dalam keadaan tidak beriman."

Maka...
Istikharahlah dengan cara yang betul ; iaitu...


  •  MENGAKUI KESALAHAN DAN BERTAUBAT

Istikharah bukan sekadar solat dan berdoa semata-mata. Sebetulnya , seseorang itu perlu membersihkan diri dan hatinya daripada kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan dan bertaubat untuk tidak mengulanginya. Apabila hati bersih, Allah akan permudahkan baginya untuk mendapat petunjuk yang baik.

  • BERSIH DALAM PILIHAN
Tinggalkan kecenderungan terhadap pilihan yang ada. Bagaimana mungkin seeorang itu meminta kepada Allah supaya dipilihkan yang terbaik untuk dirinya,tetapi pada masa yang sama diri sendiri sudah ada pilihan? Serahkan sepenuh keyakinan kepada Allah bahawa petunjuk yang datang itu adalah yang terbaik biarpun tidak disukai oleh diri sendiri.


  • MIMPI,GERAK HATI DAN PANDANGAN
Petunjuk itu boleh datang melalui mimpi. Namun,sebagai manusia yang tidak sunyi daripada  dosa dan kesilapan,terkadang petunjuk mimpi itu boleh disalahtafsirkan. Boleh jadi ia betul-betul petunjuk daripada Allah ataupun mainan tidur daripada syaitan. Sebaiknya,ikutlah gerak hati dan mintalah pandangan orang soleh dan berilmu.

  • MENGULANGI ISTIKHARAH
Sebaiknya,ulang istikharah sebanyak tiga kali,ini berdasarkan peristiwa Abdullah bin Zubayr yang mengulang istikharah sebanyak tiga kali dalam urusan membaiki kaabah. Begitu juga Rasulullah S.A.W mengulangi doa baginda sebanyak tiga kali. Namun begitu, bilangannya tidak dihadkan. Lakukan sebanyak mungkin sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah.



KESALAHAN DALAM ISTIKHARAH 

  1. Tiada ilmu tentang solat istikharah
  2. Langsung tidak melaksanakan istikharah dalam membuat keputusan yang diragui dan keliru.
  3. Hanya menunggu mimpi atau alamat-alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan aamat lain yang lebih  penting seperti kelapangan fikiran,ketenangan emosi dan kemantapan hati.
  4. Hati sudah ada kecenderungan terhadap piihan tertentu sebelum istikharah.
  5. Menyalahkan takdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku selepas istikharah.










sumber : majalah solusi,gugel,fb..

semoga dapat dimanfaatkan.. dengan izin Allah.... ^^

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...