SHOPPING BUKU DISINI

Monday, 3 June 2013

TUHAN LEBIH SAINTIFIK BY DR. FARHAN HADI

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
ini buku ke 4 Dr. Farhan yang telah ku baca..yang 1, Denyut Kasih Medik,Cintaku Kerana Agamamu,Ku temui Cinta-Nya dan yang latest setakat ni Tuhan Lebih Saintifik.. ^^

harga runcit: RM 16.00
tebal : 360ms
genre : x reti la nk tentukan ni..

intro :
Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala-galanya,rupa-rupanya Sains membawa kepada tuhan dan tuhan adalah penjelasan kepada segala-galanya

First aku selak kat bahagian prolog,makk aii sedapp je baca..mula2 lagi dah masuk pasal tajuk Manusia daripada Beruk?? Oh ye,ada 2 prolog yer.
sebelum tu  jom baca sinopsis dlu

sinopsis :
Dr. Donald merupakan seorang pensyarah muda berketuruna india yang mengamalkan dan memperjuangkan fahaman tidak percayakan Tuhan atau ATHEIS. Dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya dan sering menyellitkan fahamannya di dalam kulliah anatomi kepada pelajar perubatan.
Dalam masa yang sama,Ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. Sekiranya Dr. Donald menolak agama secara total dan mengganggap sains adalah segala-galanya. Ustaz Hanafi pula menolak sains secara total dan mengganggap kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa kepada neraka,termasuklah bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah Atheis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada para pembaca.

meh nk story mory sikit,ini sinopsis oleh aku..(ayat kat bawah ni tulis sendiri taw),xde amik kat mana2,sori if ada tersalah fakta ke ape,tolong tegur..pleasee

Buku ni mengisahkan seorang pelajar perubatan tahun 1@ 2 yang bernama Faiz di sebuah kolej. Memandangkan dia seorang ketua kelas maka dia terpaksa selalu bersemuka dengan profesornya yang mengajar anatomi iaitu Dr. Donald. Dr. Donald ni pula seorang yang memperjuangkan fahaman tidak mempercayakan tuhan; Atheis(tiada agama). Baginya siapa yang ada agama maka org tu menolak sains dan vice versa. Dan juga dia percaya alam ni terbentuk dengan sains.. Bukan ciptaan sesiapa.. Semakin hari semakin rmai pengikut Dr. Donald ni dan ini merisaukan Faiz selalu ketua utk pelajar islam at situ. Faiz sendiri selalu digasak soalan yang menguji akidahnya seperti poligami, dan macam-macam lagi lah.

Ditambah pula dengan seorang ustaz di kolej tersebut iaitu Ustaz Hanafi yang tazkirahnya berbaur racun utk membunuh semangat pelajar perubatan dengan mengatakan semua ilmu perubatan yang dorang belajar ni asalnya daripada kaum Yahudi dan Nasrani. Ustaz Hanafi jugak menakut-nakutkan pelajarnya dengan ayat al-Quran/hadis, 'Siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia tergolong dalam kaum tersebut'.


1 hari,datang seorang pensyarah yang bernama Dr. Ahmad Zabidi iaitu seorang pakar bedah jantung. Kedatangan beliau memberi sejuta makna buat pelajar perubatan kerana beliau sering memberi tazkirah berupa ingatan dan semangat umpama baja yang ditabur pada tanaman.~ x tahu ayat yg sesuai dah..hehe

 Dr. Donald menyambut baik kehadiran Dr. Ahmad Zabidi namun sebaliknya buat Ustaz Hanafi,dia begitu benci dengan Dr. Ahmad Zabidi   sehingga mengisytiharkan Dr. Ahmad Zabidi murtad,menyebarkan ajaran sesat,pengikut syiah di blognya. Sehinggakan pihak JAKIM datang untuk membuat siasatan apabila ada seseorang(Ust Hanafi la,mne de ore len dah) membuat laporan mengenai Dr. Ahmad Zabidi yang menyebarkan ajaran sesat. Benarkah???

Dr. Donald pula semakin bersemangat untuk mengadakan sesi diskusi mengenai agama dengan Dr. Ahmad Zabidi. Yang mana pada mulanya beliau berasa dirinya sudah mantapp dengan segala ilmu sains dan mampu mematahkan hujah Dr. Ahmad Zabidi,akhirrnya semakin  hari semangatnya dan keyakinannya pada Atheis semakin luntur apabila dia bukan diskusi dengan Dr. Ahmad Zabidi untuk mencari kemenangan tetapi untuk mencari kebenaran.

Apakah pengakhirannya? Adakah Dr. Donald berjaya merealisasikan impiannya utk menyebarkan fahaman Atheis di Malaysia??? Adakah Ustaz Hanafi masih dengan kejumudannya? Adakah Dr. Ahmad Zabidi ditangkap oleh JAKIM atas laporan yang mengatakan bahawa beliau menyebarkan ajaran sesat itu benar??

JENG JENG JENG....

nak tahu kenalah baca sendiri..huhu..

di akhir post ni aku sharelah sedikit petikan daripada buku TUHAN LEBIH SAINTIFIK ni utk tontonan yang belum baca dan harap sangat korang pon baca jugak..

ini salah satu pandangan negatif sesetengah masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar perkahwinan

hukum poligami.... ^^ ya,poligami itu memang dibenarkan dalam islam dan termaktub dalam kitab suci al-Quranmalah tidak ada sesiapa pon yang boleh mengatakannya haram. Tetapi,kita kena tahu tujuan sebenar poligami pada zaman Rasulullah sebenarnya ialah untuk  MENGEHADKAN BILANGAN ISTERI dan juga beberapa faktor lain yang munasabah,bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata macam orang zaman sekarang buat..utk yang x tahu, pada zaman dahulu(arab jahiliah),para lelaki mempunyai ramai isteri sehingga mencecah berbelas-belas. huhu..

korang baca lah sendiri yup.. ^^

yang kat dalam kotak merah tu untuk menjawab. Bila tuhan mula-mula muncul?


kat atas ni jawapan bagi orang yang memandang -ve kat ubat2 ..huhu

dalam kotak biru tu kata-kata daripada Dr. Donald yang setuju dengan seks bebas dengan alasan ada kondom la,doktor akan jumpa penawar untuk penyakit terbesar akibat seks ni. Dalam kotak merah tu plak jawapan daripada Dr. Ahmad Zabidi. 

kat dalam kotak merah itu adalah sebahagiann daripada bait-bait puisi yang ada dalam Bibble. Puisi tu pon pernah aku baca dalam novel kak Maya Iris sebelum ni yang berjudul Ku seru Namamu Kekasih. Perghh,lucah gilerr beb..huhu

soalan yang dikemukakan seseorang individu mengenai bait2 puisi diatas(kotak biru) dan kotak merah tu plak jawapan pendeta tu...jawapan paling bongok pernah aku baca..ade ke patot utk mengajar manusia mmbezakan yang mana buah dada dan yang mana buah rambutan.... what the???

dan JENG JENG JENG...
kat bawah ni adalah buku yang aku dok potpet(bg pandangan) sebentar tdi..boleh dapatkan sekarang..
xde lah  mahal mana, rm16 je.. ^^


1 info tambahan : Atheis yang paling berpengaruh abad ini ialah Dr. Richard Dawkins. Leh Sarch google pasal beliau. dan buku beliau yang femes yang aku tahu ialah The God Delusion(leh search google gak)

sekiannn

2 comments:

  1. Nak buku ni....dah tnya bnyak kedai buku...tp x da.help me please..

    ReplyDelete
  2. Ad jual di ruang tengah pkns shah alam sekarang

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...