Friday, 31 October 2014

Apa yang best kat Shah Alam??

Assalamualaikum.. 
actually no one ask me that question tapi saja nak share.. aku tahu ada je rakyat malaysia yang masih belom pernah jejakkan kaki kat shah alam ni as well as aku pon tak pernah jejak kaki ke Perlis.. jgn dpt husband from perlis udah lah..hihi..

Seperti yang anak2 muda sekarang belajar dalam geografi or kajian tempatan. shah alam ni famous dengan industri perkilangan. yeke mira?? yup.. 

Shah Alam ni antara bandar 'terawal' lah kat malaysia ni.. sesuka hati aku jer ..haha.. so sebab tu la pembinaan bangunan,nama jalan,dan semua lah dibangunkan dengan baik. 

ok sebagai contoh. sekarang ni kan ada nama jalan. for instance,jalan timun 24/8. pun bagaimana walau,utk warga shah alam, dengar je jalan timun tanpa perlu tahu 24/8. diiorang dah leh tahu jalan timun tu kat seksyen 24. macam mana leh tahu?? senang jer.. based on clue.. so dari sini uols dah leh dpt maksud yang aku nak sampaikan. kalau nama jalan tu pasal sayuran2 seperti timun,bayam,cili padi dll,maksudnya tu seksyen 24. kalau jalan tu pasal sukan cthnya lawan pedang,hoki,pingpong,maksudnya tu kat seksyen 13. 

ok jom tahu apa yang best kat shah alam.. 

1. Tempat makan yang best-best

Ini memang tak dapat dinafikan lagi.. tengok jer lah rancangan jalan2 cari makan,n rancangan makanan yang lain. most kedai makan yang femes kat shah alam.. kat mana port tempat makan yang best mira?? ok ni just cadangan dari aku.. of koz lah kat seksyen 7... seksyen 7 tu area uitm dan i city. masya Allah aku rasa dah beratus kedai makan. laku ke kalau banyak2 sangat kedai makan ni?? dah lah dekat2..for me,laku jer selagi depa pandai marketkan kedai dorang dengan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.. ok so ak nak cadangkan lah beberapa kedai makan yang bagi aku sedap,pantas dan harga pon ok. iaitu Murni Discovery. boleh lah google yer. ritu aku order chicken chop ape ntah,dpt 2 ketul ayam weh memang kenyang ah.. ok selain dari tu ada Mee Tarik. macam best ja namanya.. ok Mee Tarik ni ade kat seksyen 16 area alam avenue,landmark depan puspakom,sederet nga SBU(sincerely by us) boutique dan wafa closet. nak lagi?? ok kalau nak makan ikan bakaq yang murah dan sedap,bukan takat ikan bakaq ja,semua lauk ada plus sedap2 lagi.. boleh p kat seksyen 25. yang aku ingat landmarknya area kedai2 depan tu ada rumah2 teres 3 tingkat lama tak silap.. nak lagi?? yang ni kalau korang nak rasa exclusive tapi hargaa tak mahal,pilihan yang tepat ialah restoran Adam Lai,restoran ni kat seksyen 15 landmark dia dekat ngan pusat servis toyota.. area2 situ pon ada banyak kedai makan yang sedap2 taw.... ok lah asyik cerita kedai makan yang jauh dari rumah jer. ok kat area rumah aku pon ada kedai makan yang sedap dan pedas wawww boleh menangis kalau makan lauk  yang memang guna 80% cili padi.. iaitu restoran RnS. Landmark dia kat kawasan kedai,dekat ngan pos laju seksyen 16. makanan dia more to masakan nogori sombilan. lauk dia memang banyak tak yah citer ah sapa yang suka makan tu meme terliur. dah ah nak thu bebanyak lagi boleh lah google yer.. aku rasa kalau korang wat jalan2 cari makan kat shah alam,sebulan pon tak habis.. punyalah banyak.. 

2. Butik-butik yang best dan famous

fuh semenjak seksyen 7 membangun dengan pesatnya. Aku rasa semua port2 best seksyen 7 punya. mana taknya dah lah seksyen 7 jadi bos besaq utk tempat makan. butik2 yang femes pon bermukin kat seksyen 7. hmm meme kering ah coghitanya lepas melantak p shopping plak.. kalau korang tengok butik2 online kat instagram kan,tengok alamat eh2 awat nama jalan semua pakat sama ja. haha mana taknya sederet semua butik2.. memang rambang mata tak tahu nak pergi yang mana satu. tambah plak sekarang ni seksyen 16 area alam avenue pon dah membangun. kat situ plak port kedua butik2 online ni bermukin. maybe kat seksyen 7 dah penuh kot..hihi.. antara butik yang ada kat seksyen 16 alam avenue tu is butik ruccimodisch,sincerely by us,wafa closet,kznabihah,rama2 studio dan banyak lah tak terkira.. kiranya kalau korang nak p shopping kat 20 butik dalam 1 tempat. pergi je kat seksyen 16 alam avenue. semua butik dekat2.. dan dorang ada tarikan mereka sendiri yang menyebabkan customer tak putus2 mai.. hah tengok tu kepentingan marketing.. 

3. Tempat bersejarah??
sorry to said if uols nak wat lawatan sambil belajar. shah alam bukan tempatnya. tapi kalo nak wat lawatan ke kilang2. memang shah alam adalah kawasan yang tepat.. haha.. aku rasa tempat bersejarah kat shah alam is muzium shah alam kot.. ade ke muzium shah alam?? of koz lah ada uols.. nak landmark? boleh ja.. dekat ngan masjid negeri,sebelah perpustakaan lama selebihnya google lah yer..ok lah aku nak tanya soalan cepumas plak,sekolah rendah pertama kat shah alam kat mana?? 
hah utk warga shah alam pon aku rasa tak semua boleh jawab.. jawapannya kat seksyen 16. mak aii depan umah aku ni padang sekolah dorang. pagi2 tu memang bsing ah dengaq bebudak ni memekak lagi2 time sukan sekolah.. alah semua skolah mcm tu kan.. ok apa rizen sekolah ni jadi sekolah pertama.. aku rasa kalau aku bagitahu nama sekolah ni mesti korang dah leh agak.. SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM.. kalau sekolah lain,biasanya mcm ni,sekolah kebangsaan seksyen 24. dimentionkan seksyen berapa. tapi disebabkan ni sekolah pertama maka dia jadi SKSA. 


4. Tempat Rekreasi yang best

walaupon dari kaca mata kasar nampak cam bandar je tapi jangan tak tahu plak dalam bandar ada taman.. utk warga shah alam,specelnya ada tasik shah alam. landmark sebelah PKNS,SIRIM,wetworld. tasik ni biasanya port jogging,beriadah dan aktiviti sukan. korang nak berkayak pon boleh.please lah jgn samakan shah alam ngan kuantan. yer aku tahu kuantan ada sungai pahang. but please paham skarang ni shah alam is bandar. tapi sekarang ni dah banyak dah tasik buatan kat shah alam,antaranya kat seksyen 7. selain tasik,ada taman pertanian. for sure lain giler dengan taman pertanian kat pahang yer.. kalau kat shah alam ni,ada rumah 4 musim,aku pernah p masa aku tingkatan 1 masa tu musim sejuk. nak tahu apa yang best kat taman pertanian tu boleh lah p sendiri yer.. next,kat area2 masjid negeri ada 1 kawasan lapang. kat situ meme port ahh utk sapa2 nak dating or lepak2 ngan famili dan keluarga.. dulu slalu je lepak sana tpi lepas makin ramai yang tahu tempat tu so dah tak lepak sana.. ape lagi eh,x ingat lah plak sekarang.

5. Shopping mall kat shah alam best tak macam kat kl??

aku tahu mesti akan ada yang nak mempertikaikan pasal ni.. tak ske ah compare2 ni,. yer aku tak nafikan kat kl memang best ad sogo,midvally,amcorp mall,OU,IOI,time square,KWC,jalan tar n mcm2 lah.. kat shah alam tak banyak sangat mall.aku rasa semua mall lama jer ec for SACC mall.. yang paling femes aku rasa is plaza alam sentra(PAS),aku pon ske lepak situ sebab kat situ ada bowling plus tempat rakaman program. kat pas jugak antara port kedai2 gadget. kalau korang first time p sana,kat level 3 jer memang semua kedai gadget. kalau time raya plak,PKNS  memang jadi tumpuan ramai. sebab kat situ port peniaga2 melayu berbisness. aku sendiri pernah kerja situ. best gak ah. next is SACC mall,mall ni agak baru rasanya masa aku form 1 camtu.baru ke?? haha baru gak ah nak compare ngan PKNS and PAS. tp kat SACC ni dah ala2 suria klcc.. ada pizza hut,mph,secret recipe,dunkin donut. then plaza shah alam a.k.a plaza masalam kat seksyen 9. aku rasa utk yang tak pernah mai shah alam ni meme tak tahu. aku ske gak p sini. tak tahu lah napa.. rasa best p sana sebab banyak kedai yang aku suka... haha.. oh ya,sebelum aku terlupa. 'mall' yang baru ialah ole-ole kat seksyen 18. FYI,seksyen 18 antara kawasan tersibuk kat shah alam,dah lah kecik,sibuk plak tu. mana taknya,kat situ lah ada mydin besaq,giant,branch bank islam,tabung haji,cimb,klinik2,mcd,kfc. hah nampak? hampir semua ada kat seksyen 18. tambah plak ngan ole-ole mall.. tapi mujurlah ole-ole ni ada tarikan nya iaitu kedai pakaian hari-hari,Teewah dan bowling. ada lagi 1 mall yang aku sangat tak smpai hati nak story iaitu anggerik mall.. kenapa aku segan nak story?? analoginya is hidup segan mati tak mahu. kesian sangatt.. nak thu lebih lanjut pergilah lawat sendiri ya.. oh ya. suka utk aku mengingatkan kat shah alam TAK DE PANGGUNG WAYANG ya.. paling dekat pon kat bukit raja klang,landmark kat dalam jusco klang kat tepi jalan. n cinema yang baru bukak kat space u8.. baguskan shah alam sebab xde panggung wayang.. almaklumlah kita ni kadang dimomokkan cinema tu tempat maksiat. aku tak nafikan memang rmai yang salah anggap.. tapi tu lah,famili aku plak jenis sempoi ske tengo wayang.. haha.. habis lah kalau aku dpt suami x ske tgk wyg,tp teringin gak nak tgk wyg ngan husband n anak2..amboi jaoh memikir mira ni.. haha kidding ..alah bebudak uia tu bersepah2 kat midvalley p tengok wayang... kuan3.. dah tempat dekat sangat ngan u..  untung2.. 

sebelum aku terlupa.. aku nak ajak korang lawat library shah alam yang baru.. best giloss uolss... seriousss bestttttt... modern concept gitu. aishh jangan lupa singgah ya..




ok lah rasanya sampai sini dulu.. panjang gak aku berceloteh malam ni.. hihi. hope you appreciate it and im sorry kalau ada buat korang annoying ke  or wat korang rasa aku ni macam bajet ke ape.. im sorry.. btw,kalo uols mai shah alam boleh la roger aku. aku sedia jadi tour guide uols.. hihi..nak ajak aku ronda2 kl pon boleh jer sebab aku dah agak mahir dah kat kl.. hoho ..mana taknya study kat pj. nak p kl naik je lrt. dekat sangat.. best kan study kat kl.. kos pon murah.. alah naik lrt tu berapa hinggit jer pon.. huhu..public transport tu.. 

akhir kata.. macam biasa aku sajikan pic berkaitan tajuk . 


ini SACC


ini masjid shah alam. cantikkan?

ini giant besaq kat seksyen 13. area2 stadium shah alam n library shah alam yang baru


ini plak dataran shah alam.. dekat sangat dengan PAS. kalau korang ke kiri(dri pic ni),dan uols straight je. uols akan menuju ke JKR..


ini stadium shah alam. utk sesapa yang kipas bola tu memang tahu lah pasal stadium ni. stadium ni ada 'adik' taw,namanya stadium melawati,atap hijau. 


ini plak wetworld shah alam. sebelah tasik shah alam.aku dah lama tak pergi sini.maybe sebab dah besaq panjang dah jadi anak dara pon..hihi.. mak aku memang jangan nak diharap lah nak p sini.aku p sini pon bila sedara2 aku mai plus ada program or dlu2 cikgu tusyen aku belanja aku n abang aku mandi sini..yippii bestnyaa..

ala lupa plak nak story tempat penginapan yang best  yang ada kat shah alam.. tapi rasanya sempat kot utk ku cadangkan korang menginap kat d'ART hotel kat seksyen 7.. rizen?? google lah ape lagi.. hihi

gambar ihsan google jer..

sekian terima kasih kerana sudi membaca..


Thursday, 30 October 2014

betol ke ada asasi 2 tahun?? reason?

Assalamualaikum.. hi..

soalan ni jarang orang tanya. tapi biasanya maksudnya mcm soalan kat atas ni..
soalan ni biasanya diajukan kepada someone yang amik asasi lepas result spm kuar..

contohnya macam ni..
A- ko degree bila?
B-tahun depan
A- eh bukan kita sama2 masuk asasi ke?
B- meme ah,kau asasi uitm,aku uiam. mana sama..

Sebelum tu,uols tahu kan peringkat2 lepas abes spm?? iaitu

1.  sijil/diploma/stpm/stam/asasi/matrikulasi
2. Degree
3. Master
4. PhD


so utk lepasan spm.. uols akan tempuh sama ada nak amik sijil/diploma/stpm/stam/matrikulasi or asasi..

now on aku nak story pasal asasi jeer..


Generally,asasi ni laluan pantas utk degree as well as matrikulasi.. tapi semua sedia maklum,asasi ni kelebihan dia bestt sikit drpd dak matrik. aku tak nak wat perbandingan kat sini.. haha tengok tu sikit2 dah melalut..

yang bestnya asasi ni.
1. SETAHUN. umur 19 dah degree.. matrikulasi pon sama yer,jgn nak pndg rendah plak dak2 lulusan matrik. aku sepuk kang.

most universiti yang tawarkan asasi setahun.

persoalannya .. ade ke asasi yang lebih dari setahun??

jawapanyya OF koz lah ada yunk oii... hihi.. as well as matrikulasi too..

takat yang aku tahu. UNIVERSITI yang tawarkan asasi 2 tahun

1. UIA
2. UM

dua U ni jer yang aku tahu ada asasi dua tahun. utk UM,ada beberapa kos jer yang memang dah ditetapkan dua tahun and the rest is setahun.


yang kedua is UIAM..

jom2 kita travel sikit pasal UIAM.. Fyi,asasi uia ada di 4 tempat iaitu Gombak,Nilai,Pj dan Gambang.
utk masa sekarang,kat Nilai dah takde sbb smua dah dikumpulkan kat pj. kat Gombak utk dak econs(economic/account) jer. manakala di Gambang utk dak2 critical kos iaitu medic,dentistry n pharmacy n the latest one bebudak fizik batch 14/15 plak akan ke gambang. aku?? aku kat pj ler..


Macam mana seseorang tu leh dapat asasi dua tahun kat UIA??
p/s : tulisan yang dibesarkan dan warna merah is jawapan kepada soaan di atas..

ok basically rizen dia disebabkan RESULT EXAM APT dan EPT...

utk yang tak amik port langsung pasal uia ni memang tertanya2 lah APT dan EPT tu ape.. tak pelah aku sharekan sekali lagi utk yang baru nak ambil tahu. APT tu ARABIC PLACEMENT TEST. EPT plak  ENGLISH PLACEMENT TEST..

result dia based on band. dan duration study ko ikut kos dan band yang ko dpt.. ok contohnya aku kan kos ENGINEERING for now,dan masa exam ritu aku dapat band 5 utk EPT dan band 2 untuk APT.  utk kos aku,EPT WAJIB dapat band 7 utk EXIT. dan for APT WAJIB dapat band 3. kiranya,aku tak EXIT utk dua2 test..uhuk2 sedihnya..

ok,dengan band yang aku dapat tu maka duration study aku setahun setengah. eh2 ade ek asasi setahun setengah jer?? yupp ada sayangg.. uia ni spesel banyak. 1 sem panjang cuma 4 bulan jer. sem pendek 2 bulan. so utk bebudak asasi uia yang setahun,means dia akan hadapi 2 sem panjang iaitu pada bulan 6 sampai 10,then short sem pada bulan 11 dan 12 n last pada bulan satu sampai 5.

ok berbalik kepada aku. aku kan setahun setengah,subjek yang aku kena amik takde lah banyak mana.. cuma

1. BI
2.BA
3.BTQ
4.RIM
5.MATH 1
6.MATTH 2
7. MATH 3
8. COMP 1
9. COMP 2
10.FIZIK 1
11. FIZIK 2
12. KIMIA 1
13. KIMIA 2
14.lab fizik
15. lab kimia
16. study circle

16  subjek jer.. banyak ke?? ntah ah. sikit je sebenarnya tapi kalalu uols tak exit2 lagi arabic n english memang terasa lah banyaknya.. sebabnya contact hour utk bi 9 jam seminggu wehh..

ok faktor kedua someone tu asasi 2 tahun is REPEAT SUBJEK 

utk asasi kat u lain aku tak tahu lah leh repeat subjek ke tak. tapi utk uia,boleh repeat paper if tak lepas.. jujur je lah senang,mostly bebudak yang repeat ni bebudak engineering jer.. hihi ntah ah.. tapi alhamdulillah lah setakat ni tak de lagi aku repeat paper tapi tak tahu lah result exam next week ni macam mana.. hope smua ok..


next one is EXTEND DURATION STUDY

ok kenapa aku masukkan dlm faktor someone tu asasi dua tahun? sebab aku lah salah seorang yang wat cam ni.. nak tahu ke kisahnya?? ok la aku story ciput ja.. alkisahnya aku kan hmm tak exit2 lagi. then aku maybe salah aku sebab aktif ngan society n x bahagi masa ngan betol. so i fell so stress memandangkan aku need more time to study tapi aku tak spend masa ngan betol. plus result mid exam aku tak memberangsangkan. so aku rasa drpd aku teruskan,akan rosakkan result final aku so lps tu aku cepat withdraw subjek tu dan amk sem ni.. so aku dah la setahun setengah je asasi dan utk last sem aku ada lagi 5 subjek. dan 3 daripadanya taff gak ah,math 3 pasal calculus n comp plak pasal programming. n disebakan aku dah withdraw so aku kne amik dua subjek math iaitu math 2 dan math 3.. ko giler? dah lah math 2 pon aku sempot,ni plak nak tambah math 3 dlam mse yang sama. tapi hakikatnya aku boleh je bawak math 3 tu ke short sem... haha saja bikin gempak. dah kalau tak paham sudah .. punyalah panjang aku menaip uols tak pehe plak.. sedih oii.. uhuk

ok lah tak pe meh aku simpulkan ayat kat atas ni.. rizen extend duration study selain kne repeat is
WITHDRAW SUBJEK dan UTK MANTAPKAN RESULT .

ok cerita pasal mantapkan result ni. based on story from my senior. lelaki taw uolss.. amik kos MEDIC lagi.. amboi awat duk highlight ngan LELAKI-MEDIK. hmm,kat pikiran aku 1 je,SKEMA..haha but for me,aku ske je skema  tapi2 nak skema berpada lah. tak nak lah macam Gang Shae mcm citer what happen to my family tu.. ok sori tadi tu selingan, aku jumpa mak dia.. awwww.. haha.. ok focus mira... focus.. ok mcm ni,senior aku ni,dia ni perghh meme bijak lestari .dapat 1st intake kos medik plak n da exit utk dua2  kos.. so absolutely dia dapat asasi setahun. tapi ye lah aku pon pelik gak dah lah pandai giler tapi dia tak nak amik asasi setahun. dia mintak utk extend kononnya utk mantapkan result. yelah medik kan kne result 4flat. tu pon kadang ada yang dah dpt 4 flat still tak dapat. ok tu dah citer pasal rezeki. or dia saja nak extend utk jumpa aku?? ehem2,batuk2 sikit.. uhuk uhuk.. dah2 jgn nak bikin gosip. tak ske lah gosip liar uols ni.. aku tak nak lah korang bagi pahala free2 kat aku sedangkan pahalah korang pon kejap naik kejap turun.. so sekarang dia dah degree kat kuantan.. im coming dearr.. haha... kidding ok,please dont take it serious aku pelangkung karang.

ok sebenarnya aku nak sentuh satu perkara.. mende ni aku pon terbabit jugak.. clishenya dunia sekarang. kita dimomokkan kalau tak belajar nanti bodoh(bahasa kasar), dan lagi dua, tak masuk u,tak de harapan dah hidup kau,p mampus lah(maaf kasar,ni ayt org). dan lagi satu, pointer kau 2.0 jer? memang tak dpat kerja lah p jadi tukang sapu sampah..

so.. disebabkan mende tu dah menghantui hidup anak2 mudah zaman sekarang ni.. disebabkan utk HARAPAN DAN KERJA. so bebudak laa ni target 2 perkara MASUK U DAN BERJAYA(4FLAT).  so tengok lah matlamat berjaya  tu hakikatnya utk dpaat kerja dan hidup senang.. the truth is meme betol pon,memang takkan rugi seseorang tu kalau dia berusaha utk memajukan diri dia.. tapi tulah matlamat pertama tu dah jadi matlamat yang keberapa entah ... matlamatnya iaitu MENDAPAT REDHA ALLAH. aku pon kadang matlamat utama tu tersasar. so itu lah pentingnya TAJDID NIAT..

Tajdid niat is perbaharui niat.. mungkin hari ni kita niat,aku nak belajar kerana Allah. tetiba member ajak p lepak plak aii jumpa plak balak hensem muka mcm SRK terpikat plak. pagi2 nak p kelas tu tetiba niat nak jumpa SRK,kan dah terpesong tu.. so masa tu lah kepentingan tajdid niat.. supaya kita tak tersasar..

ok lah rasanya tu jer.. panjang tak aku tulis??
aku rasa panjang gak..hihi.. best tak baca tulisan aku?? rasa mcm aku syok sendiri ke?? jika ya,tak pelah jangan sampai aku tahu sebab kalau aku tahu ada kemungkinan aku dah tak nak tulis panjang2 dah pasni..

aku tulis apa yang terbuku dalam hati... ececeh..hihi just sharing what i feel and think about..

akhir kata,aku mintak maaf jika penulisan aku ini telah menyinggun mana2 pihak. alah aku manusia biasa jer,selalu sangat dah buat silap.. macam uols jugakk

pesanan utk uols


oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. inshaAllah kalau aku online, aku sentiasa on9 YM aku. ku tunggu PM mu di YMku.  jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi. no mengorat2. okay haha




Wednesday, 29 October 2014

Cara elak diri dari bercinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan hi..

sharing for today.. Cara elak diri dari bercinta..



cinta yang aku maksudkan ni utk yang berlainan jantina(of koz ler,hihi) n cinta sebelum waktunya.

ok fine aku admit aq pon pernah termasuk dllm kategori terjebak dlm brcinta..isk3.. tp x pelah,as pengalaman n iktibar utk diri ini.

jom baca petikan kat bwh ni..

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.


MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.


MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan 

MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.




semoga bermanfaat


Sumber SINI

Monday, 27 October 2014

What happen to my family? (2014)`

hi.. review time..

sekali baca tajuk dia memang macam tak best ja.. first impression is important right??

tapi tu lah.. memang dah tu tajuknya.. tapi2,jgn terlalu depend on first  impression jer. tgk dulu cerita pasal apa..

ini cerita ke 3 aku tengok mse cuti. cerita ke dua boy flower next door yang aku copy jer dri member aku last yer(thun ni bru nak tgk) dan review sal tu akn menyusul pasni..

ok pic kat bawah ni aku rasa one of the poster





semua ni watak utama..yang laki muda berdiri tu Gang Jae,yang melutut tu Cha Dal Bong ,yang pompuan tu anak kedua namanya Gang Shim dan yg spekie tu bapak dorang named Sunbong



yang kat atas ni plak smua pelakon.. nampak mcm ada 5 geng kan.. nak aku story satu2 ka?? jom lah sementara ada mood ni... kanan atas is..korang tengok lah pic kat bawah ni utk mengetahui watak2\\



mula dengan sinopsis dlu lah ea..

ok basically ni story pasal family,friendship,loyalty,trustworthiness. 1 drama tapi ada 8 kisah cinta yang cuma membabitkan orang yang sama jer... focus story ni is pasal 3 family yang mempunyai masalah tersendiri.. biasalah lah.. hehe

1. 

 Masalah pertama a.k.a love story between Eunho(kanan),Seo Wool n Dalbong. ketiga2 nya dlm status kehidupan yang berbeza iaitu miskin,sederhana dan kaya. si 'miskin' is Seo Wool.. Kisah bermula bila Eunho lemas then Seo Wool selamatkan dia. oleh kerana Eunho berterima kasih kepada Seo Wool maka si Eunho ni janji akn kawin ngn Seo Wool 12 tahun akn dtg. mse tu umur dorang 14 tahun. yang slacknya is.. Eunho habaq kat Seo Wool yang nama dia Dal Bong,bukan Eunho. so selama 12 tahun si Seo Wool ni duk mimpi nak kawin ngan 'Dal Bong'. isk3 kesian dia jadi hamba cinta..huhu

12 tahun kemudian..
seperti yang telah dijanjikan,Seo Wool pergi ke Seoul utk bertemu kekasih hatinya si Dal Bong. oleh kerana Eunho gtaw nama dia Dal Bong dan alamat tempat tinggal si real Dal Bong instead alamat umah dia. So Seo Wool ni pon p lah cari umah real Dal Bong. Yelah belom reveal perkara sebenar lagi.. dan dorang memang berjumpa dan Seo Wool stay kat umah si dal Bong.

Kisah keluarga Sunbong

Sunbong ni seorang ayah yang superb penyayang,penyabar dan aku rasa hanya 10/100000000000 ayah di dunia yang bersikap macam dia.. sangat baik hati,kalau dia marah sangat2,dia tak kan terus marah,dia akan masuk bilik dia n pk macam2 plus pk penyelesaian. if anak2 dia wat hal,dia takkan terus tuduh anak dia wlpon itu mmg slh ank dia,dia akn cuba consult lek lok. tapi biasalah bila ayah dah baik giler mcm tu,anak plak besaq kepala...utk yang nak jadi ayah tu aku rasa boleh lah  korang contohi Sunbong ni..

ok Sunbong ni ada 3 orang anak.


. anak yang paling banyak bawak masalah is anak sulong dia. as i know,kalau doctor tu of koz lah bz kerja tak memang tangan plus nak bercinta pon kne curi2 masa,tapi si GangJae ni,dalam nerdy beliau rupa2nya ada 3 wanita dlm  hidup dia dan masih mengejar cinta dia. tapi tu salah dia jugak sebab tamak. paling tak tahan.. aishh geram btol aku ngan dia ni.. tengok lah sendiri yer kalo nak tahu..



ok anak kedua plak is GangShim, dia ni kerja as secretary kat syarikat ape ntah aku x ingat plak.. n awalnya dia ni p/a bos besaq. then mai anak bos dia ni syak dia ada affair ngan ayah dia n mula tuduh bukan2.. n to prove yang GangShim ni xde affair ngan ayah dia. oh ya,laki ni nama dia Tae Ju x silap.. so dia soh ayah dia bg GangShim utk jd p/a dia. disebabkan dua2 orang ni mempunyai perangai yang sama iaitu panas baran,tak ske mengalah,asyik nak menang,poyo,bajet. memang selalu lah gaduh but it just nice.. and mcm biasa lah mula2 gaduh2 lama2 jatuh cinta tapi memasing tak ngaku. dan dua2 ni ada 1 matlamat iaitu TAK NAK KAWIN... tpi tu lah as what i said just now,dorang dah pon terlanjur... jatuh cinta tanpa disedari.. huhu.. tapi2,ada rizen why dorang tak nak kawin. biasalah kisah silap sedikit sebanyak akan mempengaruhi hidup kita hari ni.. tapi utk wanita cantik macam GangShim is imposibble dia xpernah ada pakwe mse muda2 dlu..hihi





ok ini anak ketiga.. Cha Dal Bong. kalo korang comparekan pic kat atas ni dengan pic masa dia berlakon watak ni memang lain lah aku rasa... dlm cerita ni dia more selekeh n nmpak tak matured. Actually,dia ni dah lama ada perasaan kat Seo Wool since Seo Wool selamatkan member dia iaitu EunHo from lemas. Eun Ho yang tahu pasal tu ske ngejek sbb dia tahu Seo Wool memang tak amik port pon utk kenal Dal Bong. tapi dah EunHo bengap ngatt p bagi nama n alamat Dal Bong. so memang rezeki Dal Bong lah..hehe.

APA ISTIMEWANYA DRAMA NI??

yang bestnya,korang pernah terbayang tak mak ayah uols saman korang utk bayar balik semua kos sara hidup korang sehingga umur 20 tahun. mesti uols akan rasa what the heck is anak2 kena bayar balik smua tu. bukan ke itu memang tanggungjawab parent utk memastikan pakaian,tempat tinggal n makan minum ank2 ??

tpi di korea,parent boleh saman tp kne ada sebab munasabah lah .. mesti tertanya ada kes bapak saman anak ke?? dan kenapa??
haha kalau nak tahu kne lah tengok yer..


ok rasanya tu jer .. so masa utk sajian uols.. jom2



aaku rasa warna ni sangat cantik dan dorang matching together.. mse ni depa nak p tengok perlawanan hoki ke besbal lupa dah aku..hihi



masa ni EunHo n DalBong gaduh sebab DalBong bengang Eunho kuar ngan Seo Wool. siap masuk tv lagi.


ni apehal plak lari sama2 ni.. haha masa ni sebenarnya masa Eunho n dalbong ngah gaduh tu tetiba polis mai then ape lagi lari ahh.. boleh plak lari sambil gelakk


 ni sebenarnya masa mula2 dorang jumpa. si Dal Bong ni dah terjebak ngan MLM. yang kena jual produk tu n dia dah laburkan 1500won... so dia nak tuntuk balik duit dia n quit from syarikat tu.. rupanya si Seo Wool ni ikut dia utk pulangkan fon dia. then mse tu Dal Bong ngah gaduh ngan sek2 dorang ni.. mse tu lah Seo Wool jadi hero kejap..hihi



aku rasa ni utk describe hubungan antara dorang ni.. tp tu lah..dalam bahasa korea plak.. sapa yang amik kelas bahasa koreaa tu rasanya boleh lah translate kot.. hihi..

ok lah itu jer utk review kali ni

Monday, 20 October 2014

Hi School ! love on (2014)

Assalamualaikum..
hi.. nak review drama korea-a-a-a-a-a

HI SCHOOL LOVE ON..

first thing first ... ni drama korea pertama yang aku tonton setelah habis final exam rabu ritu. dan aku tak tahu menahu langsung pasal cerita ni. aku bukak youtube then tgk kt subcribe. ada kbsworld. ble mse lah plak aku subcribe dia. tp xpelah dah alang2 ngah boring,so tgk je lah video apa yang dia dah upload. then aku try nk tgk citer ni Hi school love on ni.



pelakon dia memang tak yah cakap lah. aku memang tak kenal langsung. almaklumlah dah lama tak layan korea..

ok dah..jom baca sinopsis custom made by me

alkisah,cerita ni antara dua alam iaitu malaikat dan manusia. watak utama dlm cerita ni adalah seorang malaikat yang berubah menjadi manusia disebabkan 1 peristiwa yang sangat tidak disangkanya. Angel tu nama manusianya Lee Seul Bi. then dia jadi manusia disebabkan sorang laki ni namanya Woo Hyun. dlm mse yang sama, ada sorang laki ni namanya Seoung Yeuk(kot) lonely sampailah Woo Hyun ni pindah skolah dia..

oh ya, Woo Hyun ni asalnya biasa2 je.. dan dia jadi femes bila tolong sorang laki yang pengsan kat tepi jalan. sampaikan ada pompuan ni sanggup bunuh diri kerana Woo Hyun tolak cinta dia. then sebenarnya detik lepas tu lah pertemuan hidup Wo Hyun dan angel Lee Seul Bi tu..

yang si Woo Hyun ni bapak dia duk amerika,mak dia plak undetected. then .. the truth is... jeng jeng jeng,.. disebalik tu,geng nya si Seul Bi ni,malaikat jugak tp lelaki,since Seul bi adi manusia,dia dah xde geng,n dia ni dah start ada perasaan macam manusia,

aku rasa part yang kelakar dan aku rewind banyak kali is bila Woo Hyun goyaangkan badan dia depan Seul bi. comel sangat.. haha dan aku try gak wat cmtu dan tak boleh. it is not suitable for women. hihi

fakta menarik pasal cerita ni,heroin dia tersangatlah muda.. baru 15 tahun pada tahun 2014 !!! muda giler kan.. lagi muda dari aku.. namanya Kim Sae Ron. kalau nak tahu lebih lanjut pasal dia boleh gugel lah yer.




ok yang cliche nya pasal cerita korea ni, macam biasa ada 2 hero satu heroin. cinta tiga segi tu of koz ada.. dan lagi 1,pasal parents,sama ada mak ayah hilang,mak dia kawin ngan orang tu or tertuka orang,then kematian someone.. biasalah tu ..hihi..lumrah kehidupan. tapi kalo xde smua tu mcm tak lengkap je cerita.hihi..

itu je kot utk hari ni.. kalaul korang nak tengok. korang search je lah kat youtube. yer aku tahu ada laman web yang memang khas utk drama korea tp aku malas nak tgk kat stu.. haha.. suka hati aku lah..

 tu je.. ok utk memperpanjangkan lagi post ni jom aku saji pic2 drama ni..



ok ni woo hyun,dia ni one of grup infinite..





ni scene dorang kene dende sebab ape ntah tak ingat. comel je









sumber gambar dri youtube

tu je lah kot.. tata

Sunday, 19 October 2014

Vendor? apa tu?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua!

Apa itu vendor?

vendor ni bermaksud peniaga. dalam konteks maksud vendor yang uols tercari2 tu. ia still bermaksud peniaga. tapi dah dikembangkan menjadi butik vendor.

butik vendor ni maksudnya butik yang menjual barang-barang dari peniaga lain dengan cara mengambil sewa atau komisen. macam cendawan tumbuh dah butik vendor ni.

perlu ke online seller  join butik vendor ni...rizen??
aku harap contoh kat bawah ni boleh membuka mata uols kay.

For instance,macam ni. ok aku sekarang ni seorang peniaga online yang menjual skirt. ada banyak jenis skirt aku jual,tutu,chiffon,lycra,cotton,silk and satin skirt.

 ok then,customer aku plak ramai dari shah alam. kadang tu sampai 30orang drpd 50org cust dri shah alam. so aku bercadang utk cari butik2 yang mengamalkan konsep vendor. biasa2nya butik2 mcm ni akan tulis kat papan kedai dorang 'Vendor concept boutique'. bila aku dah jumpa butik mcm ni,aku deal ngan owner dia utk letak skirt2 aku ni kat kedai dia. dengan beberapa terma dan syarat. ok basically, TnC ni depends on butik itself. mcm butik yang aku berkenan utk place skirt aku ni,syarat dia senang je,just bayar sewa sebulan rm100 without deposit but ada kontrak 2 bulan. after that terserah kat aku sama ada nak sambung kontrak or not. 

Mana nak cari butik yang perlukan vendor(online seller)?

ok so far,aku rasa port paling sesuai utk cari butik yang perlukan vendor is INSTAGRAM . Masya Allah,sangat2lah banyak sekarang vendor boutique yang perlukan vendor from online seller. cari je kat hashtg(#) , #vendorwanted #vendor____(tempat yg korang cri), #vendorneeded n mcm2 lah lagi.. yang penting word vendor tu ada.. 


Kalau dah jumpa vendor yang berkenan??

ok then what next step?

utk yang masih baru nak berjinak2 ngan vendor ni aku tersangatlah galakkan baca.. ok apa yang uols perlu buat is..

1. tanya  TnC butik tu utk jadi vendor. pastikan anda mengetahui semua maklumat at bawah ni


-HARGA SEWA- utk yang baru first time,yer aku sure mesti modal tak banyak kan, so aku recommend cari vendor yang cas sewa range rm50~rm150. ade ke sewa rm50 jer sebulan??? yap ada,aku ada jumpa..kalau nak cari lah sendiri..hehe..yang free pon ade tapi ade lah syarat dia yang lain hihi.

NOTA TAMBAHAN: 
ramai yang tanya standard price sewa. biasanya kalau nak place pakaian,normally rm100,paling murah rm50. utk makanan pula,normally rm30/month. utk lain lain aku tak berapa ingat. tapi make sure jangan pilih yang exceed dari normal taw sebab takut korang rugi jer kalau barang tak laku. 

-KONTRAK- biasanya ada kat tnc dan generally kontrak dua bulan. kontrak 6 bulan pon ada. ikut korang lah nak kontrak berapa lama. for me ok je kalo 6 bulan. customer pon senang,dah aim butik tu utk beli barang yang uols jual.. tapi utk permulaan,aku sarankan jangan confident sangat nak wat kontrak 6 bulan karang tak psal2 gigit kuku.

2. TANYA/ INFORM BARANG YANG UOLS NAK PLACE KAT BUTIK TU
-hal ini utk mengelakkan ada 2 online seller yang place barang yang sama. ni semua owner butik akan pastikan. iye dok owner butik sekalian? hihi


Kalau kita(on9 seller) duk kat shah alam,tapi jumpa vendor kat kelantan,macam mana??

ok ini just my opinion. for me,if uols stay kt selangor. it is very recommended utk cari vendor luar selangor. why? ehemm. fikirkn2lah hehe.. trust me,uols takkan mnyesal. tapi.. kalau vendor tu jauh acaner plak nak bagi barang kat kedai??? please jangan guna alasan jauh utk tidak place barang anda kat butik yang jauh dari rumah. pehe dokk??

alahai.. ape la susah sangat,pos malaysia ada,ktm ada.. kalau pos 10kg baru rm18. murah kan? berat tu 10kg weh.. hehe

3. nak bukak vendor ni kena ada modal ke?

yap,of koz lah cik kiah oiii..hehe .. nama pon mniaga,kena lah ada modal. kalau nak untung banyak,modal kena banyak ke?? huh iyolah..
Apa manfaat vendor ni??

masya Allah banyak nya manfaat.. ni from apa yang aku perhatikan.

1. korang stil boleh 'berniaga' without bersusah payah. tugas korang cuma p amik stok kat supplier dan pos kat butik. terutama utk  student yang baru berjinak ngan berniaga ni. aku teramat sarakan utk join vendor ni. ganggu masa study tak? alahai takkan lah uols(student) nak study 24 jam. mesti sesekali hangout ngan member kan. so ape salah nya spend 3 jam utk amik stok.then p pos terus. setel kerja korang. akhir bulan just tunggu butik bg duit sales n rolling je lah .

2. Networking business.. why? sebab dengan adanya vendor butik ni. 1001 jenis barang boleh didapati dri 1 kedai. tak ke best?? dan ada some  on9 seller  yang berangan nak bukak butik tapi modal tak banyak dan tak banyak barang nak jual. so inilah masanya uols merealisasian 'impian' uols tu.. hehe.. plus,ig butik tu akan mention on9 seller yang letak barang kat butik dorang. so secara tak langsung yang baca post tu akan klik kat ig korang then follow uols. tak ke followers uols makin bertambah.

3.Win win situation. vendor ni menguntungkan semua pihak. pihak butik,customer dan vendor(on9 seller). ok first customer yang mai boleh dptkan 10 jenis berlainan barang dri 1 kedai. jimat masa !! duit memang tak dpt lah nak jimat kan..hehe.. then untung utk on9 seller,pergi amik 100helai stok kat supplier dan bagi kat 5 butik,so 1 butik akn dpt 20helai skirt dri on9 seller ni. katakan lah 1 minggu tu semua 20helai skirt di setiap 1 vendor tu terjual habis. bermakna,100 skirt telah terjual selama seminggu. kalau 4 minggu? dah 400 skirt terjual. itu baru restok 20lai skirt. cer kalo 50 lai skirt utk 1 vendor? pandai2lah kira.. hehe..ok utk butik plak,bila bermacam2 barang yang terjual kt kedai,tak ke itu salah satu tarikan utk customer utk mai? then,on9 seller mesti akan promote butik tu kat ig or fb dorang utk beli produk yg mereka jual.

ok lepas dah tahu manfaat vendor ni. mestilah ada risikonya kan..

RISIKO terbabit dengan vendor butik??

aku bukan nak hasut taw just nak uols yang baru nak berniaga tu pk jap psal ni. dan boleh bagi pendapat uols juga sbb apa yang aku tulis ni based on my 2-sen.

1. jangan over excited nak join butik vendor yang femes
contohnya,terjumpa 1 vendor butik ni,memang ramai betol lah customer yang mai kedai dia.. then uols pon decide nk jd vendor dia. setahu aku,butik yg da femes amos ni,sewa dlm rm200++. kadang deposit pon rm200. so total yg korang kne bayar utk permulaan jadi vendor butik tersebut ialah rm400.. for beginner,yang tak sure lagi barang yang korang nak place tu laku or not ,aku tak galakkan.. bukan apa,buatnya item yg korang place tu tak berapa nak laku. contohlah sale bulan tu rm100 jer. yet sewa yg kau kne bayar rm200. tak ke kau tak dpt hasil?? malah kau plak kne byr kat vendor tu rm100..

2. BARANG TAK LAKU

contohnya uols ni penjual tuala mandi. dan nak place tuala tu kat 1 vendor ni. vendor tu femes dan sewa pon boleh tahan murah. tpi malangnya hanya 1 tuala terjual. still rugi .. so penyelesainnya is pandai2 lah letak brg yg org tgk u rse nak beli sbb xde kt tmpt lain. ok lah itu je. panjang dah 'membebel'.. hehe.. itu je.. semoga bermanfaat utk semua..

hah yang belom tengok list vendor dan jugk butik boleh KLIK SINI. aku dah letak link kat atas tadi. kot lah uols lupa nak klik.hehe.


oh ya,aku ada tulis story pasal aku dan vendor. korang yang nak baca boleh JENGUK SINI ok!

ok disebabkan aku bz utk handle blog, so korang drop je lah komen utk promote butik korang okay ^^  hihi


SLOT IKLAN

last but not least,utk pemilik butik sekalian, yg sedang mencari supplier inner tudung or tudung instant yang cun n labuh ... mira merupakan one of the reseller. stok ambil direct dari kilang.

tengok dulu tudung kat bawah ni. cantik ke cantik?

Jom grab TUDUNG/inner yang paling:
✔MESRA SOLAT
✔MESRA TRAVEL
✔STYLISH BETOL
✔IRONLESS
✔EXTRA LABUH (XXL)











hah cantik kannn.. 
nak tahu harga tak??

HARGA PROMOSI DISKAUN RM10 SEHELAI SAH SEHINGGA 12 OGOS SAHAJA. Selepas itu, harga kembali normal.
Size:
M- rm25(NP RM35)- untuk inner sahaja
L- rm28(NP RM38) - inner utk plussize dan outwear utk kanak2
XL- rm35(NP rm45)- outwear
2XL-rm45(NP rm55)- outwear
Warna hitam available utk SEMUA size! yeayy.. masih harga promosi. min borong 10 helai SAHAJA dengan harga promosi + FREE POS 1 mlysia + FREE GIFT

untuk order sila PM SINI. yer PM SINI 

PELUANG CUMA DATANG SEKALI DAN HANYA SEKALI DALAM SERIBU UNTUK DATANG KALI KE DUA.