Friday, 31 October 2014

Apa yang best kat Shah Alam??

Assalamualaikum.. 
actually no one ask me that question tapi saja nak share.. aku tahu ada je rakyat malaysia yang masih belom pernah jejakkan kaki kat shah alam ni as well as aku pon tak pernah jejak kaki ke Perlis.. jgn dpt husband from perlis udah lah..hihi..

Seperti yang anak2 muda sekarang belajar dalam geografi or kajian tempatan. shah alam ni famous dengan industri perkilangan. yeke mira?? yup.. 

Shah Alam ni antara bandar 'terawal' lah kat malaysia ni.. sesuka hati aku jer ..haha.. so sebab tu la pembinaan bangunan,nama jalan,dan semua lah dibangunkan dengan baik. 

ok sebagai contoh. sekarang ni kan ada nama jalan. for instance,jalan timun 24/8. pun bagaimana walau,utk warga shah alam, dengar je jalan timun tanpa perlu tahu 24/8. diiorang dah leh tahu jalan timun tu kat seksyen 24. macam mana leh tahu?? senang jer.. based on clue.. so dari sini uols dah leh dpt maksud yang aku nak sampaikan. kalau nama jalan tu pasal sayuran2 seperti timun,bayam,cili padi dll,maksudnya tu seksyen 24. kalau jalan tu pasal sukan cthnya lawan pedang,hoki,pingpong,maksudnya tu kat seksyen 13. 

ok jom tahu apa yang best kat shah alam.. 

1. Tempat makan yang best-best

Ini memang tak dapat dinafikan lagi.. tengok jer lah rancangan jalan2 cari makan,n rancangan makanan yang lain. most kedai makan yang femes kat shah alam.. kat mana port tempat makan yang best mira?? ok ni just cadangan dari aku.. of koz lah kat seksyen 7... seksyen 7 tu area uitm dan i city. masya Allah aku rasa dah beratus kedai makan. laku ke kalau banyak2 sangat kedai makan ni?? dah lah dekat2..for me,laku jer selagi depa pandai marketkan kedai dorang dengan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.. ok so ak nak cadangkan lah beberapa kedai makan yang bagi aku sedap,pantas dan harga pon ok. iaitu Murni Discovery. boleh lah google yer. ritu aku order chicken chop ape ntah,dpt 2 ketul ayam weh memang kenyang ah.. ok selain dari tu ada Mee Tarik. macam best ja namanya.. ok Mee Tarik ni ade kat seksyen 16 area alam avenue,landmark depan puspakom,sederet nga SBU(sincerely by us) boutique dan wafa closet. nak lagi?? ok kalau nak makan ikan bakaq yang murah dan sedap,bukan takat ikan bakaq ja,semua lauk ada plus sedap2 lagi.. boleh p kat seksyen 25. yang aku ingat landmarknya area kedai2 depan tu ada rumah2 teres 3 tingkat lama tak silap.. nak lagi?? yang ni kalau korang nak rasa exclusive tapi hargaa tak mahal,pilihan yang tepat ialah restoran Adam Lai,restoran ni kat seksyen 15 landmark dia dekat ngan pusat servis toyota.. area2 situ pon ada banyak kedai makan yang sedap2 taw.... ok lah asyik cerita kedai makan yang jauh dari rumah jer. ok kat area rumah aku pon ada kedai makan yang sedap dan pedas wawww boleh menangis kalau makan lauk  yang memang guna 80% cili padi.. iaitu restoran RnS. Landmark dia kat kawasan kedai,dekat ngan pos laju seksyen 16. makanan dia more to masakan nogori sombilan. lauk dia memang banyak tak yah citer ah sapa yang suka makan tu meme terliur. dah ah nak thu bebanyak lagi boleh lah google yer.. aku rasa kalau korang wat jalan2 cari makan kat shah alam,sebulan pon tak habis.. punyalah banyak.. 

2. Butik-butik yang best dan famous

fuh semenjak seksyen 7 membangun dengan pesatnya. Aku rasa semua port2 best seksyen 7 punya. mana taknya dah lah seksyen 7 jadi bos besaq utk tempat makan. butik2 yang femes pon bermukin kat seksyen 7. hmm meme kering ah coghitanya lepas melantak p shopping plak.. kalau korang tengok butik2 online kat instagram kan,tengok alamat eh2 awat nama jalan semua pakat sama ja. haha mana taknya sederet semua butik2.. memang rambang mata tak tahu nak pergi yang mana satu. tambah plak sekarang ni seksyen 16 area alam avenue pon dah membangun. kat situ plak port kedua butik2 online ni bermukin. maybe kat seksyen 7 dah penuh kot..hihi.. antara butik yang ada kat seksyen 16 alam avenue tu is butik ruccimodisch,sincerely by us,wafa closet,kznabihah,rama2 studio dan banyak lah tak terkira.. kiranya kalau korang nak p shopping kat 20 butik dalam 1 tempat. pergi je kat seksyen 16 alam avenue. semua butik dekat2.. dan dorang ada tarikan mereka sendiri yang menyebabkan customer tak putus2 mai.. hah tengok tu kepentingan marketing.. 

3. Tempat bersejarah??
sorry to said if uols nak wat lawatan sambil belajar. shah alam bukan tempatnya. tapi kalo nak wat lawatan ke kilang2. memang shah alam adalah kawasan yang tepat.. haha.. aku rasa tempat bersejarah kat shah alam is muzium shah alam kot.. ade ke muzium shah alam?? of koz lah ada uols.. nak landmark? boleh ja.. dekat ngan masjid negeri,sebelah perpustakaan lama selebihnya google lah yer..ok lah aku nak tanya soalan cepumas plak,sekolah rendah pertama kat shah alam kat mana?? 
hah utk warga shah alam pon aku rasa tak semua boleh jawab.. jawapannya kat seksyen 16. mak aii depan umah aku ni padang sekolah dorang. pagi2 tu memang bsing ah dengaq bebudak ni memekak lagi2 time sukan sekolah.. alah semua skolah mcm tu kan.. ok apa rizen sekolah ni jadi sekolah pertama.. aku rasa kalau aku bagitahu nama sekolah ni mesti korang dah leh agak.. SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM.. kalau sekolah lain,biasanya mcm ni,sekolah kebangsaan seksyen 24. dimentionkan seksyen berapa. tapi disebabkan ni sekolah pertama maka dia jadi SKSA. 


4. Tempat Rekreasi yang best

walaupon dari kaca mata kasar nampak cam bandar je tapi jangan tak tahu plak dalam bandar ada taman.. utk warga shah alam,specelnya ada tasik shah alam. landmark sebelah PKNS,SIRIM,wetworld. tasik ni biasanya port jogging,beriadah dan aktiviti sukan. korang nak berkayak pon boleh.please lah jgn samakan shah alam ngan kuantan. yer aku tahu kuantan ada sungai pahang. but please paham skarang ni shah alam is bandar. tapi sekarang ni dah banyak dah tasik buatan kat shah alam,antaranya kat seksyen 7. selain tasik,ada taman pertanian. for sure lain giler dengan taman pertanian kat pahang yer.. kalau kat shah alam ni,ada rumah 4 musim,aku pernah p masa aku tingkatan 1 masa tu musim sejuk. nak tahu apa yang best kat taman pertanian tu boleh lah p sendiri yer.. next,kat area2 masjid negeri ada 1 kawasan lapang. kat situ meme port ahh utk sapa2 nak dating or lepak2 ngan famili dan keluarga.. dulu slalu je lepak sana tpi lepas makin ramai yang tahu tempat tu so dah tak lepak sana.. ape lagi eh,x ingat lah plak sekarang.

5. Shopping mall kat shah alam best tak macam kat kl??

aku tahu mesti akan ada yang nak mempertikaikan pasal ni.. tak ske ah compare2 ni,. yer aku tak nafikan kat kl memang best ad sogo,midvally,amcorp mall,OU,IOI,time square,KWC,jalan tar n mcm2 lah.. kat shah alam tak banyak sangat mall.aku rasa semua mall lama jer ec for SACC mall.. yang paling femes aku rasa is plaza alam sentra(PAS),aku pon ske lepak situ sebab kat situ ada bowling plus tempat rakaman program. kat pas jugak antara port kedai2 gadget. kalau korang first time p sana,kat level 3 jer memang semua kedai gadget. kalau time raya plak,PKNS  memang jadi tumpuan ramai. sebab kat situ port peniaga2 melayu berbisness. aku sendiri pernah kerja situ. best gak ah. next is SACC mall,mall ni agak baru rasanya masa aku form 1 camtu.baru ke?? haha baru gak ah nak compare ngan PKNS and PAS. tp kat SACC ni dah ala2 suria klcc.. ada pizza hut,mph,secret recipe,dunkin donut. then plaza shah alam a.k.a plaza masalam kat seksyen 9. aku rasa utk yang tak pernah mai shah alam ni meme tak tahu. aku ske gak p sini. tak tahu lah napa.. rasa best p sana sebab banyak kedai yang aku suka... haha.. oh ya,sebelum aku terlupa. 'mall' yang baru ialah ole-ole kat seksyen 18. FYI,seksyen 18 antara kawasan tersibuk kat shah alam,dah lah kecik,sibuk plak tu. mana taknya,kat situ lah ada mydin besaq,giant,branch bank islam,tabung haji,cimb,klinik2,mcd,kfc. hah nampak? hampir semua ada kat seksyen 18. tambah plak ngan ole-ole mall.. tapi mujurlah ole-ole ni ada tarikan nya iaitu kedai pakaian hari-hari,Teewah dan bowling. ada lagi 1 mall yang aku sangat tak smpai hati nak story iaitu anggerik mall.. kenapa aku segan nak story?? analoginya is hidup segan mati tak mahu. kesian sangatt.. nak thu lebih lanjut pergilah lawat sendiri ya.. oh ya. suka utk aku mengingatkan kat shah alam TAK DE PANGGUNG WAYANG ya.. paling dekat pon kat bukit raja klang,landmark kat dalam jusco klang kat tepi jalan. n cinema yang baru bukak kat space u8.. baguskan shah alam sebab xde panggung wayang.. almaklumlah kita ni kadang dimomokkan cinema tu tempat maksiat. aku tak nafikan memang rmai yang salah anggap.. tapi tu lah,famili aku plak jenis sempoi ske tengo wayang.. haha.. habis lah kalau aku dpt suami x ske tgk wyg,tp teringin gak nak tgk wyg ngan husband n anak2..amboi jaoh memikir mira ni.. haha kidding ..alah bebudak uia tu bersepah2 kat midvalley p tengok wayang... kuan3.. dah tempat dekat sangat ngan u..  untung2.. 

sebelum aku terlupa.. aku nak ajak korang lawat library shah alam yang baru.. best giloss uolss... seriousss bestttttt... modern concept gitu. aishh jangan lupa singgah ya..




ok lah rasanya sampai sini dulu.. panjang gak aku berceloteh malam ni.. hihi. hope you appreciate it and im sorry kalau ada buat korang annoying ke  or wat korang rasa aku ni macam bajet ke ape.. im sorry.. btw,kalo uols mai shah alam boleh la roger aku. aku sedia jadi tour guide uols.. hihi..nak ajak aku ronda2 kl pon boleh jer sebab aku dah agak mahir dah kat kl.. hoho ..mana taknya study kat pj. nak p kl naik je lrt. dekat sangat.. best kan study kat kl.. kos pon murah.. alah naik lrt tu berapa hinggit jer pon.. huhu..public transport tu.. 

akhir kata.. macam biasa aku sajikan pic berkaitan tajuk . 


ini SACC


ini masjid shah alam. cantikkan?

ini giant besaq kat seksyen 13. area2 stadium shah alam n library shah alam yang baru


ini plak dataran shah alam.. dekat sangat dengan PAS. kalau korang ke kiri(dri pic ni),dan uols straight je. uols akan menuju ke JKR..


ini stadium shah alam. utk sesapa yang kipas bola tu memang tahu lah pasal stadium ni. stadium ni ada 'adik' taw,namanya stadium melawati,atap hijau. 


ini plak wetworld shah alam. sebelah tasik shah alam.aku dah lama tak pergi sini.maybe sebab dah besaq panjang dah jadi anak dara pon..hihi.. mak aku memang jangan nak diharap lah nak p sini.aku p sini pon bila sedara2 aku mai plus ada program or dlu2 cikgu tusyen aku belanja aku n abang aku mandi sini..yippii bestnyaa..

ala lupa plak nak story tempat penginapan yang best  yang ada kat shah alam.. tapi rasanya sempat kot utk ku cadangkan korang menginap kat d'ART hotel kat seksyen 7.. rizen?? google lah ape lagi.. hihi

gambar ihsan google jer..

sekian terima kasih kerana sudi membaca..


1 comment:

  1. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...