Sunday, 19 October 2014

Vendor? apa tu?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua!

Apa itu vendor?

vendor ni bermaksud peniaga. dalam konteks maksud vendor yang uols tercari2 tu. ia still bermaksud peniaga. tapi dah dikembangkan menjadi butik vendor.

butik vendor ni maksudnya butik yang menjual barang-barang dari peniaga lain dengan cara mengambil sewa atau komisen. macam cendawan tumbuh dah butik vendor ni.

perlu ke online seller  join butik vendor ni...rizen??
aku harap contoh kat bawah ni boleh membuka mata uols kay.

For instance,macam ni. ok aku sekarang ni seorang peniaga online yang menjual skirt. ada banyak jenis skirt aku jual,tutu,chiffon,lycra,cotton,silk and satin skirt.

 ok then,customer aku plak ramai dari shah alam. kadang tu sampai 30orang drpd 50org cust dri shah alam. so aku bercadang utk cari butik2 yang mengamalkan konsep vendor. biasa2nya butik2 mcm ni akan tulis kat papan kedai dorang 'Vendor concept boutique'. bila aku dah jumpa butik mcm ni,aku deal ngan owner dia utk letak skirt2 aku ni kat kedai dia. dengan beberapa terma dan syarat. ok basically, TnC ni depends on butik itself. mcm butik yang aku berkenan utk place skirt aku ni,syarat dia senang je,just bayar sewa sebulan rm100 without deposit but ada kontrak 2 bulan. after that terserah kat aku sama ada nak sambung kontrak or not. 

Mana nak cari butik yang perlukan vendor(online seller)?

ok so far,aku rasa port paling sesuai utk cari butik yang perlukan vendor is INSTAGRAM . Masya Allah,sangat2lah banyak sekarang vendor boutique yang perlukan vendor from online seller. cari je kat hashtg(#) , #vendorwanted #vendor____(tempat yg korang cri), #vendorneeded n mcm2 lah lagi.. yang penting word vendor tu ada.. 


Kalau dah jumpa vendor yang berkenan??

ok then what next step?

utk yang masih baru nak berjinak2 ngan vendor ni aku tersangatlah galakkan baca.. ok apa yang uols perlu buat is..

1. tanya  TnC butik tu utk jadi vendor. pastikan anda mengetahui semua maklumat at bawah ni


-HARGA SEWA- utk yang baru first time,yer aku sure mesti modal tak banyak kan, so aku recommend cari vendor yang cas sewa range rm50~rm150. ade ke sewa rm50 jer sebulan??? yap ada,aku ada jumpa..kalau nak cari lah sendiri..hehe..yang free pon ade tapi ade lah syarat dia yang lain hihi.

NOTA TAMBAHAN: 
ramai yang tanya standard price sewa. biasanya kalau nak place pakaian,normally rm100,paling murah rm50. utk makanan pula,normally rm30/month. utk lain lain aku tak berapa ingat. tapi make sure jangan pilih yang exceed dari normal taw sebab takut korang rugi jer kalau barang tak laku. 

-KONTRAK- biasanya ada kat tnc dan generally kontrak dua bulan. kontrak 6 bulan pon ada. ikut korang lah nak kontrak berapa lama. for me ok je kalo 6 bulan. customer pon senang,dah aim butik tu utk beli barang yang uols jual.. tapi utk permulaan,aku sarankan jangan confident sangat nak wat kontrak 6 bulan karang tak psal2 gigit kuku.

2. TANYA/ INFORM BARANG YANG UOLS NAK PLACE KAT BUTIK TU
-hal ini utk mengelakkan ada 2 online seller yang place barang yang sama. ni semua owner butik akan pastikan. iye dok owner butik sekalian? hihi


Kalau kita(on9 seller) duk kat shah alam,tapi jumpa vendor kat kelantan,macam mana??

ok ini just my opinion. for me,if uols stay kt selangor. it is very recommended utk cari vendor luar selangor. why? ehemm. fikirkn2lah hehe.. trust me,uols takkan mnyesal. tapi.. kalau vendor tu jauh acaner plak nak bagi barang kat kedai??? please jangan guna alasan jauh utk tidak place barang anda kat butik yang jauh dari rumah. pehe dokk??

alahai.. ape la susah sangat,pos malaysia ada,ktm ada.. kalau pos 10kg baru rm18. murah kan? berat tu 10kg weh.. hehe

3. nak bukak vendor ni kena ada modal ke?

yap,of koz lah cik kiah oiii..hehe .. nama pon mniaga,kena lah ada modal. kalau nak untung banyak,modal kena banyak ke?? huh iyolah..
Apa manfaat vendor ni??

masya Allah banyak nya manfaat.. ni from apa yang aku perhatikan.

1. korang stil boleh 'berniaga' without bersusah payah. tugas korang cuma p amik stok kat supplier dan pos kat butik. terutama utk  student yang baru berjinak ngan berniaga ni. aku teramat sarakan utk join vendor ni. ganggu masa study tak? alahai takkan lah uols(student) nak study 24 jam. mesti sesekali hangout ngan member kan. so ape salah nya spend 3 jam utk amik stok.then p pos terus. setel kerja korang. akhir bulan just tunggu butik bg duit sales n rolling je lah .

2. Networking business.. why? sebab dengan adanya vendor butik ni. 1001 jenis barang boleh didapati dri 1 kedai. tak ke best?? dan ada some  on9 seller  yang berangan nak bukak butik tapi modal tak banyak dan tak banyak barang nak jual. so inilah masanya uols merealisasian 'impian' uols tu.. hehe.. plus,ig butik tu akan mention on9 seller yang letak barang kat butik dorang. so secara tak langsung yang baca post tu akan klik kat ig korang then follow uols. tak ke followers uols makin bertambah.

3.Win win situation. vendor ni menguntungkan semua pihak. pihak butik,customer dan vendor(on9 seller). ok first customer yang mai boleh dptkan 10 jenis berlainan barang dri 1 kedai. jimat masa !! duit memang tak dpt lah nak jimat kan..hehe.. then untung utk on9 seller,pergi amik 100helai stok kat supplier dan bagi kat 5 butik,so 1 butik akn dpt 20helai skirt dri on9 seller ni. katakan lah 1 minggu tu semua 20helai skirt di setiap 1 vendor tu terjual habis. bermakna,100 skirt telah terjual selama seminggu. kalau 4 minggu? dah 400 skirt terjual. itu baru restok 20lai skirt. cer kalo 50 lai skirt utk 1 vendor? pandai2lah kira.. hehe..ok utk butik plak,bila bermacam2 barang yang terjual kt kedai,tak ke itu salah satu tarikan utk customer utk mai? then,on9 seller mesti akan promote butik tu kat ig or fb dorang utk beli produk yg mereka jual.

ok lepas dah tahu manfaat vendor ni. mestilah ada risikonya kan..

RISIKO terbabit dengan vendor butik??

aku bukan nak hasut taw just nak uols yang baru nak berniaga tu pk jap psal ni. dan boleh bagi pendapat uols juga sbb apa yang aku tulis ni based on my 2-sen.

1. jangan over excited nak join butik vendor yang femes
contohnya,terjumpa 1 vendor butik ni,memang ramai betol lah customer yang mai kedai dia.. then uols pon decide nk jd vendor dia. setahu aku,butik yg da femes amos ni,sewa dlm rm200++. kadang deposit pon rm200. so total yg korang kne bayar utk permulaan jadi vendor butik tersebut ialah rm400.. for beginner,yang tak sure lagi barang yang korang nak place tu laku or not ,aku tak galakkan.. bukan apa,buatnya item yg korang place tu tak berapa nak laku. contohlah sale bulan tu rm100 jer. yet sewa yg kau kne bayar rm200. tak ke kau tak dpt hasil?? malah kau plak kne byr kat vendor tu rm100..

2. BARANG TAK LAKU

contohnya uols ni penjual tuala mandi. dan nak place tuala tu kat 1 vendor ni. vendor tu femes dan sewa pon boleh tahan murah. tpi malangnya hanya 1 tuala terjual. still rugi .. so penyelesainnya is pandai2 lah letak brg yg org tgk u rse nak beli sbb xde kt tmpt lain. ok lah itu je. panjang dah 'membebel'.. hehe.. itu je.. semoga bermanfaat utk semua..

hah yang belom tengok list vendor dan jugk butik boleh KLIK SINI. aku dah letak link kat atas tadi. kot lah uols lupa nak klik.hehe.


oh ya,aku ada tulis story pasal aku dan vendor. korang yang nak baca boleh JENGUK SINI ok!

ok disebabkan aku bz utk handle blog, so korang drop je lah komen utk promote butik korang okay ^^  hihi


SLOT IKLAN

last but not least,utk pemilik butik sekalian, yg sedang mencari supplier inner tudung or tudung instant yang cun n labuh ... mira merupakan one of the reseller. stok ambil direct dari kilang.

tengok dulu tudung kat bawah ni. cantik ke cantik?

Jom grab TUDUNG/inner yang paling:
✔MESRA SOLAT
✔MESRA TRAVEL
✔STYLISH BETOL
✔IRONLESS
✔EXTRA LABUH (XXL)











hah cantik kannn.. 
nak tahu harga tak??

HARGA PROMOSI DISKAUN RM10 SEHELAI SAH SEHINGGA 12 OGOS SAHAJA. Selepas itu, harga kembali normal.
Size:
M- rm25(NP RM35)- untuk inner sahaja
L- rm28(NP RM38) - inner utk plussize dan outwear utk kanak2
XL- rm35(NP rm45)- outwear
2XL-rm45(NP rm55)- outwear
Warna hitam available utk SEMUA size! yeayy.. masih harga promosi. min borong 10 helai SAHAJA dengan harga promosi + FREE POS 1 mlysia + FREE GIFT

untuk order sila PM SINI. yer PM SINI 

PELUANG CUMA DATANG SEKALI DAN HANYA SEKALI DALAM SERIBU UNTUK DATANG KALI KE DUA.





ANY INQUIRY CAN SUBMIT HERE

Name

Email *

Message *