SHOPPING BUKU DISINI

Monday, 15 December 2014

Mischievous Kiss(Itazurana Kisu)

review time !!

aku agak eksaited nak share drama ni dengan uols..

TBH,mulanya aku tak berminat langsung nak tonton drama ni . tajuk pon macam boring dan makna tajuk pon aku tak faham. ni lah masalahnya bila lack of vocab.. aishh

tapi  ntah macam mana tergerak plai aihh hati ni nak tgk.. mak aiihhh bestnyaaa..



ok sinopsis time !! mira version.

ceritanya bermula bila Aihara Kotoko,cewek kelas F jatuh hati kat mamat genius kelas A,Irie Naoki namanya.  mcm biasa ada orang ke tiga iaitu bff Kotoko iaitu Kinnosuke lakonan Yamada, yang suka kat Kotoko,lama jugak lah dia ada hati kat Kotoko.

kontroversi bermula pabila Kotoko dengan beraninya bagi surat cinta pertamanya kat Irie Kun  kat depan pintu pagar. dah la masa tu pagi means ramai orang lah. si Irie ni reject plak.

scene yang aku rasa mcm agak tak logik bila rumah baru kotoko ni runtuh sebab meteor. boleh plak dan dan jer meteor jatuh. dan kebetulan plak ayah kotoko tu bff ngan ayah Irie. esoknya ayah Irie ajak ayah kotoko tinggal bersama2 ngan dorang.

then ape lagi,makin suka lah kotoko sbb dpt rapat ngan Irie. plus mak Irie plak suka ngan dorang.

selepas tu banyak lah kisah2 bahagia. yang coolnya Irie ni maintain mcm dia tak suka Kotoko. kalau aku jadi Kotoko,memang dah putus harapan lah lagi2. tapi aku tahu Kotoko takkan berputus asa sampailah Irie jadi milik seseorang.

drama ni tak terlalu ketara kisah cinta dorang. aku rasa perlakuan dorang sendiri dah berbicara. cool kan..

hanya di akhir episod ni bila Irie dah SAH bertunang dengan SOTOKO cucu siapa ntah. si SOTOKO ni memang gaya wanita jepun terakhir lah. pakej lengkap.

tapi tapi tapi pun walau demikian..  hati Irie goyah akhirnya bila dia tahu bff Kotoko proposed Kotoko..

dan akhir kata sweet ending.. nak tahu lebih lanjut tengok lah sendiri yaa..

btw sekarang ni dah ada mischievous kiss 2.. im sure kisah cinta dorang lagi hebat diuji denga kehadiran orang ketiga keeempat dan kelima..

pengajaran yang aku dapat dari drama ni

1. Jangan Pentingkan Diri sendiri
dalam kisah ni Irie nak jadi doctor sebenarnya tapi disebabkan ayah da sakit, dia korbankan cita cita dia.

2. tak berputus asa
Kinnosuke yang suka Kotoko dah lama then Kotoko plak suka kat Irie plak. tp dia tak terputus asa wlaupun Kotoko dah ***** dengn Irie. nak thu ***** tu pe sila tgk lah drama ni yer.
- Kotoko yang gigih improve masakan dia even dikutuk mutuk


3. jangan malu bertanya


rasanya itu jer.. tengok lah drama ni sweet sangatt.. tpi aku tak galakkan utk warga dewasa 25 tahun ke atas tengok sebab risau tak sesuai dengan jiwa depa.. haha

aku sajikan pic from gugel eh...semoga tertarik  utk menonton .
aku akan tambah caption utk setiap pic ni lain kali k













No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...