Saturday, 31 January 2015

eeraa closet di facebook!

Assalamualaikum

sukacitanya diumumkan ...

jeng jeng jeng...

mira dah wat akaun profil khas 

just search jer eeraa closet 

or klik LINK ni

dan utk yang ragu2 pasal eeraa closet ni.

mira dah pon daftar perniagaan ni kat SSM

boleh pergi kat LINK ni then masukkan nama kat ruangan search name tu

eeraa closet

kalau keluar something tu maksudnya dah register..

mesti keluar punyalah sebab dah register kan..hihi

ok ini ig bisness mira 

eeraacloset




Friday, 30 January 2015

Printing Service at CFS IIUM 2015

Assalamualaikum... 
aku tanya apa khabar? aku tanya apa khabar semuaaa..



so hari ni aku nak promote lah satu printing service ni.

pengasasnya aku sendiri iaitu amira yusof!! yeayy

utk sisters kat zc mesti dah ramai yang familiar dengan nama aku kan.. hihi

ok printing service ni termasuk lah print,fotostat dan scan. 

semua boleh !

tapi tapi.. aku mintak maaf lah. sebab aku tak terima pendrive.. 

buat apa ambil risiko kan.. 

lagipon sekarang ni wifi uia laju giler wehh aku tengok korea online jer. tak yah download2 hihi nampak tak betapa lajunya wifi uia. hihi

oleh tu korang2 student uia yang nak guna servis aku  ni boleh lah emel document tu kat 

cikmira23@ymail.com

in shaa Allah aku akan perasan.. tapi lagi bagus kalau lepas korang emel tu korang whatsapp aku. senang aku nak kontek korang.. 

hah lagi satu,utk yang print banyak2 tu don wori aku ada free gift utk uols.. memang tak nyesal lah korang guna service aku. tak percaya?? cer tanya bebudak yang dah pernah guna servis aku ni.. 

utk brothers pon aku open utk guna servis aku ni
tapi jangan lah menggatal plak.

classmate lelaki aku utamakan sebab aku ada tulis kat status whatsapp.. 

classmate laki aku bukan ramai pon. aku kan dua kelas jer sem ni. classmate laki aku means kawan sekelas aku yang berjantina lelaki. bukan laki(suami) aku punya rakan sekelas. .haha kott la ada yang  bengap sangat g silap translate tak pasal2 ada fitnah..

hok laki kalau main2 nak print aku tak layan.. lantak hang lah peduli apa aku p cari sister lain utk print.

ok so lastly apa2 hal kontek aku kat emel je lah eh cikmira23@ymail.com

don wori aku bukak emel hari2 kat fon aku.. hihi jet jet mcm org bz kan..

Wednesday, 28 January 2015

oh calculus

sejujurnya aku tak delah minat sgt math

tapi math lah yang banyak bagi markah kat aku

dan aku tak rasa berat sangat

nak kata terer math tak pon sebab kadang lecturer ajar aku bkn faham pon

end up berguru dengan you tube. berkesan gak ah rasa cam

roomateku schoolmateku

Assalamualaikum.. 

seminggu dua ni rajin plakk aihhh nak update blog. 

alhamdulillah wifi kat sini laju weh aku gembireeerrr.. hihi

seriously laju. jarang ah tak laju.. tapi laju kat laptop jer lah. kat fon tak berapa. abang aku cakap kalau nak wifi laju selalu download apa2 lah. biar 'serat' laju tu sedut sekali. entoh yer ke idok haha..

tapi tu lah,disebabkan wifi aku bekerjasama dengan laptop aku so aku leh wat biz printing aku smoothly.

ada yang tanya weh kau asasi bukan bz ke? ni siap wat  biz printing lagi.

ehem itu lah uols dah banyak kali aku suruh baca post aku pasal uia ni tak nak degil

fyi,sem ni aku ambil 2 subjek jer iaitu calculus n programming.

kelas aku hari selasa and khamis satu kelas itupon sejam jer. jumaat tak de kelas. 

seminggu cuma 10 jam jer kelas aku. sikit jer kan.. hihi alhamdulillah sgt2 tak kena repeat mana2 subjek. ada hikmahnya

ok then selama 3 sem panjang aku duk ngan rummet yang aku stay dri awal sem iaitu wani,aisyah and matun. 

entah macam mana aku tak leh masuk ngan dorang macam kawan2 aku dengan rumet dorang. tapi aku ok jer tak delah cari pasal ngan dorang haha.. thanzk sbb bagi aku birthday gift. really appreciate it!

then disebabkan aku extend ke dua tahun disebabkan aku drop math 2 ari tu  plus aku tukar kos dari engineering ke fizik. awat hang tuka mira oii!! hang nak jadi apa kalo amik fizik?

ini lah  mentaliti orang yang tanya aku,balik2 soalan ntah haper2... aku amik asasi fizik jer..tp nt time degree aku nak amik major in chemistry. even chemistry aku macam hampeh jer tapi aku  minat! tak per aku akan cuba sedaya upaya aku. setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. think positive mira!

ok so sem last aku ni,aku decide utk stay ngan school mate aku. 

maarif ke samtish?

ok lah aku briefing sikit. member maarif sebaya yang ada cuma muni dan ama. ama mahallah lain. muni jer sama ngan aku.

member samtish yang ada is syikin dan farini. syikin mahallah khadijah dan farini mahallah aisyah. 

so konklusinya aku duk ngan orang yang sama mahallah ngan aku iaitu MUNI! 

kalo aku cakap ngan dia,tak leh guna saya-awak. aku akan rasa geli dan dia pon sama. so memang aku kena guna aku kau.

tapi ngan rumet baru aku hok sorang lagi,aku sangat2 tak boleh nak cakap aku kau sebab aku dah sangat2 terbiasa guna saya-awak.

so bila aku cakap ngan muni,keluar bahasa rock aku. bila aku cakap ngan sorang lagi keluar bahasa pompuan melayu terakhir. 

ni semua penangan masa aku duk kat maarif dulu. zaman rock dan jiwang karat tu ada lagi bersisa haha

so kiteorang selalu lah gosip pasal zaman sekolah dulu. ade jer ceghita kitoerang nak share. haha

kalau borak pukul 7,pkul 8 baru habis. 

itu lah kerjanya bila ada geng utk ingat kembali  memori silam. 

aku sangat seronok wehhh ingt kenangan2 tu even mende tu menyakitkan aku. 


tapi satu jer memori yang aku memang tak leh lupa cuma aku tak nak ungkit iaitu pasal aku dan ehem2.. haha ok fine lupakan.

sebenarnya banyak mende baru yang aku dapat daripada rumet aku ni. 


antaranya dorang ni...

1. rajin jogging.
kadang lepas subuh dah jogging
aku ni malaihhh sikit so dalam seminggu tu dua tiga kali jer aku join


2. diet
tak makan nasi,x minum air manis,tak makan mnde goreng dan berlemak.
aku??? 
baru sekali aku x makan nasi dlm seminggu,air manis minum sokmo,tapi skrg aku dah cuba amalkan 8 gelas sehari.. chill...
walaupon badan aku kecik,tapi aku rasa berat aku tak delah berat sangat haha tengah2 kott


3. tak tidur lepas suboh
ni paling aku suka sebab kiteorang akan borak lepas suboh utk prevent dri tido. baguskan.. 
tak pon aku layan drama healer kat viki... besttt
dulu aku terpengaruh ngan rumet lama yang tido lepas suboh,kadang pkul 11 bru bangun nasib baik kelas aku ada yng pkul 8


ok lah itu jer. even rummet aku ni kos arab aku kos fizik tapi seriously aku tak pk ada jurang yang pisahkan kita.. ececeh.. hihi  k lah nak tidoooo..


sebelum tu aku nak share satu ayat ni from someone..

Jangan pernah menyesal mengenali seseorang kerana seorang yang baik akan membahagiakan ,yang tidak baik adalah pengalaman,yang terburuk memberi pengajaran dan yang terbaik ingat sebagai kenangan. ^^ for you 
sekian..


gambar hiasan hihi




Monday, 26 January 2015

printer terbaik utk student ipta macam aku!




hai. pendek jer post ni. nak share pengalaman yang remeh ni.

fyi,aku pengguna printer hp.

why hp?

kalau ikut jawapan aku MURAH. pon bagaimana walau aku memang ada mengidam nak beli canon punya tapi agak mahal.

sebelum aku beli.. aku survey dulu.

disebabkan aku terlalu rajin dan bersungguh sungguh utk survey maka aku buat keputusan utk survey kat plaza alam sentral jer sbb kat situ senang 1 tingkat utk gadget jer.. utk yang dah pernah pergi mesti merasa perasaan yang sama kui kui.

aku bukan pergi berseorangan disebabkan aku akan kekok utk survey so aku ajak 'buah hati' aku.. wakawka..

antara ciri2 printer yang aku ingin beli

-harga yang berpatutan(murah lagi bagus) dan seiiring dengan kualiti. tolong ubah mindset murah tak semestinya cepat rosak sbb mahal pon tak semestinya tahan lama kalau kita tak pandai jaga.

-tak terlalu besar - larat utk aku mengangkatnya,kot lah ada printer 10kg.ade ke? haha

- 3 in 1 -print,fotostat n scan. even aku jarang scan tapi aku rasa aku akan terkilan kalau beli yang tak leh scan

- ink murah dan berkualiti

- tak cerewet utk menjaganya

- ada ciri2 tambahan-yang ni aku akan utamakan dulu . setakat ni printer aku lain dari orang sebab ada wifi. tak semua printer ada ok!


disebabkan aku tertarik dengan printer yang ada wifi so aku decide utk beli yang 3 in 1 n ada wifi.
budget aku around rm200-rm250.
Duit elaun +duit biz

nak tahu ke model apa? hihi hp deskjet 2545.

printer ni aku beli rm200 tak silap. bukan beli kat pc fair sebab takott kne tipuuu.. haha

alkisahnya sem ni kan aku amk dua subjek jer. so meme heaven giler ah aku rasa. sebab sebelum ni aku dah pernah ambil 6 subjek weh. math,kimia,fizik,btq,lab n bi(shhh).

so aku dah azam kalau aku exit bi sem ni,aku nak wat biz printing memandangkan aku dah beli printer since 2013 so mcm agak tak bermanfaat utk semua jika aku guna utk diri aku sedangkan aku leh kongsi manfaat dengan ssemua.. wakawaka

pastu minggu first jer alhamdulillah ramai lah yang guna servis aku.

aku cuba utk beri servis terbaik supaya customer aku tak rasa menyesal guna servis aku.

free gift dan busineess kad wajib bagi utk marketing strategy wehh..

harga mesti lagi murah dari servis lain tapi untung tetap dapat.

biar harga murah tapi ramai regular customer. tak gituu??


ok then ink aku dah hampir habis n aku ushar ink online.

Nanti aku story pasal pengalaman aku beli toner ink online.. hihi
Tak sempat nak berceloteh sebab ada kerja sikit..

Tata thankz sebab sudi baca.. really appreciate it
ok sebelum tu,harga market ink aku ni rm28.

p/s : incase aku lupa nak tulis pasal toner ink online yang elok korang leh lah ingatkan aku

Sunday, 18 January 2015

Speaking Test di CFS IIUM 2014



Hai semua.
  Hari ni aku free utk share pengalaman speaking test aku. 
Ni bukan sebab aku amik exam MUET,TOEFL dan IELTS tapi sebab aku kan ehem… 
tak exit lagi bi.
 So utk meng-exit-kan aku daripada bi ni,aku kne lah hadapi exam speaking and writing.  
Saat aku tulis ni,Alhamdulillah aku dah exit!! 
Yippi seronok tak terkata kak tonnn..hihi

Oh yaa,so sebagai memori aku berbesar hati ingin berkongsi pengalaman aku. 
Yelah mana lah tahu berguna utk adik-adik yang senasib denganku nanti.

Sebelum tu aku nak ingtkan,adik2 yang kena repeat bi tu.
 Yer akak tahu uols mesti frusttt sebab tak exit kan..
 tapi tu lah,siapa kita utk komen kalau dah bukan tertulis yang kita akan exit sekarang.
 Yang penting kena positivkan diri dan betolkan niat. 
Semoga adik2 yang repeat ni akan jadi lebih terer bi daripada rakan-rakan adik2 yang dah exit lama dulu.. 
positive ok !

Tulisan dibawah aku tulis kat draft sejurus selepas aku habis speKING test.

First of all.
 Alhamdulillah dah  lepas dah dua exam yang penting lah jugak..
 speaking test ni. 
Kali ke 3 dah aku hadapinya dan aku dah berani utk hadapinya dengan tabah.
 Mana taknya,mse 1sem thun lepas,masa speaking prektis tak yah cakap lah aku memang nak elak drpd wat latihan. ketaqq lutottt weehhhh nak speaking.
dah lah tak biasa.
Dah lah lecturer suruh satu2 kumpulan mai depan. 
aku memang tarik diri habis-habisan. 
dh la dlm kelas rmai laki.
Then last sem plak, 
utk speaking test
im the only girl dalam grup tu !!!
 bukan aku yang nak tapi dah dorang ikut list nama.. 

alkisah beberapa minit sebelum lecturer aku masuk kelas.
aku duk sembang ngan akak ni,
kiterorang share pasal pengalaman masing2 time speaking test dlu
then akak ni habaq lah kat ku yang ada kawan dia ni pompuan satu satunya dlm grup tu
aku ni pon cakap ' kesiannnyaa,kalau saya tak tahu lah macam mana'

tetiba bila madam umum nama utk group speakin test

terkejut giler aku sister sorang and 3 brothers.
 Dan topic yang kiteorg dpt mse tu bukan senang bagi aku..
 if im not mistaken pasal environment..
alhamdulillah dapat band 6 utk speaking
thankz 'boyfriends' ku sbb memahami aku yang pemalu dan gabra ni.

pon walau demikian
aku still tak exit even reading dpt band 7..
sebabnya writing aku still dapat band 5,bukan 5.5

 last sem ni?? 
Alhamdulillah tajuk mak aii senang lah plak..
 Alhamdulillah again..
 jeng jeng jeng
Eat in home is better than eat outside..

Senangkan ?? 
cakap je lah isi cliché pon mcm mknn kat rumah lebih berkhasiat dan terjamin n blab la bla. 
Aku selaku wanita ..ececeh.. 
in particular,selaku wanita yang reti memasak ni of koz lah aku setuju makan kat rumah. 
Tu la lelaki nak cari bini jgn cari muka cantik je tapi masuk dapoq harammm jadah .. 
I means x pernah masuk dapor. 
Bukannya dia diharamkan masuk dapor. 
Mne lah tahu ada yang skema plak kan terbaca post ni. 

hihi

itu jer perkongsian aku 
^^

sekian wassalam

Saturday, 17 January 2015

powerbank Pineng FAKE !!

Assalamualaikum.. 

hai semua.. amacam? dah ada powerbank sendiri ker? kalau dah ada tu baguslah. susah kan kalo xde powerbank(pb) ni. kne cari plug n yg muka tebal tu dok pinjam pb mber. sekali sekala tak pelah,ni mentang2 kita ada pb,duk nyendeng kat kita jer..hihu

ok then,utk yang tak de,mesti ada angan2 nak ada pb sendiri. tambah plak sekarang pb dah mampu milik taw uols..tak  percaya? tak pe teruskan membaca.

sebelum korang beli tu.. make sure,korang cek betol2 pb yg korang nak beli tu ori or fake?

guane nk tahu? 
ok sebelum aku ber'lecture' . aku nak share sikit lah. sikit jer..

alkisah aku pon baru beli pb.. yippiieee...
actually dah ada pb before ni. pn912(16800mah)

pastu entah macam mana,terjatuh dengan momentum yang sgt kuat gamaknya. 
pb tu jadi sewel,bila aku shake pb tu,mcm ada something yang terkeluar dari tempatnya. 
disebabkan aku bukanlah 'mekanik' dan tak nak jadi macam tikus yang baiki labu.
so aku beli jer lah baru. bukan sebab kaya tapi.. malas weh nak baiki plus warranty dah expired and silap aku!

puas aku cari seller pineng yang ORI dan MURAH !! ulang semula, ORIGINAL dan  MURAH !!
kalau ori tapi mahal aku letak no 2.

alhamdulillah jumpa..
utk korang yang nak beli dengan seller ni
aku galakkan.. memang murah dan komfirm ORIGINAL !!
sebab aku sendiri dah cek keorian dia..
tak percaya meh jumpa depan2..

powerbank pineng yang aku beli ni only rm70!!

wooii giler murah fake tu mira!
kau tertipu mira!
biasanya utk 20kmah rm115++

mira!!!!!!

ok sahabat.. rilek rilek rilek...
seperti yang aku cakap tadi.
aku sendiri dah cek kod yang kat hologram tu dah verified yang powerbank yang aku beli tu ORIGINAL.
nak buat guane. dah ORI tu ORI jelah.. jgn lah nak tuduh yang aku punya fake plak.
aku nangis karang!! burn duit aku rm70!! haha

ok lepas korang baca whole story aku ni maybe korang terdetik nak tahu siapa seller tu
so kiranya bolehlah korang..
follow ig bla bla bla ok
nak tahu ke? kalau nak tahu kena baca sampai habis dulu..huhu*gelak jahat

eceh aku dah jadi tukang promote bisnes orang plak..
takpe nt orang plak promote bisnes aku..hihi


jom2 sambung baca. besttt nii.. 

kanan yang lama. ada sesiapa pandai bukak pb? sbb aku rasa skru dlm dia longgar.andai kata ada yang reti boleh roger aku yer.

pb baru ku. ada warranty kad.. pouch bag pon dah lain. lagi exclusive..hihi

kenapa aku pilih warna gold? 
ala
jawapan cliche ler,exclusive gituuu

ok2.. guana nak detect pb yang FAKE ???



1. Lambang Sabit(penentu ke aslian)

ORI- 3D font and rainbow effect kalau uols tgk dari pelbagai sudut
FAKE- tulisan bold n seal dia warna kuning.



ok then kalau seal tu menepati ciri ORI. boleh lah kiranya uols goreskan yang tulisan cina tu. sbb kat bwh dia ada no kod ut cek keaslian pb pineng uols.

2. CODE VERIFICATION RESULT

ok lepas dah gores korang akan nampak no digit mcm kat bawah ni.
ni aku punya kod ok. 

pergi kat website rasmi pineng iaitu SINI atau SITU . ada dua linktapi aku rasa skrg ni dorang dah tukar kepada SINI.

first time bukak maybe kuar bahasa cina. so tukar ler to english. 

then skrol bawah sikett ada jumpa word security check. hah klik situ.

masukkan no yang dah korang gores tadi. klik semak.

ok ada 3 keadaan 



Scratch the seal at the box and key in the 16 digit verify codes at www.pineng.cn.
i) All verify code are unique, you must be the first person to verify the code.
ii) Fake PINENG power bank are using same verify code, so you will see there are many times the code has been checked and verified.

iii) If your verify code cant be found by the system, means you are bought the fake PINENG product.

translate.

kalau first time korang check kod tu dan keluar macam no 1 tu. komfirm ORI ok!

but,if korang check utk kod yang sama utk kali ke dua,dan keluar mcm pic no dua,bukan bermaksud tak ori tapi juz nak inform yang kod tu dah pernah dicek sebelum ni. 

awat lagu tu???

sebabnya.. 

kan ada seal yang fake kan?

ok for those yang dpt seal yang fake,dan korang nak cek verification code tu valid ke tak(for the first time),then keluar macam no 2. terang benderang tak yah suluh2 lagi menunjukkan pb uols tu FAKE!! 

bukan nak mengecewakan tapi itulah kenyataannya.

ni result yang aku dapat bila cek aku punya. tapi aku tak faham 1 habuk pon maksud dia. so apelagi panggil abang sayang lah utk translatekan..hihi
mekaceh abamm hencemmm



baca ler sendiri kay. sori watermark aku tu silap letak dah tak leh nak baca dengan perfect.. sorii !!!



3. Tulisan belakang pb

ORI- font biasa
FAKE- font bold

4. Power Bank Cover Material

Original - diperbuat dari material PC+ ABS yang berkualiti tinggi. 
Fake- diperbuat dari plastik chokikkk. cover dia kasar and tak mesra tangan.


5. Harga 

harga pon mainkan peranan ok. makin murah pb tu makin korang kena waspada. yer aku pon jenis suka beli yang murah2 tapi bila bab gadget ni tak leh nak pilih yang murah jugak. unless,harga dia murah dan uols cek dia tepati semua ciri original. tapi tengok gak ah murah macam mana,cthnya pnb 999,skrg harga market online yang aku tahu paling murah 70++.  so kalau uols jumpa yang rm50++ tu bagi aku sah2 lah fake. tak percaya? p chek sendiri. 

tapi kalo pnb999 ada yang jual rm190 dengan alasan  KOMFIRM ORI!! ok fine,mmg lah ori tapi harga tu mcm tak patot plak kan.. agak cekik darah gak ah. 

6. Warranty Period:
Original PINENG power bank provide 1 year 1 to 1 exchange new power bank warranty policy. Beware of the PINENG power bank seller which unable to provide 1 year exchange warranty.


7. Authorized Letter:
There's only few authorized distributor / seller in Malaysia. Beware of the seller that without PINENG authorized letter, or provide fake authorized letter, unclear authorized letter, modified authorized letter, expired authorized letter.


AWAT HANG KENA AMBIL TAHU PASAL NI???

(in english,sila translate jika tak paham k)

A. Consistent Quality And Reliable Performance
Original PINENG power bank build with intelligent IC protection.
1) Overcharge Protection - Automatically cut off when device fully charge.
2) Overvoltage Protection - Automatically detects different device voltage.
3) Overdischarge Protection - Automatically control battery discharge.
4) Circuit Protection - Prevent short circuit when power bank charging.
5) Battery Lock Protection- Lock power bank battery, avoid battery loss when power bank not in use.
6) Temperature Protection - Avoid power bank hot when charging.


B. Unsafe, Poor, Counterfeits Product
Fake PINENG power bank used poor material, unsafe battery and built without any IC protection.
1) Fake power bank don't have overcharge, overdischarge and overvoltage protection. It may harm your device.
2) Fake power bank used poor battery, fake capacity, provides less charging time.
3) Fake power bank no battery lock protection, power bank will loss all battery in few days or few weeks.
4) Mostly selling fake PINENG power bank seller are one-time seller. You will unable to reach them for warranty claim if the power bank faulty.



ni pic tambahan utk uols




yg  ni tengok jenis jugak taw. bukan semua pb pineng ori jenama dia kat bawah. ada jer yang kat tengah macam yang aku punya tu. 
dan ada yang ada word pineng jer. yet still ori. ok uols

sebelum aku terlupa. kalau korang google website pineng. dan keluar website
www.pineng.com.my

yang tu bukan website yang betol2 real pineng. website tu more to jual pb pineng. ok faham tak?

laman web pineng yang betol2 ori is

pineng.cn


or 

en.pineng.cn


ok sampai situ jer. apa2 masalah boleh roger aku.aku sudi membantu.. seriously..hihi

oh ya,ig yang aku suruh korag follow tu ialah momo_accessories .. hihi


sumber : SINI 

Wednesday, 14 January 2015

Misi Banjir part 1(bersama SUF)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.. 

Alkisahnya aku dan beberapa school mate wal classmate baru je blik dari kelantan. 

to be honest,ni kali kedua aku ke kelantan. kali pertama masa aku form 4,lawatan TAMU.

memandangkan aku agak excited sbb ni pengalaman pertama aku so aku akan story dari A sampai Z.

CERITAKU BERMULA. 

aku volunteer under 1 entiti cute iaitu stand up flash mob dengan kerjasama icare/ibantu under IKRAM setiawangsa.jgn tanya kenapa aku tak join under shah alam punya. 

1/1/2015

pkul 8 bertolak dari rumah. 
pkul 8.40 sampai kat setiawangsa


then berkumpul. ok kali ni ada 4 orang dak UIA,mber aku jer blaka. 12 orang akak KUIS,5 oghe dak pompuan lain n 4 orang banin.

bertolak pukul 10. singgah kat Benta,not Bentong. area lepas raub. aku tak tahu sgt tempat ni.
then ade la singgah kat petronas manik urai sat. betapa ramainya orang speechless,sesak!

pukul 1 pagi baru sampai ke Kubang Kerian.
lama kan. yela mana taknya bnyk tempat yang jam

Alhamdulillah aku ingtkan kne tdo skali kat sekolah hok penempatan  mangsa banjir tu.rupanya kiteorg tido kat homestay tok wan. bestttnyerr..hihi alhamdulillah thankz.. 


2/1/2015

awal2 pukul 8 semua dah siap .
biasalah hari first kan. semua orang mcm tu hikhik.

aku intai2 dari dlm bilik ada 1 kumpulan wanita.
eh dorang ni bukan orang malaysia.

ohh. .. rupanya dorang dari thailand. mai utk tlg skali..
muka ada yang macam ain(clasmate kelas arab),ada yang muka mcm kak azira maarif n rmai lah

ok tugasan hari ni. 
proses membersih kat sekolah rendah al-amin yang terletak kat wakaf bharu. seriously aku suka jer buat kje2 ni. besttt lagi2 ada member..

then pukul berapa ntah. kiteorg kne tolong agih barang makanan.
kat stesen petronas Pasir Pekan
yang ni pengalaman pertama jugak. 
kiteorg bukan main bagi jer makanan kat sesapa yang datang. 
ini utk mengelakkan ada orang yang ambil bnyk kali. 
so kiteorg juz bg kat sapa yang dah register nama jer. 
bunyi mcm leceh kan kne register bagai. 
tapi itu adalah cara spya adil utk semua orang. 
cer kalo korang mangsa banjir n nak p amik makanan kat kiteorg. 
n kiteorg tak open for register,means sspe leh men amik jer,tak ke naya kat korang if korang tahu last minute. makanan dah habis.
yang jadi kecohnya bila nama penerima tak de kat dlm senarai. 
tapi dia kata dia dah daftar. aishh ntah lah

lepas solat jumaat,aku kembali semula kat sekolah al-amin tadi 
then sambung buat kerja lain plak mcm mencuci barang yang kena lumpur.

petang tu memang dah agak penatttt.


malam tu ada tugasan lain plak
iaitu kena packing barang. 
for me,aku memang suka kerja ni !!! haha tak tahu bakpe
kiteorg smua buat kerja macam robot kilang.
nilai yang aku dpt dari sini ialah BEKERJASAMA. 
yelah uols bayangkan kena packing 1000 bungkusan. 

memang mcm shinkasen lah ceghitanya.
tapi tu lah,aku enjoy sgt buat kerja ni. lillahi ta'ala

3/1/15

hari ni aku and the geng sambung balik packing barang.
bukan sebab kiteorg buat kerja lambat ke ape.

tapi sebab beratus2 kotak air dan makan plus bahan2 asasi termasuk beras yang kiteorg kne packing.
nasib baik ada team dari pj mai tolong. so jd lagi cepat.
masa ni lagi lah rasa besttt..

malam tu kerja aku packing pampers baby
kerja ni aku buat dengan akak2 from team kedah

kejap jer dah siap.

4/1/15

macam biasa sambung packing air botol.

dlm pkul 10 gitu. sek2 kami kne p kampung ermmm sori tak ingt !!!
kerja hari ni. tolong agih pakaian pada mangsa banjir.
aku incharge utk pakaian wanita.

gelagat,kerenah tok seh citer ah meme banyak.
ada yang ingt aku tak paham cakap kelantan,padahal aku paham jer cuma aku tak reti nak reply dlm loghat dorang.
cuma ada 1 situation ni jer,acik tu cakap nak supik.
seriously kalo word tubik,kelik tu aku pehe lah.
supik tu aku tak pernah dgr lagi.
almaklumlah orang selangor.mak ayah orang pahang.

rupanya dia nak plastik.. haha
macam2 lah kerenah yang baik dan 'baik' pon adoo..
kalau ceghita semua memang berjelaaa lah.
so kalau nak tahu leh lepak kat kedai mamak kita sembang k

ni sharing story from sorang acik ni(bkn mangsa banjir)
acik yang bawak kiteorang kat tmpt agih barang tu stay kat situ
banjir ni kan satu ujian dan peringatan.
sampaikan ada 1 scene
orang masuk pasaraya ambil makanan semua tak bayar.
yelah,desperate kan. ada yang lapar berhari2 tak makan.
dan macam2 lah lagi..
acik tu tambah lagi,
mse ni kan Allah nak uji,utk yang betol2 beriman in shaa Allah dorang takkan buat macam tu.
aku akan story lagi dlm part 2 yer. ~story dari mber aku yang inharge bagi barang kat Dabong.


kebetulan ada video pasal kerja aku.
boleh tengok kat link ni

https://www.facebook.com/video.php?v=868098296555277&pnref=story

pada hari yang sama
bas aku pukul 9.05pm
pkul 7pm baru sampai homestay
then siap2 makan n packing barang.
pkul 8 dah kena kumpul
faham2 je lah betapa kalutnya bila pompuan bersiap..hihi
pkul 8.55 baru sampai stesen bas

aku agak excited bila sampai stesen bas kota bahru
first time lah katakan hikhik
besar gak ah tapi still crowded
kiteorg split semua ada 21 orang

12 orang dak kuis naik bas A
aku n geng uia,plus 5 orang dak pompuan lain,sorang brother n 2 orang pak arab naik bas B
memula aku duk kat barisan 3 dari belakang


then pak arab tu minx tukar tempat ngan aku sbb dia tak leh duduk blkg.sakit kaki katanya.
tak kan aku nak menggedik cakap tak boleh plak
so aku ok je lah duduk kat belakang sekali tu
tido lena plak tu
haha
lagi2 bila ada 'bantal' kat sebelah.. hihi

then bas tu stop lah ,yg aku tahu salah satunya kat machang
still kat kelantan lah,bas tu asyik berhenti n ada passenger yang turun naik bas
sampai lah dia stop 1 tempat ni
ada 4 orang thai naik bas
padahal bas dah penuh masa tu
ko bayangkan bas dah full seat tetiba ada 4 orang naik.
ada sorang warga emas.

so yang brother tadi bg lah tempat duduk dia kat nenek ni. dia dduk kat atas lantai bas tu
kesian..
pastu boleh plak pakcik bas tu tanya 'awat hang bagi seat hang kat dia' ~dlm dialek klate

hello.. its not about itu sit aku orang lain tak de hak nak ambil
tapi pasal rasional
cer ko naik bas dgn nenek kau
then ada 1 tempat kosong.
kau nak bagi nenek tu or kau yang berdiri.
of koz lah kau yang kena berdiri
kan
aishh


ok lah itu jer story aku.
utk misi ni aku ke area kota bharu n tumpat . eg wakaf bharu,nordin batik,pasir pekan,kubang krian.
maybe tempatnya tak seteruk dabong,kuala krai n manik uraikan tapi still dilanda banjir.

last but not least.aku hidangkan pic original from my fren n fon.. ^^
btw ada part 2 taw. bersama muslim care







packing barang













Wednesday, 7 January 2015

Review The Teacher's Diary(Thai)

sawadikapp. kap kun kap.
ok itu jer bahasa thai yang aku tahu



nak review 1 movie thai yang aku rasa agak bermanfaat jika anda semua menontonnya

jom tengok trailer dia dulu




ok dah tengok? utk yang sejiwa mcm aku. sekali tengok trailer mesti rasa macam nak tengok full movie dia kan...

TBH,aku tahu pasal movie ni sebab ada iklan kat tv,tp kalo nak tengok kat astro kne beli sbb kat astro first.

takkan aku nak langgan kot. bukan aku yang bayar bil. hihi

then esoknya aku try ushar kat youtube kot2 ada.

Alhamdulillah ada weh.. punya lah excited aku masa tu..

sebab yang ada kat youtube tu bukan fake punya but betol2 full movie !!!

apelagi. dua kali aku layan... sekarang ni mcm dah tak de jer.

ok la aku story sikittt jer..

mcm ni ada sorang guru laki ni,dia minx utk jadi guru kat pendalaman. kebetulan cikgu yang dlu dah tukar sekolah.

sekolah kat pendalaman tu atas air. murid pon sikit jer.

love story bermula bila cikgu laki tu(Song) terjumpa diari cikgu perempuan(Ann). habis satu diari tu dibacanya.


Song  jugak adapt ngan tempat tu based on apa yang dia baca kat diari tu.

then agak2 Song dan Ann akan berjumpa tak?

dan kalau berjumpa pon,macam mana leh jumpa? dan how they recognize each other?

pelikkan?

tu laa,kalau nak tahu kena lah tonton sendiri cerita ni

cerita thai sangat2 jarang aku jumpa yang menghampakan

almost 90% best !! hihi


selamat menonton..^^

oh ya,nak bagi free gift pic from abam gugel kiterrr....



Song nak p mana ni?