Wednesday, 14 January 2015

Misi Banjir part 1(bersama SUF)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.. 

Alkisahnya aku dan beberapa school mate wal classmate baru je blik dari kelantan. 

to be honest,ni kali kedua aku ke kelantan. kali pertama masa aku form 4,lawatan TAMU.

memandangkan aku agak excited sbb ni pengalaman pertama aku so aku akan story dari A sampai Z.

CERITAKU BERMULA. 

aku volunteer under 1 entiti cute iaitu stand up flash mob dengan kerjasama icare/ibantu under IKRAM setiawangsa.jgn tanya kenapa aku tak join under shah alam punya. 

1/1/2015

pkul 8 bertolak dari rumah. 
pkul 8.40 sampai kat setiawangsa


then berkumpul. ok kali ni ada 4 orang dak UIA,mber aku jer blaka. 12 orang akak KUIS,5 oghe dak pompuan lain n 4 orang banin.

bertolak pukul 10. singgah kat Benta,not Bentong. area lepas raub. aku tak tahu sgt tempat ni.
then ade la singgah kat petronas manik urai sat. betapa ramainya orang speechless,sesak!

pukul 1 pagi baru sampai ke Kubang Kerian.
lama kan. yela mana taknya bnyk tempat yang jam

Alhamdulillah aku ingtkan kne tdo skali kat sekolah hok penempatan  mangsa banjir tu.rupanya kiteorg tido kat homestay tok wan. bestttnyerr..hihi alhamdulillah thankz.. 


2/1/2015

awal2 pukul 8 semua dah siap .
biasalah hari first kan. semua orang mcm tu hikhik.

aku intai2 dari dlm bilik ada 1 kumpulan wanita.
eh dorang ni bukan orang malaysia.

ohh. .. rupanya dorang dari thailand. mai utk tlg skali..
muka ada yang macam ain(clasmate kelas arab),ada yang muka mcm kak azira maarif n rmai lah

ok tugasan hari ni. 
proses membersih kat sekolah rendah al-amin yang terletak kat wakaf bharu. seriously aku suka jer buat kje2 ni. besttt lagi2 ada member..

then pukul berapa ntah. kiteorg kne tolong agih barang makanan.
kat stesen petronas Pasir Pekan
yang ni pengalaman pertama jugak. 
kiteorg bukan main bagi jer makanan kat sesapa yang datang. 
ini utk mengelakkan ada orang yang ambil bnyk kali. 
so kiteorg juz bg kat sapa yang dah register nama jer. 
bunyi mcm leceh kan kne register bagai. 
tapi itu adalah cara spya adil utk semua orang. 
cer kalo korang mangsa banjir n nak p amik makanan kat kiteorg. 
n kiteorg tak open for register,means sspe leh men amik jer,tak ke naya kat korang if korang tahu last minute. makanan dah habis.
yang jadi kecohnya bila nama penerima tak de kat dlm senarai. 
tapi dia kata dia dah daftar. aishh ntah lah

lepas solat jumaat,aku kembali semula kat sekolah al-amin tadi 
then sambung buat kerja lain plak mcm mencuci barang yang kena lumpur.

petang tu memang dah agak penatttt.


malam tu ada tugasan lain plak
iaitu kena packing barang. 
for me,aku memang suka kerja ni !!! haha tak tahu bakpe
kiteorg smua buat kerja macam robot kilang.
nilai yang aku dpt dari sini ialah BEKERJASAMA. 
yelah uols bayangkan kena packing 1000 bungkusan. 

memang mcm shinkasen lah ceghitanya.
tapi tu lah,aku enjoy sgt buat kerja ni. lillahi ta'ala

3/1/15

hari ni aku and the geng sambung balik packing barang.
bukan sebab kiteorg buat kerja lambat ke ape.

tapi sebab beratus2 kotak air dan makan plus bahan2 asasi termasuk beras yang kiteorg kne packing.
nasib baik ada team dari pj mai tolong. so jd lagi cepat.
masa ni lagi lah rasa besttt..

malam tu kerja aku packing pampers baby
kerja ni aku buat dengan akak2 from team kedah

kejap jer dah siap.

4/1/15

macam biasa sambung packing air botol.

dlm pkul 10 gitu. sek2 kami kne p kampung ermmm sori tak ingt !!!
kerja hari ni. tolong agih pakaian pada mangsa banjir.
aku incharge utk pakaian wanita.

gelagat,kerenah tok seh citer ah meme banyak.
ada yang ingt aku tak paham cakap kelantan,padahal aku paham jer cuma aku tak reti nak reply dlm loghat dorang.
cuma ada 1 situation ni jer,acik tu cakap nak supik.
seriously kalo word tubik,kelik tu aku pehe lah.
supik tu aku tak pernah dgr lagi.
almaklumlah orang selangor.mak ayah orang pahang.

rupanya dia nak plastik.. haha
macam2 lah kerenah yang baik dan 'baik' pon adoo..
kalau ceghita semua memang berjelaaa lah.
so kalau nak tahu leh lepak kat kedai mamak kita sembang k

ni sharing story from sorang acik ni(bkn mangsa banjir)
acik yang bawak kiteorang kat tmpt agih barang tu stay kat situ
banjir ni kan satu ujian dan peringatan.
sampaikan ada 1 scene
orang masuk pasaraya ambil makanan semua tak bayar.
yelah,desperate kan. ada yang lapar berhari2 tak makan.
dan macam2 lah lagi..
acik tu tambah lagi,
mse ni kan Allah nak uji,utk yang betol2 beriman in shaa Allah dorang takkan buat macam tu.
aku akan story lagi dlm part 2 yer. ~story dari mber aku yang inharge bagi barang kat Dabong.


kebetulan ada video pasal kerja aku.
boleh tengok kat link ni

https://www.facebook.com/video.php?v=868098296555277&pnref=story

pada hari yang sama
bas aku pukul 9.05pm
pkul 7pm baru sampai homestay
then siap2 makan n packing barang.
pkul 8 dah kena kumpul
faham2 je lah betapa kalutnya bila pompuan bersiap..hihi
pkul 8.55 baru sampai stesen bas

aku agak excited bila sampai stesen bas kota bahru
first time lah katakan hikhik
besar gak ah tapi still crowded
kiteorg split semua ada 21 orang

12 orang dak kuis naik bas A
aku n geng uia,plus 5 orang dak pompuan lain,sorang brother n 2 orang pak arab naik bas B
memula aku duk kat barisan 3 dari belakang


then pak arab tu minx tukar tempat ngan aku sbb dia tak leh duduk blkg.sakit kaki katanya.
tak kan aku nak menggedik cakap tak boleh plak
so aku ok je lah duduk kat belakang sekali tu
tido lena plak tu
haha
lagi2 bila ada 'bantal' kat sebelah.. hihi

then bas tu stop lah ,yg aku tahu salah satunya kat machang
still kat kelantan lah,bas tu asyik berhenti n ada passenger yang turun naik bas
sampai lah dia stop 1 tempat ni
ada 4 orang thai naik bas
padahal bas dah penuh masa tu
ko bayangkan bas dah full seat tetiba ada 4 orang naik.
ada sorang warga emas.

so yang brother tadi bg lah tempat duduk dia kat nenek ni. dia dduk kat atas lantai bas tu
kesian..
pastu boleh plak pakcik bas tu tanya 'awat hang bagi seat hang kat dia' ~dlm dialek klate

hello.. its not about itu sit aku orang lain tak de hak nak ambil
tapi pasal rasional
cer ko naik bas dgn nenek kau
then ada 1 tempat kosong.
kau nak bagi nenek tu or kau yang berdiri.
of koz lah kau yang kena berdiri
kan
aishh


ok lah itu jer story aku.
utk misi ni aku ke area kota bharu n tumpat . eg wakaf bharu,nordin batik,pasir pekan,kubang krian.
maybe tempatnya tak seteruk dabong,kuala krai n manik uraikan tapi still dilanda banjir.

last but not least.aku hidangkan pic original from my fren n fon.. ^^
btw ada part 2 taw. bersama muslim care







packing barang













No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...