Saturday, 28 February 2015

UIA PJ best part 2

alo  alo alo

Assalamualaikum.. 

masuk part 2 plak. 

aku repeat semula lah part 1 pasal DAPAT TUKAR KOS.

part 2 plak.. jeng jeng jeng

DAPAT RAMAI KAWAN dan TAMAN SYURGA


mesti ada yang pk. eleh mana2 matrik pon ramai kawan..


eh2 yeke hang ramai kawan? 

aku cakap ni based on pengalaman aku. bukannya nak cakap aku ramai kawan tapi. thats fact! hihu.

tapi even ramai kawan pon, kawan saat gembira tak terkira,kawan saat susah nak kira pon tak sampai hati! kannn


ok kalau uols masuk matrik kat UIA kan. 

sekarang ni matrik ada kat pj,gambang n gombak.

budak economic jer 'sesat' kat gombak. 

utk bebudak yang bebijok kat gambang. selebihnya kat pj.

hah sapa yang study kat pj tu gilerrr ah memang beruntung sangat2..

sebabnya korang bergaul dengan bebudak yang sebaya/tua setahun or muda setahun jer. 

tak de yang tua 3 tahun ke,muda 4 tahun ke. tak de lagi ..

yelah,matrik kan.. 

jangan kecewa sebab nanti degree lah masa sebenar utk hang bergaul ngan dorang. masa tu po hang dah matang sikit kan. hihi

pastu,kat uia pj ni...mahallah pon dekat2.. laa ni mahallah pompuan semuanya bergabung kat 1 tempat jer. senang nak gather bebila

aku rasa boleh lah eratkan hubungan antara sisters kat mahallah khadijah dengan aisyah n zainab.

part yang best kat UIA ni. HARI-HARI atau hampir setiap hari ade jer TAMAN SYURGA menanti untuk dipenuhi.
seriously hang lah manusia PALING RUGI kalau tak join langsung TAMAN SYURGA ni.

dan ada satu club yang memang incharge untuk program Tarbiyah Suite iaitu FRC(fasilitator representative comittee). 

aku salah seorang FRC,yelah,fasi SC kan.hihi

ada 3 main program Tarbiyah Suite ni.

setiap isnin WAJIB ada IFTAR
setiap rabu WAJIB ada TAALIM(talk)
setiap khamis WAJIB ada QIYAMULLAIL.

itu baru under FRC. 

belom termasuk lagi kalau ada event seperti Rafest,n macam2 lah week itu week ini. 
belom termasuk lagi program WAJIB oleh pihak GCU(guidance and counselling unit) yang akan menjemput pakar motivasi terkenal dan salah seorangnya Osman Affan. 

itu pon belom termasuk program under Mahallah,kelab2 akademik dan social.
dan juga belom termasuk jugak program yang diadakan oleh pihak luar


masya Allah sangat lah subur taman taman syurga kat UIA ni. 

kadang tu satu hari sampai ada 3 program/talk. 

aku ni duk pot pet pot pet , pergi ke idok program ni?

alkisah.. macam biasa lah student kan.
suka guna alasan bz study. 

aku pon sama. tapi sejujurnya memang aku bz pon sem2 sebelum ni sebab jadual aku pack weh.

tapi tapi tapi..

aku dah tekad.. kalau aku exit bi jeer..

aku nak kosongkan waktu malam aku selama 3 hari untuk pergi at least program tarbiyah suite.

Masya Allah aku rasa aku ni  cetek giler ilmu. dan alhamdulillah ya Allah sebab bagi aku peluang untuk berada di taman syurga di UIA ni walaupon aku tahu aku ni belom tentu jadi ahli syurga..

oh ya,

untuk yang dah belom tahu,asasi kat UIA  ni kan spesel sikit. ada yang dua tahun.  dan itu membuatkan ramai yang cancel nak masuk UIA sebab tak nak study asasi lama2.

kalau korang berfikiran macam tu,kita geng! HAHA

tapi tu dulu lah,tapi bila aku dah  masuk UIA ni,rasa cam rela plak nak asasi dua tahun.

macam aku kan,dulu kan aku kos engineering. so aku kenal lah hampir separuh budak engin,itu pon sebab aku pegang jawatan dalam ENGENIUS(1 kelab khas utk dak engin),tambah plak aku tukar kelas(dapat classmate baru) n macam2 lah.

dalam masa yang sama,masa aku sem1 dan 2 first year,aku agak aktif lah jadi comittee untuk Peers Club. kelab ni under GCU,sebab tu aku tahu apa program yang dihandle GCU sebab aku sendiri pernah wat poster utk program dorang.

dalam masa yang sama,aku join usrah anak negeri. dan juga jadi fasi study circle.so rakan2 aku tu berkembang.

dan paling latest,aku buat printing service so ramai lah bebudak dari pelbagai kos mai print kat aku. Alhamdulillah sehari aku boleh paling kurang rm30.

so nampak tak,bila lagi lama korang ka UIA,lagi banyak peluang yang korang leh dapat. Just masa Asasi.

cer compare dengan dak setahun,mestilah jadual dia pack giler mcm dak matrik.

kalau dak dua tahun macam aku ni, kadang satu sem dua subjek jer! mahu tak free!!

yang penting,niat nak dapat ilmu tu,bukan ilmu akademik semata2. Bukan dapat result cemerlang semata-mata.

Ilmu ukhrawi juga penting. Yelah nanti lepas belajar nak kawin pastu kerja. Eh yeke? ke nak kerja dulu baru kawin?

kalau aku la,as a woman en. aku nak kawin dulu baru kerja. nanti bila aku kerja,tak delah laki nak kacau aku hihi.

Oh ya,kalau tak waktu sekarang ni korang tak biasakan dengan pergi taman syurga. time degree nanti korang agak2 akan pergi ke?

seriously aku tak jamin, time degree lagi bz dari asasi. tgk kos korang ah. aku pon tak tahu sebab belom degree lagi.

btw,thankz sudi baca. Biasalah bila Mira dah start mengarang,grammar memang tolak tepi lah. isk3.

Aku sangat appreciate dan gembira jika ada orang baca blog aku even lepas baca dia rasa aku  ni poyo or show off or aku ni fake jer.


akhir kata.

jaga Iman
jaga ikhtilat
jaga solat!

paling penting,put your trust in Allah. make HIM number 1 in your life.

setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. apa pon yang berlaku,ambik yang positif jer even masa tu kau terluka sangat2...

^^ jumpa lagi di next part

oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi .

Friday, 27 February 2015

UIA best #part1

Assalamualaikum 

dah lama aku tak mencoretkan. hihi

hari ni nak share lah betapa bestnya UIA.

bukan apa. yelah,UIA kan salah satu institusi pengajian tinggi awam yang islamik.

terang tang tang maksud U.I.A universiti ISLAM. siap antarabangsa lagi. tak yah p international airport or sambung belajar international sangat lahhh haha

first perseption orang2 melayu  typical especially about UIA is

-sapa nak jadi ustajah masuk lah UIA
-tempat cari suami/isteri solehah

itu yang typical thinking dlm sudut positif lah sangat.

tapi ade gak typical thinking dari sudut negatif
- tempat ustajah dan ustad segera
-tempat ajaran sesat(yelah kan semua student islam from around the world mai tuntut imu kat sini so mazhab pon macam2 lah)

n macam2 lagi lah..

tapi itu lah. fikiran manusia..suka pikir bukan sedangkan belom melaluinya lagi..

oh cik abang kakak mak cik atok nenek meh sini mira nak gitaw.

selaku pelajar UIA. 

sejujurnya... 2 tahun sebelum mira masuk uia. masa tu Mira tingkatan 4. nak tahu apa cikgu tusyen mira komen pasal UIA?

- ramai jer kawan cikgu yang belajar kat uia dulu bila keluar tudung entah kemana,pakai skirt singkat takat peha bla bla bla. 

senang cerita tak de satu pon cerita baik pasal uia ni yang mira dengar. 

tapi. awat time mohon UPU tu Mira still mohon UIA?

tak takut ke apa yang cikgu cakap tu kena kat Mira balik?

sejujurnya pada mulanya Mira rasa tak layak sangat utk belajar kat sini. 

bila dapat tahu Mira berjaya melanjutkan pelajaran ke asasi Kejuruteraan yang mira memang idam sangat since kecil. tak tahu  lah naper. 

Mira Yusof=Engineer

can you imagine that?


utk yang kenal aku tu mungkin macam eh yeke ?

haha everthing is posibble dengan izin Allah kan.. tapi kena disertai dengan doa,usaha,ikhtiar dan tawakkal. 

btw,Mira dah tukar kos.. haha terkezuttt tak? ok fine tak terkezuttt..

ok ini lah yang bestnya UIA .

BOLEH TUKAR KOS! 

tak kisah anda dari kos apa,dan anda boleh tukar ke mana2 kos yang anda mahu.

even dulu kos engineering,boleh jer nak tukar ke Law.

dan boleh jugak nak tukar dari IRK ke allied health science. 


dengan syarat,cukup syarat kemasukan. 

hah lagi satu sebelum terlupa. perasan tak ada kos kejuruteraan dan science komputer.

ibaratnya engineering dan comp science tu adalah satu.

jangan tertukar ya. ia adalah kos yang berbeza.. 

ok ceghitanya gini. 

dua2 kos ni teramatlah rapat antara satu sama lain. 

budak engineering n budak ict nisbahnya bapak banyak beza. dalam 1 nisbah 15. 


ok bila time degree nanti,

mana2 budak engine yang tak lepas utk sambung degree engin,maybe disebakan pointer tak cukup or tempat dah full. maka dia akan dimasukkan ke kos ict.

gituu... means tak de lah dia tak de tempat langsung utk degree.. ade paham?

ok sambung pasal mira tukar kos tu. 

awat mira tukaq? tadi beriya habaq yang dari kecik lagi duk idam nak jadi Engineer. 

ok macam ni,Engineering tu ada banyak cabang kan. mekatronik,aerospace, sivil dan macam2 lah..

dan passion mira tak ke arah engineering hok itu. 

mira more to chemical. 

alah chemistry gitu.. 

mira ske mende yang leh relate ngan manusia. 

so mira decide utk tukar ke kos sains fizik. 

bila mira gitaw yang mira tukar ke kos saiz fizik.

maka banyak lah plak tanya ' nanti degree ko amik apa? fizik ke? kalau amik fizik kerja apa?'

soalan ni memang dah lazim sangat tuju kat mira lagi2 tang nak kerja apa kalau amik fizik.

ok kekekak abe atok emak sekalian.. 

even sekarang asasi fizik. tapi bila degree boleh pilih sama ada nak major in fizik,math or chemistry.

alah u lain pon ada jer degree in fzik,math n chemistry so ape hal nak kecoh sangat pasal kerja.

ramai jer aku tengok ada degree 4 flat pon tak dapat kerja. ape kes!

dah ah ngantok nak tido..

sori lah kalau tulisan ni macam ntah hape2.


time aku tulis ni dah pukul 1 pagi.

aku tulis jugak sebab rasa sayang sangat2 kat CFS IIUM ni.

thankz Allah sebab campak aku kat sini. 

aku rasa kalau aku kat u lain mungkin aku dah hanyut.

seriously! 

hanyut in terms mungkin pemakaian aku. aurat tu dedah tak dedah. nauzubillahi min zalik..

pasal social contact aku ngan laki, since aku masuk uia ni,sangat2 boleh kira berapa kali jer aku bercakap ngan laki. kadang seminggu tu memang tak pernah bercakap langsung dengan lelaki. Seriously!!! 

sebabnya.. utk apa aku cakap ngan dorang? bukan ada hal penting pon. kalau setakat nak tanya soalan, bukannya aku tak de kawan pompuan. bettter aku tanya kawan pompuan aku,leh lah nak bermanja bergedik sakan kan.

bukan apa,bagi aku. laki ni,sekali kita bagi green light,dia pn start cucuk jarum dan kita pon rebah. ya aku cakap based on my experienced and i wont never allow it to happen again.

ckup lah dua kali. eh2 dua kali? haha 


ok akhir kata..

jaga iman 
jaga ikhtilat
jaga solat

paling penting put your trust in Allah. yang ni penting sangat!

ok sekian..


oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. inshaAllah kalau aku online, aku sentiasa on9 YM aku. ku tunggu PM mu di YMku.  jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi. no mengorat2. okay haha 

Thursday, 26 February 2015

VANS INSPIRED TERMURAH

Kasut vans inspired.

HARGA TERLAJAK MURAH!

bukan rm99.
Bukan rm89.
Bukan rm79.

dah tu berapa?

Nak tahu whatsapp mira lelaju 014 522 3209.

Utk permulaan mira open pre order 2 hari jer taw. Sampai jumaat(26/2/15) ni.

next time pre order,kena tunggu 2 minggu.. hihu

Kasut ni besaq 1 size. Kalo kaki uols  saiz 39  panjang kalah pembaris pendek. Uols kena choose size 38. Cenggituuu. Pehe dok?

Free gift utk 5 pembeli terawal.

size : 35| 36| 37| 38| 39|



Wednesday, 25 February 2015

S

when i wrote this. 
it feels like i delete all my stress for a minute 

these words from my friend. he write specially for me;handwriting.
and i write it back. in my blog. 
thankz for the memories. i really appreciate even i deny it. 

i kept everything that you have gave to me

........................................................................................................................................................................

Not even knowing the destination
Believing i'll arive
Now,i allow my thought to race

Shapes are changing,
Along with hearts and this town,
But there is a meeting that won't fade away.

Seeing different dreams,
While staring at the same sky,
That day,I swore not to lose.

The two of us,hands never touching
We searched for the reason we were born

Not even knowing the destination,
Believing i'll arrive,
Now, i allow my thought to race.

When mistakes and pains are overcome
Prayers embrace the light
and awaken the future

.................................................................................................................................................

ok tu jer,, 
akhir kata,mira mintak maaf sangat2 kalau dah lukakan hati.

Yes i know hati kau memang terluka. 
mungkin kau ingat aku ni fake je selama ni.
aku pon tak tahu kenapa dengan diri aku. 

kau memang layak nak benci aku.
benci jer lah. memang patot pon kan. 
aku dah tak benci sesiapa even aku ulang ia bnyk kali.
gelaran yang kau bagi kat aku tu. aku ingat sampai mati!

 maafkan aku. 
mungkin sampai sini jer.. 

sekian.. 

Monday, 23 February 2015

review Dragon Blade 2015

aloha.

review time!!!

hari ni aku nak review movie 18SG. 

AWAS,bebudak belom cukup umoq tak leh tengok. tak elok untuk perkembangan otak kalian.. hihu


sebelum aku start  ceghita..utk yang layan korea,korang mesti kenal choi si won kan?
ala mamat ni



hah Si Won berlakon weh dalam movie ni, as Yin Po.

huhu aku tahu ni pon lepas aku gugel pasal citer ni. hihi
...................................................................................................................................................................
alkisah sebelum aku tengok movie ni.

sebenarnya tak plan pon nak tengok,dan tak pernah tahu pon pasal movie ni,yang aku tahu ada filem baru jackie chan.itu jer. haha

ok then,disebabkan beli tiket last minute
seat pon paham2 je lah
tinggal hok depan2 jer.
bantai je lah

tapi2.. bagi aku ok lah seat dia bez gak even depan sebab kerusi dia dah diadjust kebelakang so tak de lah kena mendongak ke ape.


ok sinopsis time!

sebelum aku start membebel aku rasa better korang tengok dulu trailer movie ni

alkisah ceghita ni actually throwback


aku tak tahu zaman bila tapi ada pasal laluan sutera kalau tak silap..

dan ada 1 skuad ni ditugaskan utk menjaga keamanan

diketuai oleh Huo An(Jackie Chan).

part 1 dah lawan2 tapi agak funny lah

sebabnya alkisah..

Huo An nak leraikan gaduh antara negara India Putih n ape ntah lagi 1 negara tapi cina lah.

eh2 tetiba hok cina tu p serang Huo An plak.

yang wakil cina tu pompuan.


oh ya,awek tu pakai purdah half tapi yang jarang lah.

serang punya serang,Huo An tertarik kain purdah tu. so terbukak lah ia..

nak tahu apa ertinya jika purdah tu terbukak?(dalam cerita ni).

hah mesti korang nak tahu kan..

nak tahu kena lah tengok..

ok dah habis part 1,sambung semula sinopsis.

lepas habis jer leraikan pergduhan tu,Huo An pon balik semula ke rumah dia.

dia ni dah kawin taw,bini dia ngajo bebudak kat situ

tetiba datang Yin Po iaitu orang bawah Huo An ni maklum yang orang bawahan Huo An buat hal.


so si Huo An ni pon ape lagi,disebabkan kasih dan caring terhadap orang bawahan maka dia pon pergilah utk setelkan .

dia pon p kat pusat kastam wild geese tak silap.
tempat tu macam kubu pon ada gak

then time ngah duk nak setel tu,

ade plak masalah lain,

tentera dari rome mai nak serang.

ape lagi,gaduh ler..

sebelum tu..

biasanya sebelum semua tentera perang,ketua dorang yang akan perang dulu sesama mereka.

so berperanglah Huo An dengan Lucios(panglima Rom).


lawan punya lawan. takde sapa menang,takde sapa kalah.

at last mende lain plak yang jadi.


nak tahu mende ape jadi kena lah tengok..


moral of the story

-peperangan langsung tak memberi manfaat
- yang berkuasa tak sepatutnya menindas yang lemah
- jangan dengki sesama keluarga dan sanggup membunuh utk puaskan nafsu
- cintai orang lain/negara lebih dari cintai diri sendiri
-selamatkan orang lain sebelum selamatkan diri sendiri
-jangan selfish lah kiranya haha
- sayangi kanak2
- setiap perbuatan jahat akan dapat balasannya
- buat baik jangan harapkan balasan
- berwaspada dengan musuh
- jangan terlalu ego
- ketua harus take care anak buah
- berusaha bermatian utk selamatkan someone yang kita sayang
- hanya perpaduan boleh capai keamanan/kemenangan
- seburuk2 seseorang yang selama ni orang tak tahu,akhirnya akan ketahuan jugak perangai buruk dia
-jangan cepat putus asa
- fikir out of the box
-jangan buat keputusan terburu-buru
- sentiasa cari jalan utk mencapai keamanan
- berusaha lawan sampai pihak musuh kalah
- bilangan tentera yang ramai tak menjamin kemenangan
- jangan cepat menghukum

rasanya itu jer kot moral yang aku dapat from movie ni...

sori lah kalau review kali ni macam hambar sikit sebabnya aku tak ingat details pasal info penting.
yang aku tahu dia lawan ngan dia ni,dia ni mati,dia ni hidup tapi luka situ sini. hah macam tu jer aku ingat haha


akhir kata,selamat menonton ^^


macam biasa aku sajikan pic from movie ni




skuad penjaga keamanan laluan sutera




apehal plak gaduh2 ni pakcik2 oii. duk rumah minum kopi ler




wuuu garangnya .. takott kak tonn



awat muka bengis? sakit perut eh? hah tandas kat sana ya,jalan terus belok kiri pastu strettt jer




nak panah hati sapa tu ? hihu





siapa budak lelaki ni? jeng jeng jeng 


Monday, 16 February 2015

semuanya telah ditetapkan ke termasuk tingkah laku kita?

Assalamualaikum.. 

maaflah kalau tajuk di atas macam tak sempurna jer..

mira tak tahu tajuk yang paling sesuai..

ingat tak pernah ada kontroveri sementara pasal gadis kpop peluk matkorea tu kan

pastu ada plak minah ni upload video dia-akak tu habaq mai yang semua yang berlaku atas izin Allah,


ok mira tak nak ulas bebanyak.. mira rasa jawapan dari ustaz Zakir Naik ni dah boleh bidas hujah akak tu yang hmm...korang nilai lah sendiri..

utk yang belom tgk video tu,tak yah lah tengok. tengok je terus video kat bawah ni. catat isi penting sebijik2,jangan tengok dan buat konklusi sendiri takot silap conclude.. 

Friday, 13 February 2015

Movie PK 2014

Assalamualaikum.. 

review time.

ni first time nak review movie india. 

aku rasa ni movie india pertama yang lain dari lain.'


salute dengan penulis skrip movie ni. 

utk yang first time dengar mesti tertanya-tanya ape kebende PK tu.

mira sendiri pon tertanya-tanya..

bila dah beberapa minit menonton baru lah ku mengerti .

nak tahu ke? kalau nak tahu kena tonton sendiri lah yer.

tak syok lah kalau mira gitaw. 

ok .. sinopsis bermula..


alkisah 'alien'  turun ke bumi india tanpa seurat benang

dia mengambil pakaian percuma dari 'dancing car'.

utk yang dewasa tu faham lah kot maksudnya..hoho

ok
dia dibekalkan remote control berbentuk loket.

malangnya beberapa minit dia turun ke bumi

loketnya itu dicuri oleh seseorang.

oh ya,dia ni mulanya tak leh bercakap sebab kat 'dunia' dia tak de percakapan. dorang berkomuunikasi via minda jer. so minda cant lie rite.

ok,in order to dia fahami percakapan manusia,dia perlu pegang tangan mana2 wanita utk absorb bahasa manusia.. satu lagi kelebihan dia,hanya dengan pegang tangan ,'alien' tu boleh tahu apa yang terjadi dlm hidup wanita tu.

nasibnya baik sebab bertemu dengan lelaki yang baik,disebabkan dia asyik kejar utk pegang tangan wanita so kawan baru dia assume dia ni dah tak tahan utk buat mende tu.

so mber dia ni hantar dia kat tempat yang dia boleh pegang tangan gadis sesuka hati. tahu2 je lah yer..

itu kiranya satu peluang utk dia absorb bahasa manusia. apelagi dipegangnya tangan gadis tu sampai 6jam++ lamanya,nasib baik gadis tu ok jer even dah tertido2..


.................................................................................................................................................................

dalam masa yang sama,

ada kisah lain taw.

sorang gadis india(walaupon muka mcm mix india plus something) bercinta dengan jejaka Pakistan. hok tino hindu,hok jate islam. tapi yelah,bila dah jatuh cinta dan tak dahulukan Allah. ape kisah kalau kekasih hati berlainan agama.. 

dorang ni memang sweet kapel sampai lah satu hari yang pompuan ni,Jaggu rasanya nama dia,

oh ya,ayah si Jaggu ni fanatik giler dengan Tapaswi.

siapa Tapaswi ni?

ni pic tapaswi

aku tak tahu istilah sebenar.. kiranya Tapaswi ni kira macam tok guru lah. dia leh communicate ngan tuhan. 

yang si ayah jaggu ni plak memang kipas susah mati. apa2 jer jumpa Tapaswi. sampai kisah cinta Jaggu pon dia gitaw tapaswi.

Tapaswi gitaw yang laki pakistan tu takkan sanggup kawin ngan dia sebab agama.


disebabkan Jaggu nak provekan yang Tapaswi salah.

dia ajak laki tu kawin. nama laki tu Sharanaz tak silap.

Sharanaz setuju..

dorang kawin kat gereja. kat situ dah detik2 perpisahan Jaggu dan Sharanaz..

awat depa leh break eh walhal nak kawin dah? 

hah nak tahu kena lah tengok sendiri..


walaupon tak terlalu banyak nilai tapi aku rasa banyak pengajaran yang boleh dikutip. 

yang aku rasa macam tak leh blahhhh..

is Amir Khan tu.. hmm.. yelah aku rasa as a muslim. dia tak patot lah berlakon macam tu. 

lagi2 tang buat semua ritual agama lain. 

ok itu isu sensitifkan so aku tak nak ulas lebih lanjut..

overall cerita ni memang bez. banyak jugak part lawak dan lagu dia pon bez. 

ending dia sweet gilerrr ahhh 

aku bagi 4.8 bintang..

korang2 yang belom tengok tu tengok lah cecepat taw..

bestt...

^^



muka dia flowless humaira(kemerah-merahan) 



Tuesday, 10 February 2015

Pengalaman join butik vendor

Assalamualaikum..

iklan kejap yer..

SLOT IKLAN

last but not least,utk pemilik butik sekalian, yg sedang mencari supplier inner tudung or tudung instant yang cun n labuh ... mira merupakan one of the reseller. stok ambil direct dari kilang.

tengok dulu tudung kat bawah ni. cantik ke cantik?

Jom grab TUDUNG/inner yang paling:
✔MESRA SOLAT
✔MESRA TRAVEL
✔STYLISH BETOL
✔IRONLESS
✔EXTRA LABUH (XXL)











hah cantik kannn.. 
nak tahu harga tak??

HARGA PROMOSI DISKAUN RM10 SEHELAI SAH SEHINGGA 12 OGOS SAHAJA. Selepas itu, harga kembali normal.
Size:
M- rm25(NP RM35)- untuk inner sahaja
L- rm28(NP RM38) - inner utk plussize dan outwear utk kanak2
XL- rm35(NP rm45)- outwear
2XL-rm45(NP rm55)- outwear
Warna hitam available utk SEMUA size! yeayy.. masih harga promosi. min borong 10 helai SAHAJA dengan harga promosi + FREE POS 1 mlysia + FREE GIFT

untuk order sila PM SINI. yer PM SINI 

PELUANG CUMA DATANG SEKALI DAN HANYA SEKALI DALAM SERIBU UNTUK DATANG KALI KE DUA.






so hari ni nak share pengalaman butik vendor  yang mira pernah join

dulu mira pernah join 4 butik.

3 daripadanya kat kedah,satu kat ipoh.

semua butik sewa rm100. bagi mira standard la sebab mira place pakaian kat butik tu..

itu pon kalau butik yang dah famous amous ni,kadang deposit je dah rm200,belom masuk sewa sebulan kadang rm200 jugak. so total nak bankin utk jadi vendor dia rm400...

itupon belom tentu barang yang kita place kat butik tu laku. 

maunya tak laku.. menangisss lahh sebab berada dalam kerugiann.. hihi

ok kenapa mira join butik vendor kat kedah? 

kat selangor ni dah tak de butik vendor ke??

actually sekarang ni mira pon still mencari vendor kat selangor. kalau boleh kat shah alam lah.

senang mira nak letak baju. tak yah susah2 nak post. 

tapi actually mira ok jer kalau kena pos haha 

3 butik kat kedah tu di jitra,tikam batu and kulim.

vendor pertama is kat jitra. 

lagipon memang ramai cust mira from jitra.. 

sale ok jer ngan butik ni.

tapi lepas sebulan butik ni dah mula buat hal. 

apa ke halnya?

ok mira dah bayar sewa bulan 12 pada hujung bulan 12.

sampai hujung bulan satu,dia tak bankin lagi sale bulan 12.

bila desak,baru bankin. itu pon bulan satu punya sale. bulan 12 punya belom bankin lagi. 

time bankin bulan 1 punya laju jer tolak duit sewa. 

pastu mira pon dah tak sanggup pisang berbuah berkali2 so mira stop jadi vendor dia. 

sapa suruh buat hal kan..

vendor kedua.. 

kat ipoh. 

butik ni kalau tengok kat insta memang macam laku je barang2 dia jual

tapi nak buat macam mana,barang mira tak berapa laku.. 

sedih bohh.. 

ada 1 bulan tu,satu barang jer terjual.

agak rugi disitu. 

pastu mira tekad kalau bulan ni sale teruk jugak,better stop jer jadi vendor dia. 

buat apa seksa diri kan..

ook

vendor ke tiga

kat kulim.

butik ni baru beroperasi pada bulan 12 2014.

memang rasa tak tahan gak ahh sebab mira dah beli stok pada akhir bulan 10. tapi disebabkan butik tu opening dia lambat so tak dapat lah nak merasa duit sale cepat..hihi

tapi... yang bestnya .. even butik ni baru beroperasi dan tak lah sefemes butik pertama dan kedua. 
alhamdulillah butik ni lah yang bagi rekod sale yang paling bagus.

owner butik ni pon baik. mira pon ske contact ngan dia. 

oh ya,report sale plak butik ketiga ni dia akan emel on time. transfer duit pon sama. 

lagi lah mira suka utk jadi vendor butik akak ni lama2. 

tambah plak akak ni buat group whatsapp utk vendor2 dia.

best kan.. 

vendor ke empat

butik ni baru jugak lah beroperasi bulan 1 2015

tapi mira dah lama follow ig diorang sebab femes amous lah katakan..

tapi.. mungkin disebabkan dorang baru nak bukak butik so sewa tak mahal. rm100..

follower ig butik ni dah almost 40k dan model dorang is akak dena bahrin. 

mira place instant blouse plain jer.. sebab yang corak dah ada orang letak.

sale pon alhamdulillah ok jer dan payment sale dan report sale on time..

tak perlu lah mira susah2 nak desak dia utk bagi semua tu

so..

nasihat mira.. 

utk yang nak ceburi bidang vendor butik ni. 

1- kena rajin survey vendor2 yang ok. dan tak merugikan korang
2- kalau sale barang korang tak ok dalam masa dua bulan,mira sarankan stop jer jadi vendor dia sebab ada banyak lagi butik vendor kat malaysia ni.

so now mira ada dua vendor jer iaitu yang kat kulim dan tikam batu.

both kat kedah. hihi

itu jer.. kalau ada ceghita baru mira akan update lagi dalam post yang lain.

sekian.. tq

Monday, 9 February 2015

Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 2015

Tips temuduga kerja kerajaan. 

Buat persiapan sebaik mungkin, jangan pergi dengan tangan kosong. Persiapan temuduga biarlah rapi. Agar anda dapat menjawab soalan dengan lancar dan tepat.

setakat ni mira tak de pengalaman lagi temuduga kerajaan cumanya.. ade la dengar dari kengkawan senior dan jugak sedara mara.. 


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jadi nasihat mira kepada adik-adik/abam/kakak2 yang dipanggil temuduga tak kiralah untuk kerja kerajaan atau swasta, buatlah persiapan yang secukupnya. Cuba berikan 200% kepada panel penemuduga untuk menbuktikan bahawa kita layak dipilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Apa yang kita perlu tahu sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga, apakata kita fikirkan sejenak beberapa point dibawah ini, sejauh mana persiapan yang telah kita buat?

1. Persiapan Temuduga - apa persiapan awal yang perlu kita buat sebelum menghadiri sesi temuduga? Dari segi pakaian, apa soalan agaknya yang bakal ditanya nanti? apa yang sudah kita ulangkaji dan baca?

a) Dari segi pakaian sahaja sebenarnya sudah ada markah. Jadi kena pakai pakaian macma orang nak pergi kerja ofis, aku dulu siap pakai tali leher.

b) Soalan-soalan yang akan ditanyakan oleh panel sebenarnya sukar dijangka, namum setiap kali aku pergi temuduga antara soalan yang kerap ditanya adalah

Perkenalkan diri.- ketika menjawab soalan ini anda perlu tahu apa yang perlu ada ceritakan kepada panel tentang diri anda, jangan duk melalut pula.
Nama menteri 
Sanggup tak kalau dihantar bekerja di Sabah atau Sarawak
Jawab soalan dalam bahasa Inggeris (kadang di suruh perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris)
Pengalaman kerja. - Ceritakan tentang kerja apa yang sedang anda lakukan sekarang, dan apa tugas serta tanggungjawab anda. Serta sudah berapa lama anda bekerja.


2. Teknik Menjawab Soalan Temuduga - bagaimana kita hendak memikat hati panel melalui jawapan yang kita berikan kepada mereka? apa yang kita perlu beritahu kepada panel?

a) Ada soalan daripada panel adalah untuk menguji diri kita. Jadi jangan terperangkap dengan soalan mereka. Daripada setiap jawapan kita itu panel akan buat penilain tentang diri kita. jadi perlu jawab dengan penuh berhati-hati.

b) Eyes contact, yang ini juga penting. Ketika menjawab setiap pertanyaan, mata biarlah selalu memandang panel dengan penuh yakin. Jangan asyik pandang ke arah lain, fokus hanya memandang kearah ahli panel yang ada.

TIPS EYE CONTACT

mira tahu major akan cuak giler nak pandang muka interviewer tu,so ini tipsnya,pandang antara dua mata. ia seolah2 anda pandang mata mereka dan sebenarnya itu kurang nervousnya berbanding pandang direct mata dorang.. hihi.. cubalah.. entah2 dorang plak tak berani nak tatap mata kita sebab kita 'berani' sangat hihu

3. Rahsia Penulisan Resume Temuduga - Ini juga adalah salah satu bahagian penting dalam sesi temuduga, bagaimana kita hendak menulis resume yang mengancam yang mampu buatkan hati panel cair?

Mungkin penerangan ringkas ini tidak cukup untuk menerangkan segala tips dan panduan untuk menghadapi temuduga, tapi jangan risau anda boleh cuba baca tips yang selengkapnya..

Klik link kat sebelah ni ;Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Dengan persiapan yang jitu, anda akan berjaya menempuhi temuduga dengan lebih yakin dan insyallah anda akan terpilih untuk jawatan yang dipohon.

semoga berjaya


isi post ini adalah sharing from ABAM NI 
dan telah diolah semula oleh mira ^^

Friday, 6 February 2015

Bila Mahallah Abu Bakar bertukarrrr..

Assalamualaikum.. 

saja nak share story alkisah kat cfs iium pj ni. 

utk adik2 yang akan masuk uia sesi 2015/2016 ni. anda sangat bertuah kerana mahallah khadijah telah pon bertukar ke mahallah abu bakar mulai sem 3 2014/2015.

sebelum ni,time mira masuk uia dulu pon. mahallah abu bakar terletak berhadapan mahallah zainab jahsy dan sebelah mahallah aisyah. tak pe pelik mahallah lelaki dikelilingi mahallah wanita

ok2 utk yang tak biasa dengar nama mahallah tu. maybe korang familiar dengan nama kolej or hostel. dalam bahasa arab kiteorang panggil mahallah.. hihi

dulu kan. 
masa ABC kat tempat lama . 

oh ya,ABC tu stand for abu bakar college
ZC - zainab college
AC-aisyah college
KC-khadijah college
FZC-fatimah zahraa college
UKC-umar khattab college

mira pernah jer ade kelas kat situ.. kat bahagian ground floor ABC ade kelas2..

segan gak ah nak p kelas kalau sorang2 sebab ramai lelaki.
dah nama pon ostel lelaki takkan ramai perempuan plak kan..hihi

tapi lama2 dah kureng malu tu sebab ada kelas sokmo kat situ.
kang malu alamatnya tak masuk kelas ler mira.


ok actually mira sendiri.. rasa tak selesa dengan mahallah abu bakar yang berhadapan dengan mahallah sisters. means sapa yang bilik dia berhadapan ABC. memang parohh ah tak leh nak bukak tingkap.
nasib baik lah bilik mira dulu kat blok B.

pastu kan.. kengkadang bila lalu kat depan ABC tu,ade je brothers duk ngusik. 
aishh.. rasa nak tembak jer sengsorang guna gun yang paint ball tu.

tapi since ABC dah bertukar dengan KC. 

rasa bestt gilerrr.. rasa mcm UIA ni sisters jer yang ada. 
FZC pon sekarang sisters

ABC dah amik mahallah yang 9 tingkat tu.. 
yang kena naik lift

pastu.. yang bestnya lagi
sekarang mira dah ada banyak choice utk beli makanan
boleh pilih sama ada nak beli kat ZC,,AC or KC sebab KC yang dulu agak jauh dari ZC and AC

last but not least,mira rasa uia telah pon buat pilihan yang sangat bijak utk switch ABC dengan KC. 

haha

or.. sebab kejadian tak diingini masa sem1 ritu.. makk aii berlarii miraa tengok apa yang jadi kat ABC. mana tak nya berita macam apeee jerr.. tersebar on the spot mende tu berlaku.. nak thu apa dia??
ade laaa.. secrettt.. bebudak uia jer yang tahu.. 

ok itu jer.. perkongsian kisah hidup ku di uia utk takat ni..

best taw belajar kat uia ni..
 duduk dalam persekitaran islam.. persekitaran yang sihat.. 

dapat mantapkan iman..

ajak lah adik2 korang masuk sini.. pastu ambik kos dua tahun then aktif dengan aktiviti islamk kat sini.. masya Allah banyak sangat2 peluang yang  orang kat luar sana susah nak grab.. kalau ada pon kena bayar beratus. kalau kat sini free2 jer.. 

Thursday, 5 February 2015

last semester in CFS,new roommate

Assalamualaikum

aloha.. tetiba rajin nak menulihh sebabnya aku dah ngantok buat latihan math 

ntah ah,aku bukan suka sangat math tapi math jugak lah yang bagi result paling ok.. aishh

thankkz.. hihi

alkisah ni last sem aku kat cfs ni. almaklumlah dua tahun. 

kengkawan semua dah degree .. aku jer masih asasi. 

ade aku  kisah? dah rezeki aku dua tahun.. 

so last sem ni,ntah kali ke berapa aku ulang. aku ambil dua subjek jer..

aku kan asalnya setahun setengah. 

n kalau aku still setahun setengah,aku dah masuk main campus dah
tapi sebab aku tuka kos yang tak de setahun setengah so sebab tu aku masih disini.. 

sebenarnya kawan2 aku yang baru masuk main campus baru jer stat pembelajaran dorang hari ni

dan hari ni 4/2 merupakan speaking test utk muet. 

so ade gak ah mber2 aku yang kat main campus tu mai sini

dan dari situ aku tahu macam2 story

pasal kengkawan aku smua tak kisah ah laki puan,rapat ke tak yang sure aku dah tahu almost 90% 

thankz utk yang gtw,aku akan simpan dalam hati jer k.. 

so last sem ni,aku dah azam macam2..

aku pon dah dapat roomate baru setelah 3 bulan stuck dengan rumet lama yang tak ngam. haha

so far aku hepiii sangat dengan rumet baru ni..

mana tak nya,ada geng sekepala.. 

dah la masa latihan kebakaran tu aku leh lepak dalam bilik duk makan while rumet aku kat tandas. tutup lampu n kipas. bukak lampu study n kipas kecik.. haha setel.. tapi kalau betol2 memang lintang pukang ah ceghitanya

last sem ni jugak merupakan kali terakhir aku jadi fasi utk study circle buat kali ke tiga

rasa bersyukur sangat sebab dapat peluang ni

Allah bukak pintu hati aku utk menerima tawaran jadi fasi ni walaupun masa tu aku dah banyak sangat komitmen... ada hikmahnya kan..

muni tak leh imagine how aku conduct study circle. haha 

nak ajak dia join karang tak jadi aku  nak conduct usrah ni

utk adik2 lepasan spm tu.. 

korang mohonlah UIA weh..  

kengkawan aku yang dulu sekolah SMK,MRSM n sekolah yang tak de belajar agama semuanya aku tengok dah makin ok.

ada member aku dulu sebelum masuk UIA,seksi giler pakai skirt bagai.

sekarang even dah pakai stokin n stongan.. . semoga dia istiqamah ..

aku? ehem... nak tahu ke?

haha tanya lah kengkawan aku kat sini guana diri aku

aku rasa aku biasa jer kot.. 

famous ke aku kat sini?

ntah ah no komen 

tapi aku suka femeskan nama aku - mira yusof. 

aku akan stresskan nama ayah aku biar orang ingat sikit.

nanti aku mesti akan rindukan CFS. 

rindu giller wehh dah lah since 2013 aku kat sini.

macam2 pengalaman aku dapat. bukan setakat study semata2 n dapat 4flat.

opss.. 

korang kat luar sana,jangan khusyuk study jer sampai tak bergaul ngan orang

n utk yang bergaul tu make sure ada batasan taw.. lagi2 laki  n pompuan..ni pesanan utk diri aku jugak 

oh ya,lupa pasal study circle kan.. ni first time aku jadi lead fasi ..

lead fasi tu apa?

ok sekarang ni kan ada ramai fasi study circle..

so dalam ramai tu ada plak sorang ketua . aku ler tu.. hihi

so aku ada anak buah fasi dan anak buah study circle

oh ya,cakap pasal anak buah study circle.

utk kali ni ramai bebudak arts iaitu human science,bars,aed dll

terlalu banyak nak ceghita.. 

pasal bengkel yang aku join last sem,ada dak maarif dua orang.

sorang aku ajak dia teman aku iaitu tiqah n sorang lagi khai. ex classmate aku

post tu ada kat draft nanti ada masa aku edit..

oh ya,aku kan ambik calculus sem ni.

kiteorang hanya dibekalkan buku latihan jer..

buku nota kena cari kat library. 

so selalu gak ah aku p library. 

yang bestnya pasal library kat CFS ni,

library dia sejukkk,then ada 3 tingkat jerrr..almaklumlah utk budak foundation jer pon..

then wifi dia walawehhhh lajuuu gilerr

kadang aku lepak library sebab nak layan drama korea healer.boleh gugel yer.. 

ok itu jer.. pos ni ku rasa aku publish kejap jer. sebab lepas tu aku nak save as draft sebab..

aku segan sebenarnya apa yang aku tulis ni macam merepek dan more to aku membebel




Wednesday, 4 February 2015

Review Produk anda dengan kami

anda ada seorang usahawan online/offline?

anda ingin mira mempromosikan(rebiew) produk anda?

yeah.. sekarang mira dah  open slot untuk review ig dan juga produk.

boleh pilih sama ada nak swap,gift atau paid review.

in shaa Allah berbaloi-baloi.

produk anda bukan sahaja akan direview di instagram tetapi akan direview di facebook fan page dan personal,blog,group whatsapp dan twitter mira :)

utk terma dan syarat boleh pm atau email ke eeraacloset@yahoo.com dengan tajuk review.

slot limited. 1 hari satu review sahaja akan dibuat