SHOPPING BUKU DISINI

Monday, 9 February 2015

Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 2015

Tips temuduga kerja kerajaan. 

Buat persiapan sebaik mungkin, jangan pergi dengan tangan kosong. Persiapan temuduga biarlah rapi. Agar anda dapat menjawab soalan dengan lancar dan tepat.

setakat ni mira tak de pengalaman lagi temuduga kerajaan cumanya.. ade la dengar dari kengkawan senior dan jugak sedara mara.. 


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jadi nasihat mira kepada adik-adik/abam/kakak2 yang dipanggil temuduga tak kiralah untuk kerja kerajaan atau swasta, buatlah persiapan yang secukupnya. Cuba berikan 200% kepada panel penemuduga untuk menbuktikan bahawa kita layak dipilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Apa yang kita perlu tahu sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga, apakata kita fikirkan sejenak beberapa point dibawah ini, sejauh mana persiapan yang telah kita buat?

1. Persiapan Temuduga - apa persiapan awal yang perlu kita buat sebelum menghadiri sesi temuduga? Dari segi pakaian, apa soalan agaknya yang bakal ditanya nanti? apa yang sudah kita ulangkaji dan baca?

a) Dari segi pakaian sahaja sebenarnya sudah ada markah. Jadi kena pakai pakaian macma orang nak pergi kerja ofis, aku dulu siap pakai tali leher.

b) Soalan-soalan yang akan ditanyakan oleh panel sebenarnya sukar dijangka, namum setiap kali aku pergi temuduga antara soalan yang kerap ditanya adalah

Perkenalkan diri.- ketika menjawab soalan ini anda perlu tahu apa yang perlu ada ceritakan kepada panel tentang diri anda, jangan duk melalut pula.
Nama menteri 
Sanggup tak kalau dihantar bekerja di Sabah atau Sarawak
Jawab soalan dalam bahasa Inggeris (kadang di suruh perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris)
Pengalaman kerja. - Ceritakan tentang kerja apa yang sedang anda lakukan sekarang, dan apa tugas serta tanggungjawab anda. Serta sudah berapa lama anda bekerja.


2. Teknik Menjawab Soalan Temuduga - bagaimana kita hendak memikat hati panel melalui jawapan yang kita berikan kepada mereka? apa yang kita perlu beritahu kepada panel?

a) Ada soalan daripada panel adalah untuk menguji diri kita. Jadi jangan terperangkap dengan soalan mereka. Daripada setiap jawapan kita itu panel akan buat penilain tentang diri kita. jadi perlu jawab dengan penuh berhati-hati.

b) Eyes contact, yang ini juga penting. Ketika menjawab setiap pertanyaan, mata biarlah selalu memandang panel dengan penuh yakin. Jangan asyik pandang ke arah lain, fokus hanya memandang kearah ahli panel yang ada.

TIPS EYE CONTACT

mira tahu major akan cuak giler nak pandang muka interviewer tu,so ini tipsnya,pandang antara dua mata. ia seolah2 anda pandang mata mereka dan sebenarnya itu kurang nervousnya berbanding pandang direct mata dorang.. hihi.. cubalah.. entah2 dorang plak tak berani nak tatap mata kita sebab kita 'berani' sangat hihu

3. Rahsia Penulisan Resume Temuduga - Ini juga adalah salah satu bahagian penting dalam sesi temuduga, bagaimana kita hendak menulis resume yang mengancam yang mampu buatkan hati panel cair?

Mungkin penerangan ringkas ini tidak cukup untuk menerangkan segala tips dan panduan untuk menghadapi temuduga, tapi jangan risau anda boleh cuba baca tips yang selengkapnya..

Klik link kat sebelah ni ;Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Dengan persiapan yang jitu, anda akan berjaya menempuhi temuduga dengan lebih yakin dan insyallah anda akan terpilih untuk jawatan yang dipohon.

semoga berjaya


isi post ini adalah sharing from ABAM NI 
dan telah diolah semula oleh mira ^^

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...