Saturday, 28 February 2015

UIA PJ best part 2

alo  alo alo

Assalamualaikum.. 

masuk part 2 plak. 

aku repeat semula lah part 1 pasal DAPAT TUKAR KOS.

part 2 plak.. jeng jeng jeng

DAPAT RAMAI KAWAN dan TAMAN SYURGA


mesti ada yang pk. eleh mana2 matrik pon ramai kawan..


eh2 yeke hang ramai kawan? 

aku cakap ni based on pengalaman aku. bukannya nak cakap aku ramai kawan tapi. thats fact! hihu.

tapi even ramai kawan pon, kawan saat gembira tak terkira,kawan saat susah nak kira pon tak sampai hati! kannn


ok kalau uols masuk matrik kat UIA kan. 

sekarang ni matrik ada kat pj,gambang n gombak.

budak economic jer 'sesat' kat gombak. 

utk bebudak yang bebijok kat gambang. selebihnya kat pj.

hah sapa yang study kat pj tu gilerrr ah memang beruntung sangat2..

sebabnya korang bergaul dengan bebudak yang sebaya/tua setahun or muda setahun jer. 

tak de yang tua 3 tahun ke,muda 4 tahun ke. tak de lagi ..

yelah,matrik kan.. 

jangan kecewa sebab nanti degree lah masa sebenar utk hang bergaul ngan dorang. masa tu po hang dah matang sikit kan. hihi

pastu,kat uia pj ni...mahallah pon dekat2.. laa ni mahallah pompuan semuanya bergabung kat 1 tempat jer. senang nak gather bebila

aku rasa boleh lah eratkan hubungan antara sisters kat mahallah khadijah dengan aisyah n zainab.

part yang best kat UIA ni. HARI-HARI atau hampir setiap hari ade jer TAMAN SYURGA menanti untuk dipenuhi.
seriously hang lah manusia PALING RUGI kalau tak join langsung TAMAN SYURGA ni.

dan ada satu club yang memang incharge untuk program Tarbiyah Suite iaitu FRC(fasilitator representative comittee). 

aku salah seorang FRC,yelah,fasi SC kan.hihi

ada 3 main program Tarbiyah Suite ni.

setiap isnin WAJIB ada IFTAR
setiap rabu WAJIB ada TAALIM(talk)
setiap khamis WAJIB ada QIYAMULLAIL.

itu baru under FRC. 

belom termasuk lagi kalau ada event seperti Rafest,n macam2 lah week itu week ini. 
belom termasuk lagi program WAJIB oleh pihak GCU(guidance and counselling unit) yang akan menjemput pakar motivasi terkenal dan salah seorangnya Osman Affan. 

itu pon belom termasuk program under Mahallah,kelab2 akademik dan social.
dan juga belom termasuk jugak program yang diadakan oleh pihak luar


masya Allah sangat lah subur taman taman syurga kat UIA ni. 

kadang tu satu hari sampai ada 3 program/talk. 

aku ni duk pot pet pot pet , pergi ke idok program ni?

alkisah.. macam biasa lah student kan.
suka guna alasan bz study. 

aku pon sama. tapi sejujurnya memang aku bz pon sem2 sebelum ni sebab jadual aku pack weh.

tapi tapi tapi..

aku dah tekad.. kalau aku exit bi jeer..

aku nak kosongkan waktu malam aku selama 3 hari untuk pergi at least program tarbiyah suite.

Masya Allah aku rasa aku ni  cetek giler ilmu. dan alhamdulillah ya Allah sebab bagi aku peluang untuk berada di taman syurga di UIA ni walaupon aku tahu aku ni belom tentu jadi ahli syurga..

oh ya,

untuk yang dah belom tahu,asasi kat UIA  ni kan spesel sikit. ada yang dua tahun.  dan itu membuatkan ramai yang cancel nak masuk UIA sebab tak nak study asasi lama2.

kalau korang berfikiran macam tu,kita geng! HAHA

tapi tu dulu lah,tapi bila aku dah  masuk UIA ni,rasa cam rela plak nak asasi dua tahun.

macam aku kan,dulu kan aku kos engineering. so aku kenal lah hampir separuh budak engin,itu pon sebab aku pegang jawatan dalam ENGENIUS(1 kelab khas utk dak engin),tambah plak aku tukar kelas(dapat classmate baru) n macam2 lah.

dalam masa yang sama,masa aku sem1 dan 2 first year,aku agak aktif lah jadi comittee untuk Peers Club. kelab ni under GCU,sebab tu aku tahu apa program yang dihandle GCU sebab aku sendiri pernah wat poster utk program dorang.

dalam masa yang sama,aku join usrah anak negeri. dan juga jadi fasi study circle.so rakan2 aku tu berkembang.

dan paling latest,aku buat printing service so ramai lah bebudak dari pelbagai kos mai print kat aku. Alhamdulillah sehari aku boleh paling kurang rm30.

so nampak tak,bila lagi lama korang ka UIA,lagi banyak peluang yang korang leh dapat. Just masa Asasi.

cer compare dengan dak setahun,mestilah jadual dia pack giler mcm dak matrik.

kalau dak dua tahun macam aku ni, kadang satu sem dua subjek jer! mahu tak free!!

yang penting,niat nak dapat ilmu tu,bukan ilmu akademik semata2. Bukan dapat result cemerlang semata-mata.

Ilmu ukhrawi juga penting. Yelah nanti lepas belajar nak kawin pastu kerja. Eh yeke? ke nak kerja dulu baru kawin?

kalau aku la,as a woman en. aku nak kawin dulu baru kerja. nanti bila aku kerja,tak delah laki nak kacau aku hihi.

Oh ya,kalau tak waktu sekarang ni korang tak biasakan dengan pergi taman syurga. time degree nanti korang agak2 akan pergi ke?

seriously aku tak jamin, time degree lagi bz dari asasi. tgk kos korang ah. aku pon tak tahu sebab belom degree lagi.

btw,thankz sudi baca. Biasalah bila Mira dah start mengarang,grammar memang tolak tepi lah. isk3.

Aku sangat appreciate dan gembira jika ada orang baca blog aku even lepas baca dia rasa aku  ni poyo or show off or aku ni fake jer.


akhir kata.

jaga Iman
jaga ikhtilat
jaga solat!

paling penting,put your trust in Allah. make HIM number 1 in your life.

setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. apa pon yang berlaku,ambik yang positif jer even masa tu kau terluka sangat2...

^^ jumpa lagi di next part

oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi .

3 comments:

  1. Salam, akak. saya lepasan spm2014, saya dpt tawaran uia asasi sains hayat. Tapi, saya tak ada basic arab langsung. Agak-agak saya boleh survive tak? Bi saya pon agak lemah, adakah itu akan menyebabkan asasi saya 2 tahun?

    ReplyDelete
  2. Assalam kak, kalau degree nnt nak pindah Ipta lain mcm mana eh? Saya 1st year physc cfs. Saya plan nak ke UKM. Minta jasa baik kak. Syukran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. intan. inshaallah boleh awak ^^ sebab ada member akk ni dia sempat 2 minggu jer degree kat kuantan ni then dia pindah UKM amek bachelor in microbiology ke ape ntah. hehe camne nk tukar tu tak sure. rasanya mintak direct kat u tu. x dpt nak nolong sgt sbb akk x rpt ngan kwn akk yg pindah tu so tahu gitu2 jer.

      Delete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...