Sunday, 29 March 2015

Misi Banjir Part 2(bersama Muslim Care)

Bismillahirrahmanirrahim..

dah  lama post ni tergendala selepas misi banjir part 1 hari tu..
alhamdulillah akhirnya free jugak utk sambung menaip.

seperti yang kita semua tahu,banyak negeri alami banjir tapi yang paling teruk sekali kelantan lah kan.

lagi2 kat kuala krai,manik urai,dabong dll.

disebabkan aku ni memang payah sungguh nak jejak kaki ke kelantan,yelah sedara aku semua kat pahang,selangor and kedah/penang  jer.hihi..


utk misi banjir kali ni,aku join under muslim care. boleh lah gugel pasal muslim care ya.hihi

utk yang nak register as volunteer boleh register ya.

by the way, utk misi 1 hari tu,aku pergi hari khamis 1/1/15 sampailah ahad 5/1/15.

sampai shah alam isninnya 6/1/15.

selang sehari. 8/1/15,aku dah kena siap2 utk misi ke dua plak.

yang pertama hari tu area kota baru,pasir pekan dll.

kali ni area machang and.. erm tak ingt nama tempat tu.hihi..

gerak rabu malam pukul 10pm. 

kali ni rombongan satu bas jer. terdiri mostly cikgu-cikgu dan jugak para abam cool dan jugak akak2 senior.

berkumpul di kompleks thibbun nabawi seksyen 8.

aku tahu pasal kompleks ni pon disebabkan misi banjir ni.hihi
kalau singgah kat stesen minyak tu tak yah cakap lah.. memang banyak giler konvoi.

rasa bersemangat sangat tengok konvoi2 semua tu. tambah plak kita tergolong dalam tu.

solat subuh kat gua musang. then continue our journey to Kiaz a.ka Kompleks al-azhari tak silap.

KIAZ ni sebenarnya pusat tahfiz.so kiteorang tumpang tinggal kat sini beberapa hari.

sampai jer kat KIAZ. semua siap2 utk misi banjir.

kiteorang dah dipesan awal-awal utk bawak but dan jugak glove,dan kalau ada mask lagi bagus.

aku memang dah stanby awal2 dah mende tu.hihi

syok gak pakai. macam nak pergi tanam padi ehh..yeke

misi kali ni memang mencuci jer.tak de kerja lain..

 kiteorang dibawak ke satu tempat ,tak ingat nama dia apa. 

kiteorang dibahagi kepada dua team,

utk bersihkan surau. ada dua surau.

1 surau tu memang tak bersentuh langsung lepas banjir dan satu lagi dah dicuci sedikit..means kena habiskan cuci je lah.

team aku dapat surau yang dah dicuci sikit. so kerja tu memang tak berapa nak kotor sangat lah. aku plak suka kerja yang kotor2 ni. jangan salah translate plak yer.

jelez giler kott tengok team satu lagi penuh berlumpur. serious jeles. bagi aku la.huhu.

lama gak cuci..sampai petang 3 lebih baru balik..

pastu rehattttt sampai lah keesokan harinya..iaitu jumaat.


JUMAAT

pagi tu breakfast berdepankan sawah padi. subhanaAllah tenang gilerrrr. jauh beza ngan bandor.

abes je breakfast terus siap2 ke misi seterusnya iaitu ops cuci..

kali ni kiteorang dibawak ke satu kampung kecil kat area machang.

meriah betol kampung tu sebab ada 1 team konvoi dari ganu mai voluntter utk masak utk SATU kampung. best kan.

thu tak,sampai je kat pintu kampung tu. dorang ajak makan dulu..
aishh ape ni kiteorang mai nak buat kerja,.

...

macam biasa. kiteorang dividekan kepada 2 group...

dan agak jelez ngan group 1 lagi. sebab dorang dapat bersihkan sekolah.
sekolah tu memng terjejaslah. memang dipalit lumpoq

manakala team aku bersihkan rumah2 penduduk kampung.

bukan apa,mcm yang aku cakap,aku suka kerja yang kalau boleh kotor hujung tudung sampai kaki.haha..baru umphh..

tapi sekarang ni,mana boleh memilihkan. buat jelah kerja yang kau dapat mira oii!

habis jer bersihkan 1 rumah tu,kami dijamu oleh tuan rumah..

mula2 tu rasa cam serba salah plak. aishh. dah la kita mai nak tolong depa,seriously tak mengharap apa2 balasan pon sebab kita pon faham dorang nak struggle hiudp pn payah. tapi still sudi hidangkan ayak n roti yang geboss gilerr rasa cam nak tambah plak bila makan. so sweet bila pk balik..

habis jer buat,kami kembali ke tapak berkumpul. team satu lagi still bersihkan sekolah. banyak lagi katanya. so kiteorang decide utk tolong depa..

tapii.. bila pergi je kat sekolah tu. rasa cam ramai sangat plak walhal boleh je kalau tak pergi.

kebetulan ada sorang akak tu rasa apa yang aku rasa so dia ajak team kiteorang cuci mana2 rumah yang perlu dicuci.

hepi gilerr aku bila tahu ada 1 rumah ni belom dicuci lagi!

excited giler nak cuci!


ada 1 rumah tu,tinggal pakcik tua.pakcik tu still lagi kat pusat pemindahan.dia tinggal kat rumah tu dengan anak or cucu dia aku pon tak sure. rasa cam anak dia.

tapi disebabkkan anak dia cuma bersihkan bahagian bawah(dapur) so bahagian ruang tamu dan bilik memang tak berusik langsung.

aku dan team aku apelagi.
bawak semua barang keperluan mencuci.

yang tragisnya kali ni.

TAK DE AIR!

means kiteorang akan kosongkan rumah tu daripada segala lumpur dan barang2 yang dah kena lumpur. mestilah semuanya terpalit lumpurkan.

lumpur tak yah cakap lah sana sini ada

perghhhh. memang best giler ah wat kerja gini. rasa nak patah pinggang aku duk kaut lumpur tu.

bukan takat tu je. siap ada tragedi berdarah lagi ..

agak sadis ah..hihi

cenggini time ngah kaut lumpur tu keluar rumah,aku ni jalan je la mcm biasa kat dlm rumah tu,entah macam mana ada 1 papan ni dah tak lut,aku pijak jer terus pappppp..kaki aku terperosok masuk dalam. nasib baik sebelah kaki jer.. perghh.. sentappp aku masa tu..
mber2 lain semua risau aku ni cedera ke ape. tapi ko paham2 je lah aku ni,even cedera pon still cakap tak cedera.

masa tu cuma rasa sengal2 sikit je lah.yelah dah kulit kaki yang berlemak tepu begesel ngan kayu. mana tak sakitt oiii..

aku tak jadikan tragedi tu isu besar. kiteorang semua terus sambung buat kerja bersihkan rumah tu sampaillah clean and clear.


oh ya,hikmah kaki aku terperosok ialah..

memudahkan lagi nak buang lumpur dalam rumah tu. sebabnya kalau idok,lumpur yang kat dalam bilik kena serettt sampailah ke pintu. bila ada 'lubang' buatan dari aku. so tak yah susah2 bawak lumpur tadi tu ke pintu. buang jer kat lubang buatan tadi.hihi..

ade la dalam 2 jam buat kerja tu.

akhirnya,impian aku utk bermandi lumpur jadi kenyataan. habis baju aku terpalit lumpur. seluar apatah lagi. tapi aku tak risau pon sebab aku pakai seluar bundle rm5 yang sangat senang cuci,cepat kering dan nipis. hihi... thank you abangku sebab perkenalkan aku kat kedai abe bundle.hiii

nak dipendekkan cerita. pukul 4-5 gitu,kami semua bertolak balik ke markas.

sebab malam tu dah kena balik selangor.

tpi.. akak yang incharge tu tanya ada tak sesapa nak stay.

mula2 aku sorang jer nak stay. ini memang keputusan berani mati. aku setuju utk stay tanpa minta izin mak. lepas setel urusan stay baru aku gitaw mak yang aku akan stay sampai ahad. nasib baiklah aku dikurniakan mak yang memahami. mak aku ok jerr..aku kan mai sorang jer. so tak de nak terpengaruh ngan sesapa. tetiba aku rasa best plak dan rasa tak puas hati sebab rasa cam kejap sangat kat bumi kelantan ni.

tak lama lepas tu ada 2 orang akk ni nak stay jugak. kak sue dan kak ermm tak ingat nama..

malam tu,lepas hantar team lain kat bas. eceh..
hantar kat depan markas je ponn.

ada abang tu ajak kiteorang makan kat machang.
walawehhh ibarat kentut disarungkan mask. pepatah mana aku kutip ni.hihi


ape lagi,ikutt ler dah ada orang nak belanjerrr..

jgn silap paham na,abam tu ajak kami 3 orang. takkan ajak aku sorang kot. datinggg ke apee.haha

aku makan kuay teaw goreng je rasanya masa tu.dn pekena teh beng se!


malam tu sisters yang tido kat asrama 4 orang jer. aku n akak dua orang dan jugak ada akak yang incharge.

agak sunyi lah. nak pergi tandas pon kena berteman sebab tandas kat tempat bawah.bilik kat atas.

malam tu kan. aku tido sorang kat katil double decker yang bercantum dan berslimutkan sleeping bag abang aku,pergh bez giler... akk yang lain tidur kat katil lain.

masa aku ngah tidor tu,aku terjaga sebab terdengar bunyi macam orang azan,then zikir2,aku ingatkan ada orang main2kan kiteorang wlaupon tak tahu motifnya.

aku buat bodoh je lah. pastu tetiba dalam pada dengar suara azan yang laju then zikir2 semua,tetiba empunya suara tu menjerit terlolong. ape lagi aku daripada buat bodoh terus rasa takut..

apehal plak ni.sampai terbangun aku dari pembaringan dan menoleh  ke belakang.

rupanya 2 orang akak tadi pon terdengar bunyi yang sama..

rupanya akak yang sorang lagi ditindih or bahasa mudahnya diganggu makhluk ghaib. perghh seram sejukk beb
.. aku ajak akak tu tido sebelah aku. dan aku pon terus terlena. rupanya akak tu habaq mai yang dia tak leh tido lepas tu tapi bila tengok aku lena tido akhirnya dia pon terlena..


aduiii ni baru cerita hari jumaat. belom cerita hari sabtu dan ahad.

inilah padahnya kalau aku dah start cerita dari a sampai z.

sementara akal ni masih ingat so better aku coretkan. tak gituuu.

SABTU

bangun pagi gosok gigi pergi mandi dan subuh

kami berempat menunggu ketibaan team keempat utk mai.

tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak.

trip last ni 3 bas mai. ramai tak ramaiii

wahh ramai lah kawan baru aku nanti. yeayyy.

misi pertama ke kampung semalam tapi hala ke dpan sikit. kali ni tolong bersihkan dari rumah ke rumah. kami dividekan kepada dua team.

setiap team dibekalkan peralatan mencuci.

kali ni aktiviti sampai malam.

malang tak berbau. maghrib tu aku rasa dada aku senakk sgt. bila aku tarik nafas rasa sakitttt sgt. tapi bukan all time lah. selang 10 minit. sakitt wehhh. aku tak tahulah aku ni sakit ke tak sebenarnya. serious ke idok sbb mnde ni mai kengkadang jer.

disebabkan dada aku dah sakit cenggitu. aku hanya mampu duduk jer n tggu kawan2 lain buat kerja.

sorry guys! bukan tak nak tolong tapi tak larat dahh.

rasanya itu jer kenangan aku bersama muslim care

overall memang best! dan aku harap dapat join misi bencana lagi next time. kalau aku free inshaaAllah aku akan turun padang!

utk korang yang tak pernah jadi volunteer tu moh lerr wehhh.

boleh roger aku kalau berminat.


Thursday, 26 March 2015

choco rice paling moist!

aloha. pernah makan choc jar x?

alah rice yang disalut coklat tu.

aku ni reti makan jer. nak buat sendiri jangan haraplah.
hihi

btw,baru2 ni aku tempah 1 choco rice kat sorang sister ni.

rm10 tapi ada kinder bueno dalam tu. for me ok lah price tu.hihi

yang buat aku rasa lagi berbaloi2 is bila choc dia banyak giler weh.. melimpah ruahhh..

tak kedekut langsung. sedap giler makan sampai pening kepala.

sebab banyak sangat chocolate!

ko bayangkan ko makan someting yang kuahnya coklat can imagine?
haha macam tu lah chco rice yang aku dapat ni.

dengan ini aku telah melanggar pantang larang diet. aishh.
ok lah utk yang tak pernah makan,kalau  korang nak beli tu,make sure coklat dia banyak giler sampai tak nampak warna rice tu ok!

Raudah Festival 2014/2015

next update! special for you

alkisah Programmingku part 1

Assalamualaikum.. dah lama aku tak berlipur lara. banyak sangat cerita 'merepek' nak cerita.

terutama pasal 1 subjek yang aku ambik sem ni iaitu PROGRAMMING.

seriously subjek ni aku memang mula dari 0. tak tahu apa2. ibarat bayi baru lahir gituu...

then blaja lah slow2 kan. sister dlam kelas ni 6 orang jer weh the rest brother.. dan boleh plak arini 3 orang jer sister yang mai termasuk aku. sebab 3 orang lagi dah balik. 


nak ceghitanya makin lama aku  main lost! makin tak faham. memang stress giler ahh . over plak en.

rasa macam nak drop jer. 

tapi.. aku pk gak,member2 lain semua ok jer. so ape masalah aku utk tak faham?

so aku pk2 balik,maybe cara aku study salah. yelah,lain subjek lain cara study nya kan.

contoh senang math la,takkan hang nak study dengan banyak hapai. mende ape je yang hang nak hapai. 

kann..

so guane cara study programming. ok cara ni diilhamkan Allah utk aku.

masya Allah beryukur  giler sebab aku tersedar awal kesilapan aku.


ok utk subjek programming kat uia ni  kan,firstly, most lecturer akan ajar basic jer kan dalam kelas. n then korang habis jer 1 chapter,akan ada assignment berdua,beberapa kali quiz dan jugak projek.

projek tu korang kena bina algorithm utk 1 task yang akan diberikan contohnya ATM machine.

ok then. 

itu jer aku nak share kali ni.

btw,utk subjek programming ni ada exam mid. seriously aku rasa teruk giler kot jawab exam. soalan senang pon aku tak dapat nak jawab inika plak soalan coding. 

uhuk. semua ni salah aku. tak de salah lecturer. pon bagaimana walau,kalau dah sedar salah sendiri tu cepat2lah berubah kan. 

doakan aku yer.. aku cuba utk cintakan kau whai programming. terimalah daku !!

Tuesday, 24 March 2015

Kisah Kasut Vansku

Assalamualaikum.. 

rasa cam dah lama giler tak mencoret.

alkisahnya adapter notebook aku ni rosak.

walaweh 2 bulan aku tak pernah cabut wayar dari notebook. means aku on memang pakai letrik lah,tak guna bateri. dah cabut siap2. 

dan2 jer minggu exam comp,aku pon cabutlah wayar n guna bateri sebab nak bawak notebook p library.

eh2 lusanya rosak plak.

ahh tak kisah lah.. 

so sebab tu aku tak leh nak update gegiler macam selalu. best giler kot dpat menaip mende merapu kat blog ni.

hari ni aku nak ceghita kisah kasut vansku.

dan kasut ni aku rasa memang bukan rezeki aku betollah.

ceritanya macam ni..

aku ni,boleh dijadikan cerita hampir setiap sem aku beli kasut baru. bukan apa,sebab biasanya aku beli kasut BUM jer. 

kasut tu  murah gak lah dalam rm30~rm40. tapi yang tak bestnya,baru pakai 6 bulan dah haus. itu yang aku bengkek giler.

oh ya,since 2013,aku dah start mengidam.ceit,macam ibu mengandung plak.

aku mengidam nak kasut chuck taylor. alah yang converse tu. tapi low cut la sbab aku pakai kain n seluar kan.~apa kaitan kasut dengan kain.

ok then bila aku pergi 1 kedai kasut n,dia jual kasut inspired.

oh ya,tbh semua orang suka yang ori. tapi... student cam aku ni,mengidam mende ori yang mahal giler nak mati sampai 2000++ dan something yang ko akan ganti dan ganti. so bagi aku macam tak berbaloi plak nak beli yang ori plus yang inspired punya pon sejibik sejibon ori. 

bila sampai kat kedai tu. aku ternampak plak kasut vans. eh2 cun plak kasut ni. terus tukar selera.

harga memang sama rm**.

masalahnya sekarang aku ni suka beli barang murah. i mean beli dengan harga murah. contohlah buku. beli satu rm40,beli dua rm50. so for sure aku lebih tertarik untuk beli dua. haa gituu..

so same goes to this shoe,beli dua dapat murah,masalahnya takkan aku nak beli 2 pasang utk aku. so aku decide utk cari geng utk share kasut. nasib baik ada,saiz kaki dia sama ngan aku. 

dan kwan aku tu dia order jer. so aku lah yang kena try kasut dia. first aku try kasut kawan aku tu. longgar sikit dalam 3cm tapi sebab aku pakai stokin n try ikat kemas2 so ok lah kalau jalan.tak rasa longgar sangat.

then,try kasut yang aku  punya. sebenarnya taste aku sama mcam kawan aku tapi warna yang aku nak tak de plak size aku. so itu yang aku amik yang lain plak.

saiz yang tertera sama dengan yang kawan aku punya tadi.

n aku try.. still longgar. tpi disebabkan aku buat assumption yang erghh.. iaitu sama jer kot kasut dua2 ni.

so aku pon setuju utk beli..


balik jer bilik..

excited nak try kasut baru utk p kelas,tup2 besar giler plak. dan rupanya kasut aku tu even size 6 tapi besar dia macam size 7&8. lain dari kasut kawan aku tu.

sedih giler kott..

means aku kena beli lain klau aku nak pakai kasut tu in long period.

so kat sini aku nak share pic kasut yang aku salah beli tu. dan dalam masa sama aku nak letgo kasut tu.. 

aku TAK NAK POS kasut tu. nak cod jer. sebab nak kasi korang try..incase tak muat ker,boleh cancel terus.



ni hah kasutnya,bagi aku cool giler kot pakai kasut cam ni. hihi

aku rasa orang yang kaki size 7 lebih muat kot. sebab bila kaki aku yang kecik kemetot size 6 ni pakai,ada lebih around 1.5inch.

panjang kasut ni around 25.5cm.

korang ukur lah kaki sendiri kay. utk yang berminat roger aku cecepat. no booking.



Sunday, 1 March 2015

review SAKA- Azwar Kamaruzzaman

Assalamualaikum semua!

alhamdulillah dah habis jugak akhirnya aku habiskan buku SAKA ni. actually buku ni aku beli masa pesta buku KL(PBAKL) 2014 hari tu. masa tu bulan 4 kot. 2015 baru nak baca. dan sebenarnya banyak lagi buku yang aku belom baca.

btw,buku ni sambungan dari novel Babi. Buku Babi tu aku dah baca. tapi tak feel sangat. Maybe baca main-main kot.

tapi buku saka ni,aku baca dengan penuh feel weh.

ok story time! sinopsis mira version...


alkisah ni aku story sambungan terus taw.

ok mak bapak Leman kan dah bertukar jadi babi. As anak yang baik/bersyukur masih lagi dikurniakan mak bapak so dia sanggup jaga.

Tapi,manusia kan. Takkan kuat kalau dia tak kuat hubungan dia dengan Allah. Ustaz Syahmi plak dah tak contact dia langsung. So dia sorang2 jer jalani ujian ni. Azmi plak entah kemana,Shah plak lagi.

Satu hari,bila dia mintak Rokkyu ke Asfam ntah untuk pergi rumah lama dia yang hangus terbakar. Kat situ lah dia berjumpa semula 'Azmi'. 

Tapi Azmi yang dia jumpa kali ni lain giler gilerrr . Kalau sebelum ni Azmi yang tekad hantar dia belajar agama. Azmi kali ni sebolehnya tak nak dia sebut apa2 pasal agama langsung.

Azmi yang sebelum ni even kasar sikit tapi still ada sifat pompuan, Azmi yang ni buas giler baqq hang.

memang totally lain lah Azmi dulu dengan Azmi yang muncul sekarang. Tanpa diketahui bahawasanya Azmi sekarang ialah saka Mak dia. 

so apa yang si saka a.k.a Azmi ni buat kat Leman in order untuk dia kuasai Leman plak?

agak2 orang lain tahu tak pasal mak n ayah leman ni transform to babi?

Apa yang Leman perlu buat untuk tukar mak ayah dia kembali normal?

dan paling penting,apa pengakhiran kisah ni?

Adakah Leman akan terus hidup bergelumang dengan babi(mak ayah dia) yang najis mughalazoh. or guana?

Saka a.k.a Azmi tu plak macam mana? berjaya kah dia masuk dalam badan leman? 

mesti banyakkan mende korang nak tahu. hihu..

dok leh ahh aku ceghita sekarang.. tak feel gitu..

so kalau korang nak tahu jawapan kepada persoalan aku tadi. rerajin lah baca buku ni.

...........................................................................................................................................................

oh ye,aku baca buku ni kan. dalam 20-30 sebelum halaman terakhir, perghhhh ... walawehhh.. sedih giler kot. Sebak aku membacanya. Sampai menitis air mata. Maybe feel sangat kot.. 

tapi kalau korang ada ngan aku waktu tu,mesti korang ingat aku baru putus kapel. wakawaka. sedih gilerrrr...


bukan senang taww aku nak feel cenggini.

ok lah itu jer. 

overall buku ni memang bagus. Lagi-lagi untuk someone yang senasib dengan Leman. Aku rasa buku ni leh jadi inspiration book. good job Azwar sebab mampu hasilkan buku cenggini.

Aku ni hah. even menulis merapu kat blog ni,yet still lagi tak boleh nk hasilkan buku. doakan aku yer.

yelah,aku kan suka  menulis dalam informal. grammar entah kemana,gaya bahasa lagilah. entah hape2.


Jubah/Dress PLUS SIZE MURAH

Dress/Jubah Plus size

Material - High Quality Lycra(lembut,tak melekat)
Cutting- A cutting,kembang setaman gitu
size - FREE size for PLUS SIZE only! fitt XL til 10XL.

Harga Asal - RM79 FREE POS SM.

Harga PROMOSI - OFF RM20.

SO RM59 SAHAJA SEHELAI!! and get FREE POS SM,ss add rm5.

cadangan pemakaian untuk jubah plain,boleh gayakan dengan kimono cardigan atau sleeveless cardigan. color block gituuu..

untuk harga dan maklumat lanjut boleh whatsapp Mira yer di talian 014 522 3209

PRE ORDER(28/2/15 SEHINGGA 20/3/15)

payment boleh dilakukan sebelum 20/3. tiada limit untuk pre order.

p/s cepat dapatkan sehelai sementara harga promosi giler2 ni. jangan sampai menyesal sebab tak beli.. hihi.. borong dialu2kan