SHOPPING BUKU DISINI

Sunday, 29 March 2015

Misi Banjir Part 2(bersama Muslim Care)

Bismillahirrahmanirrahim..

dah  lama post ni tergendala selepas misi banjir part 1 hari tu..
alhamdulillah akhirnya free jugak utk sambung menaip.

seperti yang kita semua tahu,banyak negeri alami banjir tapi yang paling teruk sekali kelantan lah kan.

lagi2 kat kuala krai,manik urai,dabong dll.

disebabkan aku ni memang payah sungguh nak jejak kaki ke kelantan,yelah sedara aku semua kat pahang,selangor and kedah/penang  jer.hihi..


utk misi banjir kali ni,aku join under muslim care. boleh lah gugel pasal muslim care ya.hihi

utk yang nak register as volunteer boleh register ya.

by the way, utk misi 1 hari tu,aku pergi hari khamis 1/1/15 sampailah ahad 5/1/15.

sampai shah alam isninnya 6/1/15.

selang sehari. 8/1/15,aku dah kena siap2 utk misi ke dua plak.

yang pertama hari tu area kota baru,pasir pekan dll.

kali ni area machang and.. erm tak ingt nama tempat tu.hihi..

gerak rabu malam pukul 10pm. 

kali ni rombongan satu bas jer. terdiri mostly cikgu-cikgu dan jugak para abam cool dan jugak akak2 senior.

berkumpul di kompleks thibbun nabawi seksyen 8.

aku tahu pasal kompleks ni pon disebabkan misi banjir ni.hihi
kalau singgah kat stesen minyak tu tak yah cakap lah.. memang banyak giler konvoi.

rasa bersemangat sangat tengok konvoi2 semua tu. tambah plak kita tergolong dalam tu.

solat subuh kat gua musang. then continue our journey to Kiaz a.ka Kompleks al-azhari tak silap.

KIAZ ni sebenarnya pusat tahfiz.so kiteorang tumpang tinggal kat sini beberapa hari.

sampai jer kat KIAZ. semua siap2 utk misi banjir.

kiteorang dah dipesan awal-awal utk bawak but dan jugak glove,dan kalau ada mask lagi bagus.

aku memang dah stanby awal2 dah mende tu.hihi

syok gak pakai. macam nak pergi tanam padi ehh..yeke

misi kali ni memang mencuci jer.tak de kerja lain..

 kiteorang dibawak ke satu tempat ,tak ingat nama dia apa. 

kiteorang dibahagi kepada dua team,

utk bersihkan surau. ada dua surau.

1 surau tu memang tak bersentuh langsung lepas banjir dan satu lagi dah dicuci sedikit..means kena habiskan cuci je lah.

team aku dapat surau yang dah dicuci sikit. so kerja tu memang tak berapa nak kotor sangat lah. aku plak suka kerja yang kotor2 ni. jangan salah translate plak yer.

jelez giler kott tengok team satu lagi penuh berlumpur. serious jeles. bagi aku la.huhu.

lama gak cuci..sampai petang 3 lebih baru balik..

pastu rehattttt sampai lah keesokan harinya..iaitu jumaat.


JUMAAT

pagi tu breakfast berdepankan sawah padi. subhanaAllah tenang gilerrrr. jauh beza ngan bandor.

abes je breakfast terus siap2 ke misi seterusnya iaitu ops cuci..

kali ni kiteorang dibawak ke satu kampung kecil kat area machang.

meriah betol kampung tu sebab ada 1 team konvoi dari ganu mai voluntter utk masak utk SATU kampung. best kan.

thu tak,sampai je kat pintu kampung tu. dorang ajak makan dulu..
aishh ape ni kiteorang mai nak buat kerja,.

...

macam biasa. kiteorang dividekan kepada 2 group...

dan agak jelez ngan group 1 lagi. sebab dorang dapat bersihkan sekolah.
sekolah tu memng terjejaslah. memang dipalit lumpoq

manakala team aku bersihkan rumah2 penduduk kampung.

bukan apa,mcm yang aku cakap,aku suka kerja yang kalau boleh kotor hujung tudung sampai kaki.haha..baru umphh..

tapi sekarang ni,mana boleh memilihkan. buat jelah kerja yang kau dapat mira oii!

habis jer bersihkan 1 rumah tu,kami dijamu oleh tuan rumah..

mula2 tu rasa cam serba salah plak. aishh. dah la kita mai nak tolong depa,seriously tak mengharap apa2 balasan pon sebab kita pon faham dorang nak struggle hiudp pn payah. tapi still sudi hidangkan ayak n roti yang geboss gilerr rasa cam nak tambah plak bila makan. so sweet bila pk balik..

habis jer buat,kami kembali ke tapak berkumpul. team satu lagi still bersihkan sekolah. banyak lagi katanya. so kiteorang decide utk tolong depa..

tapii.. bila pergi je kat sekolah tu. rasa cam ramai sangat plak walhal boleh je kalau tak pergi.

kebetulan ada sorang akak tu rasa apa yang aku rasa so dia ajak team kiteorang cuci mana2 rumah yang perlu dicuci.

hepi gilerr aku bila tahu ada 1 rumah ni belom dicuci lagi!

excited giler nak cuci!


ada 1 rumah tu,tinggal pakcik tua.pakcik tu still lagi kat pusat pemindahan.dia tinggal kat rumah tu dengan anak or cucu dia aku pon tak sure. rasa cam anak dia.

tapi disebabkkan anak dia cuma bersihkan bahagian bawah(dapur) so bahagian ruang tamu dan bilik memang tak berusik langsung.

aku dan team aku apelagi.
bawak semua barang keperluan mencuci.

yang tragisnya kali ni.

TAK DE AIR!

means kiteorang akan kosongkan rumah tu daripada segala lumpur dan barang2 yang dah kena lumpur. mestilah semuanya terpalit lumpurkan.

lumpur tak yah cakap lah sana sini ada

perghhhh. memang best giler ah wat kerja gini. rasa nak patah pinggang aku duk kaut lumpur tu.

bukan takat tu je. siap ada tragedi berdarah lagi ..

agak sadis ah..hihi

cenggini time ngah kaut lumpur tu keluar rumah,aku ni jalan je la mcm biasa kat dlm rumah tu,entah macam mana ada 1 papan ni dah tak lut,aku pijak jer terus pappppp..kaki aku terperosok masuk dalam. nasib baik sebelah kaki jer.. perghh.. sentappp aku masa tu..
mber2 lain semua risau aku ni cedera ke ape. tapi ko paham2 je lah aku ni,even cedera pon still cakap tak cedera.

masa tu cuma rasa sengal2 sikit je lah.yelah dah kulit kaki yang berlemak tepu begesel ngan kayu. mana tak sakitt oiii..

aku tak jadikan tragedi tu isu besar. kiteorang semua terus sambung buat kerja bersihkan rumah tu sampaillah clean and clear.


oh ya,hikmah kaki aku terperosok ialah..

memudahkan lagi nak buang lumpur dalam rumah tu. sebabnya kalau idok,lumpur yang kat dalam bilik kena serettt sampailah ke pintu. bila ada 'lubang' buatan dari aku. so tak yah susah2 bawak lumpur tadi tu ke pintu. buang jer kat lubang buatan tadi.hihi..

ade la dalam 2 jam buat kerja tu.

akhirnya,impian aku utk bermandi lumpur jadi kenyataan. habis baju aku terpalit lumpur. seluar apatah lagi. tapi aku tak risau pon sebab aku pakai seluar bundle rm5 yang sangat senang cuci,cepat kering dan nipis. hihi... thank you abangku sebab perkenalkan aku kat kedai abe bundle.hiii

nak dipendekkan cerita. pukul 4-5 gitu,kami semua bertolak balik ke markas.

sebab malam tu dah kena balik selangor.

tpi.. akak yang incharge tu tanya ada tak sesapa nak stay.

mula2 aku sorang jer nak stay. ini memang keputusan berani mati. aku setuju utk stay tanpa minta izin mak. lepas setel urusan stay baru aku gitaw mak yang aku akan stay sampai ahad. nasib baiklah aku dikurniakan mak yang memahami. mak aku ok jerr..aku kan mai sorang jer. so tak de nak terpengaruh ngan sesapa. tetiba aku rasa best plak dan rasa tak puas hati sebab rasa cam kejap sangat kat bumi kelantan ni.

tak lama lepas tu ada 2 orang akk ni nak stay jugak. kak sue dan kak ermm tak ingat nama..

malam tu,lepas hantar team lain kat bas. eceh..
hantar kat depan markas je ponn.

ada abang tu ajak kiteorang makan kat machang.
walawehhh ibarat kentut disarungkan mask. pepatah mana aku kutip ni.hihi


ape lagi,ikutt ler dah ada orang nak belanjerrr..

jgn silap paham na,abam tu ajak kami 3 orang. takkan ajak aku sorang kot. datinggg ke apee.haha

aku makan kuay teaw goreng je rasanya masa tu.dn pekena teh beng se!


malam tu sisters yang tido kat asrama 4 orang jer. aku n akak dua orang dan jugak ada akak yang incharge.

agak sunyi lah. nak pergi tandas pon kena berteman sebab tandas kat tempat bawah.bilik kat atas.

malam tu kan. aku tido sorang kat katil double decker yang bercantum dan berslimutkan sleeping bag abang aku,pergh bez giler... akk yang lain tidur kat katil lain.

masa aku ngah tidor tu,aku terjaga sebab terdengar bunyi macam orang azan,then zikir2,aku ingatkan ada orang main2kan kiteorang wlaupon tak tahu motifnya.

aku buat bodoh je lah. pastu tetiba dalam pada dengar suara azan yang laju then zikir2 semua,tetiba empunya suara tu menjerit terlolong. ape lagi aku daripada buat bodoh terus rasa takut..

apehal plak ni.sampai terbangun aku dari pembaringan dan menoleh  ke belakang.

rupanya 2 orang akak tadi pon terdengar bunyi yang sama..

rupanya akak yang sorang lagi ditindih or bahasa mudahnya diganggu makhluk ghaib. perghh seram sejukk beb
.. aku ajak akak tu tido sebelah aku. dan aku pon terus terlena. rupanya akak tu habaq mai yang dia tak leh tido lepas tu tapi bila tengok aku lena tido akhirnya dia pon terlena..


aduiii ni baru cerita hari jumaat. belom cerita hari sabtu dan ahad.

inilah padahnya kalau aku dah start cerita dari a sampai z.

sementara akal ni masih ingat so better aku coretkan. tak gituuu.

SABTU

bangun pagi gosok gigi pergi mandi dan subuh

kami berempat menunggu ketibaan team keempat utk mai.

tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak.

trip last ni 3 bas mai. ramai tak ramaiii

wahh ramai lah kawan baru aku nanti. yeayyy.

misi pertama ke kampung semalam tapi hala ke dpan sikit. kali ni tolong bersihkan dari rumah ke rumah. kami dividekan kepada dua team.

setiap team dibekalkan peralatan mencuci.

kali ni aktiviti sampai malam.

malang tak berbau. maghrib tu aku rasa dada aku senakk sgt. bila aku tarik nafas rasa sakitttt sgt. tapi bukan all time lah. selang 10 minit. sakitt wehhh. aku tak tahulah aku ni sakit ke tak sebenarnya. serious ke idok sbb mnde ni mai kengkadang jer.

disebabkan dada aku dah sakit cenggitu. aku hanya mampu duduk jer n tggu kawan2 lain buat kerja.

sorry guys! bukan tak nak tolong tapi tak larat dahh.

rasanya itu jer kenangan aku bersama muslim care

overall memang best! dan aku harap dapat join misi bencana lagi next time. kalau aku free inshaaAllah aku akan turun padang!

utk korang yang tak pernah jadi volunteer tu moh lerr wehhh.

boleh roger aku kalau berminat.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...