Sunday, 19 April 2015

tutorial refill/tukar ink printer hp 2545

amaran : akan ada banyak kesalahan eja cartridge. so sila abaikan kalau silap eja ok.

Assalamualaikum uols..

apa khabar printer uols? sihat? ke tak sampai sebulan guna dah meragam?

haa,beli yang ori ke yang secondhand hah?

hihi gurau2 jer. xpe kalau beli yang secondhand pon asalkan pemilik asalnya tak menjahanamkan then jual kat korang.hihu..

and utk gugurlz yang first time beli printer macam aku ni. mesti bila ink habis. uols beli cartridge baru. ke korang refill je?

ok tak kisah lah. for beginner. yang baru nak mengenali printer. jom kita belajar sama2.

nak tanya lah,kenapa korang beli printer hp eh? bukan ke ramai yang cakap printer canon lagi bagus dan berkualiti?

abang aku pon pakai canon woo..hihi

ok tak kisah lah canon ke,conan ke hp ke ph ke yang penting korang kena pandai jaga printer tu. ye dok?

ok utk printer hp,mostly guna ink dalam. means cartdridge dia kat dalam printer.

lain dengan canon,guna ink luar. for me,ink  luar lagi senang nak refill.



ni contoh ink kat luar.



hah yang kat atas ni macam abang aku punya.


utk ink kat dalam plak. macam biasalah standard cartridge




hah kat atas ni namanya cartdrige.

cara PALING SENANG NAK TUKAR INK

ialah dengar tukar cartridge baru. haha. pergi kedai hp or memana kedai yang ada jual ink printer. cakap kat dia nak cartridge ink. sebutkan no siri kat atas cartridge tu. kalau hp 2545,ink 678.


itu utk orang  berduit or orang pemalas je lah or orang yang tak berapa cermat. digalakkan beli cartridge baru.. bukan apa,takot je kalau korang beli refill ink karang jahanam plak printer tu.

utk yang ada buat business printing kat kolej. aku sarankan beli refill ink je lah.

harga masya Allah jimat giler.

1kotak  cartridge = rm30(harga selepas gst). boleh print 450++ pages.

kalau korang beli refill ink.

1 kotak refill cartridge= rm30, ada 2 botol ink. 1 botol boleh isi 2x. means 2 cartridge. so kalau 2 botol sama dengan beli 4 cartridge.

KONKLUSI.

1 kotak ink refill(RM 30)=print 450++x4=1800++ helai.

 1 kotak cartridge hp(RM 30)=print 450++  helai.


so boleh beza dak  ni?

harga satu kotak sama rm30 tapi kuantiti yang boleh diprint tu beza giler. 450 dengan 1800.. mana korang nak? kalau aku,mestilah 1800pages dengan rm30 jer.


aku beli kat mana ink tu?

aku beli kat digital mall. huhu maju en pompuan shopping kat digital mall. haha.. xde lah gurau jer. sebabnya digital mall dekat giler ngan uia. tu yang aku pergi sana jer.

tapi.. yang bahayanya bila pompuan pergi kedai gadget macam kat digital mall or lowyat ni.. dorang mudah kena kencing.

so cara mudah utk elak kena kencing dengan lelaki/pompuan durjana kat kedai.  bawak ler bapak or abang or adik(dah besar yer kalo kecik no point jugak bawak)or mber lelaki or boyfie or fiancee or suami or atok. eh! haha

kalau memang tak de lelaki boleh teman korang, don wori. masih ada satu lagi peluang. ajak member pompuan korang yang tahu selok belok mende yang korang nak beli/ushar tu. maksud aku tahu selok belok ni,tahu nak beza yang ori dengan yang fake/secondhand.

kalau style aku plak,aku akan ajak member perempuan aku yang tersayang.. tetapi seminggu sebelum tu,aku akan research  and survey habis-habisan pasal mende yang aku nak beli tu. aku akan tanya abang,kawan2 lelaki aku. lepas aku konfiden dengan maklumat yang aku ada. baru aku pergi beli kat kedai tu.itu pon aku akan cek sama ada dia memenuhi tak ciri2 yang sepatotnya. itu pon aku belom beli lagi,aku akan survey dulu kat semua kedai. seminggu kemudian baru aku pergi semula kat kedai yang aku dah target utk beli. hah itulah aku. utk memastikan tidak menyesal dikemudian hari.



ok sambung pasal refill ink ni.

utk beginner ni memang leceh sikit lah. kena pakai glove. cocok jarum. suntik. reset ink level dan lain2.. so aku share je lah videonya.
aku rasa korang pon lagi senang belaja tutorial practical kalau ada video. ye dak??




dan video ni






kat bawah ni plak,lepas korang refill tu. komputer akan detect cartridge tu kosong based on no siri kat cartridge. so ni solution dia.



sebelum aku terlupa, 1 cartridge tu boleh direfill max 4 kali jer. lepas tu tukar cartridge baru taw utk elak masalah lain plak muncul.

ok lah itu jer. selamat mencuba. kalau ada masalah boleh roger aku ok. especially for sisters.

aku sudi bantu uols. utk brother,hang tanya lah member ko takkan dorang tak reti kottt.. haha

ok itu jer.. maaf lah panjang plak tutorial ni








Saturday, 18 April 2015

1st time emcee bidan terjun

Assalamualaikum.

suka utk share pengalaman berharga ni.

uols pernah jadi emcee utk sesuatu majlis besar tak?

hah ape? selalu.. wahhh daebakkk ah uols..

aku ni hah,tak pernah langsung. bukan setakat tak pernah malah tak diberi peluang.

yelah,ada yang lagi mahir dan berkebolehan dari aku.

alkisahnya hari ni. ada kem ibadah. kem ni wajib utk semua student asasi uia.

sepannjang hari sabtu dan pagi ahad.

aku plak offer diri utk jadi komittee. minggu ni dah minggu ke tiga aku jadi comittee.

sepatutnya minggu ni aku off. tak jadi comittee.

tapi disebabkan ramai plak comittee tarik diri saat akhir. tak sihat lah itu lah ini lah.

aku rasa risau plak kalau2 ada masalah time registration nanti.

sebab time registeration lah paling haru. masing2 cari nama,kalau jumpa tu tak pelah,kalau yang takde nama aku pastu plak jenis gabra tak ingat tempat.

"akak,nama saya tak de? ,macam mana ni?"

rileklah wahai adik2ku. kalo nama hang tak de,tulis je nama hang kat mana2 grup.

1 sesi kem ada dalam 400 student gak ah utk minggu ni. dan luckly semuanya sisters..


registration start pukul 8.30 sebenarnya. tapi bebudak ni ingat pukul 8. pukul 8 je dah tercegat kat depan AMF.

aku ni,lepas subuh capai buku math buat latihan kat study room.kalo aku tak buat macam tu alamatnya  zzzz ler hihi. sambil tu rest main fon.. aishh nampak tak seriusnya aku.~kadang2 je lah..

dah nak dekat pukul 8,masa tu pkul 7.50am. sorang2 mai habaq tak dpt jadi comittee sebab ada hal.

dengan rasa keprihatinan,aku pon ape lagi terus balik bilik,sambar abaya segera aku dan tudung instant. dengan muka kesan wudhu tadi. ecewahh.. dengan tak siap apa2. gosok gigi pon tak sempat woo,kumur2 jer.1 calit bedak pon takde apetah lagi minyak wangi..
sebab rushing sangat2..macam nak sambut kucing beranak pon ada.

pakai kasut terus berlari ke AMF,dengan stokin pon tak terpakai. mujurlah pakai kasut sarung.cover lah tang kaki tu.. acewah mcm aku ni program manager yang terlewat je.

sampai2 je memang dah penuh kat meja register tu. aku tolong bagi file.dalam pada bagi file kat student tu,jannah habaq mai suruh aku jadi MC.

aku dah.. what!!!!!!!!


oh  my mira! aku mana pernah jadi mc. MC kat dalam kelas pon tak pernah inikan plak kat dewan paling besar kat cfs iium ni.

tapi,aku kan... faham2 je lah... peluang yang datang tu aku akan grab je.sebagai pengalaman dan pengajaran utk aku.


cuak? aku ni,yang terpk masa tu is. apa nak cakap. apa nak cakap ni.. alamak!

bab apa nak cakap tulah paling aku lemah. unless ada skrip.

ko bayangkan mira yusof jadi mc ! spontan bahh kala kauuu...

dengan suara aku yangg... erm... sapa kenal aku tu tahu lah suara aku macam mana! haha

alhamdulillah lah yang aku perasan. perasaan gugup dan gabra aku tu dah hilang.

aku dah boleh cakap kat depan beratus2 orang dengan tenang tanpa suara yang pecah dan terketar2.

seriously kalau dulu2 masa sekolah,memang terketar lutut nak cakap kat depan even depan kelas. semenjak masuk u ni. semua tu dapat diatasi. antara dengan latihan sebagai fasi study circle yang memerlukan kemahiran bercakap dan mendengar. ingt senang ke!

alhamdulillah. cuma 1 je lah masalah aku. nak cakap apa !


idea pon macam tersekat2 keluar.

itu je lah sharing kali ni. seriously ni pengalaman paling haru aku pernah buat.

pon bagaimana walau,aku enjoy ! rasa best sangat. rasa dipercayai utk jadi mc.

thankz mber yang percayakan aku. aku akan sentiasa buat yang terbaik utk kemaslahatan semua orang.

lain kali kalau perlukan bidan terjun boleh roger aku ya...

sebab aku lagi suka buat sesuatu utk selamatkan keadaan... contoh macam tadi.hihu..












Sunday, 12 April 2015

Kedai Buku Fixi di Jaya Shopping Centre

Assalamualaikum.

ehem,semangat taw aku tulis post ni bila tahu kedai buku fixi dah dibukak kat jaya shopping centre.

bukan apa,utk warga UIA PJ,mahsa,UM,n kolej2 sekitar tu aku rasa teramatlah dekat untuk pergi ke mall ni.

utk pengetahuan uols. Jaya Shopping Centre ni baru lagi taw. maybe akhir tahun 2014 kot baru bukak.

sebabnya masa aku pergi awal bulan 2 2015 hari tu,panggung wayang pon tak bukak lagi. kedai2 kat dalam tu pon tak banyak.

sekarang ni dah banyak lah of koz..hihi.

ok utk yang tak pernah pergi jaya shopping centre ni.

meh aku guide sikit takat aku mampu sebabnya aku pon bukannya mahir sangat jalan pj ni.

utk yang naik public transport,kalau korang naik ktm. tak kisah lah dari shah alam ke,padang jawa ke.

pastikan korang turun kat KL SENTRAL ok.

pastu beli tiket lrt. stesen lrt paling dekat utk PERGI ke jaya shopping centre((JSC) is ASIA JAYA.

kena guna LRT berbeza ke utk pergi dan balik dari JSC ni?

yup ada.. sebabnya kat situ ada jalan yang sehala.

ok kita cerita pasal nak pergi dulu.

ok lepas korang turun  kat stesen asia jaya.

kalau korang first time pergi situ,aku cadangkan naik  TEKSI je lah ea..tak yah susah2 buang tenaga utk jalan kaki. dan biasanya taxi kat situ guna meter.bukan main taram jer harga macam kat ** tu.

,habaq mai kat pakcik teksi tu yang uols nak p JSC.kalau pakcik tu tak tahu.tak yah naik,karang entah mana2 dia bawak tak pasal2 kena bayar lebih.


kalau nak save giler2 duit tambang,ko jalan lah kaki ke JSC,maybe kalau jalan laju,dalam 15 minit dah sampai. kalau jalan terkedek-kedek macam itik maybe setengah jam jugak lah.

utk first time,aku rasa mesti uols tak berapa reti nak lalu jalan mana kalo jalan kaki so aku sarankan korang korbankan je lah rm5 utk naik teksi. tenaga pon jimat,masa apatah lagi.

sampai je JSC,ape lagi,cari je lah tingkat 4. kalau masuk dari pintu masuk tu.naik eskalator sebelah kanan.

.........................................................................................................................................................

dah lepas shopping buku mesti rasa cam nak melantak kan,hah  kat bawah sekali ada texas chicken. kalau tak nak,ikut korang lah nak makan apa pon.

ok ni nak bagi direction hala balik plak.

jangan susahkan diri utk jalan kaki uols. nanti lenguh2 sapa nak urut.hihi.

so naik teksi, habaq mai kat dia nak p lrt taman jaya.

kenapa taman jaya? bukan asia jaya?

sebabnya kat area asia jaya tu laluan dia sehala. faham2 jelah kalau dah sehala tu guana.

haritu aku naik teksi dari JSC ke lrt taman jaya tu baru rm4++. murah jer...

lrt taman jaya ni dekat jer ngan amcorp mall. sebelah sebelah jer.

so lepas shopping kat JSC boleh lah shopping kat amcorp mall plak.

amcorp mall ni kan terkenal dengan flea market dia.


ok itu direction utk yang mai luar dari kawasan pj.

utk warga uia dan yang sekitarnya,uols boleh naik teksi terus ke JSC. cuma rm5. dan kalau pandai adjust,boleh dpt rm4 jer.

oh ya,alang2 korang nak p JSC tukan,ape kata ronda2 kat digital mall.

aku selalu gak p situ utk beli  refill ink printer hp aku.hihi.

sapa cakap ink hp mahai naa?

aku punya printer ni guna ink dalam. 1 cartridge boleh print 480++ paper.

refill yang aku beli ni rm29 boleh refill 4x.  means 4x450++.

kalau beli cartridge baru jer rm30. so nak tak nak kena beli refil je lah. haha

itu ko mira sapa sruh beli printer hp.

kuang3.. at least printer aku ni leh print wireless taw.

k lah dah melalut ke hal printer plak..

k itu jer..

nasib baiklah masa launching kedai buku ni aku still ada kat cfs. boleh lah aku jenguk .

kalau aku dah duk kat rumah memang susah lah aku nak pergi JSC ni semata2 nak pergi kedai buku fixi dia.tak pe nanti sebelum aku tamat asasi ni aku pergi semula kedai tu buat kali terakhir sebelum aku degree kat kuantan nanti..


fixi,bagilah diskaun lelebih sikit kat akuuu.. ni dah tolong promote kedai hangg taw..hihu.. kalau serius nk bg diskaun or free buku boleh emel aku naa. cikmira23@ymail.com.

im waitingg...hihu..


Saturday, 11 April 2015

study circle terakhir di CFS IIUM

Assalamualaikum.

10/4/15.

maka.

dengan ini.

berakhir sudah study circle ku sebagai fasi  yang terakhir di CFS IIUM.

selama 4 sem panjang aku kat uia ni. tak pernah tidak aku ambil study circle.

daripada bergelar pelajar study circle sehinggalah menjadi fasi study circle.

utk yang masih blur study circle tu ape.

aishh, penat aku 'membebel' sebelum ni.

hah baca balik SINI .

dah banyak dah post pasal study circle.

firstly aku rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang utk baiki kelemahan diri terutama tang public speaking.

dengan menjadi fasi ni,aku kena mahir utk mendengar dan didengar.
macam2 lah yng aku belajar. kena pandai tarik perhatian,skill cara penyampaian usrah supaya masuk dalam hati anak buah,sapa yang  jadi fasi tu nanti tahu lah. lagi2 fasi utk rakan sebaya or mudah setahun dua.

ok yang menariknya study circle sem ni.

ianya lebih STRICT.

bukan aku jer yang strict rupanya,chief fasi pon sama.
mana taknya,sebelum ni,semua bahagian hafalan memang diserahkan kat fasi 100%.

tapi sem ni,ustaz nak incharge utk tasmik ayat al-Quran dan jugak quiz.

haha senang lah sikit kerja fasi. thank you ustad!!


sem ni pon aku jadi makin strict bukan apa.

taknak dorang jadi macam aku dulu.

aishhh klau story kisah aku ambik study circle dulu memang lagi kronik.

alhamdulillh anak2 buah aku semua ok.

minggu lepas. awal bulan 4,kiteorang buat rehlah kat KLCC.

amboi mira,KLCC bgai.

haha dah klcc jer yang termampu.

dah tu kat mana lagi?

kat klcc kan ada taman. boleh lah buat usrah kat situ.

hehe

tapi sebenarnya tak sempat pon nak buat usrah masa hari kejadian.


panjang ceritanya. tapi meh aku pendekkan.


group aku melawat petrosains.

yang rasa bestnya bila ada anak buah aku yang first time jejak kaki ke petrosains.

aku plak tak yah cakap lah. since petrosains dibuka sampailah aku besaq panjang dah nak masuk 20an tapi still lagi pergi petrosains.

tak pe nanti pergi ngan suami plak naa..hihu berangan plak.

so far study circle ni memang aku enjoy.

rasanya itu jer.

apa yang bestnya study circle ni?

ianya akan jadi tersangatlah best bila korang dpat fasi yang sporting n open macam aku(ecewahh).

utk sesiapa yang jadi anak buah aku.

in shaa Allah refreshment will be provided during class.

at least once we will hangout together ! yeayy

and for sure,i'll try to understand you no matter the problem that you've to facin'.


ok lah itu jer. utk pic boleh tengok kat ig aku. cikmira23.


Thursday, 9 April 2015

kisah C-program-ing

Assalamualaikum..

sebelum ni aku dah share serba sedikit pasal calculus.

kini.. tiba masanya untuk aku share pasal programming plak.

subjek programming yang aku belajar ni hanya BASIC jer.

basic giler.

belajar pasal if else,do while,nested loop,function and array. itu jer.

sikit jer..

tapi.. nak hadam tu erghh macam makan plastik. lambat giler hadam..

tapi itu dulu lah. 

utk subjek programmng ni,carry mark for final cuma 40% jer.

60% lagi ada kat 4 quiz,3 assignment,1 projek,dan exam mid.

masa aku belajar topik 1,2 dan 3 hari tu..

seriously aku boleh dikategorikan lemah giler kot lagi2 tang coding.

tak reti langsung nak buat! teruk en. aishh...

tapi aku tak jadikan itu satu penghalang malah ia satu cabaran dan ia sebenarnya motivate diri aku utk lebih berusaha.

sebenarnya kan.. masa aku buat assignment yang tak dapat output seperti yang diharapkan. rasa frust gilerrrr.



tapi kan..

masuk je bab 4 iait function.

meh aku brief sikit.

function ni ada 3

-function prototype
-function call
-function header/definition.

.

kali ni aku tekad. nak tak nak kena faham jugak subjek ni.kalau faham boleh lah ajar kat member2 yang tak faham kan.


oh ya,baru2 ni aku kuiz 3,FIRST TIME aku dapat jawab soalan coding.

kalau sebelum ni,aku rasa kalau ada 15 markah,aku cuma dapat 6 markah paling banyak utk coding.

sekarang aku dah ada keyakinan utk tambahkan markah tu.

actually aku sangat bersyukur sebab Allah kurniakan aku dan kengkawan group aku seorang lecturer yang sangat2 baik hati.

serious aku rasa best giler..

kertas mid exam aku tu. madam tak nak bagi dalam kelas. kena mai sorang2 amik kertas kat madam and consult terus. how sweet!

sepanjang aku study kat cfs ni,the only one madam tu yang buat macam tu.

lagilah aku rasa termotivated!

dan lebih bertuah lecturer aku tu perempuan.. dah panggil pon madam.hihi.

bukan apa,nak consult  personally senang. boleh berdua-duaan dalam bilik.

kalau lecturer lelaki,,kena ajak member lah utk temankan.

so far aku tak pernah consult ngan lec lelaki exc sir mohd nor yang sporting gilerr.

ok lah itu jer.

nanti ada cerita best aku kongsi lagi yer..

oh ya,classmate pompuan aku utk kelas comp ni cuma 6 orang.

aah 6 orang jer. selebihnya lelaki. 

aishh dh nasib.

mujur bukan 2 orang je pompuan. mau tak fokus belajar sebab kiri kanan depan belakang lelaki..


ok ni program yang kau kena buat tadi.

nampak macam betol kan..
tapi sebenarnya ada logic error.. haha aku pon tak tahu tang mana salahnya..

itu jer k 

thankz sudi baca. Assalamualaikum



Tuesday, 7 April 2015

stalker part 1

Assalamualaikum.

Aloha. Hari ni sharing session.
Alkisah aku ni kalau dah stok orang aishhh,lambat nk bhnti. Lepas stalk A,tetiba tertengok pic B then nak stalk C lah plak dan seterusnya. Tapi aku tak amalkan selalu. Biasanya perkara ni terjadi bila aku tak puas hati kat someone or aku nak sangat tahu pasal orang tu.

Alkisah pasal stalk orang ni. 1 hari sebelum tido,aku terstalk sorang hamba Allah ni. Nama dan jantina dirahsiakan. Pergh memang aku stalk habis-habisan lah.

Lepas aku stalk tu,aku update status.
“ Lama tak update stalk,yelah asyik stalk orang je”.
Korang nk tahu,tak lama lepas aku update status tu. Hamba Allah yang aku stalk tu komen kat pos aku. Walaweh aku dah cuak dah eh dia stalk aku gak ke. Eceh padahal boleh je jadi kebetulan dia on masa aku update status.

Ok kisah lain pasal stalk ni.
Aku stalk 1 blog pasal cinta islamik gituu. Aku ni kalau stalk blog orang,sampai ke komen aku stalk. Then ada 1 post ni. Yang aku tertarik bukan isi post tersebut tetapi komen kat post tersebut.

Boleh rujuk pic kat bawah..



Masa aku baca tu,tetiba aku sentap. Aku rasa macam aku yang tulis komen tu. Macam aku yang mengalami situasi tersebut. Seriously,rupanya ada yang senasib ngan aku.

Tapi. Masa terus berlalu. Jam terus berputar. Kentang putar terus dimakan sedapnya.
Aku dan dia makin jauh,jodoh pon aku rasa memang tak de kot aku ngan dia.
Lelaki berlambak kat luar sana. Tapi kualiti nya hampeh.
Even tittle ustad tapi dalaman.. masya Allah. Menggerunkan .
Ok lah itu jer.

Conclusion daripada post aku ni. Korang2 semua janganlah amalkan stalk orang ni. Tak elok weh.
aku pon  bukan amalkan pon. kengkadang jer terrrrr..huhu

Nak tahu 1 rahsia tak?
Aku tak de crush kat sesapa pon kat uia ni. Pelik kan? Haha even classmate aku hensem giler muka dia mcm pemain bola sepak mana entah tapi aku tetap  tak terpikat ngan dia...

mungkin bukan paras rupa yang kucari..argghh poyonyer..

Maybe dia tak de ape yang aku cari kot. Eceh ape mende lah yang aku tercari-cari tu.

Ehem,tetiba ku rasa.. ok abaikan.

korang baca post ni mesti terkekeh ketawa. karang kena kat diri ko baru tahu!


Assalamualaikum

Thursday, 2 April 2015

review TEH TARIK GELAS BESAR-nami

akan datang

Cal-Cu-Lus(Kalau aku lulus)

Assalamualaikum..

first thing first,post ni pasal aku,mira.

cal-cu-lus ini bak kata senior aku.

bila diexpandkan ia menjadi Kalau Aku Lulus.

utk sesiapa yang aliran sains bila degree dan ambil matapelajaran Calculus ni dia tahu lah belajar pasal apa.

ok tak pa,nak share jugak what is Cal-cu-lus is all about?

ok calculus ni salah satu subtopik dalam math.

utk yang pernah ambil subjek addmath time SPM.

mesti korang pernah belajar kan pasal differentiation dan jugak integration. 

hah yang itu lah.. hihi

masa zaman aku form 4&form 5 dulu..ceh merenung kembali plak..

aku agak suka dengan topik pengkamiran ni.

bagi aku ok lah tak sesusah trigo function..

cerita pasal trigo function ni kan.


oh ya,kalau kat uia.. kalau ko kos engineering dan fizikal sains.

ko wajib amik 3 math iaitu math 1,math 2 dan math 3.

bagi aku. paling susah math 2.

sebab chapter 1 dan 2 pasal trigonometri jer manjang..


aku plak lemah bab tu..

tapi bila masuk math 3 yang mana sepatutnya lagi susah dari  math 1 dan math 2.

aku rasa macam math 3 ni senang plak.

dan alhamdulillah markah aku pon mampu buat aku tersenyum walaupon bukan full mark.

pointnya kat sini,dalam mana kau perlu menghadapi subjek math dan kau SEDAR yang diri kau tak sehebat orang lain. mungkin ada kawan kau yang lecturer ajar sikit jer tapi bagi je lah apa je soalan kat dia. pasti boleh solve. dan kau pulak sebaliknya.

so apa yang kau perlu buat ialah LATIHAN.

memang tak de jalan pintas!

n then kalau kau buat latihan tu,make sure buat secara bijak. tak guna buat banyak latihan sampai beratus soalan tapi soalan yang senang2. tak bijak namanya. 

pasai pa? sebab time exam ko tak yah nak expect soalan senang giler tututt..

kalo kat uia ni,soalan dia macam erkkk... bagi aku susah giler lah..

itu pasal aku agak pelik member2 aku yang  skepala ngan aku semua dapat 4 flat time matrik.soalan matrik senang eh? haha cer ko mai jwab soalan yang uia bagi ni. fuhh menangis..


ok lepas dah buat latihan yang pelbagai. ko kena pandai tangkap jenis soalan dan cara nak solvekan. macam programming plak aii..

ok lah itu jer pasal Cal-Cu-Lus.

sebenarnya tak de alasan utk korang gagal kalau korang dah berhabis upaya utk buat yang terbaik.


yang penting niatkan belajar tu kerana Allah. redha Allah yang utama.

dan kalau korang rasa mcam dah usaha berhempas pulas dan hasilnya tak seberapa.

memang rasa down memula tapi cuba muhasabah balik diri.

bukankah perancangn Allah itu yang terbaik.
mungkin sekarang kau gagal tapi akan datang?

tak semestinya kau gagal jugak. tak gitu?


ok lah itu jer.. thankz sudi baca. really appreciate it.

Wednesday, 1 April 2015

JUBAH KURTI

aloha.. jubah kurti in da house

saiz dari paling kecik sampai terlajak besaqq..


utk order SILA PM SINI 

stepnya senang jer.

1. pilih design yang uols berkenan. KLIK SINI 
2. tengok size kat table. saiz dia standard taw.
3. noted kod yang korang nak 
4. whatsapp mira. dan tanya availibility kod dan saiz tersebut. 

duka cita dimaklumkan stok cepat giler susut. size yang hot iaitu s,m,l memang banyak dah out ok stock. so better cepat place order.

pos in shaa Allah paling lewat 3 hari selepas FULL  payment.
dan paling awal pos sehari selepas full payment.