SHOPPING BUKU DISINI

Sunday, 12 April 2015

Kedai Buku Fixi di Jaya Shopping Centre

Assalamualaikum.

ehem,semangat taw aku tulis post ni bila tahu kedai buku fixi dah dibukak kat jaya shopping centre.

bukan apa,utk warga UIA PJ,mahsa,UM,n kolej2 sekitar tu aku rasa teramatlah dekat untuk pergi ke mall ni.

utk pengetahuan uols. Jaya Shopping Centre ni baru lagi taw. maybe akhir tahun 2014 kot baru bukak.

sebabnya masa aku pergi awal bulan 2 2015 hari tu,panggung wayang pon tak bukak lagi. kedai2 kat dalam tu pon tak banyak.

sekarang ni dah banyak lah of koz..hihi.

ok utk yang tak pernah pergi jaya shopping centre ni.

meh aku guide sikit takat aku mampu sebabnya aku pon bukannya mahir sangat jalan pj ni.

utk yang naik public transport,kalau korang naik ktm. tak kisah lah dari shah alam ke,padang jawa ke.

pastikan korang turun kat KL SENTRAL ok.

pastu beli tiket lrt. stesen lrt paling dekat utk PERGI ke jaya shopping centre((JSC) is ASIA JAYA.

kena guna LRT berbeza ke utk pergi dan balik dari JSC ni?

yup ada.. sebabnya kat situ ada jalan yang sehala.

ok kita cerita pasal nak pergi dulu.

ok lepas korang turun  kat stesen asia jaya.

kalau korang first time pergi situ,aku cadangkan naik  TEKSI je lah ea..tak yah susah2 buang tenaga utk jalan kaki. dan biasanya taxi kat situ guna meter.bukan main taram jer harga macam kat ** tu.

,habaq mai kat pakcik teksi tu yang uols nak p JSC.kalau pakcik tu tak tahu.tak yah naik,karang entah mana2 dia bawak tak pasal2 kena bayar lebih.


kalau nak save giler2 duit tambang,ko jalan lah kaki ke JSC,maybe kalau jalan laju,dalam 15 minit dah sampai. kalau jalan terkedek-kedek macam itik maybe setengah jam jugak lah.

utk first time,aku rasa mesti uols tak berapa reti nak lalu jalan mana kalo jalan kaki so aku sarankan korang korbankan je lah rm5 utk naik teksi. tenaga pon jimat,masa apatah lagi.

sampai je JSC,ape lagi,cari je lah tingkat 4. kalau masuk dari pintu masuk tu.naik eskalator sebelah kanan.

.........................................................................................................................................................

dah lepas shopping buku mesti rasa cam nak melantak kan,hah  kat bawah sekali ada texas chicken. kalau tak nak,ikut korang lah nak makan apa pon.

ok ni nak bagi direction hala balik plak.

jangan susahkan diri utk jalan kaki uols. nanti lenguh2 sapa nak urut.hihi.

so naik teksi, habaq mai kat dia nak p lrt taman jaya.

kenapa taman jaya? bukan asia jaya?

sebabnya kat area asia jaya tu laluan dia sehala. faham2 jelah kalau dah sehala tu guana.

haritu aku naik teksi dari JSC ke lrt taman jaya tu baru rm4++. murah jer...

lrt taman jaya ni dekat jer ngan amcorp mall. sebelah sebelah jer.

so lepas shopping kat JSC boleh lah shopping kat amcorp mall plak.

amcorp mall ni kan terkenal dengan flea market dia.


ok itu direction utk yang mai luar dari kawasan pj.

utk warga uia dan yang sekitarnya,uols boleh naik teksi terus ke JSC. cuma rm5. dan kalau pandai adjust,boleh dpt rm4 jer.

oh ya,alang2 korang nak p JSC tukan,ape kata ronda2 kat digital mall.

aku selalu gak p situ utk beli  refill ink printer hp aku.hihi.

sapa cakap ink hp mahai naa?

aku punya printer ni guna ink dalam. 1 cartridge boleh print 480++ paper.

refill yang aku beli ni rm29 boleh refill 4x.  means 4x450++.

kalau beli cartridge baru jer rm30. so nak tak nak kena beli refil je lah. haha

itu ko mira sapa sruh beli printer hp.

kuang3.. at least printer aku ni leh print wireless taw.

k lah dah melalut ke hal printer plak..

k itu jer..

nasib baiklah masa launching kedai buku ni aku still ada kat cfs. boleh lah aku jenguk .

kalau aku dah duk kat rumah memang susah lah aku nak pergi JSC ni semata2 nak pergi kedai buku fixi dia.tak pe nanti sebelum aku tamat asasi ni aku pergi semula kedai tu buat kali terakhir sebelum aku degree kat kuantan nanti..


fixi,bagilah diskaun lelebih sikit kat akuuu.. ni dah tolong promote kedai hangg taw..hihu.. kalau serius nk bg diskaun or free buku boleh emel aku naa. cikmira23@ymail.com.

im waitingg...hihu..


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...