SHOPPING BUKU DISINI

Sunday, 19 April 2015

tutorial refill/tukar ink printer hp 2545

amaran : akan ada banyak kesalahan eja cartridge. so sila abaikan kalau silap eja ok.

Assalamualaikum uols..

apa khabar printer uols? sihat? ke tak sampai sebulan guna dah meragam?

haa,beli yang ori ke yang secondhand hah?

hihi gurau2 jer. xpe kalau beli yang secondhand pon asalkan pemilik asalnya tak menjahanamkan then jual kat korang.hihu..

and utk gugurlz yang first time beli printer macam aku ni. mesti bila ink habis. uols beli cartridge baru. ke korang refill je?

ok tak kisah lah. for beginner. yang baru nak mengenali printer. jom kita belajar sama2.

nak tanya lah,kenapa korang beli printer hp eh? bukan ke ramai yang cakap printer canon lagi bagus dan berkualiti?

abang aku pon pakai canon woo..hihi

ok tak kisah lah canon ke,conan ke hp ke ph ke yang penting korang kena pandai jaga printer tu. ye dok?

ok utk printer hp,mostly guna ink dalam. means cartdridge dia kat dalam printer.

lain dengan canon,guna ink luar. for me,ink  luar lagi senang nak refill.



ni contoh ink kat luar.



hah yang kat atas ni macam abang aku punya.


utk ink kat dalam plak. macam biasalah standard cartridge




hah kat atas ni namanya cartdrige.

cara PALING SENANG NAK TUKAR INK

ialah dengar tukar cartridge baru. haha. pergi kedai hp or memana kedai yang ada jual ink printer. cakap kat dia nak cartridge ink. sebutkan no siri kat atas cartridge tu. kalau hp 2545,ink 678.


itu utk orang  berduit or orang pemalas je lah or orang yang tak berapa cermat. digalakkan beli cartridge baru.. bukan apa,takot je kalau korang beli refill ink karang jahanam plak printer tu.

utk yang ada buat business printing kat kolej. aku sarankan beli refill ink je lah.

harga masya Allah jimat giler.

1kotak  cartridge = rm30(harga selepas gst). boleh print 450++ pages.

kalau korang beli refill ink.

1 kotak refill cartridge= rm30, ada 2 botol ink. 1 botol boleh isi 2x. means 2 cartridge. so kalau 2 botol sama dengan beli 4 cartridge.

KONKLUSI.

1 kotak ink refill(RM 30)=print 450++x4=1800++ helai.

 1 kotak cartridge hp(RM 30)=print 450++  helai.


so boleh beza dak  ni?

harga satu kotak sama rm30 tapi kuantiti yang boleh diprint tu beza giler. 450 dengan 1800.. mana korang nak? kalau aku,mestilah 1800pages dengan rm30 jer.


aku beli kat mana ink tu?

aku beli kat digital mall. huhu maju en pompuan shopping kat digital mall. haha.. xde lah gurau jer. sebabnya digital mall dekat giler ngan uia. tu yang aku pergi sana jer.

tapi.. yang bahayanya bila pompuan pergi kedai gadget macam kat digital mall or lowyat ni.. dorang mudah kena kencing.

so cara mudah utk elak kena kencing dengan lelaki/pompuan durjana kat kedai.  bawak ler bapak or abang or adik(dah besar yer kalo kecik no point jugak bawak)or mber lelaki or boyfie or fiancee or suami or atok. eh! haha

kalau memang tak de lelaki boleh teman korang, don wori. masih ada satu lagi peluang. ajak member pompuan korang yang tahu selok belok mende yang korang nak beli/ushar tu. maksud aku tahu selok belok ni,tahu nak beza yang ori dengan yang fake/secondhand.

kalau style aku plak,aku akan ajak member perempuan aku yang tersayang.. tetapi seminggu sebelum tu,aku akan research  and survey habis-habisan pasal mende yang aku nak beli tu. aku akan tanya abang,kawan2 lelaki aku. lepas aku konfiden dengan maklumat yang aku ada. baru aku pergi beli kat kedai tu.itu pon aku akan cek sama ada dia memenuhi tak ciri2 yang sepatotnya. itu pon aku belom beli lagi,aku akan survey dulu kat semua kedai. seminggu kemudian baru aku pergi semula kat kedai yang aku dah target utk beli. hah itulah aku. utk memastikan tidak menyesal dikemudian hari.



ok sambung pasal refill ink ni.

utk beginner ni memang leceh sikit lah. kena pakai glove. cocok jarum. suntik. reset ink level dan lain2.. so aku share je lah videonya.
aku rasa korang pon lagi senang belaja tutorial practical kalau ada video. ye dak??




dan video ni






kat bawah ni plak,lepas korang refill tu. komputer akan detect cartridge tu kosong based on no siri kat cartridge. so ni solution dia.



sebelum aku terlupa, 1 cartridge tu boleh direfill max 4 kali jer. lepas tu tukar cartridge baru taw utk elak masalah lain plak muncul.

ok lah itu jer. selamat mencuba. kalau ada masalah boleh roger aku ok. especially for sisters.

aku sudi bantu uols. utk brother,hang tanya lah member ko takkan dorang tak reti kottt.. haha

ok itu jer.. maaf lah panjang plak tutorial ni








2 comments:

  1. waahhh thanks.. hahaha.. info terbaik dan sy pun baru saja berjinak2 dgn printer nie huhu

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info..tapi awak nk tanya yg awak beli kotak ink refill rm30 tu kat bahagian mane eh kt digital mall tu?

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...