Thursday, 28 May 2015

Cara Pos Barang guna POS LAJU

UPDATED ON 13 MAY 2017 . Mira akn sentiasa update post ni supaya korang pun terupdate sekali.
AMARAN: SILA BACA SAMPAI HABIS. kalau boleh baca komen sekali. anda yang mungkin berpengalaman dalam pos barang. digalakkan utk tolong mira jawab soalan newbies dibawah. nak share pengalaman buruk sewaktu pos barang pun amat digalakkan. hihi

p/s: utk yg berminat review berbayar diblog atau gift review. sila emel ke 'REVIEW BLOG' ke cikmira23@ymail.com
TnC apply

Image result for poslaju

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.

tujuan post ini ditulis untuk berkongsi dengan newbies semua mengenai cara pos barang. specifically using poslaju service. kenapa pos laju? kenapa tak skynet? kenapa tak kangaroo,abx,gedex dll?

kenapa mira kenapa?

sebabb..  cawangan pos laju ni ada kat merata-rata. hampir semua kawasan ada. ada sesetengah courier pos ni. dorang tak cover semua kawasan,contohnya skynet, kalau kawasan yang dorang tak cover tu means korang kena bayar lebih. tak percaya? pergi tanya. aku dah pernah dah kena. so sebelum pos tu tanya dulu cover tak kawasan ni. eh yg ni utk selain poslaju. kalau poslaju  dorang cover semua deh.

lgi satu, poslaju ni 'mesra' pengguna gak ah. sebab bukan jer boleh pos barang tapi boleh bayar bil,renew roadtax,lesen dll. so 3-4-5 in 1 gituu. tak ke memudahkan? haha memudahkan 'sangattt'.

Intro:
dulu2 kala, mira ingat hanya SURAT je yang boleh dipos. rupanya macam-macam boleh pos.okumen,baju,kasut,surat cinta,beg,tudung,gadjet,makanan dll.

benda yang tak boleh,tak digalakkan pos pon ada. contohnya duit,cecair,barang mudah meletop dan sebagainya. sendiri faham lah yer. something yang berisiko hihu. ok barang yg mudah meletop or terbakar ni, korang jangan sesekali berani pos yer.

Pasal cecair ni dah banyak kes botol pecah lah, cecair tumpah lah. ok kat sini utk pembeli sekalian,kau jangan nak expect poslaju tu tatang  parcel kau macam tatang emas berlian. Semua barang dibaling dihenyak begitu jer(kebanyakannya, tak semua ye).
So kat sini peranan SELLER utk seal barang tu betul2. kalau kaca,make sure balut 10 lapis bubble wrap tu. cas je lah lebih sikit kat cust, hoho.

barang kaca boleh pos tapi TAK djamin TAK  pecah even dah letak sticker fragile. So kalau pecah memang takde rezeki kau ler dpat barang in good condition. punca? hah baca perenggan sebelum.

common question:
boleh pos HANDFON KE? = generally TAK BOLEH but personally BOLEH. tapi tapi tapi. atas risiko sendiri(buyer) ye.

utk seller yang bijak, dorang akan balut dalam kotak lain yang tak menampakkan yang itu kotak fon. dan kat bahagian item tu, seller tak tulis yang dia pos fon but dia tulis maybe buku, kasut or bekas. kalau seller tulis kat item - iphone 6s+ 128gb gold rose. maka seller tersebut amat 'bijak'. haha. aku pasti tak de seller yang 'bijak', semuanya bijak2. p/s: sila bezakan 'bijak' dan bijak yer.

ikut pengalaman aku beli hp online, dia bungkus dlm kotak apa ntah tp bentuk kotak tu besar sikit drpd kotak fon n kat item dia tulis gelas. n alhamdulillah fon tu selamat sampai kat aku dalam keadaan baik sehari selepas dia pos, tanpa ada delay kat mana2. so point aku is, kalau ko nak pos fon or duit 10k pon, boleh jer asalkan kau jangan tunjukkan yang kau pos fon/duit tu,

hah lagi 1 pasal pos item berharga ni, rasanya gdex ada buat service ni, khas utk valuable item n kos pos mahal sikit lah. tak pelah asalkan berbaloi.


ok kalau nak pos duit guna  wang  pos. macam mana plak? hah yang ni aku  jarang apply so memang korang kena tanya akak kat pejabat pos. tapi,buat apa nak susah2 pos duit. transfer je kan senang. hihi. last time aku guna wang pos ni utk bayar yuran sekolah/hostel, 4 years agooooo. aigoo.

yeay,dah masuk ke main topic!


POS MALAYSIA.

Basically, pos malaysia sekarang ialah. pos malaysia ni tawarkan 5 jenis pos iaitu

1. Pos Biasa(surat)
2. Pos Domestik- parcel berat, lagi murah dari poslaju
3. Pos Daftar- parcel berat, lagi murah dari pos domestik dan poslaju.
4. Pos Express- pos surat.
5. Pos Laju(flyer/prabayar)
6. Pos Flexi Pack-NEW UPDATE 

wow banyaknya...
mesti korang selalu dengar pos express,pos biasa and poslaju. sama lah kita wehhh. kalau newbies meme tahu hok ni jer. ok jom kita berkenalan dengan semua adik beradik pos ni. tak kenal maka tak cinta? gitu .. betul ke? haha

1. Pos Biasa

Briefly,pos biasa ni means pos something RINGAN. dan kos pos= setem. contohnya surat.

hah tu pos biasa. utk uols yang nak pos biasa ni. senang kacang jer. bahan yang diperlukan cuma sampul surat, setem dan setitik air liur/gam.

Perlu utk uols tahu,warna sampul surat pon mainkan peranan utk menentukan harga setem. Ada dua warna sampul surat iaitu putih dan coklat.

HARGA TERKINI SETEM(17/3/18)
SAMPUL SURAT COKLAT- 80SEN
SAMPUL SURAT PUTIH- 60SEN
apa2 pun, sila double comfirm kat kaunter yer. aku recommend utk beli setem rm1 terus. selamat.

2. Pos Domestik( Parcel berat gilos)- CDXXXXXXXXMY


atas tu borang utk pos domestik. yang bawah borang poslaju yang lama. kod depan utk pos domestik ni ialah CD. so kalau seller bagi no tracking CD1211212121my. means dia guna pos domestik.
macam tinggi je bahasa,domestik bagai. aku panggil Pos Tak Laju. hehe. Pos domestik ni orang guna bila nak pos barang2 yang berat giler. 5kg dan ke atas.

oh Mira ku sayang,kalau guna pos laju tak boleh ke?

ok macam ni,disebabkan pos domestik(pos tak laju) ni servisnya kurang laju berbanding pos laju. so kos posnya murah ler sikit. kalau korang banyak duit or bermurah hati utk bayar kos pos berpuluh2 ringgit utk pos barang yang berat 10kg. teruskan dengan pos laju.

tapi.kalau korang pos parcel 10kg guna pos domestik ni. jumlah kos pos yang uols kena bayar maybe dalam rm20 jer(kot).  berbanding kalau guna pos laju,kosnya mungkin cecah rm50++. nampak tak perbezaan harga. lambat sampai atau cepat sampai bagi aku bukan jadi masalah sangat. yang penting sampai. tak gituuuu?? biar lambat asal sampai.hehe.

Pos domestik ni memang ambil masa sikit utk sampai kat penerima. Tapi lambat tu pon bukannya sampai sebulan lebih. pos laju pos hari ni esok sampai. pos biasa mungkin sampai tulat or paling lambat pon minggu depan.

utk pos domestik ni,ada borang khas. so jangan salah isi borang plak.kalau tak sure borang yang mana,tanya akak kaunter tu taw. malu bertanya alamatnya silap isi borang.

last but not least,kalau guna pos domestik,jangan guna pembalut pos laju plak taw. balut guna kertas minyak or apa2 lah selain plastik pos laju. setel sudah pos domestik. alhamdulillah.

3. Pos Daftar

aku tahu pos daftar ni mesti ada yang first time dengar. aku pon baru tahu bila aku berjinak jinak dengan pos ni hihi. Pos daftar ni biasanya orang guna utk pos barang ringan ringan yang berat 0.5-1.5kg. contohnya korang nak pos sebuah buku. kalau guna pos laju prabayar/flyer=rm7 tapi kalau guna pos daftar. maybe rm4-rm5 jer. hihi. oh ye, pos daftar tak yah isi borang apa2, tulis details penerima kat parcel tu.

.kalau nak guna pos daftar. barang korang mesti lah balut guna kertas or kertas minyak.

kenapa?

sebabnya kos pos nt akan dibayar through setem. andai kata kos pos rm5. so nt akak pos tu bagi setem bernilai rm5 and korang kena lekatkan kat parcel tu. siap!

 jangan basahkan setem guna air liur taw,kalau nasib korang tak baik,ada telur lipas melekat kat setem tu dan bersedialah lidah  uols utk menetaskan anak lipas.. yewwww... hahahaha

 kelebihan pos daftar ni ialah dpat jimat kos pos . itu jer senanyer. aku guna pos daftar ni bila cust request je.

4. Pos Express

pos ni KHAS utk uols pos dokumen dan mahu ia cepat sampai. express lah katakan..hehe.

pergi kaunter n ckp nak beli sampul pos express. harga tak sure berapa sbb jarang beli. boleh tanya akak tu. dan utk pos express. tak yah amik nombor pon tak pe. boleh terus letak dlam box surat. setel. senang kan.

5. Pos Laju

pos ni lah paling femes sekali. pos laju ni ada dua tau. guna sampul prabayar atau flyer(plastik sendiri).

5.1 Plastik Prabayar

- Prabayar a.k.a pra-bayar a.k.a bayar dahulu. apa menda yang bayar dulu tu? bayar kos pos dulu ler. 



harga plastik prabayar ni ikut size. setiap size tu plak ada limit berat. contohnya size S rm7,utk letak barang  max 0.5kg jer. hah gituu. dan seterusnya

 kelebihan pos prabayar ni. kalau korang nak pos 1-3 barang. tak perlu ambik nombor. boleh pergi je kat mana kaunter. pos laju dah keluarkan memo regarding this.

UPDATED! 13 MAY 2017
Sekarang ni dah ada mesin EziDrop. Mesin ni ibarat peti utk parcel prabayar. Senang je cara dia, first scan dulu barkod, then masukkan poskod. actually arahan dah ada kat mesin tu. ikut je sejibik2.

utk pos guna plastik prabayar ni,,pastikan isi borang yang berwarna PURPLE taw. jangan silap. nanti akak tu suruh tulis semula. kadang pos malaysia ni dia suka buat borang baru. yang pnting is kau isi borang yang ada tulis ' utk sampul prabayar sahaja'

5.2 flyer/plastik sendiri



flyer ni kata mudahnya guna plastik sendiri atau plastik pos laju. yang ada tulis urgent tu. plastik ni boleh beli kat pejabat pos yang terpilih. harga pon agak murah lah berbanding korang beli plastik warna silver online tu. huhu...

if uols pos guna flyer ni, pastikan isi borang yang berwarna coklet.

wajib ke guna plastik ni? jawapannya TAK WAJIB. kalau korang rajin nak balut, balutlah guna plastik korang sendiri, cumanya pihak poslaju dah mudahkan kerja korang dengan sediakan flyer ni. so apelagi, gunalah. bukannya mahal pun


6. Flexi Pack

Kalau tak silap aku, flexi pack ni dah lama, aku notice kehadiran flexi pack ni since aku study kat CFS sekitar tahun 2014 or 2015.

setakat  info yang aku tahu, flexi pack ni, taraf kelajuan dia lagi slow drpd pos domestik. dan parcel x leh ditracking. dan kalau nak parcel anda ditracking, anda kena beli tracking nombor. kalau tak faham, blh tnye sendiri kat kaunter sbb Mira nak terang pun tak reti sgt.

Image result for flexipack

Image result for flexipack


last but not least,utk online seller. mesti korang pernah alami situasi ni. cust akan tanya bila barang sampai. aku nak ingatkan kat buyer semua, even seller pos hari isnin. belom tentu akan sampai hari selasa, sebenarnya situasi ni ikut tempat dan musim. kalau musim raya tu, bawak banyak bersabar ye, bukan korang je suka shopping online. berjuta suka weh. so drpd korang urge seller tu tanya bila barang sampai, adalah lebih baik ko minta no tracking dan check sendiri kat SINI  . SETEL!

panjang plak bebel kan..

aku story pasal pos laju jer. sebab pos laju jer yang dominan kat negara ni.

servis pos lain seperti gdex,skynet,abx,kangaroo,ktm dan lain2 tu caranya lebih kuranggg. so ikut uols lah nak pos yang guna servis yang mana ok! hehe. personally, poslaju may win in terms of service but dari segi harga, rasanya courier lain ada yang lagi murah sebenarnya taw.

last but not least, uols boleh check tracking no pos laju anda dengan klik tulisan dibawah.


^^ itu jer. semoga post ni membantu anda! selamat pos barang!

sorry yer kalau ada ayat/bahasa yang otai menggugat perasaan. chill beb! Tlg baca dgn hati terbuka sbb kalo hati tertutup, i nak tolong bukakan. ciaaaaa.. #gurauje #senyumsikit

ada apa2 info yang aku termissed ke? kalau ada, feel free to komen hokayy  ^_^

Sunday, 24 May 2015

The Sumbs shah alam

Assalamualaikum. aloha

JJCM Time !! yeahh.

kali ni ke the sumbs.

utk yang belom tahu, the sumbs ni restoran Dr. Fazley Yaacob.

satu lagi restoran beliau iaitu suka sucre kat Cheras.

lokasi the sumbs ni kat seksyen 13 shah alam. alah area stadium shah alam tu.

kalo dari highway,masuk belakang petron.

ni kali pertama aku mai restoran ni. first assumption aku bila tengok menu.

ermm... nak try something new or the cliche one. haha

menu dia aku rasa the boom jugak. kalau ikutkan semua nak rasa .tapi apakan daya masa tu dah pekena tomyam.

disebabkan tak nak rasa rugi mai tapi tak makan apa2. so aku pon order grilled chicken chop. actually jarang aku order yang grill sebab aku suka yang oily. haha

abang aku order ayam mcm chicken chop. atas dia ada cheese. dalam ayam tu ada sos spagethi. sori sangatt. aku tak ingat nama menu dia.

adik aku makan chicken hunter. ayam digrilled. then sos dia sos spagethi.

mak plak makan nasi daging dendeng. while haziq makan mushroom soup je.. diet konon. hak tuihh..

yang bestnya the sumbs ni. semua menu dia dihidang dalam box ala2 box pizza tu.

fyi,sekarang ni orang baru ada kesedaran utk tidak pakai styrofoam. contohnya kat uia.. pembungkus makanan tu guna something like ermm. kertas. aku tak tahu nama spesifik dia apa. for sure UIA dah tak pakai styrofoam. tak tahu lah plak u lain macam mana.. hehe

berbalik kepada cara hidang kat the sumbs ni. aku memang setuju 100% dia guna box tu.

first,mudahkan customer utk tapau. tak yah nak panggil waiter utk tolong bungkuskan.

second,jimat bil air kedai. hehe ye dokk?

air sejuk pon dihidang dalam bekas plastik. air panas plak dlm cawan kertas mcm kat kfc tu.

best lah makanan dia. yummmy. aku rasa kalau ada kesempatan next time. nak try mende lain plak ..hehe

tak mahal ke mira oii? restoran retis tuu.. juara masterchef lagii..

haha rilek-rilek. kalau korang menabung sehari rm2. seminggu rm14.boleh makan satu makanan and 1 air. kalau korang menabung selama sebulan. boleh makan 4-5 lauk. banyak apa

konklusinya kat sini,harga dia sangat berpatutan dengan portion makanan. korang order satu lauk je pon dah cukup buat korang kenyang.

grilled chicken chop yang aku makan tu baru rm10.50. ok lah. standard price utk kedai makan kat shah alam.  tak delah macam kat sesetengah kedai tu kadang sampai rm15. konon kedai exclusive n lauk sedap. hakk tuihhh memang tak lama lah kedai camtu.

so utk warga shah alam atau warga luar shah alam. kalau korang jenjalan kat shah alam tu jangan lupa mai kat the sumbs ni ok. kalo idok memang rugi ler... hehe


akhir kata.. meh aku jamu mata korang dengan pic yang tak seberapa ni.

kalau pernah pergi,boleh share makanan apa yang korang makan dan komen sekali taw..

oh ya,utk sesiapa yang nak mira review makanan kat restoran uols. especially for restaurant area KL,SELANGOR DAN N9. boleh emel kat mira ok. eeraacloset@yahoo.com dengan tajuk JJCM mierayusof. family aku memang suka buat trip JJCM ni. sebenarnya dah banyak restoran yang kiteorang pergi hanya utk try makanan dia. cuma tak berkesempatan nak update sebab free review. kalo uols emel restoran korang. boleh lah aku review secara official. hehe ^^







Monday, 18 May 2015

tips tulis ayat power marketing

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalmualaikum.

fuh,baru berkesempatan nak share. post ni khas utk online seller khususnya beginner.
marketing tips for dummies.. hehe

selama korang berniaga online ni. amacam? ok dak?



kalau ok,cer share sikit rahsianya hehe.. nak tahu tak,makin korang share rahsia kejayaan,makin bertambah rezeki korang taw. ni bukan aku sesaja cakap. contoh terdekat. tahu ta kek Anis choc moist?
hah kalau tak tahu boleh gugel sekarang ok.

kek Anis ni kek coklat tersedap yang aku pernah mkan. hmm,tetiba rasa cam nak makan kek coklat plakk..aishh..ni yang xske ni ckp psal kek.

ok salah satu rahsia kejayaan kek Anis ni ialah dia tak kedekut. hah? maksudnya? yelah,dia jual kek coklat moist. dan coklatnya memang moist giler. bukan macam sesetengah kek coklat moist yang lain. nama je moist kek tapi moistnya biasa2 jer.

dan satu lagi,kak Anis ni dia share resepi kek dia. aku rasa memang sama je resepi kek coklat. bukankah kasih sayang dan keikhlasan itu yang memberi rasa sebenar kepada kek tu. huhu..

ok itu cerita pasal kak anis.

dalam konteks meniaga online plak. aku rasa 1 bende yang paling penting sekali ialah ayat marketing korang.

ni 1 ayat marketing yang aku rasa bagus dan patot dijadikan ilham

JANGAN KELIRU!

Ramai yg mula2 nak beli n try Raudhah bertanya, Raudhah ni inner neck ke tudung sarung. Susah betul nak explain sebab terang2 dah nampak dalam gambar.

Okay, mcm ni sayang.

Raudhah ni function 4 DALAM 1.Material Raudhah is Soft lycra dan bukan cotton lycra yg biasa org buat inner neck..

PERTAMA, Raudhah saiz L atau XL ni kita sarung cap cus keluar beli kicap dan ikan kt kedai.

KEDUA, Raudhah L kita buat INNER NECK sbb dia sgt soft dan sejuk mcm ada ekon bersuhu 16 darjah celsius dlm tudung..Labuh lak tu boleyy la dada korang bila shawl jarang.

KETIGA, Raudhah XL bkonsep READY SOLAT!Sarung dan pinkan belakang spya x jatuh.

KEEMPAT,Raudhah XL ni berdagu.. Boleh la korang jadikan dia tudung untuk menutup chin yg berlapis.Baca habis sebab penat explain.Heeee.So jangan nangis tau klo dah sold OUt! 90% dah terjuall


hah,lepas baca. mesti tertanya-tanya macam mana lah inner neck ni. hah kalau nak tahu lebih lanjut pasal inner neck ni. cepat2 ushar ig eeraacloset atau whatsapp 0145223209 ok.


ok ni aku baru share 5% jer taw. utk uols yang serius nak tahu pasal ni.

WAJIB KLIK SINI

serious aku cakap,korang memang rugi kalau tak grab peluang ni.

semoga post ni bermanfaat utk yang mencarinya :)

Saturday, 2 May 2015

Komik Atan part 1&2 -by Ben Wong

Assalamualaikum.. sawadeekapp. anneyong. sobahal khair, ni hou maa,kabare waras.

pekabar uols? harapnya sihat,kat pj ni sokmo ujan petang2.hihi.

alkisahnya,rasanya ni review komik yang pertama officially by aku(mira).

buku atan ni dah lama kt pasaran. aku jer baru beli.

beli kat pbakl plak tu. fefeling shopping buku. haha apelagi baucer rm250 kot. perlu dimanfaatkan..

oh ya,sebelum masuk kepada topik sebenar kita. uols kenai dakk Ben Wong ni?

sebenarnya kannn.. aku kenal taw abam Ben ni..yang sedihnya  dia jer tak kenal aku..huhukkk.*lap air peluh haha. air mata buat apa nak lap,tak mengalir pon.

Ben ni,beliau merupakan seorang pelukis komik. and the only one malaysian yang menang anugerah manga award tahun 2007. eh betol ke ape aku tulis ni? hmmm,rasa cam dah betol.hihi. Ben ni chinese taw. bukan mat salih. kan ada Wong kat belakang nama tu. aishh..

aku plak,baca buku dia since darjah 6 kalau tak silap. masa tu tahun 2007. *thun dia menang anugerah.. dan aku baru tahu pasal tu masa aku dah berumur 20 tahun.haha.(alamak dah dewasa aku rupanya tapi still baca komik.hehe).

agak2 umur dia berapa eh? aku rasa dah nak masuk 30 kot. tak pon dah 30 lebih.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku atan ni,story dia pasal atan. first aku tengok cover buku ni nama atan,aku tak terpk pon nama kerbau.  atan ni nama panggilan orang kampung. betoi dak?
tapi dalam buku ni,Atan ni nama lembu. eh tak,kerbau.~tetiba rasa nak makan daging kerbau.

zaman dedoluuu,kerbau ni kan kerjanya bajak sawah. masa tu mana ada jentera pembajak lagi.

kiranya kalau tak de kerbau ni,memang letih keriukk lah pesawah nak tanam padi. sebelum tanam kan kena bajak dlu. ~mintak maaf ya kalau ada salah info.

ok,Atan ni yang specelnya dia. dia jadi mber ngan anak tuan dia iaitu Hasbi since Hasbi lahir. lahir tahun yang sama plak tu. so kalau Hasbi 10 tahun,Atan pon seploh tahun gak ler.

cuma bezanya Atan ni kerbouuu, tumbesaran dia of coz ler lain kan.

Atan ni boleh dikategorikan as BFF lah utk Hasbi ni. mana nak cari wehh 'mber' yang simpan rahsia kau dan tak bocorkan walau sebesar zarah pon. 'mber' yang setia ngan kau,yang faham kau,yang tak pernah cari pasal ngan kau,paling penting yang terima kau seadanya! susah weh nak cari. 1 dalam infinity.

hah itu lah Atan. ade ke patot Atan nak dikorbankan. isk3 tak patot2. kalau aku jadi Hasbi pon,memang aku tak rela Atan diper'judi'kan.. uhuk,itu metafora je taw.

ending kisah dia biasalah misteri. aku rasa buku Ben ni,kisah ape je tak misteri. Le gardenie aku rasa misteri gak. the fishes jer kureng misteri sikit. yang lain aku tak ingat.

so far komik atan ni,aku enjoys baca. yang aku tak suka bila baca komik is. cepat sangat baca. baru seploh minit baca dah habis. lain dengan novel,baca 2 jam pon tak habis2 lagi. hihi.

yang bestnya komik ni,kita nampak terus gambaran cerita tu. lagi fefeling gituuu..

ok lah itu jer. Dont worry be happy Ben,aku always update karya kau tau. tak percaya? please lah percaya,i beg u... cumanya ada 1 je buku hang yang aku tak de iaitu innocent. tu komik lama kan,mana nak cari eh? nak sangat baca. seriously!

sebelum aku terlupa,buku ni bukan cerita pasal atan dan Hasbi jer. tapi ada lagi dua watak penting iaitu Anisah dan Aniqah. depa ni kembaq seiras. yang membezakan ialah tahi lalat.

aku tak leh bayangkan aku ada kembar seiras.. wuhuuu..


ok kalau dah kembar ni kan,even seiras muka and everythinglah tapi tang perangai tu mesti lain. kalau sorang pendiam,sorang lagi mesti kepoh. jaranglah dua2 kepoh.

kisah sedih bermula bila Anisah ni degil nak tengok kelip2 kat tepi sungai tu. sebagai kembar sejati yang berkongsi rahim ibu pada waktu yang sama. Manalah sanggup si Aniqah ni tinggalkan Anisah ni sorang2. kalau aku pon,tak sanggup. Biar mati hidup bersama. gituu..

tpi,entah macam mana,Anisah jer yang ditemui. Aniqahnya sudah hilang entah mana-mana.

oh ya,Atan ni mati bermaruah jugak akhirnya.dibaham buaya. tapi ben cakap kat dlm perut buaya tu xde pon aniqah.. ker Aniqah tu ade dalam perut buaya lain?

si Anisah pon satu,tak yah lah nak secret sangat. ingat bagus sangat ke hang buat orang tertanya2. cer bagitahu jer apa jadi kat Aniqah. huhu.. aku plak over lelebih.. hehe


oklah itu jer nak share pic sebenarnya tapi hmm. ada masalah plak. nanti ada masa aku update pic ya..

thankz taw sudi baca. i really appreciate it !

Friday, 1 May 2015

Pesta Buku 2015 Mieraeee

Assalamualaikum.

dengan ini,mira mengumumkan. tamat sudah jelajah pbakl bagi sesi 2015!

alkisahnya sepatotnya weols pergi pwtc tu hari sabtu 25/4 tapi disebabkan kekangan problem yang tak dapat dielak maka ia ditunda ke hari ini(jumaat 1/5/15).

seriouslt excited giler kottt pergi pwtc tadi. macam kanak2 yang dibawak ke kidzania.

makin aku excited nak pitam pon ada sebab tak makan apa2 daripada pagi. alas perut dengan air mineral plus 2 keping nuget yang berharga rm1.50! mahal kot. haha tp disebabkan lapar. aku beli jugak.

yang aku rasa nak melompat pabila penulis buku yang aku nak beli tu ada kat booth tu. makkk aiii heaven sangat rasanya.

penulis yang aku dah aim utk beli bukunya is

maya iris
ben wong(komik)
sara aisya
nami
fatimah syarha
farhan hadi

semua penulis kat atas ni memang aku excited sangat kalau dorang ada kat booth.


antara penulis buku yang aku sempat jumpa tadi is nami,fatimah syarha,farhan hadi,ain maisarah,siti rosmizah,ezani masterchef dan adelah penulis lain yang aku tak kenal namanya.

cuti sem ni memang kerja aku layan movie/drama korea,baca buku/buat biskut/kek dan kerja online...

aku memang dah serik nak kerja makan gaji lagi2 kat shah alam. aku rasa duit gaji aku ni cukup utk belanja makan aku.. baik aku duk rumah masak ikan/ayam yg beli kat pasar. sambil tu buat duit through kerja online. tenaga pon tak membazir. haha


plus kerja volunteering. sangat2 menanti peluang itu datang..

oklah itu jer. utk gambar akan diupload. or boleh singgah ke ig aku. nak tahu? lalalalalala