SHOPPING BUKU DISINI

Sunday, 24 May 2015

The Sumbs shah alam

Assalamualaikum. aloha

JJCM Time !! yeahh.

kali ni ke the sumbs.

utk yang belom tahu, the sumbs ni restoran Dr. Fazley Yaacob.

satu lagi restoran beliau iaitu suka sucre kat Cheras.

lokasi the sumbs ni kat seksyen 13 shah alam. alah area stadium shah alam tu.

kalo dari highway,masuk belakang petron.

ni kali pertama aku mai restoran ni. first assumption aku bila tengok menu.

ermm... nak try something new or the cliche one. haha

menu dia aku rasa the boom jugak. kalau ikutkan semua nak rasa .tapi apakan daya masa tu dah pekena tomyam.

disebabkan tak nak rasa rugi mai tapi tak makan apa2. so aku pon order grilled chicken chop. actually jarang aku order yang grill sebab aku suka yang oily. haha

abang aku order ayam mcm chicken chop. atas dia ada cheese. dalam ayam tu ada sos spagethi. sori sangatt. aku tak ingat nama menu dia.

adik aku makan chicken hunter. ayam digrilled. then sos dia sos spagethi.

mak plak makan nasi daging dendeng. while haziq makan mushroom soup je.. diet konon. hak tuihh..

yang bestnya the sumbs ni. semua menu dia dihidang dalam box ala2 box pizza tu.

fyi,sekarang ni orang baru ada kesedaran utk tidak pakai styrofoam. contohnya kat uia.. pembungkus makanan tu guna something like ermm. kertas. aku tak tahu nama spesifik dia apa. for sure UIA dah tak pakai styrofoam. tak tahu lah plak u lain macam mana.. hehe

berbalik kepada cara hidang kat the sumbs ni. aku memang setuju 100% dia guna box tu.

first,mudahkan customer utk tapau. tak yah nak panggil waiter utk tolong bungkuskan.

second,jimat bil air kedai. hehe ye dokk?

air sejuk pon dihidang dalam bekas plastik. air panas plak dlm cawan kertas mcm kat kfc tu.

best lah makanan dia. yummmy. aku rasa kalau ada kesempatan next time. nak try mende lain plak ..hehe

tak mahal ke mira oii? restoran retis tuu.. juara masterchef lagii..

haha rilek-rilek. kalau korang menabung sehari rm2. seminggu rm14.boleh makan satu makanan and 1 air. kalau korang menabung selama sebulan. boleh makan 4-5 lauk. banyak apa

konklusinya kat sini,harga dia sangat berpatutan dengan portion makanan. korang order satu lauk je pon dah cukup buat korang kenyang.

grilled chicken chop yang aku makan tu baru rm10.50. ok lah. standard price utk kedai makan kat shah alam.  tak delah macam kat sesetengah kedai tu kadang sampai rm15. konon kedai exclusive n lauk sedap. hakk tuihhh memang tak lama lah kedai camtu.

so utk warga shah alam atau warga luar shah alam. kalau korang jenjalan kat shah alam tu jangan lupa mai kat the sumbs ni ok. kalo idok memang rugi ler... hehe


akhir kata.. meh aku jamu mata korang dengan pic yang tak seberapa ni.

kalau pernah pergi,boleh share makanan apa yang korang makan dan komen sekali taw..

oh ya,utk sesiapa yang nak mira review makanan kat restoran uols. especially for restaurant area KL,SELANGOR DAN N9. boleh emel kat mira ok. eeraacloset@yahoo.com dengan tajuk JJCM mierayusof. family aku memang suka buat trip JJCM ni. sebenarnya dah banyak restoran yang kiteorang pergi hanya utk try makanan dia. cuma tak berkesempatan nak update sebab free review. kalo uols emel restoran korang. boleh lah aku review secara official. hehe ^^







1 comment:

  1. salam..sis nk tnya..kalau kita nk pos perfyme cm mne ya???pakai pos ape???dan boleh kew pakai kotak sendiri...kuantiti perfume dlm 15 botol????

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...