Sunday, 28 June 2015

Pre ushar IIUM kuantan

السلام عليكم

pernah tak.. bila ko ngah wat keje. tiba-tiba mak ko kol n hbaq mai yang ada orang mrisik ko. n ko plak masa tu maybe dah gian sgt nk mnikah or kecewa baru lepas putuih cinta terus setuju.

masalahnya ko tak kenal langsung lelaki tu. sesaat lepas ko terima. ko rasa cam nyesal. entah2 laki tu penagih dadah ketegaqq . naya ko hahaha.

so bermulalah episod ko ushar bakal tunang kau. stalk sana stalk sini korek sana korek sini spy sana spy sini.

ok aku rasa contoh yang aku beri ni macam lari dengan topik yang aku nak sampaikan.hehe maaf yer.

alkisahnya. at first aku memang tak nak ambil tahu langsung pasal uia kuantan. suprise gituuu. konon-kononya. hahaha. supriselah sangatkannnn.

tapi.....

semenjak 'terkantoi' yang aku tertengok offer letter aku. kiranya aku dah tahulah aku akan ambil degree apa  nanti. fikiran aku ni macam dah melayang-layang kat UIA. yelah,nantikan kita nak 'bersama' selama 4 tahun. takkan tak nak ushar langsung sikit2 kan. hehe

biarlah rahsia aku ambil kos apa. yang aku boleh bagitahu. aku under kuliyyah of Science(KOS). yelah aku kan dah tukar kos masa asasi dulu. daripada asasi engineering kepada asasi fizikal sains. dahla aku tukar tu masa sem terakhir aku kat asasi pj. last minute decision! choii jgn ikuttt macam aku.

reason aku tukar kos? nak tahu tanya depan-depan hokayy.malas aku nak mengarang panjang berjela.

ok sambung2. alkisahnya aku pon stalklah blog akak n abam sado a.k.a senior aku. ternyata dorang pon jenis rajin hapdet blog. nice! i like it!

sewaktu aku menulis ni. 100% aku belom pernah jejak kaki kat UIA kuantan ni hokay. so semua ni cuma teori. so uols just wait lepas aku tawe nanti. kaw2 aku hapdet . hahahahahaha

oh ya,utk member2 aku yang duk kat kuantan. nanti kalau nak hangout PLEASE ajak aku okay!


ok jom kita ushar sama2 pic UIA kuantan.hihuhu excited plak kak tonnn.



main gate. lebih kurang mcm uia gombak.


masjid sultan ahmad shah kuantan. subhanaAllah cun giler permandangan. ala2 kat DQ






i'll be here for 4 years. aku dan kuantan berpisah tiada ahahaha



 bebudak pandai otak geliga ada kat sini. hihuu bakal doktor lah katakannn. serius ni bukan passion aku. so jgnla asyik tanya awat aku tak amik medik.




kuliyah akuuuuu. im comingggg! dengar cerita ada mahallah depan kuliah ni. hope itu mahallah aku nanti. weeehuu


lepas ni kalau aku sakit gigi. senang dpt rawatan percuma weehuu

last but not least,aku kan berniaga kecil-kecilan. yelah utk cari duit saku. takkan dah besaq panjang nak harapkan mak lagi hulur duit. bermula dgn dropship. dgn modal yang kecil.aku start jual. means aku sendiri yang packing barang and post kat customer. tapi dah bulan 9 ni aku dah nak smbung degree. aku rasa its posibble utk aku berniaga mcm skrg. so aku kena wat clearance stok cecepat sebelum masuk. lagipon aku rasa jadi dropshipper lagi senang. tak perlu susah2 nak packing dan post barang. ambil order jer. sambil baring pon boleh buat duit. pss,ini BUKAN MLM yer. hahahaha

yet,still kena jadi dropshipper. yelah itu jer sumber duit saku aku weh.

btw,masyuk ker berniaga through dropship jer? serious talk! tak delah masyuk sgt. sgt mustahil utk dpt rm10k sebulan. tapi kalau ada rezeki. ko boleh dpt rm300 seminggu. ikut rezeki kau ler. jadi dropship ni senang jer. ko promote barang2 supplier kau. pastu kalau ada cust yang berminat nak beli. dia akan bayar kat kau harga runcit. contohnya rm100. dan kau cuma perlu bayar rm80 jer kat supplier kau. so kat situ kau dah untung rm20 utk 1 barang.

rekod terbaik aku as dropshipper ialah aku berjaya jual jubah kurti sebanyak 70helai hanya dalam tempoh 2 bulan. ok lah kan. 1 jubah untung dalam rm10-15. so pandai2lah kira. hah duit untung tu ler aku buat belanja kat hostel,shopping barang2 peribadi,hangout,byr bil wifi,cukai pintu pon aku yg tlg bayarkan,dan paling latest kukorbankan duit saku aku utk fly ke sabah next week utk misi kemanusiaan.

doakan semoga urusan aku kat sabah nanti dipermudahkan. semoga aku bangun sahur awal pukul 3am.yelah sana kan subuh awal pukul 5. ingt lagi masa kat brunei ritu aku solat subuh pukul 6.hahhaha ntah2 dah masuk waktu dhuha. yelah kalo kat semenanjung pukul 6 tu awal lagi tp pukul 6 kat sana dah cerah .

oklah itu jer. bulan 9 nanti aku update lgi okay

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...