Thursday, 9 July 2015

Selangkah ke hadapan

السلام عليكم

izinkan aku mencoret kenangan ini sebelum ia terhapus daripada memori sementaraku ini. aicewahh ayat tak leh blah hihihi

alkisahnya 8/7 result offer letter telah pon dikeluarkan.  Ni utk ex student uia jer. utk yg isi UPU tu aku tak tahu keluar bila. sorry.

alstorynya..Mak aku semangat betul nak tahu anak dara dia ni dapat kos apa.

cek2 UNSUCCESSFUL. seriously SPEECHLESS. tak tahu nak cakap apa. buat rayuan jelah gamaknya. itulah result cukup2 makan jer.

jap2 sebelum tu, ada ceghita lain yang menjengah tau,masa tengah bulan jun tu,rupanya budak2 medik n the geng dpt offer letter awal. aku plak gatai nak tengok  jugak. sekali tengok ambikk nookk kauu. Dpt third choice iaitu bachelor of mathematical science. hah itulah sapa suruh terer math hahahhaa. aku sebenarnya mcm tak berapa rela dpt kos tu kuikuikui


tapi serious talk result aku memang hambar. aku rasa kalo kat matrik skrg ni komfirm dapat kos lelong. tak percaya? please percaya.. tapi tak pe. Result pon ujian dari Allah kan. kita dah berusaha yang terbaik. apa yang kita dapat itulah yang terbaik utk diri kita. Aku redha dengan result aku sebab aku tahu ada yang lagi susah hati dengan result dia.



ok sambung yang tadi tu. Mak aku dah kalut sbb aku tak dapat offer. aku dah la speechless. tak dpt offer satu ujian. kalau dapat offer pon satu ujian jugak.

So aku cakap kat mak. mak rileks ok. nak buat macam mana dah takde rezeki yah sambung degree. Masalahnya skrg ni kalau aku x dpt,aku nak sambung mana lagi. sistem kat UIA ni bukannya sama mcm u lain. Bukan tu jer. duit. mana nak korek duit woii. memelah ptptipu ada tapi erm tu last choice ku.

Aku dah agak mak aku mesti kaitkan result aku yg sbbkan aku x dpt offer. nak buat macammana dah Allah tetapkan macam tu. siapa aku nak ubah. Aku redha,semua ni ada hikmahnya.. yang penting lepas ni aku kena buat lagi baik.


Pon bagaimana walau, pkul 6 lebih tu. aku saja try bukak balik portal tu. Alangkah terkezuttnya. resultnya bukan lagi unsuccessful. Malah aku dioffer kos yang aku tak expect. Memang kos tu yang aku harap2kan semenjak aku  masih dlm asasi engineering.

salah satu reason aku tukar kos daripada kos engineering kpd kos fizikal sains ialah aku tahu jiwa aku tak attach dengan mana2 major engineering except 1 major ni. Memang aku target 1 tu je.

Aku rasa korang pon boleh pk  yang aku tak match utk amik mechanical,electrikal apatah lagi aerospace. Masalahnya sekarang,dengan result aku yang hambar tu dan cita2 aku nak kos yang jadi rebutan ramai. aku rasa nama aku memang terkeluar awal2.



Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku utk tukar kos. Rupa-rupanya Allah bagi jalan kat aku utk aku gapai apa yang aku nak. Mungkin itu yang terbaik utk aku.

Disaat2 akhir aku isi borang tukar kos. dan officially last sem aku di CFS IIUM,aku bergelar student asasi sains fizik,bukan lagi engineering.

Cerita time apply for degree tu. Aku tanya Muni,aku patot apply ikut yang aku minat atau ikut yang aku layak(ckup syarat). Muni pon sarankan supaya aku utamakan yang aku minat. Aku pon rasa camtu,dikhuatiri aku lagi kecewa sbb dpt kos yang aku layak tp aku tak minat sedangkan tak mustahul aku leh dpt kos yg aku x brpe layak tp minat. hah tak faham sudaa.


Dengan redha dan pasrah dgn segala ketentuan,aku isi form tu ikut gerak hati aku. walaupon aku tak tahu langsung apa hasilnya nanti. apa pon yang keluar,aku akan terima dengan hati yang terbuka. acewahhh.


Alhamdulillah sgt2. Aku selalu ingt pesanan lecturer aku utk PUT YOUR TRUST IN ALLAH !


Subhanallah,Memang terbukti nyata kuasa Allah tak dapat ditandingi sesiapa sebab Dialah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui.


masa result keluar semalam, aku bukan lagi dpt offer third choice aku. Malah aku dioffer dgn first choice. Aku tak menaruh harapan yang tinggi pon sebab tak nak kecewa kalau tak dapat.

Aku rasa hinaa sangatt sebab aku hamba yang  TAKtaat sgt pon tapi Allah still sayang aku.  Rupanya Allah nak bagi yang lebih baik daripada yang aku sangka. Alhamdulillah wa syukurillah.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku selalu setkan. Semua ni kerja Allah,dah tertulis kat luh mahfuz apa yang akan terjadi. oh ya cakap pasal ni aku teringat video  pasal Dr. Zakir Naik. Ada sorang sister ni tanya kat dia. soalan dia macam ni.

KALAU SEMUANYA ALLAH DAH TENTUKAN. SO KAT MANA HAK MANUSIA UTK MEMILIH?

hah nak tahu jawapannya boleh tengok video kat bawah. tengok dua tiga kali taw supaya korang hadam betul2 apa yang dr. zakir naik cakapkan tu. Aku double percent setuju!





ok lah itu jer. aku sertakan gambo sebagai kenang-kenangan. hahahaha



offer letter yang invalid. lulz 

waktu  apply for degree. actually utk dak sains fizik ada 3 choice jer iaitu fizik,math n applied chem. tp aku gatai letak kos utk budak biosains. alhamdulillah dapat. meme nak pon. cuak gak sebab dah lama tinggai bio. hihu





so InshaAllah aku akan further dlm biotech. seriously tak fikir pon nak kerja apa. hahahaha tengok keadaan semasa kot. Sebenarnya aku dah lama tawar hati nak kerja makan gaji. Hati aku macam dah tertarik nak buat kerja volunteer ni. Medium pon dah ada and aku pon dah mula berjinak2. Aku hanya merancang,Allah yang tentukan. Kita tunggulah beberapa tahun lagi. Yang penting dengan kos yang aku ambil ni,aku boleh berkhidmat kepada masyarakat. Inshaallah aminnn.

Doakaan aku ya. tenkiu semuaa. ada jodoh kita jumpa okay. jgn lupa tegur yaa.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^