SHOPPING BUKU DISINI

Friday, 28 August 2015

Bina badan VS bina iman

السلام عليكم


Aku terbaca 1 status pasal ni and terfikir jugak lah kebenarannya.


Oklah nak story sikit.

Alkisahnya 1 hari ni,aku singgah 1 masjid kat sek 9 ni. depan masjid tu ada gym.

Dan aku singgah masjid tu utk melunaskan hajat yang terpendam gituu hahahaha.

Sambil lalu tu,aku jeling-jeling lah sikit kat bahagian lelaki. Bukan utk ushar yer. Tapi utk tengok ramai mana jemaah lelaki. Kalau jemaah perempuan sikit aku tak kisah sangat sebab perempuan kan elok solat kat rumah.

Hmm, not bad lah. Hampir 70% saff penuh. and macam biasalah time tazkirah. Bukan semua dengar. Ada yang menyandar main fon. Tapi tak tahulah dia hadap fon tu utk baca almathurat or something else. hahahahaha.

Teringat plak masa kat sabah haritu. Kan aku pergi pedalaman sabah. kat kg Kinandusan,Waang and 1 lagi tak ingat. Masa tu ramadhan. Lepas solat maghrib macam biasa ada tazkirah and lepas isyak baru terawih kan. Lepas solat maghrib sampailah habis solat isyak. TAKDE sorang pon yang angkat kaki kebelakang  utk lepak-lepak melainkan utk  amik wudhu yg terbatal.

Dan lepas solat teraweh tu ada sedikit talk dari wakil MC. Masa tu pon si kaum hawa takde sorang pon yang lipat telekung! semuanya duduk kat saf masing-masing sampailah semuanya selesai. Seriously tabik springg ahh!


Ok kembali ke cerita aku di masjid tadi. Masa aku pergi  masjid tu,masa tu tengah ada tazzkirah.

Lepas tu mak aku tegur lah. Ni yang kat gym ni time maghriblah duk bina badan kat gym.


Pastu aku nyampuk. yang kat gym ni lagi bagus. 2 in 1. disebabkan gym ni depan masjid. So sambil dia workout,sambil dengar tazkirah.. Yelah kan kalau kat masjid,ada speaker sampai luar pon boleh dengar.

Masalahnya kau kat dalam gym. Kalau gym tu fully tutup dengar ke tazkirahnya.

tak salah nak pergi gym bina otot. Tapi jangan lah tinggal solat berjemaah,solat akhir waktu semua. Pergi gym tu lepas isyak ke ok lah jugak kan. ermm aku pon tak tahu korang selalu g gym pkul berapa. Tapi kat sek 7 ni aku tengok pkul 10 mkin rmai yg mai gym hahahahahaha.

So kat sini,aku rasa boleh muhasabahla kott yang perlu diutamakan...

BADAN @ IMAN?

Oh kaum adam, badan kau sado macam the rock pon. Biar balance eh niat tu nak bina iman disamping bina badan.

Oklah tak pon camni. sambil kau workout tu,kau dengar asmaul husna ke,zikir terapi ke dll. Ada jugak manfaatnya kannn..hihihih

Aku mintak maaf kat kau kalau rasa aku menyampuk hidup kau ke ape. Sorry ek.

Bagi aku as pompuan,pergi gym bagi sihat jer sudahlah. Kalau nak ketul-ketul pon,jgnlah besar sangat kay. takot aku tengokk. macam gengster plak. hihihihihi chill beb.

Ni luahan dari kaum hawa. Aku wakilnya. Sesado mana pon kau. Sekatang mana pon kau. Kalau iman tu macam bateri kong. Jangan nak mengidam sangat nak perempuan solehah bidadari syurga. Aku rasa better charge dulu iman tu. Jadilah abang sado yang beriman ekk.

Ok kat sini aku tak nak korang pk aku nak solehah sangat. Aku ni pon macam korang jugak. banyak dosa. Tapi tak salahkan saling mengingati.

Kalau aku buat silap,kau tegur aku. Kalau aku degil,kau tegur jer. Bagi jer ayat sentap aku tak kisah. Asalkan  itu utk kebaikan aku.


Ok itu jer. Jom bina badan !

eh tak,bina IMAN.


iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa ia tak dapat dijual beli ia tiada ditepian pantai walau apa pon caranya juaaa engkau mendaki gunung yang tinggi engkau merentas lautan apiiiii namun tak dapat jua dimiliki jika tidak kembali pada Allah ^^

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...