SHOPPING BUKU DISINI

Thursday, 20 August 2015

Cara buat Poster simple dan menarik tanpa guna photoshop

السلام عليكم

hai. Sharing kali ni aku takkan ajar satu2. aku hanya bagi cadangan jer.

Khusus untuk kaum hawa. Aku faham tak ramai antara kita yang kreatif. dan tak ramai yang reti guna photoshop. Aku pon hairan. Wajib sangat ke guna photoshop utk buat poster? kalau tak guna,nak guna apa lagi?

for dummies,aku sangat-sangat sure mesti pening nak guna photoshop.hahahaha aku pon sama pada mulanya. Hakikatnya tak susah mana pon guna photoshop ni. Search je blogger yang ada buat tutorial photoshop ni. setel sudah!

Yet, aku harapkan korang janganlah terlalu bergantung kat photoshop. Sebabnya bila terlalu bergantung, korang akan jadi terlalu kritikal bila design something.

In this case,kalau nak buat poster. Selain daripada guna photoshop. aku nak syorkan alternatif lain, Korang boleh guna adik photoshop iaitu PHOTOSCAPE.

Photoscape ni lagi simple jer apps dia. tak sedetails photoshop.

So bila korang nak buat poster using photoscape. secara tak langsung fikiran ko tak jadi kritikal sangat. hehehe.



antara things yang ada kat photoscape ni ialah korang boleh printscreen page yg korang nak. boleh pilih sama ada nak capture full screen,window,region or repeat last capture.- alternatif selain guna button PrtSc kat papan kekunci.


kalau nak buat poster aku sarankan guna editor. mende yang ko kena titik beratkan utk buat poster yang simple dan menarik ialah background mesti cantik,font yang sesuai dan location word. 3 ni jer basicnya. selain tu kau kena 'main' dengan opacity jer.

tapi part font tu,memang tak banyak sangat choice compared to photoshop.

then,kalau nak buat macam kat bawah ni.


senang sangat. juz klik kat animated GIF. juz select pic and done!


kalau nak  buat pic collage lagilah senang.



ada banyak lagi function photoscape ni. boleh lah download yer



ni contoh simple poster guna photoscape. ada banyak lagi poster yang aku buat utk kelab2 yang aku join kat cfs dulu . tapi dah hilang mana entah. some pics ada kat my ig. bolehlah scroll yer sampai bawah2 nunn


kalau yang dah mahir guna photoshop tu. guna lah photoshop yer.

photoscape ni utk yang malas2 dan tak berapa pandai macam aku ni. hihih.


so lepas ni,oh kaum hawa a.k.a kaum sejenisku. kalau ada yang suruh korang utk buat poster. Silalah volunteerkan diri anda. Jangan takot.

ada 1 kisah ni. waktu first time aku diberi tugasan  buat poster ni.

ada sorang bro(exco kelab ****) panggil aku n cakap aku terpilih utk jadi comittee 1 program ni.

and aku ditugaskan utk buat poster. Masa tu haram jadah aku tak reti,tak pernah dan tak tahu langsung buat poster.

Tapi,entah macam mana boleh plak aku setuju utk tugas tu.

Balik bilik jer. hah mulalah kalut guana lah aku nak create poster. dah lah tak pernah buat. n utk pengetahuan korang,masa tu aku guna notebook je. manalah boleh install photoshop. kann? ke boleh sebenarnya? aku je tak reti download? sebab kat laptop dulu boleh jer. ok lupakan.

so masa tu aku hanya ada photoscape jer. so berbekalkan takde ilmu ni, aku try and error je buat poster. last2 siap jugak. tanya roomates ok ke idok poster ni. dorang cakap cunn jer.

esoknya ada meeting. Dorang semua terkejut sebab poster dah siap. aikk baru bagi petang semalam,malam ni dah siap? hah macam tu ler respon dorang.

Rupanya baru aku tahu. Ada sorang lagi brother yang diassign utk buat poster. dan bro tu tak siap pon lagi poster dia. Aku jer advance sangat siap. Dah bro yang bagi arahan tu cakap kalau boleh malam esok dia nak tengok poster tu. aku pon apa lagi..

then Dorang tanya,guna photoshop ke?

aku dengan blur2 jawab yang aku guna photoscape jer. alahai apps cikai jer nak dibandingkan dengan photoshop. huhu.

Yang penting sekarang ni kerja aku siap on time. hahahahahahah

since tu aku dah berani sahut cabaran buat poster guna photoscape. Simple and nice.


tapi sekarang ni aku tengah tunggu masa nak guna photoshop plak. tunggu lepas beli laptop.

FYI,sampai sekarang aku still guna notebuk tokwan. hahahahahaha 

masalahnya aku ni memilih. laptop nak yang mahal2,mak cakap kumpul lah duit beli sendiri.

so kat sini,sesiapa yang ingin menyumbang. dialu2kan.

boleh pm aku yaa. Aku pasti manfaatkan duit sumbangan korang utk beli laptop aku. ^^

ini serious okay. dengan masalah kewangan kat malaysia yang makin teruk ni.

family aku pon terkesan wehh even aku kategori sederhana jer.

ok sampai sini jer.

akhir kata. sesiapa yang memerlukan khidmat designer tak bertauliah dan perlukan orang utk buat poster urgent. boleh contact aku okay.

murah2 jer servis aku ni. siap dalam masa 48jam.

so cecepat emel ke cikmira23@ymail.com utk tempahan.

pastikan bagi details dan theme yang korang nak. dan paling penting. jangan cerewet!

bagi mengelakkan aku buat kerja yang sia2. sebab ada kes baru2 ni,ada minah ni dia mintak designer ni design something. and designer ni dah design n bg 3 draft. minah ni tak suka dgn design tu. bila designer tu mintak bayaran. dia taknak bayar. walhal buat draft tu pon dah dikira servis taw.

ok itu jer. sekiann. maaf panjang






No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...