Wednesday, 19 August 2015

Hemi dan Nelly

السلام عليكم


Alkisahnya. Pada bulan 4 yang lalu, Aku dikhabarkan ada binatang peliharaan kat rumah aku ni. Almaklumlerr rumah kechik jer. So tak leh lah nak bela kucing as tak semua ahli dalam rumah ni volunteer utk cuci taik n kencing dia nanti hahahaha. Tapi masa tu kalau aku balik,mesti Haziq akan bawak balik mana2 anak kucing kat rumah. Memang kadang tu kena marah ngan mak sebab kucing tu berak merata. tapi apa nak buat. hahahaha

ok sambung semula. Binatang tersebut ialah HAMSTER.

masa aku tahu tu,aku still kat kolej. so cuma dengar berita je lah hamster berak atas ipad lah. kencing atas bukulah. aku pon terimagine hamster tu kucing. walhal hamster tu kecik giler kecik lagi dari tapak tangan aku ni haahahaha.

ok then masa tu ada sekoq je yang jantan ni namanya Hemi. aku masa tu manalah pernah pegang hamster ni . so ada la takot2 sikit.

dalam bulan 5 camtu. abang aku beli lagi sekoq yang betina. Nelly namanya.

eh tak. masa abang aku beli tu. dia beli sepasang terus. abang aku jaga yang jantan. awek dia jaga yang tino. tapi entah acaner abang aku yg jaga dua2.

disebabkan aku tengah cuti so aku jelah yang 24 jam ada kat rumah. makanya aku dengan tak rasmi menjadi mak bapak si neli and hemi ni. aku lah yang bagi makan,aku lah yang tukar semua2 nya.

oh ya,menurut mak aku. nama dua ekoq ni diberi sempena nama abang aku and awek dia. kuang3.

so aku pon ada la terpk kalau aku ada balak,why not aku pon nak ada jugak hamster utk aku and balak aku ni. tapi malangnya Im still single till now. hahahahahah

nak dijadikan ceritanya, si Nelly ni makin hari makin gemuk and makin manja woii! Makin suka aku gomol2 si nelly ni.

Nelly ni sekarang memang sangat2 mesra manusia. ko pegang je dia. dia akan terlena kat tangan kau. tapi haiwan kecil ni dia sensitif. kalau dia tidur. mudah terjaga.

si hemi sampai sekarang tak mesra. bila pegang je mesti menggelupur.

cerita sedihnya ialah skrg ni nelly and hemi dah tak sehaluan lagi. pantang temu je mesti gaduh. sampaikan jari aku pon pernah digigitnya sampai berdarah woii. seriau gak masa tu takot ada virus ke ape. tapi ok je rasanya hahahahah

aku rasa sekarang ni aku dah suka bau hamster. ko bayangkan manusia kan ada bau badan. hamster pon ada bau dia sendiri. aku selalu cium2 dia. hahahaha harap2 xde virus. sebabnya hamsterkan haiwan yang bersih. tak macam tikus. faham2 je lah.

akhir kata aku nak hadihkan pic nelly and hemi.






















No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...