Wednesday, 19 August 2015

Hina ke asasi dua tahun?

السلام عليكم

rasanya sebelum ni aku pernah post pasal asasi dua tahun ni.

Lately, banyak suara-suara sumbang yang pandang rendah kat asasi dua tahun ni. Masalahnya sekarang ni aku dah lah ex asasi 2 tahun kat UIA dan orang tu cakap mende kat bawah ni depan aku. depan aku woii. Kalau ikut perangai jahiliyah aku ni memang nak sound jer.


" Rugi lah asasi 2 tahun. Orang lain setahun jer"

"Kalau belajar betul-betul mesti boleh finish by one year"

"Baik amik diploma jer"

Macam-macam lagilah suara-suara sumbang.

Respon aku dalam hati. What the jelly fish!

Tolonglah respect sikit. Jangan nak mempertikaikan something yang kau tak lalui dan kau tak tahu pon kenyataannya menghadapi 2 tahun asasi.

Masuk U bukan untuk dapat dekan semata-mata. Tapi pengalaman tu yang kita nak. Alhamdulilah sepanjang dua tahun ni, Aku pernah jadi comittee kem ibadah,TaWe,ENGENIUS and kelab2 lain punya program dan paling bagi aku kenangan dan pengalaman terbaik ialah menjadi fasilitator study circle selama 3 sem berturut2. For those yang tak tahu,Study circle ni compulsary okay utk yang dapat.

Serious talk,aku tak rasa rugi langsung ambik 2 thun asasi ni. what the cat kau rasa rugi menuntut ilmu lama? ohh yang kau bercinta sampai 10 tahun tu tak rasa rugi plak. Dari perspektif lain,cuma MASA jer lah yang rugi. Tapi,alahai betul ke rugi? dengan ilmu pon kau nak berkira dengan masa?

Bagus sangat ke?gah sangat ke kalau masuk degree time 19? yeahh meme lah nampk muda. but itu rezeki masing2kan. Aku ada rezeki aku sendiri yang Allah dah tetapkan. Dan aku redha dengan apa yang Allah dah tetapkan utk aku.

Bukankah Allah beri apa yang kita PERLU,bukan apa yang kita MAHU. so what is the problem then? bak kata 1 title rancangan tv tu. Aku yang belajar lama,kau yang panas bakpe?

Last but not least, Prinsip aku for now till forever.

PUT YOUR TRUST IN ALLAH !

kau belajar lah sekejap mana pon. Kalau kau tak trust yang Allah yang bagi kau result dekan tu. No point kau belajar. Kau dah jadi bongkak secara tak langsung dengan menggangap apa yang terjadi adalah kerana hasil usaha kau sendiri. KAU SALAH BEB! yaa memang kau work hard for it yet kejayaan kau tu kau dapat dengan IZIN ALLAH.


Akhir kata, aku yakin dengan 1 prinsip ni jugak iaitu kalau nak Allah mudahkan urusan kita,firstly kita kena mudahkan urusan orang lain. kalau kau percaya ni,inshaallah memang urusan kau akan dipermudah as prinsip put your trust in Allah.

Aku nak mintak maaf for those yang aku dah cop annoying. Pantang betul aku dengan orang yang suka sangat komplen komplen komplen pasal hdup orang lain. Jangan suka jaga tepi kain aku ok. Kain orang lain takpe. btw,aku pakai seluar wakawaka sorry hahahah

chill beb. sekian wassalam.

p/s: utk adik2 yang dapat asasi 2 tahun tu. kalau kau rasa rugi masa. kau salah der! meh sini aku brainwash kau. Percayalah,setiap yang berlaku ada hikmahnya. tak gitu kak tonnn?

oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi .


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^