SHOPPING BUKU DISINI

Saturday, 22 August 2015

KOMRAD CINTA- NAMI COB NOBBLER

السلام عليكم

Seperti yang ku janjikan. Akan kureview novel ni.

Tajuk - Komrad Cinta
tebal - 206mukasurat
harga pasaran-U.K $4.00 rm22.00 ( rm5.5 : $1)- sekarang ni (rm6:$1) isk3.
terbitan- Neon Terbit
novelis- Nomy Nozwir(nama sebenar),nama glamer Nami.


FYI,buku terbitan Neon Terbit ni tak de kat kedai2 buku seluruh Malaysia. Reason? rasanya boleh tanya sendiri CEO syarikat ni. hihi. So kalau nak grab buku ni,korang gugel je lah Neon Terbit.

Sorry buat masa sekarang aku tak de plan lagi nak jual buku2 Nami ni. huhu


Sinopsis:

Shahrol seorang wartawan Dia mempunyai makwe cun bernama Fariza yang baru sahaja curang terhadapnya. Pada suatu hari Fariza dan pakwe baharunya mati...


Done sinopsis yang ada kat buku.

Masa aku baca sinopsis ni,tetiba ak terfikir,kalaulah  dimasukkan sinopsis ni kat dalam karang spm ok jugak. Alah kan  part karangan tu ada 5 pilihan dan salah satunya mesti cerita. sama ada dia bagi ayat intro atau ayat ending.

So utk adik2 yang nak ambil SPM tu,boleh lah cuba buat karangan berdasarkan sinopsis diatas yer and then emel kat aku cikmira23@ymail.com. aku pon nak jugak baca karya kreatif korang hahahahahaha.


Ok,macam biasa. Sinopsis versi Mira plak.


Alkisahhh taibbbb. Ada sorang mamat ni,Shahrol nama diberi,ditakdirkan mempunyai awek cun. Bila ditakrifkan awek cun tu,aku akan refer kepada artis2 yang cun2 macam emma maembong,Saleha,Fazura dll. haha.

Then,,inilah masalahnya bila korang ada awek/pakwe cun/hensem. Risiko untuk pasangan korang curang tu of koz ler lagi tinggi. Lagi2 bila dapat makwe or pakwe yang mementingkan rupa dan harta. Nak buat macammana,Islam dah ajar kena dahulukan agama. Dah korang dahulukan yang lain,pandai2lah tanggung akibatnya. huhu sorry bertazkirah plak hahahahahahahahahahahahahahahah


Yang jadi kecohnya dalam kes Shahrol ni. Tetiba ex gf and penyailang ni mati dibunuh. Both mati. Aku rasa Shahrol boleh je jadi saspek utama atas rizen dendam kesumat gituu. Sekarang ni pon banyak kes perempuan/lelaki bunuh lah,kelar la,mcm2 lagilah dorang buat kat ex yang tinggalkan.

Aishh rilek brother,rilek sister. Move on la beb! Chill.

Kumbang berjuta-juta. Bunga pon berbilion juta. So takyah lah mengharap pada yang tak sudi. Cari jer yang baru,yang sudi terima kekurangan diri.

Oh ya,Shahrol ni dia saksikan sendiri pembunuh Fariza and bf baru dia. Lelaki tu Killjoy namanya.

Killjoy ni seorang penjaga cinta(laahhh sangattt hihu). Dia akan bunuh sesiapa jer yang mencemari cinta.

Setelah setel Killjoy bunuh dua orang yang tak sempat bertaubat tu. Killjoy ajaklah Shahrol ni join team dia.

Shahrol yang masa tu still terkezut dengan kematian tu. Setuju utk join.


Maka dari detik itu. Bermulalah misi loss weight . hahahaha takdelah. Bermulalah hidup Shahrol sebagai seorang komrad cinta.

Kat kem tu,Shahrol ni dijaga oleh seorang komander Double E. Perempuan yer.


Bila hati sunyi tanpa cinta. Dan ada someone plak yang hulurkan cinta secara tak langsung. Siapa tak nak wehh.

Dalam diam Shahrol ni jatuh hati kat Double E ni.

Ehem.. aku rasa sampai sini jelah sinopsis aku. rasa cam dah banyak plak tercerita.

hah meh aku timbulkan persoalan sikit biar korang eager nak baca buku ni?

- selama-lamanya ke Shahrol jadi komrad cinta ni?
- takkan Shahrol tak rasa keburukan komrad  ni? main bunuh jer sesiapa yang curang. tak adil beb.semua orang pernah lakukan kesalahan dalam hidup dorang and kita ni siapa utk hukum ?
- Adakah Double E ni pon ada hati kat Shahrol?
- Apa yang ada kat double E ni sampai Shahrol jatuh hati?
- kemana menghilangnya Killjoy?
- Apa yang Shahrol bila join kem ni?
- Adakah Shahrol akan cari makwe baru?
- Shahrol oo shahrol


ok itu jer.

AMARAN: LELAKI/WANITA YANG BARU PUTUS CINTA DILARANG BACA!

bukan apa,aku risau korang terikut-ikut kisah buku ni. Iyelah,normally bila ngah frust putus cinta ni,lagi2 sebab cinta disailang. Memang out of control sikit kann. Kalau dah terbeli tu,baca bila korang dah dapat awek/bf baru. Or aku sarankan,yang dah pernah putus cinta tu. TOkseyyylah weyy duk sibuk ngorat anak dara orang. kalau rasa berkenan tu,masuk jelah minang. Jangan duk buat dosa,ko kapel lama2 pon tak guna. Clash jugak akhirnya. Kalau jadi kawin pon,aku jamin korang ada masalah rumahtangga yang lagi kronik drpd orang yg cnta lps nikah.

Bak kata siapa ntah tak ingat, Bila cinta sebelum nikah ni,yang kita nampak semuanya kebaikan,dan semua mende2 sweet(jalan berdua,tgk wayang,pegang tangan or lbih dri tu) which is supposely korang buat lepas kawin tapi korang buat sebelum kawin. Semua tu kan HARAM. So apa kau expect b4 kawin kau dah buat perkara haram ngan pasangan kau. then kau kawin ngan dia, kau rasa diredhai ke perkahwinan tu?

ok sorry cakap over plak walhal aku tak kawin lagi. hahahahahahaha . But,aku cakap ni from perspektif aku. Mungkin perspektif aku dan kau berbeza. Aku cuma share pandangan aku jer.


last but not least, aku bagi 4 bintang utk novel ni.

Input yang aku dapat daripada novel ni ialah :

- HARGAI CINTA - Once kau cintakan seseorang dan orang tu cintakan kau jugak. Please,take it seriously. Jaga dia,belai dia seperti mana kau jaga diri kau. tapi kalau  kau jenis tak reti jaga diri sendiri. hah itu kau punya pasal. hahahahahahahaha

- TRUST & LOYAL  - dua mende ni seolah2 pelengkap dalam 1 hubungan. kalau kau trust tapi curang. or kau loyal tapi tak pernah trust psgn kau. bagi aku,NO POINT kau ngan dia. Kau akan end up sakitkan hati sendiri(utk yg loyal tp takde trust) dan better kau putuskan jelah kalau dah tak loyal tu.

- SALING MELENGKAPI- siapa jer yang sempurna? habaq mai kat aku. hihihi so sebelum kau rasa pasangan kau tu tak perfect or tak ikut citarasa kau. fikir balik,kau tu ok sangat ke? kau tu lengkap sangat ke? hah takk kan. So inilah gunanya kau dan dia diciptakan utk saling melengkapi . aicewahh.

- no idea dah. sorry hahaa

Akhir kata,, COUPLE TU HARAM. eh yeke haram? yelah lawan haramkan ialah halal. so takkan couple tu halal plak. oh lupa plak. maksud aku couple haram tu ialah before kawin. get it right okay! kalo couple lepas nikah dah sah2lah halal huhu. fikir2kanlah. Btw,aku pon pernah kapel hahahahaha tapi masa zaman jahiliyah dulu lah. sekarang alhamdulillah dah insap. huhu

Semua orang ada masa silam. Dan jangan judge someone yang sekarang based on masa silam dia. itu tak adil namanya.

Aku mintak maaf yer kalau pos ni sensitif bagi korang. chill beb!

#kiamatnakdekat #apaamalankita #jomberubah #amarmaarufnahimungkar





No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...