SHOPPING BUKU DISINI

Friday, 21 August 2015

Masa Depan part 1

السلام عليكم

tadi duk skroll fb. baca berita-berita semasa. group paling aku suka stalk ialah group shah alam resident. macam2 input pasal shah alam leh dapat kat situ.

then skroll kat home plak. jumpa ada orang post ni.

ececeh pastu mulalah letak diri aku kat dlm tu. hihihihi

so daripada carta ni.

aku harap aku tergolong dalam golongan ideal. hahahahahaha

btw,korang nak kawin umor berapa? ke tak pk nak kawin lagi?

utk hakak2 yang 26-30++ yang belum kawin tu. Sila take note ya,jangan memilih sangat taw. hihihihihih

for me,aku rasa ermmm. ntah lah. aku agak risau sebenarnya,..ada jiran aku tu macam nak jodohkan aku ngan anak dia. anak dia 3 orang. smua lelaki,alhafiz n belajar oversera.

jauh beza ngan aku ni uiii. hahahahahahahahhahah
Dia siap rekemen plak anak dia kat aku. Ade ke patot dia cakap" Mira pilih je nak anak pakcik yang mana nanti pakcik masuk minang". Seriauu darah merah aku masa tu.
aishh risau plak aku tetiba dia mai rumah merisik time aku xde. nayaa aku sat g kalau mak terima. dah lah 1 blok ngan dia. warghhh 

pon bagaimana walau, akhir zaman yang penuh fitnah ni. Aku dah ubah target aku utk kawin umoq 23 paling lewat. paling lewat taw,bukan paling awal.  hahahahahaha koya giler kott. tapi tu sekadar berangan2 je lah..macam la ada orang nak kat aku niii. kuang3.bak kata siapa ntah tak ingat plak. kalau nak kaya,kawin. kalau nak murah rezeki,kawin. kalau nak diri lebih terjaga,hah kahwin. 

Kewangan?

alah sedangkan dah kerja pon ada masalah kewangan. banyak mana pon gaji kita kalau tak pandai nak manage. sama je dengan orang yang gaji tak banyak. tak gitu?

finantial plan tu penting. aicewah macam pandai je nak urusan kewangan. ermm ntah lah tapi so far aku memang ada saving utk masa depan. hahahahaha Hopefully aku x dpt suami kedekut. nahass aku nanti beli susu anak pon guna duit aku. nauzubillahiminzalikh.

Aku baca buku  cinta potato spring by ustajah fatimah syarha. Pasangan kita ni adalah reflek kepada diri kita. Kalau nak pasangan kita tu  berubah,firstly kita sendiri kena berubah. huhuhu.

Lagi satu,kan dah termaktub dalam al-Quran. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. So apa nak kalut. Put your trust in Allah. Jodoh ajal maut semua dah tercatat kat luh mahfuz awal2 lagi. tunggu masa jer. yang penting kita ni kena well prepared. tak gituu kak tonn?

last but not least. nak share 1 quote ni.

ada sesetengah orng datang dalam hidup kita cuma untuk tinggalkan kenangan

quote ni sesaja jer okay. aku tak tuju kat sesiapa. So kalau korang ada kecewa ngan someone ke,cinta monyet dulu2 yang masih terngiang ke or apa2 je lah. hah cuba muhasabah balik dengan ingat quote ni. inshaallah hati akan rasa tenang sikitt.(kottttt). Dan aku mintak maaf kat kengkawan lelaki aku yang aku terreject korang. Skrg ni aku memang tak boleh nak go on friendship dgn someone yg ske aku. rasa tak selesa so sorry kalau prshbtn kita x mcm dulu. Im sorry okay. Aku tak berniat pon utk mainkan perasaan ko ke ape. tapi kengkadang aku lalai dengan duniawi ni. MAAFKAN AKU! dan tolong bimbing aku. so kalau rasa nak serious ngan aku,ikut cara islam okay. Jumpa MAK aku. bapak dah takde. eh lupa,abang aku ada hihihih

akhir kata. remember quote yang paling penting ni supaya kita sentiasa berfikiran positif dengan Allah.


SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA ^^


p/s: aku mintak maaf lah yer kalau tetiba jadi consultant tak bertauliah. yang baik kita amik yer. isi yang merepek tu abaikan jer. hhihihi chill beb!

1 comment:

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...