SHOPPING BUKU DISINI

Thursday, 27 August 2015

Nama Jalan di Shah Alam

السلام عليكم


3 hari tak menghapdet blog rasa cam meronta-ronta nak tulis something tapi bila time nak tulis. Tak dak idea plak aihh.

Sebenarnya beberapa hari yang lepas aku ada mencoret something. Dah tulis 70% kot. Tetiba browser teroff sendiri. Cuma 50% jer yang dapat diselamatkana. Disebabkan 20% lagi betul2 part aku mengarang dan ianya hilang. Terus takde mood nak menulis semula menda yang sama. So aku end up save as draft je lah. Entah bila plak nak publish semula post tu. hahahahahahaha lupakan je lah. Maybe sebab post tu lagha so Allah tak izin aku melaghakan korang yang baca blog ni. Alhamdulillah... ^^


So hari ni nak sharing something yang bagi aku cool giler.

Tak tahulah kat tempat lain ade ke idok cenggini. Tapi kat shah alam dah lama dah ada camni,20++ tahun yang lalu. hihihihi.

iaitu.


NAMA-NAMA JALAN YANG SISTEMIK.



Setiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dalam penamaan nama bagi jalan-jalan yang terdapat di seksyen tersebut. Berikut adalah senarai seksyen-seksyen dan tema masing-masing.

Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) - pendidikan
Seksyen 2 - jenis bunga
Seksyen 3 - jenis pokok
Seksyen 4 - jenis buah-buahan
Seksyen 5 (Pusat pentadbiran) - pentadbiran
Seksyen 6 - jenis burung
Seksyen 7 - jenis permata dan galian dan Universiti Selangor (pendidikan)
Seksyen 8 - bentuk muka bumi
Seksyen 9 - Kesultanan Melayu Selangor
Seksyen 10 - jenis pakaian
Seksyen 11 - kebudayaan dan kesenian
Seksyen 12 - salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
Seksyen 13 - sukan
Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) - bidang-bidang korporat
Seksyen 15 - alatan tangan
Seksyen 16 - perlombongan bijih timah
Seksyen 17 - jenis ikan
Seksyen 18 - tumbuhan di kawasan pantai
Seksyen 19 - jenis pekerjaan di kawasan pantai
Seksyen 20 - jenis haiwan
Seksyen 21 (Tanah Perkuburan) - perkuburan
Seksyen 22 - perusahaan
Seksyen 23 - perusahaan
Seksyen 24 - jenis sayur-sayuran
Seksyen 25 (Taman Sri Muda) - nilai-nilai murni
Seksyen 26 - daerah dan nama tempat di Selangor
Seksyen 27 dan 28 (Taman Alam Megah) - nama tempat-tempat di sekitar Banting dan Gombak
Seksyen 29 dan 30 (Jalan Kebun) -
Seksyen 31 (Kota Kemuning) - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
Seksyen 32 (Bukit Rimau) - sungai-sungai yang terdapat di Selangor
Seksyen 33 - jenis alatan muzik
Seksyen 34 - jenis bahagian dalam kereta
Seksyen 35 (Alam Impian) - seni dan budaya
Seksyen 36
Seksyen U1 (Glenmarie) - kerjaya
Seksyen U2 (Taman TTDI Jaya) - kesussasteraan
Seksyen U3
Seksyen U4
Seksyen U5 (Bandar Pinggiran Subang, Subang MahSing) - alam semesta
Seksyen U6 (Subang) - jenis pokok
Seksyen U7 (TUDM)
Seksyen U8 (Bukit Jelutong) - bahagian-bahagian dalam rumah
Seksyen U9
Seksyen U10 (Alam Budiman) - pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor
Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) - gunung-gunung yang terdapat di Selangor
Seksyen U12 (Desa Alam dan Cahaya Alam) - Ulam-ulaman
Seksyen U13 (Setia Alam) - Setia
Seksyen U14
Seksyen U15
Seksyen U16 (Taman Bukit Subang) - Bunga
Seksyen U17
Seksyen U18
Seksyen U19
Seksyen U20


Semua jalan di bandar raya ini mempunyai papan tanda dengan nama jalan terpapar dalam Bahasa Melayu dengan kedua-dua aksara tulisan Rumi dan Jawi.




Oh ya, seksyen yang ada U kat depan dia. sebenarnya dia dah JAUH daripada shah alam yang ORIGINAL. aicewahh ada plak shah alam original. kalau ada yang ori,mesti ada yang fake.hihihihihi

itu metafora jer taw. jangan lah buruk sangka okay.

macam ni,kalau dulu, bila someone cakap yg dia tinggal kat shah alam. Automatik aku akan set sama ada kita tinggal di seksyen(1-36).

tapi sekarang ni,bila someone tu cakap yg dia stay kat shah alam, Aku kena manualkan otak ni, Sebab bukit jelutong,tmn pinggiran subang,glenmarie and TTDI jaya pon shah alam.

Bukan apa,TTDI jaya tu dah jauh giler kot dari shah alam. dia ada kat sebelah sek 13. dan 13 boleh dikira dah hujung shah alam jugak lah tapi x tahulah bahagian utara timur selatan.

Ada sekali tu,member cakap dia stay kat shah alam. Aku ni dah excited lah sebab ada geng shah alam. Sekali dia cakap dia duk kat TTDI jaya daaa. Jauh kott dari rumah aku yang kat 16 ni. Ibaratnya dari bukit goh ke kuantan gituu. hihihi.

Jarak dari 1 seksyen ke seksyen yang lain tak jauh taw. dalam 5-10 minit jer. Dan biasanya orang shah alam yang pure kita boleh tengok dikawasan yang dah lama contohnya di seksyen 24,18,20,16.

Seksyen yang paling banyak 'kasta' nya ialah di seksyen 7. daripada rumah yang paling 'cikai',alah rumat flat 5 tingkat tu,sampailah ke rumah banglo 50 orang boleh duduk.

Seksyen yang banyak kilang. hah kat rumah aku. hahahahahaha. Belambak-lambak kilang kat sini Incase korang menganggur ke, mintak kerja kat sini. komfirm dapat. cakap jer nak kerja kilang apa?
kilang cat,coklat,kertas,air,makanan?? semua adaaaaa.

Oh ya,aku pernah dgr someone cakap camni:  Dia cakap  tak elok duduk kat rumah kawasan kilang ni. Udara tak bersih. Nanti senang kena penyakit bronchitis,radang paru2 dll sebab sedut udara kotor.

 Aku anggap kata-kata dia ni umpama seorang yang allergic kacang. Dan dia cakap yang kacang tu tak elok makan sebab nanti naik jerawat,muka berminyak dll. Hello,kau tak makan kacang so just shut up! Jangan nak lelebih sangat naa. Kang aku sumbat kacang dalam mulut kau kang menggelupur plak. Opss terjahat plak. isk3.

hahahahahaha itulah perumpamaan dgn orang yg ckp pasal tak elok duk kat rumah kawasan kilang ni. Woii itu dah dikira menghina secara tak langsung taw. hahahahahahah whateverlah asalkan aku bahagia dan kau tak kacau hidup aku.


Next..

NO CINEMA here.

dari dulu sampai tahun 2013 rasanya. memang takde cinema. Since space U8(mall) ditubuhkan. Pecah sudah legend no cinema ni. U8 kan apart of  'shah alam'. hahahahaha. Oh ya,even sekarang ni dah ada cinema kat shah alam lah sangat Jangan tak tahu plak kedudukan mall space u8 tu nunnn jauh disana. Sangat2 jauh kalau dari shah alam original ni. dalam 30 minit jugaklah kalau lalu jalan jauh. hihihi.


Oo,dah tu sebelum ni orang shah alam tengok wayang kat mana? Kalau kat kuantan,kat mega mall en. Disebabkan cinema=maksiat dah sebati dalam diri seseorang tu. Means dia berpegang dengan fikrah cinema=tempat maksiat. So cinema dijauhkan daripada warga shah alam. aicewahh. tapi aku nampak bagus jugak kat shah alam ni takde cinema. kalau tak setiap minggu pergi tengok wayang. Opss kantoi sudah aku ni kaki wayang. hahahahah.

Cinema terdekat di Aeon Bukit Raja,Klang. Yap di klang. Tapi jgn salah faham. Jarak dari rumah aku ke bukit raja yang kat klang tu lagi dekat daripada space u8 yang kat 'shah alam' tu. Dalam 15 minit jer. Kalau pecut,10 minit jer. Tapi pecut lah macammana pon,kalau dah ada traffic light tu,kena behenti jugak kaann.hihihihihihihihi


Oklah itu jer serba sedikit pasa shah alam.


Aku bangga jugak la jadi warga shah alam ni even tak lahir kat sini. Yelah masa aku lahir tu,shah alam baru nak membangun.


Last but not least,kalau korang notice. ada group shah alam resident kat fb. .Hah grup tu bagos giler. tak percaya boleh tengok sendiri. Aku harap yang bukan stay kat shah alam tu takya lah join. hihihihi sebab perkara dalam tu semuanya pasal shah alam. kalau korang tak stay kat shah alam memang akan blur2 jer.

akhir kata,maaf akhir2 ni aku tak dapat menahan diri utk menulis pendek2. setiap post mesti panjang berjela. hahahahahaha itu jer. sekian ^^


p/s: counting days .UIAK aku maii


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...