Sunday, 23 August 2015

Nasi Lemak Jalan Utas,Shah Alam

السلام عليكم


Hari ni nak share 1 kedai makan yang jual nasi lemak jer. Lokasi di Jalan Utas seksyen 15 shah alam. Landmark dikelilingi oleh kilang-kilang.

Keluarga dan aku telah pon makan kat kedai ni lebih dari 12 tahun dah rasnya. Since ayah aku hidup lagi sampailah sekarang. Sebelum masuk tadika,ayah aku akan bawak makan kat sini and kadang2 pekena roti bom kat kdai dpn rumah. waaaa rindunyaaa.


Apa specelnya nasi lemak kat sini?

Normally  set nasi lemak akan ada nasi bersantan,sambal bilis,ikan bilis goreng,timun dan telur rebus

Add on plak ayam goreng,ayam sambal,sambal kerang,sambal sotong dll.

Yang rare kat kedai ni  ialah sambal dia. Aku tak tahulah nak panggil sambal ke kuah. sebab sambal kan macam pekat sikit. yelah cuma tumis cili je kan. and takrif kuah something yang agak cair sikit berbanding sambal.

Dan sambal dia ni bukan sambal bilis or sambal kosong. tapi sambal/kuah bawang!

Susah nak describe. Apa kata korang pergi terjah kedai ni biar tekezut tuan kedai ni. hahahahaha


Kelebihan kedai ni berbanding kedai makan lain.


- DIJAMIN TAKKAN SAKIT PERUT.

pernah dengar tak ada orang cakap tak bagus utk perut kalau pagi2 makan pedas, sambalkan pedas biasanya..hihihi. So kat kedai ni,sambal bawang dia sah2 dah tak pedas. memang mesra perut lah. Btw,korang boleh mintak sambal lebih.

Aku ni pagi2 sebenarnya suka makan makanan berat. So aku prefer nasi lemaklah. Tapi kebanyakan sambal nasi lemak mesti pedas dan perut aku akan meragam lepas tu.

Oh ya, nasi lemak kat sini pon tak banyak santan. So utk yang ada nak makanan yang tak banyak santan boleh mai sini naa.


- MURAH

yap. korang amik lauk ayam baru rm3- rm3.50 rasanya. ok lah tu. kalau kat shah alam ni nasi lemak ayam rm3 dah dikira murah taw. hihihi.


- kedai makan dan minuman asing.

Bila korang mai sini,juz beratur utk beli nasi lemak dia. Then bila kau duduk jer,akan ada someone yang amik order air. tapi dari kedai lain. Konsep kedai makan kat sini ialah 1 kedai 1 makanan. So kalau kedai 1 dah jual nasi lemak. kedai 2,34,5 dan seterusnya kena jual mende lain. So takde sangat masalah persaingan.



utk warga shah alam. Korang dah pernah makan ke belum kat kedai ni? hah kalau belum wa nak cakap lu manyak rugi lorr.

Kedai ni memang ada regular customer yang tak pernah curang. contohnya keluarga aku.

yang bagusnya lagi,tuan kedai dan anak dia dah hafal dah menu regular customer. So senang sampai jer dia terus isi lauk yang kita nak.


Oh ya,utk yang kali pertama makan kat sini memang akan rasa lain sikit. Yelah tak biasakan. Selama ni dijamu nasi lemak sambal tumis jer.

Aku faham jer. utk yang suka pedas2 mesti tak berapa suka kedai ni sebab sambal dia tak pedas.

ok sini aku nak gitaw,aku pon giler makanan pedas mcm korang. setiap kali makan nasi kalau tak pekena 2 btg cili api as ulam memang tak sah. pastu mulalah kepedasan. hahahahha. Yet,aku ok dan puas hati makan nasi lemak kat sini sebab tak pedas. Like what i said just now,walau suka mana pon kau makan pedas. Pagi2 memang tak elok makan pedas. tak bagus utk sistem penghadaman. ingat tu!


Akhir kata,utk yang pernah makan kat kedai ni. KITA GENG!


selamat mencuba dan boleh share pengalaman korang kat komen kay^^



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...