Monday, 24 August 2015

Persediaan Sebelum Fly

السلام عليكم

Mohon jangan salah faham. Belom sampai masanya untuk fly ke luar negara. Inshaallah time master with my future  hubby *berangan sat. hahahahahahaha


Takdelah. Memember sebaya  aku yang amik matrik PST semuanya dah nak masuk ke tahun kedua.

Aku and geng2 matrik UIA dan PDT jer baru nak jad junior. hihihi.

Aku okay jer degree umor 20. Normal je kann kat malaysia ni..

Oh ya, degree kat UIA biasanya 4 tahun taw. Lama sikit. hihihihi. so inshaallah aku grad pada umor 24. Kerja umor 25? tua ke ?hmm itu kalau dapat lah. masa tu dah 2020. sepatotnya dah mencapai wawasan 2020. hahahaha.


Btw,inikan rezeki masing2. Dan aku ditakdirkan Allah untuk mendalami ilmu biotek di taman ilmu dan budi di UIAk ni.

So apa persediaan aku?

Hmm,nak cerita pon cam boring jer yelah ini bukan kali pertama aku sambung belajar. Apatah lagi bukan kali pertama aku akan tinggal di asrama. So balik-balik mende yang sama jugak aku cerita. Korang tak boring ke?

Pon bagaimana walau.life kat asrama sekolah dan asrama di U amatlah beza.

Kat sekolah,kau tak boleh bawak fon,kalau nak rasa kena penalti tu bawaklah. Tapi so far aku baru sekali kantoi bawak fon time kat maarif dulu. Thankz to D sebab ajar aku cara sorok fon kat asrama. Hihihi. Lepas kau ajar tu,aku tak pernah kantoi dah hahahahahaha.

Then kat sekolah ada banyak sangat peraturan yang bagi aku sangat2lah membosankan terutama kalau sekolah agama. Tapi,semua peraturan tu utk didik kita jadi seorang yang berdisiplin jugak.

Contohnya :

1. solat 5 waktu kena berjemaah di musolla-bila lagi nak tengok kau solat jemaah kalau duk rumah weh,lagi2 hok pompuan

2. kena pakai kasut dan stokin-ajar tutup aurat dengan sempurna. Thankz to F sebab tegur aku tak pakai stokin. Seriously masa tu hidayah tak sampai lagi,dan Allah bagi hidayah tu melalui kau.

3. Ada jadual makan- elak kita makan pada waktu tak sepatotnya. Yang ni aku bengang jugak lah sebab aku kan jenis suka makan. Bila nak makan jer kena beratur and ada orang tolong isikan lauk. Tak berapa berkenan. hahahahaha


4. Kena beratur utk telefon- part ni kadang aku bengang sebab ada yang jenis suka gayut. dah lah public fon ada 5 tapi yang boleh pakai cuma 1. kau plak gayut sampai setengah jam. memang nak makan kaki ke ape. lastly aku endup masuk bilik. malas aku beratur.

5- Setiap hari ahad ada gotong royong.- warghh inilah aktiviti asrama yang aku paling paling paling paling paling malas. hari ahadlah nak tidor lama2 sikit. pukul 8-9 ajk kebersihan mesti membebel ketuk pintu bilik kuat2 utk kejut kiteorang yang tidur ni.

6- Susah nak keluar- kena buat suratlah,mintak sign wardenlah itulah inilah. itupon kadang bila dah buat surat,boleh plak dia tak approve.. choii betul. hahahahahah sakit hati kak tonn

7- Histeria a.k.a diganggu- setakat ni aku tak pernah lagi nampak hantu(alhamdulillah hijab tak dibuka). setakat kena tindih tu ada la banyak kali lagi2 waktu kat maarif sampaikan aku lari tidur kat kat member aku. kesian dia kena berhimpit ngan aku hahahahah sorry beb!


====================================================================

ok kat atas tadi serba sedikit life kat asrama sekolah. which is aku rasa takde life ni kat kolej.

Fon memang semua orang akan bawak ke kolej. Bukan setakat fon .segala mak nenek barang elektronik daripada lampu tidur,kipas kecik,laptop,mp3,dslr and semualah diangkutnya.

Pakaian? Kalau U yang tak pentingkan etika tu. Kau nak pakai skirt pendek pon. Tapi di UIA,aku sarankan kau tinggalkan jela kejap seluar jeans ketat,baju sendat dan tudung singkat tu. Somehow aku rasa perempuan ni kan.. Dia tak reti nak ukur baju dibadan sendiri. Badan size L tapi gedik nak pakai baju member dia size S. Ini namanya tak sedar diri,dah tahu badan size Large! pakai jelah baju size L.

pasal tudung,sekarangkan still ada ladies yang pakai tudung bawal kan. sekarang ni trending  bawal crepe. OK tudung bawal crepe ni bagi aku bagus sebab dia tebal. so takde masalah jarang or nampak leher. ok tudung tu kan asalnya empat segi. then bila nak pakai,kau akan lipat jadi tiga segi kan. Kalau kau beli bawal bidang 455-48 tu,janganlah lipat sampai hujung bertemu hujung.

Sebabnya bila kau lipat dan kau temukan hujung luar dengan hujung dalam. Tudung tu jadi singkat dan kecik which is aku rasa sesuai utk kanak2 pakai.  bila kau silangkan utk pin then jadilah masalah tak tutup dada. So bagi ada jarak sikit eh hujung luar and hujung dalam. jarak 5 inch pn xpe sbab tudung tu tebal.


Solat jemaah kat kolej? hah masa nilah iman korang diuji. sama ada nak solat sorang2 kat bilik or ringankan kaki ke musolla kat level korang. Alhamdulillah kat UIA ni ada akak and member DQ yang tunjukkan contoh yang bagus. Kadang aku balik bilik lepas azan maghrib,tengok member DQ dah siap2 ngan telekung menuju ke musollah. masa tu rasa tertembak jap kat hati ni. Ya Allah,dah berapa kali jer aku join solat jemaah?

Bila dah masuk U,aku rasa orang memang pandang sebelah mata jer public fon ni. iyelah semua dah ada hp kann. Yang paroknya bila kredit takde. Ok so sesiapa yang rajin tu boleh grab peluang ni utk buat business topup. Alhamdulillah aku dah start business topup ni sebelum aku melangkah masuk UIA lagi. Tapi aku buat business ni kejap jer sebab fon aku problem. Takleh terima mesej. so agak susah aku nak topupkan orang sebab aku tak dpt mcj comfirmation. At the end,aku jual topup kat member terdekat dan utk diri aku sendiri. yelah topup rm30 dapat rm5. sapa taknak wooii!

dan please.. jangan ajak aku join tone excel! Aku tak berminat. So far aku still bahagia pakai celco SOX ni. no ni legend dah kottt,since aku form 2. Thankz to Haris sbab asyik tanya bila aku nak pakai no celcom. yelah masa tu orang selangor suka pakai maxis,orang pahang celcom. Bila masuk maarif tu terkezut aku majoriti member pakai celcom.. keringg poket aku cenggini hahahahhaa. lastly aku mengalah jugak akhirnya dan setia dengan no ni  0145*23***. TBH,no ni bukan aku pilih. Abam tu yang bagi. aku redha je lah.


========================================================================



So before masuk Kuantan ni. Aku kena tukar baju2 yang aku kena bawak. kalau kat cfs,pergi kelas wajib pakai baju kurung atau jubah. kat kuantan ni bebas lah siikit. dah degree kan. So aku akan prefer utk pakai blouse and skirt. feminin gituu. lulzz.

Baju kurung yang setiap kali nak pakai kena iron tu. memang aku takkan bawak. Dan aku dah ada 7 helai dress yang ironless. terus sarung jer. hihihi. So kalau lambat gi kelas tu. no hal.


pasal extension plak. kali ni aku bawak yang 5 soket. mengikut pengalaman aku.. selama ni aku bwak yang 4 soket jer. dan aku perlu soket utk laptop,kipas,charger,printer,iron. hah cukup 5. itu belum termasuk lagi utk kettle dll. Leceh kot asyik kena cabut pasang cabut pasang.


Lab coat jangan dilupa. dorang kata budak biotek akan selalu terperap dalam makmal? eh yeke? hahahaha aku okay jer.


 1 week to go! Seriously dah rasa debaran tu. Alhamdulillah Allah campak aku kat kuantan jer while memember aku yang duk kuantan semuanya terbang jauh nun di KL,perak,johor,kedah,perlis dll. TBH,time apply UPU,aku pon kalau boleh nak tempat yang paling jauh contohnya di Sabah or sarawak. Baru feel sikit . hihihihi

Oklah itu jer. So lepas ni no more posting on CFS IIUM. Aku akan mencoret secoretnya pasal life aku kat UIA kuantan. Yelah kalau UIA je kan,mesti GOmbak. kali ni korang boleh lah mendalami life seorang student di UIAK. Aku akan bercerita sehinggalah korang rasa nak masuk UIA.






No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...