Wednesday, 19 August 2015

Tips pilih kos untuk asasi di UIA

السلام عليكم

BACA SLOW-SLOW NANTI TAK FAHAM.

Tips ni aku nak kongsi sebabnya UIA is one of the university yang mempunyai banyak giler kos utk asasi. Seperti yang kita tahu,UiTM Cuma ada dua kos utk aliran sains iaitu asasi sains dan jugak asasi engineering. Uitm tu contoh je taw sbb tu je yg aku tahu.
 So kalau ko nak jadi selain engineer,boleh lah apply asasi sains.

Sangat berbeza dengan UIA,kalau kau nak jadi selain engineer. Kau kena pilih specific kos according to major degree yang kau nak ambil nanti.

Utk UIA. Aliran sains sahaja ada banyak giler kos dia. Antaranya ialah asasi
-          Engineering
-          ICT
-          Allied health science
-          Physical science
-          -bioscience
-          Medic
-          Dentistry
-          Pharmacy

Sebelum aku bercerita lebih lanjut. Aku nak ingatkan adik2 supaya tengok kos yang ditawarkan utk DEGREE dulu. N then baru decide kos asasi yang korang nak.

 Contohnya,korang nak amik degree in biotechnology.

TAPI.. nak habaq mai biotech ni scop dia luas sangat. kalau kau rasa kau berminat biotech in in food/environent,so korang kena ambil asasi fizik sains/biosains.

And kalau nanti nak degree in biotechnology in genetic,sila apply kos engineering. but aku rasa kalo amek degree in biotech ni, boleh je masuk mana2 cabang sbb ko belajar semua nanti.

Persoalan lazim.

Kos  yang ramai student keliru apa eh?

1.      Kos  engineering dan ICT.
2.       kos fizikal sains dgn biosains.


Kalau korang perasan. Time isi UPU(utk lepasan SPM), ada 1 kos ni namanya ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER.

Memang ramai yang tanya sama ke kedua asasi ni sama atau lain2 ?. Or senang ceghita explain sikit pasal kos ni.

Ok macam ni. Let say nanti korang dapat kos kejuruteraan dan sains computer di UIA ni
.
Time TAWE(taaruf week) nanti,korang boleh decide sama ada nak asasi engineering or asasi ICT.
Kalau nak kos ICT,sila maklumkan kat department korang yer. Kalau korang diam jer.korang dikira asasi engineering. Macam aku dulu2 kala kah4

Utk adik2 perempuan yang anti lelaki or tak selesa kalau 1 kelas tu ramai lelaki,tolong jangan mohon kos ni sebab kos ni berlambak lelaki. Silap2 1 kelas tu adik sorang je perempuan.

 LATEST UPDATE 16/8/17
1. Engine dan Fizik=ICT 
100% subjek sama

tapi, walaupon subjek sama. budak fizik TAKKAN ditawarkan degree dlm mana2 kos engineering dan kos enginering juga begitu. 


Tambahan, untuk sambung degree engineering. Minimum pointer aku rasa 2.75 dan average subjek fizik,kimia and math kau mesti B. so even kau dapat pointer 3.29 pon tapi average subjek kau C. kau still tak boleh further dlm engineering. hanya 2 pilihan ni jer. please keep in ur mind.. Ok masa ni kau diberi dua pilihan.

1.      REPEAT SUBJEK(baiki result)

Ini kalau  korang still berkeras nak degree in engineering tapi pointer tak lepas. Korang boleh jer repeat memana subjek utk cantikkan result korang. No hal beb. Ada je member aku yang buat camni.


2.      Amik bachelor in ICT.

Yang ni utk dak engine yang tak lepas requirement dan rela dimasukkan dalam kalangan ICTians. Kalau korang tak nak repeat,korang akan terus diserap masuk ke kos ICT sbb min pointer Cuma 2.30. aku rasa system ni dibuat sebab ramai budak engine yang tak  lepas min requirement dia.
 Hik3.


perasan tak tadi aku dah mention bahawasanya budak fizik takkan dtawarkan mana2 kos engineering(degree) TETAPI.....
 special kes kalau pointer kau kurang 2.5!!!
kau(budak fizik) akan akan diserap masuk degree in ICT. kenapa diserap masuk ict? sebab telah pon ditetapkan min pointer utk dak fizik masuk degree is 2.5, if dpt kurang dari tu, ko akn masuk ICT. 

Letsay kau(budak fizik,engin,ict), pointer 2.30 a.k.a x lepas ,min pointer ict. kau berkemungkinan  besar utk diserap ke kos HUMAN SCIENCE.

So nasihat aku. Study smart okay. Mintak tolong sangat2 utk skor subjek elektif.

Sekarang ni Nampak tak hubungan engineering dan ICT. Saling membantu.

Ok,dalam masa yang sama. berbalik kepada engine dan fizik. Subjek yg korang akn belajar kan adalah sama 100%.
Ini bermaksud kalau ko kos engineering dan nak tukar ke sains fizik.
 Boleh je no hal. Dan tak perlu ada tambahan subjek.
Sebabnya jika kau kos engineering dan ingin ke kos biosains.
 Kau kena tambah subjek biologi which is takde dlm kos engine.

=============================================================

Rileks jap.  Tarik nafas. Kalau tak faham boleh baca sambil catat. Kiranya korang terjemah ayat aku ni dalam bentuk notes.

Ok kita sambung lagi yer . sikitt jer lagi ni nak explain.

Next is kos fizik sains dan jugak biosains(sains hayat)
Kos ni aku gelarkan kos adik beradik sebab kos ni kongsi department yang sama iaitu department math.

While kos engineering and ICT aku gelarkan kos kembar. 
Sebab dorang boleh berkongsi macam tu jer(dak engine leh degree in ict without jd student ICT time asasi)ehehk.

Ok even kos fizik sains ni adik beradik dgn biosains. 
Ada sedikit perbezaan dari segi subjek yang diambil iaitu dak fizik ada belajar programming dan fizik dan tak blajar biologi.
 Manakala budak bio plak dorang tak belajar fizik dan programming tapi ada subjek biologi..
Pon bagaimana walau,time apply kos utk degree tu.....

BERITA GEMBIRA 

 Budak fizik boleh apply major dak bio dan dak bio leh apply major dak fizik. Faham tak ni?

Contoh senang diri aku lah. Aku dak fizik.
 Dan time apply tu,aku apply kos biotech as my first choice sebab aku sebenarnya sangat2 berminat dgn subjek biologi. tapi aku dpt asasi engineer n then aku convert to fizik.

Hakikatnya kos biotech tu sebenarnya utk dak biosains je tapi dah nama adik beradik so bolehlah share hihihi..

nak tahu tak,kan aku apply degree in biotech wlaupon aku tak belajar biologi time cfs dulu. u know what? sekarang aku tengah ambil degree in biotech ^_^ alhamdulillah rezeki,sesungguhnya pilihan Allah adalah yang terbaik. p/s: currently in my 3rd year n akn join exchange study kat turki 2018  nt. doakan yee. 

Utk dak engineering  asasi pon leh apply biochemical-bioteh yer.


Soalan : KOS apa yang best ?

Secara jujurnya,aku suka kos allied health science. Sebab aku berminat dengan major degree dorang. Best2 kott.

Soalan : kalau saya tak dapat kos yang saya nak time asasi,boleh tukar ke?

= boleh dear. No hal beb selagi adik bukan dlm final sem last year. Sediakan duit kecik ya(rm50).

Soalan= kalau saya apply utk tukar kos,chance utk sy dpt tukar tu macammana?

= basically,uia akan approve based on result spm then baru kuota. Kalau engineering,kuota dia besaq . so dialu2kan utk join the club(ENGENIUS).

Soalan= ada interview ke time tuka kos nanti?
= of koz ada dear. So just be prepare and do your best! tapi iv dia tak susah pon hihi. aku telah pon melaluinya. jgn tnye apa soalan dia sbb aku tak ingat dah. 

soalan= saya nak sambung medik/farmasi/dentistry,tapi saya risau saya tak dapat asasi medik/farmasi/dentist. Kalau saya dapat kos sains kesihatan bersekutu/biosains utk asasi,boleh ke saya tukar kos ke medik untuk degree?

InshaAllah boleh. kawan aku yang dulu asasi sains kesihatan,tup2 jumpa kat kuantan ni,dia degree farmasi, sorang lagi dulu kos biosains sampailah akhir sem kat cfs,tup2 jumpa dia dpt degree medik. pointnya kat sini,korang boleh degree medik even korang bukan asasi medik. persetankan pasal kuota,cgpa tinggi dll sebab itu reason duniawi .. tapi,kos yang kau ambil sekarang mesti 'tally' dgn apa yg kau minta. situasi tak tally bila kau asasi arab, tetiba degree nak tukar biotech. memang tak boleh sayang ^^ 

tapi kalau ko dari asasi sains dan nak tukar ke asasi bahasa inggeris or human science. inshaallah boleh sebab rumet aku camtu, dia drpd kos plant scn ke kos bi. 

kalau ada rezeki,inshaallah korang dapat dan dipermudahkan. So jangan berputus asa selagi tak dapat yer. 

ada soalan lain or update terkini? yelah sebab aku tulis ni based on info yg aku dpt bbrpe thun lalu. aku ex cfs 2013-2015. sila komen ya nanti aku edit pos ni.

Rasanya itu jer. aku mintak maaf lah kalau ada ayat terbelit2 yang buat korang pening dan tak faham. yang paling penting, diri korang tu, jgn kusutkan sangat fikir macam2. just go on with flow and do your best. 

Ok kalau ada pertanyaan tapi malu nak komen/orang baca.  
boleh emel ke cikmira23@ymail.com 
Aku kongsikan tips ni supaya tiada lagi yang keliru dan tiada panduan.

Jumpa kat Kuantan nanti yer! yeayyy  

ANY INQUIRY CAN SUBMIT HERE

Name

Email *

Message *