Sunday, 27 September 2015

Pemborong tudung TASMIAH



[ PERCUMA KOS POS SEMENANJUNG SAHAJA]

mira open order BORONG tudung tasmiah taw. eh silap, PRE ORDER borong.

pengeposan dibuat dalam masa seminggu selepas full payment diterima.

tudung tasmiah ni tudung apa?

okay utk yang tak tahu,tasmiah ni label pada tudung ni.

tapi tudung ni sangat2 femes dikalangan pemakai tudung soft awning taw.

WHY?


-Kepelbagaian saiz MTO XXL.
-Keselesaan maksimum kepada pemakai.
-Material berkualiti lembut dan sejuk.
-Awning lembut dan berdagu.
-Sudah terjual berbelas-belas ribu helai sejak ia diperkenalkan.
Sudah pasti anda akan jatuh cinta berkali-kali...
Kami jamin!!!!

kepada anda yang baru nak mula bisnes,utk student,utk cikgu-cikgu. hah semua kaum hawa yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes. Mira sarankan korang jual tudung ni. margin yang sangat besar dijamin!

jom amalkan konsep KITA PAKAI,KITA JUAL.


HARGA RUNCIT(1-19 helai)

M- RM35
L-RM38
XL- RM45
2XL-RM55


HARGA BORONG( MIN 1 KODI UTK 1 SIZE)


M- RM500
L- RM560
XL- RM900
2XL-RM1100

 BORONG JIMAT SEHINGGA RM200++ !

warna tak boleh pilih ea(utk borong)

utk ukuran. boleh tengok gambar yer. comparekan dengan jubin lantai tu. hihi. 

sesiapa yang berminat boleh terus PM mira dulu yer.

terus bagi info ini jika komfirm nak beli BORONG. harga semua mira dah bagi.

nama-  
alamat utk dipos-
no tel-
saiz dan jumlah kodi-


model memakai size m

Saturday, 26 September 2015

I miss You dear!

السلام عليكم


Hari ni hari ke 3 kau pergi.

Rasa macam baru jer kita bermain bersama,gurau bersama,manja bersama.

ingat lagi kali pertama aku tengok kau, aku ingatkan kau garang and tak mesra macam 'abang' kau.

rupanya kau lebih manja daripada apa yang aku jangka.

Bila aku pegang kau,kau akan terlena dengan nyenyaknya.

Kau tak pernah marah bila aku usik kau. Malah kau betul2 buat aku 'cintakan' kau!

Sebelum aku masuk UIA pon,aku rasa macam nak jer bawak kau tinggal sekali ngan aku. Aku sanggup kena saman daripada kena berpisah dengan kau. Sebab aku tahu,hidup kau tak lama,walaupon tak mustahil aku boleh pergi dulu sebelum kau.


Beberapa sebelum cuti,hari-hari aku tengok video kau yang ceria tu.

aku siap cerita lagi kat tehah pasal kau. kerenah kau,keletah kau. Serious aku buat macam tu sebab aku rindu giler kat kau! Nak je aku bagitahu semua orang yang aku dah tak sabar nak jumpa kau..

Hari kau pergi tu.. aku ada kelas sampai pukul 5. Mak aku amik pukul 6,

Masa mak kol tu,mak terlepas cakap. mak cakap ada berita buruk/sedih.

Bila mak cakap macam tu. hati aku kuat terfikir pasal kau. Sebab mak pon tahu aku sayang sangat2 kt kat kau.

Ternyata benar instinct aku. Kau pergi dulu! tanpa sempat kita bertemu buat kali terakhir.

masa otw balik tu,air mata aku mengalir mengenangkan kau. Dah lah aku rindu giler kat kau,then kau pergi mengejut. manalah aku tak sedihhhh.

abang aku yang kuburkan kau. Aku tengok pusara kau, aku rasa sedih sangattt sebab kita tak sempat nak jumpa. Aku tak sempat nak belai dan tatap kau buat kali terakhir.

Weyhh,aku 100% yakin kau takkan thu pasal ni tapi aku yakin Allah je yang faham perasaan aku sekarang.

aku betul-betul rindukan kau. Nak jer korek balik kubur kau and cium kau!

Oh Neli,kenapa kau pergi begitu cepat? bukankah aku dah cakap jangan mati dulu sebelum aku  jumpa kau!


Neli,thankz sebab bagi memori indah dalam hidup aku. Semua kenangan ngan aku akan aku ingat sampai bila2. tak semua hamster macam kau. gemok,comel,manja dan aktif!

Seriously aku bersyukur2 sgt2 sebab dapat kau.

Even kau haiwan,tapi kau tahu duduk diam bila aku nak ambil gambar. Kau faham bila aku panggil kau. Kau tenang bila aku pegang kau. Kau tak gigit aku even aku usik kau selalu.

Aku tahu kau selalu gaduh ngan hemi sampai berdarah2. maafkan aku sebab kutil luka kau. Aku tak sanggup tengok kau sakit macam tu. Maafkan aku sebab selalu gomol kau,lagi2 selalu usap and belai2 bontot kau. Aku buat macam tu sebab kau comel sangat2.

Belai kau dan belai hemi tak sama. Bila aku pegang hemi,aku teringat kat kau. Hemi tak semanja kau,dia tak segemok kau,dia tak seaktif kau.

Neli,inshaallah Aku akan compile semua video kau yang comel tu sebagai memori kita berdua.














Aku takkan lupakan kau sampai aku mati. and i'll always miss you dear!

thankz for the great memories.

I LOVE YOU FOREVER BABY

dah tak larat nak tulis sebab tulis ni sambil kesat air mata. 



Tuesday, 22 September 2015

First time pengang encik M!

السلام عليكم

Alhamdulillah. setelah 20 tahun hidup. Hari ini 22/9/15. jam 2.30pm merupakan detik pertama aku memegang encik M. Badannya sungguh sado lagi2 part arm dia. kalau nak pegang dia kena pegang kat lengan and ehem2. hahaha.


pergh excited kot! since form 1 belajar pasal plant cell,animal cell. tapi tak pernah pon cikgu bawak jumpa encik M ni.

time kat CFS lagilah jangan harap lah jumpa encik M kat lab biologi. iyolah kitew kan budak engin/fizik. huhuhu.


hari ni baru dapat bersemuka dan pegang dan rasai sendiri. Masya Allah nikmatnya!


Oklah sebelum korang kata aku ni gatal ke ape. aku clarify terus lah ea.

encik M tu ialah MICROSCOPE!

alah menatang utk tengok mende2 kecik tu such as bacteria,algae,cell smua tu..

ingat tak time sekolah menengah dulu ada belajar pasal plant cell,animal cell,pastu ada psudomonas,paramecium and macam2 lagilah.

hah tadi experiment kitoerang guna microscope tu. iyolah dah nama amik subjek microbiology. study mende yang cannot be seen by naked eye.


So far tadi senang jer nak handle dia. cumanyaaaa..

aku rasa lah. hmm. aku pon tak tahu masalahnya kat aku or kat microscope tu. sebabnya tak nampak jelas bacteria yang ada dalam tu.

tapi bila madam tengok. madam pon cakap mende sama and tak tahu nak adjust kat mana. hahaha lastly aku guna ira punya..

Best giler bila dapat tengok menda yang naked eye tak leh  tengok. Subhanallah memang kalau korang tengok korang pon akan terkesima,terpegun melihat ciptaan Allah yang paling kecik didunia. abaikn zarah tu okay. itu kecik giler2.

Ok itu jer. maaflah post menda2 yang simple.

sem ni aku rasa cam free giler. rasa rilek jer tapi tak bermakna aku tengah honeymoon okay. cuma maybe kerja tak banyak. huhu.

sebenarnya dah ada 3 assignment diassign tapi belum buat lagi sebab lambat lagi nak submit. hohohohoho. rilek ah buat awal2 buat apa,hari last sebelum hantar baru siap so better buat lambat2.hihi.. gurau jer.


nanti aku post pic yang aku tengok kat microscope tu okay. wait!


Monday, 21 September 2015

Cara Pembelajaran UIA kuantan

السلام عليكم


Assalamualaikum.
Memandangkan wifi mahallah baru jer ok. Dan line laju plak tu fuhh ujiann betuii.
Alhamdulillah notes bio utk esok telah pon kusiapkan hari ahad lagi. Advance kan? Hahahaha.
Tetiba rasa cam nak share something. Pasal pembelajaran kat UIA Kuantan ni. Focus on kos biotech. Kos lain aku tak tahu macammana. Hihi

Alkisahnya masa kat CFS dulu,utk subjek fizik dan chemistry. Memang WAJIB bawak buku teks tebal kuss semangat tu. Aku rasa hampir 1kg kott buku tu. Serious berat!

Jenuh jugak lah nak mengusung buku tu. Lagi2 kalau lepas kelas kimia terus kelas fizik. Hah 2kg buku kena usung. Isk3. Tapi hok sisters ni,even buku tu berat,dorang lebih suka bawak kat tangan daripada letak kat dalam beg. Luz
Cuma 1/3 jer lecturer yang guna slide time belajar. Selebihnya semuanya tulis kat whiteboard. Ala2 sekolah sikit lah.
Then bila degree ni, alittle bit culture shock. Aicewahh tak yah culture shock sangatlah kann.
Semua lecturer guna slide jer dalam kelas. Utk subjek biologi dan chemistry,memanglah buku rujukan still tebal 1k mukasurat. Tapi yang bestnya tak perlu susah2 nak usung ke kelas. Sebab lecturer akan tayang slide dia and kita Cuma perlu dengar dan focus jer.
Dan akuu. Walaupon aku cuba utk focus. Yet Cuma 30% jer yang masuk dlam otak ni. Itupon jenuh nak hadam. Isk3.
Oh ya, 1 pembaharuan yang aku notice kat diri aku. Aku akan stanby utk upcoming chapter a week before lesson.
And aku rasa menda ni hampir semua student degree keatas praktikkan sebab ia sangat penting.
Contohnya minggu depan akan belajar tajuk 4. So minggu ni aku dah stanby siap2 notes tajuk 4. Means seminggu awal aku dah buat notes. Paling lewat pon 2 hari sebelum kelas.  So bila madam ajar,takdelah termangu-mangu sebab dah stanby siap2.
Proses PnP sangat2 laju macam keretapi. Terutama subjek bio. Bayangkan 2 jam cover 5 topik! Mahuu tak lajuuu pecut kalah Ferrari beb! So memang tak boleh tak study before kelas.
1 minggu 1 topik. Subtopic takyah ceritalah. 5++ .
Utk pengetahuan korang,aku tak pernah praktikkan cara ni masa kat CFS dulu. Maybe sebab sibuk sangat kot masa kat CFS tu. Siapa yang kenal aku tu tahulah kebz-an aku. Dengan fasinya dengan committeenya. Alahai bz tapi bez giler! Hahahaha. Pukul 1 pagi  bersengkang mata buat report meeting sebabnya kalau aku postpone memang tak siaplah report tu.

Hah lagi 1. Aku dah tak boleh sangat nak study malam-malam. Biasanya malam-malam aku akan lepak2. Rilek2s baca notes utk esok.

Stay up? Hah jangan haraplah.

Inshaallah dalam proses mengubah cara study. Iaitu study awal pagi. Biasanya lepas subuh lah. Sebab aku terjaga lewat. Lena sangattt tidur kat UIA ni. Hihi.

Masa kat CFS,boleh kira lah berapa kali jer aku study pagi(6am-8am).
Selalu kat CFS aku akan stay up paling lewat pukul 2 lah. Itupon lebih kepada main. Hahahaha

So kat sini,aku tak nak stay up sebab jenis aku kalau stay up alamatnya aku akan bangun sangat lewat!
So better aku tidur awal and prepare for tomorrow!

Iyelah,kan kita mengharap semoga hari ini lebih baik dari semalam,hari esok lebih baik dari hari ini.

Akhir kata,  jangan ikut orang lain. Ikut kesesuaian diri kita. Ada orang yang selesa stay up. Pagi2 dia tidur. Ada yang selesa study pagi. Ada yang malam study pagi pon study.


Alahai rileks lah. Jangan sakan sangat study tapi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia entah  kemana-mana. Study study jugak usrah jgan lupa,solat sunat jangan tinggal terutama DHUHA! 2 rakaat jer beb! Cubalah buat at least selang sehari. Cuba jadikan kebiasaan. Tak rugi apa2 pon kalau buat malah teramat rugi kalau tak buat.

Ok semua ayat kat atas ni utk diri aku jugak. Semuanya utk aku reflek diri aku. Aku pon tak sempurna. Solat sunat teramat jarang buat. Hmm. Teruk en. Korang mesti jadi lbih baik dari aku dan please jgn segan2 tegur aku kalau aku buat silap okay.

Thankz membaca..

Ingin aku highlight,aku bukan seorang yang jenis cepat hadam. I really need time to digest what I had learnt in class. Dan aku bukan jenis hafal sekali terus ingat. Kena mengulang lebih 5kali baru lah melekat kat otak ni. Senang cerita aku ni biasa2 jer lah sebenarnya.siapa cakap aku pandai tu meh sini nak cepuk!




Tuesday, 15 September 2015

Antara Lab dan Lab Coat?

السلام عليكم


Alhamdulillah hari ni kelas praktikal pertama aku di UIA kuantan ni.

subjek introductory microbiology.

Gian sangat nak pakai lab coat. Last time tahun lepas kott. hahahahaha

So far experiment tadi adalah experiment paling kacang parang.

Senang giler lah. hahahaha senang utk buat experiment lah. hasilnya tak tahu lagi guana.

Rupanya kiteorang dah diberi grup siap2. 1 grup dua orang jer.

Alhamdulillah sangat2 partner aku pompuan. Serious sangat2 lega.

Personally,tak best kott buat kerja lab ni partner lain jantina. Risiko bersentuhan tu sangat2 besar even tak sengaja. Then mesti kena selalu jumpa utk buat lab report. fuhh lega kalo partner sejantina. Malam2 pon boleh berdua-duaan tanpa ditemani sesiapa. hahahahahahah

Ok apa kaitan tajuk dengan isi post ni?

sebenarnya tak de kaitan pon.

ehem nak sharing sikit. kebetulan tengah free sekarang ni. hihihi.

semalam semua first year KOS(kuliyah of sicence) kena pergi gathering of sciencess student.

yang paling bagus dan aku suka idea dorang ni ialah setiap dari kiteorang ni diberi grup dan ada sorang naqib/naqibah dari kalangan senior yang sama kos ngan kiteorang.

So secara tak langsung membina ukhwah disamping berusrah . Yeayyy.

Dah lah ada sharing moment utk setiap kos. so boleh tanya apa jer yang nak tanya mengenai kos ni.

Oh ya,next post aku akan story mengenai kelas bahasa kat UIA ni. open tuk orang luar jugak taw. waiitt.

ok rasanya itu yer.

sebelum aku terlupa,labcoat aku ni. Asalnya taknak bawak sebab fikir takkan lah first year dah ada lab. sebabnya masa kat cfs sem ke 3 baru ada lab. So itu yang mulanya rasa cam tak nak bawak. But hati ni meronta suruh bwak jugak labcoat. So bawaklah jugak akhirnya. hahahahaha inilah hikmahnya. Aku tak perlu nak beli labcoat lagi. yeayy.

Aku hadiahkan pic ni utk korang yang tak pernah masuk lab. hahahahhaha





ini kiteorang kat lab 2. separuh lagi kat lab 1. Partner aku Syahira. merangkap rakan seusrah Sciencess. Boleh lah cari aku yang mana. Dont wori muka aku darjah 6 sampai sekarang sama jer okay.. hahahaha


 Alhamdulillah muka dah 'flawless' sikit selepas  kulitku kusam tak bermaya  hampir sebulan sebab tak pakai pencuci muka langsung hahahahahah.. Aku sarankan pakai safi white trilogy tu okay. hihihi
muka gembira sebab baru lepas setel experiment.




Sunday, 13 September 2015

INNER TUDUNG LABUH

السلام عليكم

FENOMENA RAUDHAH LUAR JANGKAAN

TIDAK PERNAH PUTUS ORDER DALAM MASA 6 BULAN!

LEBIH 10 000 HELAI TELAH HABIS DIJUAL !

Nak taw apa yang best tentang RAUDHAH INNER NECK/ INSTANT ni?

**TUDUNG PALING PRAKTIKAL
Anda kini tak perlu lagi pin atau brooch sebab just sarung dan go!
NO PIN, NO BROOCH, AND IRON LESS!!

**INNER NECK VS OUTWEAR
Anda boleh gunakan Raudhah saiz S, M dan L sebagai inner neck berdagu dan digayakan dengan shawl. Saiz XL to 2XL(utk niqabis) boleh digunakan sebagai OUTWEAR seharian taw.

**READY SOLAT
Jadikan Raudhah Instant sebagai PAKAIAN SOLAT anda!!! Yesss boleh terus solat sebab saiz xl dan xxl mmg labuh dan berdagu. Cuma jgn lupa pin kat belakang ya supaya tak jatuh bila sujud.

**MATERIAL BERKUALITI
Raudhah sudah terkenal dengan kehebatan kualiti material dan jahitan tip top. Kini kami pelbagaikan saiz supaya anda boleh grab warna kegemaran dan saiz Raudhah.

**PELBAGAI WARNA MENAWAN
Terdapat dalam puluhan warna menawan yang bakal menjadikan hidup anda tidak keruan lagi..weehuu..hampir 50 warna telah dijual. Serius sangat awesome taw.
--------*-----------------*--------------------*-----
NEW PRICE BERMULA 2/9/15

SAIZ M RM35
SAIZ L RM38
SAIZ XL RM45
SAIZ XXL RM55

NAK JIMAT LAGI?BELI SET COMBO.

FREE POS SM. SS ADD RM5.


WHATSAPP
RAUDHAH-SIZE-WARNA-QUANTITY =>>>>>>> 0145223209!!


===================================

Nak borong?MIN 1 KODI YER. JIMAT SEHINGGA RM200!

WHATSAPP
 BORONG RAUDHAH-SIZE- JUMLAH KODI =>>>>>>> 0145223209!!


UNTUK LEBIH BANYAK GAMBAR . KLIK PADA GAMBAR.




Saturday, 12 September 2015

First Week in 'main' campus

السلام عليكم



(hiasan)

nak jugak tulis. hahahaha.

okla utk first week ni jer aku tulis. Lepas ni janji tak tulis dah. hihihi

saja jer nak berkongsi pengalaman kat UIA ni.

ehem, firstly nak habaq bai study plan student biotech first year first sem like me.

Sem ni ada 5 subjek jer. Seriously paling sikit.

subjeknya ialah

- principles of management and marketing
- islamic worldwide
-organic chemistry
-computers in science
- introductory in microbiology


nampak tak first sem lagi dah belajar pasal marketing. wuhuuu.

jadual kelas kau agak cantik for me as isnin ada 1 kelas jer,petang plak tu.

Selasa- khami - pagi 1 kelas(2jam),petang 3 jam(lab).

jumaat- 2 jam petang,sabtu 4 jam pagi and petang.

So far,utk hari jumaat and sabtu tu. kelas sebulan 2x jer. so akan ada 2 minggu yang aku tak leh balik sebab ada kelas.


dan ada 2 minggu yang aku boleh balik. so jadual aku balik dianggarkan start khamis petang/malam sehingga isnin petang.almost 4days rite? yippie.

kalau kelas isnin tu batal.alamatnya aku balik selasa lerrr..hihihi


utk subjek organic chem and microorganism tu, memang seminggu sekali dan 1 kali kelas dan 1 kali lab.Macam kat cfs jugaklah. cumanya kat sini dia buat hari yang sama.

still now im still thinking nanti lepas kelas pkul 11-2. aku nak lepak mana dewwhh. nak p library macam tak berbaloi jer. huhu menrut instict aku,aku akan endup balik ostel jugak. hahahaha. dekat sangat. kalo nek basikal 3 minit jer. lalalalalalalala.


oh ya,kat sini ada kelas bahasa jugak taw. aku rasa semua U ada. hahahhahha

yang bestnya kat sini,yuran dia makk aii gilerr murahh beb!


1 sem rm30 jer utk student UIA. utk student luar rm50.

Serious 10x ganda lagi murah daripada UITM taw. kalo uitm dipanggil kursus kemahiran bahasa. lebih formal.

kat uia ni kita santai-santai jer ea,panggil language class jep.hihi.


So warga kuantan yang nak join kelas bahasa ni mai lah... boleh roger aku okay. aku boleh tolong korang. no biggie beb!


Oh ya,disebabkan kampus kuantan ni kan utk bebudak sciences. medic,dentistry, dll.


So korang boleh mai taw utk cek gigi ke,nak but fisio ke,apa2 sahajalah boleh jer beb. kalau tak silap aku ler. mai jer kat uia ni. let say nak cek gigi kan. hah pergi kat kulliyah of dentistry.


hmm,apa lagi ea. Oh ya,utk memember aku kat kuantan yang nak ajak aku hangout. Aku alu-alukan utk ajak aku okay. Kalau aku tak bz,aku on jer beb. Sometimes kenala have fun jugak kan. hihi...

tapi aku boleh hangout hari ahad jer lah taw. tapi utk certain weeks jer lah. kalau aku xde kelas,jumaat sabtu ahad boleh jer keluar. tapi aku akan keluar berjimba seminggu sekali jer ok. hahahahahha


So far kengkawwan kat sini semuanya ok.

Cumaaaa...

u know,sebenarnya aku alone jer kat sini. sebab 90% member aku kat cfs dulu masuk gombak. aku jer kat sini.

Some friends yang aku kenal kat sini pon mostly bukan classmate aku. ada yang aku kenal dari peers,customer printing,jiran bilik,adik2 sc,rakan2 sc. itu jer. selain tu memang aku tak kenal. even aku kenal dorang ni,tapi tak rapat pon.

And im still finding my true best. A friend in need is a friend in deed.

not found yet. hahahahaha.

One of the reason,all classmates aku dorang dah ada geng sendiri taw. sebab 100% dari kos biosains. so dari cfs lagi dorang dah bersama. and aku nampak lah assobiahnya disitu.

Yet aku tak kisah sangat kau nak dengan geng kau tapi jangan too obvious lah ea. Cubalah hidup bermasyarakat sikit. hahahahhaha. ni tak.masa nak form group. jadi kucar kacir sebab masing-masing nak dengan geng. so tinggallah budak terasing cam aku ni yang kejap diserap masuk grup ni kejap masuk grup sana.. like what? hahahahahah ikutkan jer lah..

actually aku dah biasa dah semua ni, and kat sini aku masih perlu adapt ngan dorang. Aku rasa aku akan join grup dorang cuma aku tak tahu nak join grup yang mana. Semoga Allah bagi aku pilih grup yang betul-betul sesuai dengan aku.


ada 1 lagi kisah yang betul-betul buat aku rasa macam... aku memang patut beryukur apa yang aku dapat sekarang.


Ok macam ni. Aku kan from kos fizikal sains. aku memang tak belajar langsung subjek biologi ni masa kat cfs. Tapi bila isi borang tu. aku pilih biotech as my first choice.

kalau ikut niat asal lagi,even aku kat engineering,aku nak degree engin in biotech. tpi disebabkan kalo aku kat engin,aku dapat rasa peluang aku utk dpt kos biotech tu sgt nipis disebabkan result aku. hah sebab tu aku tukar kos ke fizikal sains. harapan aku bila tukar dari kos engin ke fizikal sains ni ialah at least in degree aku tak perlu ambil engineering in mechatronic,aerospace dll which is aku tak minat langsung. at least kat fizik ni aku boleh further in chemistry or math. ok lagi lahh.

tapi seriously tak terfikir yang rupanya Allah nak makbulkan permintaan aku utk ambil biotech. walaupon bukan enginering in biotech. tapi still ada word biotech tu. ia terbukti bila aku yakin utk letak biotech as my first choice. walau apa jua resultnya nanti. aku redha walaupon aku tak dapat apa yang aku nak sebab aku tahu Allah dah plan yang terbaik utk hambaNYA.


Alangkah terkejutnya aku bila tahu dapat kos biotech tu. Allahu Akbar. Gembiranya aku. Aku yang banyak dosa ni pon Allah still bagi apa yang aku idamkan. Semoga ini yang terbaik utk aku inshaallah aminn..


1 lagi yang membuatkan aku rasa makin bersyukur dan ialah bila aku tahu ada sorangm member aku ni,dia kos biosains taw dulu. and dia pon letak kos biotech as her first choice.

and  u know what. Allah takdirkan dia tak dapat pon kos biotech tu malah dia dapat LAST choice iaitu plant sains.

 Masa aku tahu pasal tu,aku terfikir. Ya Allah,kalau lah aku tak bersyukur dengan apa yang KAU dah beri kat aku sekarang. Akulah hamba yang PALING HINA yang tak reti bersyukur.

Seriously bila terfikir pasal tu,rasa cam nak nangis pon ada. Sebab aku asyik fikir. Ya ALLAH,Maha Penyayangnya Engkau,aku yang selalu buat dosa,. dah lah selalu buat dosa,jarang bertaubat plak tu.. tapi KAU makbulkan keinginan aku. Ya aku sedar,Kau beri apa yang aku perlu,bukan apa yang aku mahu.

Mungkin apa yang aku mahu ini,Kau gerakkan menjadi apa yang aku perlu.


Alhamdulillah sangat sebab aku rasa urusan aku dipermudah Allah walaupon result tak semenggah. Kalau Allah cakap JADI,maka JADILAH walau tiada satu pon yang boleh menghalangnya

Benarlah kalau kita nak Allah mudahkan urusan kita,kita terlebih dahulu kena mudahkan urusan orang. Jangan pernah berkira bila tolong orang. lagi-lagi bab duit dan masa sebab semua tu Allah yang punya. Kita pinjam jer.


paling penting is JANGAN MERUNGUT dan SENTIASA BERSYUKUR/BERSANGKA BAIK.


benda baik or buruk yang terjadi kat kita. Cuba muhasabah dan cari hikmah yang terselindung.


something yang kau nak tapi kau belum dapat capai sampai sekarang. fikir macam ni.

sama ada masih BELUM SAMPAI MASA atau Allah nak BAGI YANG LEBIH BAIK daripada apa yang aku nak.

nescaya kalau kau pk macam tu,hati kau akan lebih tenang dan yakin dengan janjiNYA.



Oklah itu jer. asalnya post ni pendek jer tapi bila aku dah start enjin.. hah macam ni lah.


Yang baik kita ambil. yang buruk kita tinggalkan.

Akhir kata,doakan aku yer semoga dipermudahkan urusan kat sini.

Wednesday, 9 September 2015

Ta'aruf Programme 2015/2016 di IIUM Kuantan

السلام عليكم


Alhamdulillah...

Sukacitanya dengan ini mengumumkan sister comel bernama Amira Yusof secara officialnya telah pon menjadi mahasiswa UIAM Kuantan,Pahang. dan bakal graduate 4 tahun lagi. 4 tahun yeerr..hihi. tua gak eh masa tu. umor 24 baru graduate. hahahaha xpelah yang penting aku habiskan masa aku dengan ilmu.

Alkisah macam biasa. nak story mory pasal pengalaman bertaaruf sebagai pelajar ijazah sarjana muda di UIA kuantan ni.

Itula korang,kalau ada blog. bolehlah bercoret macam aku ni. hihihiihi


Dah 20 tahun dah cikmira kita ni. hihihi dalam tak sedar.

Sebelum tu. kat UIAK ni,hanya ada kos sciences jer iaitu kuliyyah of science,alied health science,,medicine,pharmacy,dentistry and nursing . hah itu jer ada 6 kulliyh. sikit jer kannn.

Aku geng kulliyah of sicence(KOS). Department biotech dan kos biotech.

2/9/15 - Rabu

giliran kos aku mendaftar ialah pada pukul 11-1pm. Disebabkan aku belajar di negeri kelahiranku. ececehh. Like always, orang 1 yang paling semangat nak hantar aku ialah tokwan aku. Pukul 7 lebih dia pelik kenapa aku tak siap2 lagi,sedangkan masa tu tokwan aku dah siap2 dah nak gerak. hahahahhahaha giler awal. register pkul 11,pkul 7 lebih nak keluar rumah dah? bukannya duk jauh pon,kat kg padang jer ponnn. tak sampai setengah jam dah sampai.

Lastly keluar rumah awal jugak la dalam 8 setengah gitu. dah tokwan dan tokki dah siap,amigi pon dah siap. takkan aku  nak rilek2 plak kan.


tung tang tung tang kat bandar,pkul 12 lebih jugak baru p register.

Itulah kali pertama aku jejakkan kaki aku ke kampus kuantan ni. terus menuju ke mahallah fatimah azzahra.

Sampai jer. kena cek no bilik dulu. dia dah bagi siap2. Oh ya,lupa,mahallah baru kat sni 9 tingkat yer.

Aku cek nama aku. alahai,dah agak dahhh. dapat tingkat 9! what the oeeeee.

sama macam masuk cfs dulu. mahallah zainab 4 tingkat dan aku dapat tingkat 4!

tapi kali ni aku tak berapa kisah sangat sebab ada lif kannn.hihi.

dan aku pon dah target,kalau dapat level tinggi2. Aku hanya akan turun dan naik lift sehari sekali jer. means pagi tu turun utk pergi kelas. petang/malam baru naik utk rehat. tempat lepak aku rasa mcm nak lepak kat library. tapi sejuk giler kot kat lib tu.tak tahannnn.

tenkiu kat tokwan dan tokki sebab tolong angkat barang aku yang giler banyak itupon ada lagi barang yang aku hold dlu kat rumah. hahahahaha biasalah perempuan kannn. macam2 nak bawak. baju tudung kasut seluar skirt handsock stokin dll. lelaki bawak baju and seluar je pon dah ok .. ye dokk?


kemas punya kemas jam dah tunjuk pukul 2. u know what,dalam sangkaan aku. program start hari khamis. rupanya hari yang sama pukul 2 dah kena kumpul. mau tak kalut, hahahahaha.


nasib baiklah sempat packing barang.


inilah kali pertama aku menaiki bus shuttle UIA. hahahahaha koya betoi. program di buat di grand hall OCD. betul2 depan pintu utama UIA.


petang tu ada welcoming remarks,petang riadhah. malam plak ada briefing pasal mahallah.

oh ya,kami solat di masjid Sultan Haji Ahmad Shah(SHAS) mosque. btw nama masjid kat bukit goh sama kan?

jarak dari OCD ke masjid dalam 10 minit jer. boleh la nak bakar lemak tepu dalam badan tu hihi.

u know what,kiteoraang tak balik mahallah pon malam tu. yang sisters tido kat dewan tu while brothers tido kat masjid. Perghhh sejuk gilerrr kot kat dalam dewan tu.. tak lena tidur. selang sejam jer terjaga.

pukul 4 pagi dah kena bangun utk qiam. dah lah tidur ayam jer aishh penat siang tadi tak hilang lagi. ku gagahkan jua diri ini.

lastly zzzzz masa tazkirah suboh. ngantok sangat dah tahap boleh ngigau.

3/9/15 - khamis


Lepas tazkirah suboh tu,semua sarapan dan ready utk briefing seterusnya. hari ni full with briefings jer.

- security management office
- primary care clinic
- IT department
- counselling service dept
-Library
-Academic affairs development department
-sport development department
- one stop student centre
entrepreneurship deveopment


fuh mula-mula tu semangat lah nak dengar. lama2 rasa boring. oxygen pon dah makin kurang. perut pon dah berkeroncong. bateri fon dah makin low. waaa masa tu rasa cam nak jer cepat22 habis.

oh ya,malam tu ada cultural night taw . or bahasa melayunya malam kebudayaan. hah inilah event yang paling aku tak suka kalau kena participate. kalau tengok jer aku okay. hahahahaha

group dibahagikan mengikut tarikh lahir. bulan 6 dan bulan 7 1 grup. tapi aku tak faham kenapa nak namakan group dengan nama JUON. memang very2 lulz.


whatever,aku memang tarik diri awal2 dari participate. aku lagi selesa tengok orang buat persembahan. oh ya,masa participant cultural night buat latihan tu. kami2 yang tak join ni kena senamaerobik. korang tahu,punyalah lawak gerakan dia sampai kan aku gelak sampai keluar air mata. memang tak dapat nak tahan, rasa cam nak nangis sebab gelak. serious lawak. hahahhaahahahha.till now i still remember the brother's face. so funny!


lepas cultural night yang berakhir sekitar 11 lebih. lepas tu terus balik mahallah. terus bekejar ke toilet. yelah dah lebih 24 jam kott taak mandi dengan proper.

4/9/15

pagi tu bas shuttle mai amik kat mahallah. around pukul 5 lebih jugak lah. lepas breakfast tu masing2 dipecahkan ikut kulliyah and pergi ke kuliyyah utk dengar briefing.

hah part ni yang best. budak kulliyah sains batch aku sikit jer weh. then kiteorang dipecahkan lagi ikut kos masing2.

Macam aku ni kan kos biotech. So kiteorang bebudak biotech ni pon gather lah. brother of koz lah ciput jer. 4 orang tak silap. sisters pon tak ramai dalam 18 orang jer. so total budak biotech cuma 22 orang! sikit jer kan. serious sikit jerrrr.

dalam masa yang sama,aku jeling jeling budak kos lain . hahahahahha tak de kerja betul. kos yang paling ramai brothers ialah kos plant sains and marine sains. ehem,in fact aku rasa para brothers tu tak nak pon kos tu. huhuhuhu. aku dengar cerita ad beberapa brothers tu asalnya daripada kos medik. maybe tak lepas kot utk further medic so dicampak ke plant sains. sabar ya brothers. ada hikmahnya..


antara kos lain yang ada kat kulliyah of science ni ialah chemistry,applied chemistry,applied plant science,plant science,marine science,mathematical sains,physics. sikit jer. upcoming course is biochemistry which is adik to biotech.hehehehe


habiis jer briefing tu,terus kembali semula ke grand hall utk rehearsal bai'ah ceremony. kat u korang ada ke bai'ah ceremony ni? huhuhu


ini dikira peak of the programme gitu. full with protocol and i hate it.hahahaha gurau jer.


petang tu balik kemahalalah smula yeyyyy.


5/9/15 - sabtu

Hari ni ada 1 jer aktiviti iaitu tangkap gambar utk matric card. katanya pukul 9. pkul 11 lebih baru start. dah lah mai pkul 8 lebih . so dalam 3 jam jugak lah menunggu membuta. adelah sakit hati sikit. at least inform lah awal2 tangkap gambar tu pukul 11 ke or lewat. takdelah kalut siap awal2. isk


6/9/15 - ahad

program hari ni namanya post bai'ah programme. pagi tu ada taklimat/seminar by PDRM,BTN and DSU. habis jer. makan then pergi ke banquet hall utk open client day. Client day ni dikira macam hari utk club2 kat uia ni promote club dorang and tarik ahli baru.

So far yang aku join semalam ialah kelab Pembina,Peers,WAMY,language class. hah itu jer rasanya.

Reason aku join club pembina ialah kelab tu ada buat macam-macam program yang menarik minat aku seperti CSR,usrah dll. kalau join keahlian dapat kad and blh join mana2 program pembina. sound cool rite?

ok kelab Peers plak,masa kat CFS aku memang dah involve in Peers. tapi dalam 30% jer lah a keterlibatan aku. Juz as committee. and some of the peers members pon ada yang kenal aku.


ok kelab WAMY plak. dia ada collabration dengan hidayah center and mycare which is aku telah pon sah sebagai volunteer mycare sebelum aku masuk uia ni lagi. so why not aku join kann?

last but not least,language class.. I choose Japanese class. Frankly,aku memang tak tahu word lain selain konichiwa,arigato gozaimazu and ganbatte. hahahahaha. Harapan aku lepas ni kalau aku pergi ke jepun,aku boleh praktikkan apa yang aku belajar ni. hhihihi.

In my plan,1 year 1 language. so tahun pertama ni belajar bahasa jepun,then korea and mandarin. bahasa perancis memang out lah. tak nak aku terbelit2 lidah.hahahahahahahhaa



=====================================================================


PANDANGAN AKU  MENGENAI UIA KUANTAN


First thing first,aku cuma nak fikir yang baik-baik jer pasal tempat study aku ni. Segala perkara yang buruk aku anggap boleh diperbaiki. Nobody perfects rite?

Uia kuantan ni kecik jer bila tengok balik. kiranya tengah-tengah lah. main campus dah sah2 lagi besar. aku rasa setiap U ada bus shuttle kannn. hihihihi.

Senior habaq mai bus kat sini punctual. kalau lambat pon dalam 2-3 minit jer la.

Jarak dari kolej aku ke kulliyah teramat dekat. Around 8-10 minit dah boleh sampai.

Tapiii.

kalau dari kulliyah nak ke OCD,OSC,library. hah tu memang kena naik bas. kalau jalan kaki agak jauh lah aku rasa.

Tapi kalau dari kolej aku nak ke library dalam 13-15 minit dah boleh sampai.


kena guna shortcut lah kalau nak cepat sampai,lalu mahallah brothers.

jarak dia bagi aku ok jer. Alah kalau kat cfs,dari kolej aku nak ke pintu utama tu pon agak jauh jugak. lebih 5 minit jugak jalan kakinya.


ok itu pasal jarak.

Pasal subjek aku plak. im actually a litle bit shock  sebab kelas sehari seminggu jer. 1 kelas lecture,1 kelas di lab. nasib baiklah aku bawak siap2 lab coat tu. kalau tak memang kena beli ler gamaknya.


sem ni aku ambil 5 subjek jer. sikit jer taw berbanding member aku ada yang 7 subjek.


subjek aku sem ni ialah

- organic chemistry 1
- introductory to  microbiology
- principles of management
- islamic world wide
- computer in science.


Korang jangan risau. habis jer sem ni nanti aku pos dan story  pasal subjek yang aku amik sem ni. hahahahha rajin tak?


Oh ya,lupa nak story. utk yang tak tahu. I'm from engineering couse taw masa kat asasi dulu. and when i was in final sem in CFS. I changed my course to physical science. Dont ask me the reason. If you eager want to know. Lets meet okay. hahahahaha.


Okay. basically all subjects for engineering and physical science students are the same. So I didnt put myself in trouble bcoz changing the course in last minute.

Yet,when we filled up the choices that had been given to us. I noticed that even i am a physical science student yet i can apply the course offered for biological science student!

Yeahh, it was my dream to learn subject anything about biology.

So with full of risky. I put bachelor in biotechnology as my first choice eventhough i know that I NEVER learn biology before this in CFS. last time i learn biology when i was in high school. fuhh 3 years ago.

NOW, im facing microbiology subjek for this sem! every  word in biology seems like a new input for me! yapp,everything beb!


So I hope... you.. yes you  my dear who read my blog. Please pray for me. I need your dua' . May Allah ease my understanding towards this subject. Because you know what, I think there is a barrier. My dua' didnt be fulfil. I believe with your dua' . Im here! in UIAK!


thankz for reading. Eventhough I am study in islamic international university. Yet my english still weak and need alot of improvement.


Ok rasanya itu jer. apa2 cerita aku post lain okay. Sorylah panjang plak dan termerapu dalam BI. hahahahhaa kalau ada salah grammar. boleh tegur ya.. aku terima dengan hati yang terbuka.^^ Aku bersedia menerima teguran.


Tuesday, 1 September 2015

CEK RESULT MUET JULAI 2015

السلام عليكم

TAHNIAH mira ucapkan for those yang dah selesai menduduki MUET.

macamana? cuak tak nak tahu result?

ok rileks brother rilek sister.

utk result MUET JULAI 2015 akan dikeluarkan bermula #####(akan diupdate sejurus MPM update).

dan link ni official utk cek result MUET ya.

KLIK SINI 

last but not least, walau apa pon result yang korang dapat. think positive ea. kalau rasa tak cukup,dialu-alukan utk repeat. hihi. repeat sampai dapat band 5 or 6 taw. hihi.

inshaallah mira akan update post ni utk result muet2 akan datang ^^