SHOPPING BUKU DISINI

Monday, 21 September 2015

Cara Pembelajaran UIA kuantan

السلام عليكم


Assalamualaikum.
Memandangkan wifi mahallah baru jer ok. Dan line laju plak tu fuhh ujiann betuii.
Alhamdulillah notes bio utk esok telah pon kusiapkan hari ahad lagi. Advance kan? Hahahaha.
Tetiba rasa cam nak share something. Pasal pembelajaran kat UIA Kuantan ni. Focus on kos biotech. Kos lain aku tak tahu macammana. Hihi

Alkisahnya masa kat CFS dulu,utk subjek fizik dan chemistry. Memang WAJIB bawak buku teks tebal kuss semangat tu. Aku rasa hampir 1kg kott buku tu. Serious berat!

Jenuh jugak lah nak mengusung buku tu. Lagi2 kalau lepas kelas kimia terus kelas fizik. Hah 2kg buku kena usung. Isk3. Tapi hok sisters ni,even buku tu berat,dorang lebih suka bawak kat tangan daripada letak kat dalam beg. Luz
Cuma 1/3 jer lecturer yang guna slide time belajar. Selebihnya semuanya tulis kat whiteboard. Ala2 sekolah sikit lah.
Then bila degree ni, alittle bit culture shock. Aicewahh tak yah culture shock sangatlah kann.
Semua lecturer guna slide jer dalam kelas. Utk subjek biologi dan chemistry,memanglah buku rujukan still tebal 1k mukasurat. Tapi yang bestnya tak perlu susah2 nak usung ke kelas. Sebab lecturer akan tayang slide dia and kita Cuma perlu dengar dan focus jer.
Dan akuu. Walaupon aku cuba utk focus. Yet Cuma 30% jer yang masuk dlam otak ni. Itupon jenuh nak hadam. Isk3.
Oh ya, 1 pembaharuan yang aku notice kat diri aku. Aku akan stanby utk upcoming chapter a week before lesson.
And aku rasa menda ni hampir semua student degree keatas praktikkan sebab ia sangat penting.
Contohnya minggu depan akan belajar tajuk 4. So minggu ni aku dah stanby siap2 notes tajuk 4. Means seminggu awal aku dah buat notes. Paling lewat pon 2 hari sebelum kelas.  So bila madam ajar,takdelah termangu-mangu sebab dah stanby siap2.
Proses PnP sangat2 laju macam keretapi. Terutama subjek bio. Bayangkan 2 jam cover 5 topik! Mahuu tak lajuuu pecut kalah Ferrari beb! So memang tak boleh tak study before kelas.
1 minggu 1 topik. Subtopic takyah ceritalah. 5++ .
Utk pengetahuan korang,aku tak pernah praktikkan cara ni masa kat CFS dulu. Maybe sebab sibuk sangat kot masa kat CFS tu. Siapa yang kenal aku tu tahulah kebz-an aku. Dengan fasinya dengan committeenya. Alahai bz tapi bez giler! Hahahaha. Pukul 1 pagi  bersengkang mata buat report meeting sebabnya kalau aku postpone memang tak siaplah report tu.

Hah lagi 1. Aku dah tak boleh sangat nak study malam-malam. Biasanya malam-malam aku akan lepak2. Rilek2s baca notes utk esok.

Stay up? Hah jangan haraplah.

Inshaallah dalam proses mengubah cara study. Iaitu study awal pagi. Biasanya lepas subuh lah. Sebab aku terjaga lewat. Lena sangattt tidur kat UIA ni. Hihi.

Masa kat CFS,boleh kira lah berapa kali jer aku study pagi(6am-8am).
Selalu kat CFS aku akan stay up paling lewat pukul 2 lah. Itupon lebih kepada main. Hahahaha

So kat sini,aku tak nak stay up sebab jenis aku kalau stay up alamatnya aku akan bangun sangat lewat!
So better aku tidur awal and prepare for tomorrow!

Iyelah,kan kita mengharap semoga hari ini lebih baik dari semalam,hari esok lebih baik dari hari ini.

Akhir kata,  jangan ikut orang lain. Ikut kesesuaian diri kita. Ada orang yang selesa stay up. Pagi2 dia tidur. Ada yang selesa study pagi. Ada yang malam study pagi pon study.


Alahai rileks lah. Jangan sakan sangat study tapi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia entah  kemana-mana. Study study jugak usrah jgan lupa,solat sunat jangan tinggal terutama DHUHA! 2 rakaat jer beb! Cubalah buat at least selang sehari. Cuba jadikan kebiasaan. Tak rugi apa2 pon kalau buat malah teramat rugi kalau tak buat.

Ok semua ayat kat atas ni utk diri aku jugak. Semuanya utk aku reflek diri aku. Aku pon tak sempurna. Solat sunat teramat jarang buat. Hmm. Teruk en. Korang mesti jadi lbih baik dari aku dan please jgn segan2 tegur aku kalau aku buat silap okay.

Thankz membaca..

Ingin aku highlight,aku bukan seorang yang jenis cepat hadam. I really need time to digest what I had learnt in class. Dan aku bukan jenis hafal sekali terus ingat. Kena mengulang lebih 5kali baru lah melekat kat otak ni. Senang cerita aku ni biasa2 jer lah sebenarnya.siapa cakap aku pandai tu meh sini nak cepuk!




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...