SHOPPING BUKU DISINI

Saturday, 12 September 2015

First Week in 'main' campus

السلام عليكم



(hiasan)

nak jugak tulis. hahahaha.

okla utk first week ni jer aku tulis. Lepas ni janji tak tulis dah. hihihi

saja jer nak berkongsi pengalaman kat UIA ni.

ehem, firstly nak habaq bai study plan student biotech first year first sem like me.

Sem ni ada 5 subjek jer. Seriously paling sikit.

subjeknya ialah

- principles of management and marketing
- islamic worldwide
-organic chemistry
-computers in science
- introductory in microbiology


nampak tak first sem lagi dah belajar pasal marketing. wuhuuu.

jadual kelas kau agak cantik for me as isnin ada 1 kelas jer,petang plak tu.

Selasa- khami - pagi 1 kelas(2jam),petang 3 jam(lab).

jumaat- 2 jam petang,sabtu 4 jam pagi and petang.

So far,utk hari jumaat and sabtu tu. kelas sebulan 2x jer. so akan ada 2 minggu yang aku tak leh balik sebab ada kelas.


dan ada 2 minggu yang aku boleh balik. so jadual aku balik dianggarkan start khamis petang/malam sehingga isnin petang.almost 4days rite? yippie.

kalau kelas isnin tu batal.alamatnya aku balik selasa lerrr..hihihi


utk subjek organic chem and microorganism tu, memang seminggu sekali dan 1 kali kelas dan 1 kali lab.Macam kat cfs jugaklah. cumanya kat sini dia buat hari yang sama.

still now im still thinking nanti lepas kelas pkul 11-2. aku nak lepak mana dewwhh. nak p library macam tak berbaloi jer. huhu menrut instict aku,aku akan endup balik ostel jugak. hahahaha. dekat sangat. kalo nek basikal 3 minit jer. lalalalalalalala.


oh ya,kat sini ada kelas bahasa jugak taw. aku rasa semua U ada. hahahhahha

yang bestnya kat sini,yuran dia makk aii gilerr murahh beb!


1 sem rm30 jer utk student UIA. utk student luar rm50.

Serious 10x ganda lagi murah daripada UITM taw. kalo uitm dipanggil kursus kemahiran bahasa. lebih formal.

kat uia ni kita santai-santai jer ea,panggil language class jep.hihi.


So warga kuantan yang nak join kelas bahasa ni mai lah... boleh roger aku okay. aku boleh tolong korang. no biggie beb!


Oh ya,disebabkan kampus kuantan ni kan utk bebudak sciences. medic,dentistry, dll.


So korang boleh mai taw utk cek gigi ke,nak but fisio ke,apa2 sahajalah boleh jer beb. kalau tak silap aku ler. mai jer kat uia ni. let say nak cek gigi kan. hah pergi kat kulliyah of dentistry.


hmm,apa lagi ea. Oh ya,utk memember aku kat kuantan yang nak ajak aku hangout. Aku alu-alukan utk ajak aku okay. Kalau aku tak bz,aku on jer beb. Sometimes kenala have fun jugak kan. hihi...

tapi aku boleh hangout hari ahad jer lah taw. tapi utk certain weeks jer lah. kalau aku xde kelas,jumaat sabtu ahad boleh jer keluar. tapi aku akan keluar berjimba seminggu sekali jer ok. hahahahahha


So far kengkawwan kat sini semuanya ok.

Cumaaaa...

u know,sebenarnya aku alone jer kat sini. sebab 90% member aku kat cfs dulu masuk gombak. aku jer kat sini.

Some friends yang aku kenal kat sini pon mostly bukan classmate aku. ada yang aku kenal dari peers,customer printing,jiran bilik,adik2 sc,rakan2 sc. itu jer. selain tu memang aku tak kenal. even aku kenal dorang ni,tapi tak rapat pon.

And im still finding my true best. A friend in need is a friend in deed.

not found yet. hahahahaha.

One of the reason,all classmates aku dorang dah ada geng sendiri taw. sebab 100% dari kos biosains. so dari cfs lagi dorang dah bersama. and aku nampak lah assobiahnya disitu.

Yet aku tak kisah sangat kau nak dengan geng kau tapi jangan too obvious lah ea. Cubalah hidup bermasyarakat sikit. hahahahhaha. ni tak.masa nak form group. jadi kucar kacir sebab masing-masing nak dengan geng. so tinggallah budak terasing cam aku ni yang kejap diserap masuk grup ni kejap masuk grup sana.. like what? hahahahahah ikutkan jer lah..

actually aku dah biasa dah semua ni, and kat sini aku masih perlu adapt ngan dorang. Aku rasa aku akan join grup dorang cuma aku tak tahu nak join grup yang mana. Semoga Allah bagi aku pilih grup yang betul-betul sesuai dengan aku.


ada 1 lagi kisah yang betul-betul buat aku rasa macam... aku memang patut beryukur apa yang aku dapat sekarang.


Ok macam ni. Aku kan from kos fizikal sains. aku memang tak belajar langsung subjek biologi ni masa kat cfs. Tapi bila isi borang tu. aku pilih biotech as my first choice.

kalau ikut niat asal lagi,even aku kat engineering,aku nak degree engin in biotech. tpi disebabkan kalo aku kat engin,aku dapat rasa peluang aku utk dpt kos biotech tu sgt nipis disebabkan result aku. hah sebab tu aku tukar kos ke fizikal sains. harapan aku bila tukar dari kos engin ke fizikal sains ni ialah at least in degree aku tak perlu ambil engineering in mechatronic,aerospace dll which is aku tak minat langsung. at least kat fizik ni aku boleh further in chemistry or math. ok lagi lahh.

tapi seriously tak terfikir yang rupanya Allah nak makbulkan permintaan aku utk ambil biotech. walaupon bukan enginering in biotech. tapi still ada word biotech tu. ia terbukti bila aku yakin utk letak biotech as my first choice. walau apa jua resultnya nanti. aku redha walaupon aku tak dapat apa yang aku nak sebab aku tahu Allah dah plan yang terbaik utk hambaNYA.


Alangkah terkejutnya aku bila tahu dapat kos biotech tu. Allahu Akbar. Gembiranya aku. Aku yang banyak dosa ni pon Allah still bagi apa yang aku idamkan. Semoga ini yang terbaik utk aku inshaallah aminn..


1 lagi yang membuatkan aku rasa makin bersyukur dan ialah bila aku tahu ada sorangm member aku ni,dia kos biosains taw dulu. and dia pon letak kos biotech as her first choice.

and  u know what. Allah takdirkan dia tak dapat pon kos biotech tu malah dia dapat LAST choice iaitu plant sains.

 Masa aku tahu pasal tu,aku terfikir. Ya Allah,kalau lah aku tak bersyukur dengan apa yang KAU dah beri kat aku sekarang. Akulah hamba yang PALING HINA yang tak reti bersyukur.

Seriously bila terfikir pasal tu,rasa cam nak nangis pon ada. Sebab aku asyik fikir. Ya ALLAH,Maha Penyayangnya Engkau,aku yang selalu buat dosa,. dah lah selalu buat dosa,jarang bertaubat plak tu.. tapi KAU makbulkan keinginan aku. Ya aku sedar,Kau beri apa yang aku perlu,bukan apa yang aku mahu.

Mungkin apa yang aku mahu ini,Kau gerakkan menjadi apa yang aku perlu.


Alhamdulillah sangat sebab aku rasa urusan aku dipermudah Allah walaupon result tak semenggah. Kalau Allah cakap JADI,maka JADILAH walau tiada satu pon yang boleh menghalangnya

Benarlah kalau kita nak Allah mudahkan urusan kita,kita terlebih dahulu kena mudahkan urusan orang. Jangan pernah berkira bila tolong orang. lagi-lagi bab duit dan masa sebab semua tu Allah yang punya. Kita pinjam jer.


paling penting is JANGAN MERUNGUT dan SENTIASA BERSYUKUR/BERSANGKA BAIK.


benda baik or buruk yang terjadi kat kita. Cuba muhasabah dan cari hikmah yang terselindung.


something yang kau nak tapi kau belum dapat capai sampai sekarang. fikir macam ni.

sama ada masih BELUM SAMPAI MASA atau Allah nak BAGI YANG LEBIH BAIK daripada apa yang aku nak.

nescaya kalau kau pk macam tu,hati kau akan lebih tenang dan yakin dengan janjiNYA.



Oklah itu jer. asalnya post ni pendek jer tapi bila aku dah start enjin.. hah macam ni lah.


Yang baik kita ambil. yang buruk kita tinggalkan.

Akhir kata,doakan aku yer semoga dipermudahkan urusan kat sini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...