Saturday, 26 September 2015

I miss You dear!

السلام عليكم


Hari ni hari ke 3 kau pergi.

Rasa macam baru jer kita bermain bersama,gurau bersama,manja bersama.

ingat lagi kali pertama aku tengok kau, aku ingatkan kau garang and tak mesra macam 'abang' kau.

rupanya kau lebih manja daripada apa yang aku jangka.

Bila aku pegang kau,kau akan terlena dengan nyenyaknya.

Kau tak pernah marah bila aku usik kau. Malah kau betul2 buat aku 'cintakan' kau!

Sebelum aku masuk UIA pon,aku rasa macam nak jer bawak kau tinggal sekali ngan aku. Aku sanggup kena saman daripada kena berpisah dengan kau. Sebab aku tahu,hidup kau tak lama,walaupon tak mustahil aku boleh pergi dulu sebelum kau.


Beberapa sebelum cuti,hari-hari aku tengok video kau yang ceria tu.

aku siap cerita lagi kat tehah pasal kau. kerenah kau,keletah kau. Serious aku buat macam tu sebab aku rindu giler kat kau! Nak je aku bagitahu semua orang yang aku dah tak sabar nak jumpa kau..

Hari kau pergi tu.. aku ada kelas sampai pukul 5. Mak aku amik pukul 6,

Masa mak kol tu,mak terlepas cakap. mak cakap ada berita buruk/sedih.

Bila mak cakap macam tu. hati aku kuat terfikir pasal kau. Sebab mak pon tahu aku sayang sangat2 kt kat kau.

Ternyata benar instinct aku. Kau pergi dulu! tanpa sempat kita bertemu buat kali terakhir.

masa otw balik tu,air mata aku mengalir mengenangkan kau. Dah lah aku rindu giler kat kau,then kau pergi mengejut. manalah aku tak sedihhhh.

abang aku yang kuburkan kau. Aku tengok pusara kau, aku rasa sedih sangattt sebab kita tak sempat nak jumpa. Aku tak sempat nak belai dan tatap kau buat kali terakhir.

Weyhh,aku 100% yakin kau takkan thu pasal ni tapi aku yakin Allah je yang faham perasaan aku sekarang.

aku betul-betul rindukan kau. Nak jer korek balik kubur kau and cium kau!

Oh Neli,kenapa kau pergi begitu cepat? bukankah aku dah cakap jangan mati dulu sebelum aku  jumpa kau!


Neli,thankz sebab bagi memori indah dalam hidup aku. Semua kenangan ngan aku akan aku ingat sampai bila2. tak semua hamster macam kau. gemok,comel,manja dan aktif!

Seriously aku bersyukur2 sgt2 sebab dapat kau.

Even kau haiwan,tapi kau tahu duduk diam bila aku nak ambil gambar. Kau faham bila aku panggil kau. Kau tenang bila aku pegang kau. Kau tak gigit aku even aku usik kau selalu.

Aku tahu kau selalu gaduh ngan hemi sampai berdarah2. maafkan aku sebab kutil luka kau. Aku tak sanggup tengok kau sakit macam tu. Maafkan aku sebab selalu gomol kau,lagi2 selalu usap and belai2 bontot kau. Aku buat macam tu sebab kau comel sangat2.

Belai kau dan belai hemi tak sama. Bila aku pegang hemi,aku teringat kat kau. Hemi tak semanja kau,dia tak segemok kau,dia tak seaktif kau.

Neli,inshaallah Aku akan compile semua video kau yang comel tu sebagai memori kita berdua.














Aku takkan lupakan kau sampai aku mati. and i'll always miss you dear!

thankz for the great memories.

I LOVE YOU FOREVER BABY

dah tak larat nak tulis sebab tulis ni sambil kesat air mata. 



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...