Saturday, 24 October 2015

Amanat Buatmu all UIAM students

السلام عليكم

Apa erti jadi graduan UIA?
Amanah. Maknanya kena galas harapan ummah. Masyarakat harap graduan UIA, lepas study 5-6 tahun kat UIA, dua kat foundation, empat kat main campus, mampu menyumbang dan menyelamatkan ummah.
Segunung harapan di bahu.
Fitrah manusia hormat orang berilmu. Harapan dan rujukan ummah.
Janganlah masuk UIA 6 tahun dulu, pakai seluar jeans sendat dan peluk romen jantan, lepas study 5-6 tahun kat sini pun masih seluar jeans sendat dan peluk romen jantan. Patutnya kena ada berbekas sikit di hati.
Dalam UIA, Allah jadi tuhan. Pakai kemas tutup aurat. Sopan. Pasal takut Allah.
Keluar gate UIA, buang tudung buka aurat, pergaulan bebas. Sijil menggunung pun kalau tak takut tuhan, kami lecturers anggap karya yang gagal. Benda basic pun kalau tak reti jaga, memang menjadi aib kepada kami selaku lecturers..
Dalam UIA, luar UIA, Allah tetap tuhan. Keagungannya tak berkurang kerana arahannya ditolak.
Allah tak perlu kita, kita yang perlu Allah.
Tamatnya ijazah bukan ending. Satu permulaan baru.
Refleks semula attitude selama ni.
Adakah kita pelajar yang pensyarah dan kawan rindu bila kita tiada. Pasal kita baik, sopan dan raikan mereka.
Atau adakah kita pelajar yang benci guru dan guru pun letih tengok perangai buruk kita.
Refleks diri..
Kalau ada duit member tak bayar lagi, bayarlah. Usah tunggu mahsyar.
Kalau ada guris hati orang, buat zalim dan bukan-bukan, eloklah minta maaf dan clear kan balik semua urusan.
Kami lecturers tak kisah dengan CGPA.
Kami tak minta korang jadi genius.
Dunia penuh dengan genius yang menyusahkan dunia.
Kami minta korang jadi orang baik-baik.
Bersunguh-sungguh dan jaga diri.
Menyumbang pada masyarakat.
Buat benda sepenuh hati.
Wherever you go in life, go with all your heart. Give your best and be the best.
In the end, as long as you give your best, we will always be proud of you.
Always..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ok bila aku baca ayat kat atas ni. seriously sentap makkk nokkk. Im the chosen one among others. Allah Maha Perancang dia Maha Mengetahui segalanya apa yang ada.

Bila difikirkan balik,ada hikmah aku pindah dari smaam. Iaitu aku jadi diri aku yang sekarang or in other context,aku jadi lebih baik dari yang sebelum ni.

 Serious weh,aku rasa kalau aku tak masuk samtish dan kenal bidadari2 syurga like masyitah,husna,timah,aida,qilah,adaw,hajar,ainul,aishah,rini,huda(too many to mention). it is veryy veryyyyyyyyy possible for all of you to see me like this. like now. cara aku bercakap,cara aku behave,respond, approach people semuanyalah lain beb,im not mira yang dulu. ceh macam lah dulu aku so-sial sangat. hahahahaha . too many things yang berubah dalam hidup aku. sampaikan perubahan ni lead kepada perpisahan aku dengan 'chenta' fana.

and...

I do really wish UIA ni jadi platform seterusnya utk menambah ilmu yang aku dapat manfaatkan kat semua orang dan jugak pengalaman utk mendewasakan aku plus utk menambah iman aku. So far kat UIA kuantan ni, student memang sikit taw. sikit kuss semangat sampaikan batch aku tak sampai 30 orang. ada batch yang tak sampai 15 orang.

Dengan ini,aku Nor Amira bt Yusof akan berusaha untuk menjadi mukmin yang cemerlang dunia dan akhirat. Please tegur aku if aku ada buat silap. tegur jer. aku prefer orang yang jujur dalam berkata even it hurts me alot daripada dia senyap dan TIPU aku dalam diam. it will make me hate you. ceh emo plak cikmira kita. hahahaha

ok lah sorry cengginilah gaya sistur baru dapat connect wifi. nampak tak ada 1 part yang aku takleh nak buang iaitu hapdet blog. since aku form 2 sampai sekarang. aku memang addict utk sentiasa update blog. member2 aku yang dulu2nya ada blog semuanya dah kebumikan blog dorang.. blog aku jer masih subur ranum merekah gituu. ahahhaha


ok then. dah2 ta mo lagha2,baca semula amanat kat atas tu.

Blouse Labuh Cotton

السلام عليكم


Im very sorry for late inform!

supposely Mira promote last week tapi disebabkan netbuk mira ni  buat hal plak xnak connect dengan wifi mahallah. redha je lah.

Mira nak promote 1 blouse super cun anggun menutup aurat !

taraaaaa..






Blouse Labuh Cotton.

Baju ni khas made utk gugurls yang suka pakai baju labuh/muslimah. and utk yang suka ada poket doraemon . eh! hahaha. utk yang suka baju da poket tu,wajib grab long blouse ni sebab ada poket kiri kanan taw. kiri letak purse,kanan letak fon tak perlu lagi bawak handbag! yeayy.


then,setiap wanita yang baru/lama melangkah ke alam rumah tangga. pasti akan mengalami saat bahagia(dapat anak). dan masa tu dah tak boleh sangat nak pakai baju macam zaman anak dara. iyolah kena menyusukan anak kan. so kenalah pakai baju yang nursing friendly a.k.a breast friendly.
long blouse ni ada zip kat tengah yang super duper bestt utk BF taw.

hah dah 3 in 1

- labuh(tutup peha yang gebu gedevas tu)
- poket 'doraemon' kiri kanan
-zip nursing


kalau uols ada baju yang cukup 3 syarat ni. memang tak de masalah nak pakai pergi travelling ke,balik kampung ke,picnic ke or wherever lah boleh sangat2 pakai.

hah 1 lagi,material cotton. oh ya. diingatkan cotton ada banyak jenis taw,same goes to lycra. but yang ni cotton acid. hah?? acid? ada acid ke kat baju ni? bahaya weh!

rilex sisters smua. cotton acid ni a.k.a cotton knitted a.k.a cotton stretchable.

dia tak delah serap peluh sangat sebab mira rasa cotton dia bukan 100% cotton.

tapi utk pakai waktu malam memang bestttt!


oh ya,pasal size plak. jangan risau. ada 2 jenis iaitu plusize dan free size. sebab mira tahu,wanita-wanita kat malaysia ni bukan macam wanita kat korea yang semuanya selim melim macam anak patung tu. eh best ke jadi kurus keding cenggitu? hahahaha utk sisters2 yang berbadan comel loteh size 3xl keatas. baju ni ada utk plussize jugak taw. utk 10xl pon muat pakai.


yang utk  badan kecik tak de ke mira? bdan xs- s? ok mira bukan biased taw,tapi disebabkan mira tengok banyak giler kott orang jual baju utk korang(xs-m) , mira bukan tak galakkan beli blouse yang free size tapi takot korang rasa cam besar sangat plak. unless korang memang selesa pakai size besar. hihi.. macam mira,even true size Mira is M, not M for Mira. hahaha. tapi mira prefer pakai size L. lebih LOnggar dan of koz selesa. nampak gelebeh/gemok? ehem, pakai baju utk tutup aurat or tunjuk aurat lemak tu? tajdid niat yer sistur. hihi


ok pasal special baju dah cerita,pasal size dah cerita. saiz dah cerita. ok masuk pasal harga plak.


sebenarnya mira tengah buat promosi sekarang ni. 3 helai rm9*. tapi disebabkan tarikh promosi last ialah pada hari mira tulis blog ni. so mira bagitahu harga retail je lah ea. kalau nak beli dengan harga promosi,kena lah tunggu mira buat promosi. oh ya,utk lebih cepat uols tahu bila mira buat promosi,follow ig ni taw @eeraacloset.


HARGA

FREE SIZE(FIT TIL 2XL) - RM49/PCS
BORONG MIN 6HELAI- RM39/PCS.

PLUS SIZE(FIT 3XL TIL 10XL) - RM59/PCS
BORONG MIN 6HELAI- RM49/PCS.


PENGUMUMAN : mulai 25/10/15-1/1/16, baju ni berstatus pre order taw. so baju anda akan dipos seminggu selepas pembayaran dibuat. kat sini mira mention awal2 supaya BERSABAR! kalau rasa tak nak sabar,tunggulah bulan 1 tahun depan. reason mira buat pre order ialah kerana masa ni mira ada kat UIA,so tak tak boleh nak berniaga sakan.

actually mak mira tak galakkan sangat taw mira jual2 ni sebab takot effect study.  tapi nak buat macam mana,dengan ekonomi malaysia sekarang ni. g** yang super duper membebankan rakyat marhein ni yang mendorong mira utk lebih berusaha cari duit sendiri.

So korang support lah mira yer hihi. utk order boleh pm jelah fb mira.

and mention yang korang tahu pasal baju ni dari blog mira.

Ok itu jer. ^^

selamat bergaya mengikut syariat :)


Friday, 16 October 2015

jom tukar Buku(sementara) dengan aku

Assalamualaikum. First of all,terima kasih lah kepada yang berminat.

utk yang masih tak tahu,kat rumah aku ada dalam 30++ buku cerita yang separuh daripadanya aku still belum baca.

ada separuh lagi buku aku dah jual. yang tinggal sekarang ni semuanya yang aku still rasa sayang hey rasa sayang sayang hey utk jual.

so aku decide utk swap buku rather than bagi pinjam. mutual benefit rite?

korang pilih buku aku yang korang nak baca. and korang tawarkan buku yang korang ada.

senang jer kan? so orang yang nak swap buku dengan aku ni. boleh pm aku kat fb aku. tak ya hlah wasep ni. serabut jer. 

https://www.facebook.com/mierayusof

oh ya,lokasi swap ada 1 je setakat ni iaitu di UIA kuantan. and if masa tu aku tengah cuti. lokasi akan berubah di shah alam. ^^ 

Buku-buku yang aku keep sekarang ni semuanya best.2.

ok antara buku yang aku nak  swap ialah buku2 fixi. almost all buku fixi aku tak pernah baca dan aku teringin sangat nak baca tapi tak pernah nak terbeli.. hahaha. dan buku faisal tehrani. ok aku tahu dia bermasalah tapi aku sangat adore penulisan dia.


so korang yang nak swap buku ngan aku tu. make sure korang offer aku buku fixi or buku faisal tehrani taw.


aku ada banyak buku lejen,dan karya2 penulis kegemaran aku. nanti aku update. ^^


oh ya,ni swap sementara taw. means aku baca buku kau,kau baca buku aku then kita pulangkan buku masing2. faham tak? susah kalau ayat simple pon tak faham.

ok lah itu jer. hihi..

p/s: doakan esok aku ada presentation MGT. walaupon part aku sikit jer tapi aku still rasa tak tenang. 

Monday, 12 October 2015

Perempuan yang kasar

السلام عليكم


Perempuan yang kasar.

Aku asalnye (sebelum hijrah) ialah pempuan yang kasar. Bukan dari segi perbuatan kalau tgk dari luaran, aku lembut je.. mcm mashmellow lembutnya. tapi skali aku bukak mulut. pufffff. hilang semuanya. aku jenis kasar. bukan mencarut, bukan. tak de kuanghajo mencarut sana sini. just harsh. words yang selalu lelaki utter aku slalu guna. Borak2 pun kasar. 

Dulu lagi teruk, cam gampang je perangai aku.. sbb dulu aku tak muslimah sgt. so kalau cakap kasaq tu takde la tecemar sgt kekdahnye.. la ni skang dah pakai tudung labuh sikit, mcm tak proper kalau aku still berbahasa kasar.

 kekadang aku tengok pempuan muslimah yg mmg lembut, cakap pun lembut, aku yg cair. alaahaii. hahahaa. aku try nak ubah, try try, asik tebabas je. still aku kasar ag.
lagi2 kalau kat umah…..

 sbb adik2 badik aku ramai, degil lak tu, kalau aku lembut2 cam jeli, maunya aku kena pijak. takde maknanya diorang nak lembut balik. lagi2 kalau yg jantan kang. harom. aku dah biasa think like a man, so automatik ayat dri mulut aku akan kuar, jantan sejantan jantannya. hahaha.

 aku memang sis yang jenis kasar pada bicaranya. sbb telinga adik2 aku, semua telinga tebal. tak dengar cakap punya kalau lemah lembut sayup2 borak ngn diorng ni. sikit sebanyak aku fail nak berubah jadi lembut. lepas tu. 

hmm. lepastu, aku lagi selesa borak ngn so called kawan2 aku dari skola menengah (dlm group wasap la). since diorang lagi kasar bapak, jadi aku pun slalu terjoin kasar skali. duk berhaha sama sama. Arrghh.. susah.. aku nak jaga bahasa aku and intregiti (poyo habis ni haha) aku as muslimah. But then aku suka sempoi2 ni.. susah ah.

Bila aku tgk pempuan lembut, aku cenderung nak guna wording lembut2. tend to selectively choose my words in conversation. Tapi kang, bila dah pung panggg pung pangg ngn member, hah. kau tgk, kelaut lah wording yg aku jaga belai selama ni. Sampai kawan aku pun tekejut tetiba aku kasar balik. Wuuwwuw, stress tau gini.


patut ke aku back off from group tu? just isolate dari benda2 yg boleh pengaruh aku jadi ksar balik? Kang lonely lak kang… or just jadi je diri aku sendiri? Aku suka gak kepoyoan aku ni. haih. tah la. Well.. aku tak tahu. need opinion.

Wanita2 lembut dan sejati bak roti Masimo di luar sana, bagi lah tips. agar aku jadi sistur yang boleh lembut bicara, tegas bahasa. Bukan gedik mengeletis. Just sopan. dan lembut. Siapa yg kenal aku (time skolah) mesti rasa aku ni penipu bila cakap lembut2. hahaha sedasat itu ke-abang-an dalam diri aku. So . So. mohon tunjuk ajar. tengs.


- Haku.

========================================================================

ehem,ok ayat kat atas ni aku jumpa di satu page confession di facebook. bila terbaca tu. panggg rasa cam diri aku jer dalam situasi ni. hampir 100%. ayat kat atas ni 100% aku copy bulat2 dari page tu yer.


mulanya aku rasa cam nak mencoret pasal aku punya versi tapi bila pk2 balik tak perlu kott. haha

. ok dalam kes sister kat atas ni. aku fully understand her situation. dia rasa cam diri dia  hipokrit. depan member yang lembut,dia akan jadi lembut,depan adik beradik yang degil,dia akan jadi kakak yang garangbaq hang,depan member sekolah yang otai,dia pon akan jadi otai. yer aku faham dia dalam dilema sama ada nak ikut sikap yang mana. sikap yang lembut, or otai or garang?


 so sister. if you ask me. i would answer. JUST BE YOURSELF!

manusia ni memang banyak karekter. contoh senang macam ni. even kau seorang yang kat kolej jenis cakap kasar,tak berlapik. tapi bila kau dengan kekasih kau,aku tak rasa engkorang still akan cakap kasar and berlapik. aku rasa mesti lembut gigi dari lidah lagi2 hok lelaki. huhu.

same situation bila kau jumpa mak or bapak kau. automatik percakapan kasar dan tak berlapik kau tu akan hilang. dan bila kau jumpa semula member kolej kau,kau akan proceed cakap kasar and tak berlapik?? faham tak niiii?


bagi aku, tak salah pon kalau kau nak cakap kasar2 dengan member sekolah kau sebab kau sedar even kau dah berubah sekarang,but kau tak boleh nak tunjuk perubahan tu kat depan member sekolah kau. bukan setakat member kau tak boleh terima perubahan kau,kau sendiri pon tak boleh terima jadi sopan depan member sekolah kau. so just go on with giler2 kau.

and bila kau berhadapan dengan member kau yang alim or lembut.and kau realize dorang membawa kau ke arah perempuan sejati. aicewahh. so jangan keraskan hati utk tak ikut mcm dorang. 

cer ko pk balik . Kau bukan selamanya akan hidup bersama rakan sekolah kau. kau cuma contact dorang kat wasep grup and juz jumpa sekali sekala jer. so tak salah pon kalau kau nak luahkan perangai giler2 kau tu kat situ.

and cer ko pk,hikmah kau dapat member yang lembut sopan. Suatu hari nanti kau akan kawin dapat anak. nak ke kau didik anak kau dengan bahasa rock/giler2? mesti tak nakkan. so start sekaranglah kau nak biasakan diri. tambah plak dengan suami kau nanti. kau  mana boleh cakap ngan dia macam kau cakap ngan member sekolah menengah kau tu. ye dok?


kalau kau fikir gitu2 jer memang akan nampak macam kau ni hipokrit. but for me, its not!!!!

trust me!

fitrah wanita tu lembut,hatinya rapuh. itu fitrah weh.

ok sebelum aku melalut lebih merepek. better aku endkan post ni.

please jangan bash aku. take all of my words from positive side okay.

aku manusia biasa jer. dan aku percaya semua orang ada sejarah pahit dalam hidup dorang yang dorang susah  nak move on. yet,semua orang berhak utk berubah menjadi lebih baik.

tapi aku nak nasihatkan diri aku dan korang juga. jangan pernah putus asa utk berubah. Rahmat Allah sentiasa mengiringi usaha korang utk berubah.

kalau  korang betul-betul nak berubah. inshaallah akan mempermudahkan urusan korang.

 So far alhamdulillah aku nak ucap terima kasih sangat2 kat member2 kat SAmTiSH  !

Allah hantar aku kat samtish sebab Allah nak aku berubah jadi lebih baik dari sebelum ni.


dan  aku tak rasa aku akan jadi macam sekarang kalau aku nak masuk samtish.

word aku-kau memang dah nama expired dalam kamus hidup aku kecuali bila cakap ngan dak smaam n lelaki.

ana-enta-enti-antum-antunna- yang ni aku memang geli nak pakai. tak tahu kenapa. rasa cam gedik jer.


ok itu jer. so utk perempuan yang kasar. ingattt! itu bukan fitrah kita.

Jom kembali kepada fitrah :) 



Jom Chatting

alkisah... zaman internet baru nak diperkenalkan kat malaysia.

masa tu facebook memang takde lagi.

yang femes masa tu kalau nak chatting kat MiRc.

and social web plak friendster and myspace.

Seriously aku memang suka myspace msa tu. and i know him pon from myspace. hahaha

dan masa tu zaman jahililah aku. darjah 6- form 3.

lepas upsr tu,kerja aku lepak kat library shah alam and chatting ngan semua orang yang aku tak kenal.

sampaikan member aku pon terkantoikan aku. hahaha

itulah bahaya salah pilih kawan. member2 yang aku ajar semua menda ni semuanya makin hanyut. . aku pon dah tak tahu sgt cerita pasal dorang. yang aku tahu ada yang dah free hair dan hmm... Aku sorang jer yang terselamat. Moga Allah buka pintu hati member-member aku ni utk berubah. 

ok walaupon umur aku dah nak masuk 20-an. warghh tua dah aku...a.k.a dewasa. tapi aku still suka satu apps chatting ni iaitu YAHOO MESSENGER !

mende ni legend kottt. aku still on9 ym aku even aku tahu sekarang ni dah xde sapa nak layan YM.

but,if korang pon layan YM,kita geng !

ape hal doe korang pulaukan YM! yelah aku tahulah facebook ada segalanya. tapi tak best ah.

Jiwa aku sebenarnya still dengan YM and myspace taw. cuma myspace tu aku tak berapa faham dah sebab dia dah modified web dia kann.

So utk memember aku semua, if korang nak do keep in touch ngan aku. especiallly member yang aku kenal, sila lah install apps yahoo messenger kat laptop anda yer..

and then add aku punya ID - myra_spicegirl . or emel aku myra_spicegirl@yahoo.com

ini emel pertama aku yang aku create masa aku 11 tahun. hahaha entah mana mai word spicegirl tu pon aku tak ingat.

aku suka guna ID ni sebab ID ni jugaklah yang aku guna hampir 10 tahun lepas sampai sekarang.

jangan lupa add aku taw. 

btw,siapa yang cuba utk chat 18sx or 18sg, aku BLOCK TERUS! 

im not that kind of girl anymore okay. sorry aku dah tak open cam dulu. that my old me.

yang nak cari jodoh kat YM,sorry aku tak berminat yer.

ni khas kalau korang nak tanya something general kat aku. contohnya pasal UIA ke,pasal business ke,ok lah aku layan. kalau dah mengarot-ngarot tu. bai bai.

and one more ineresting thing, i'll always online when i on lappy. hihi

ok itu jer. 

ok ni ym aku hahahaha.

so far member aku yang loyal dgn ym ni e*** namanya. aku kenal dia since aku form 1 tak silap. and we still keep in touch still now. lama en? tapi tak pernah jumpa pon. cool en?

hahaha



Sunday, 11 October 2015

Anda tidak peduli,anda rugi !

sekadar tajuk yer.


Assalamualaikum.

Apa habaq orang kampong dan bandor sekalian?

Aku faham korang rindukan karya aku yang  syok sendiri ni. So macamana hidup hari ni? Dah topup pahala belum? Dosa dah delete? Dah refresh niat?

Ok takpe kalau belum sila siapkan yer. Btw, hidup aku alhamdulillah ok hihi.

Satu perubahan yang aku noticed dalam hidup aku sekarang ialah. Aku jadi lebih prihatin dan bersikap peduli…  dan …..  yang ni aku sambung next post.

Alkisah baru aku sedar kenapa Allah tak bagi aku ada laptop. Sekarang aku Cuma guna netbuk tokwan jer. alhamdulillah ada jugak daripada takde kannn.

Semalam aku belajar erti bersyukur kerana ada laptop. Sebab ada classmate aku rupanya dia takde laptop. Semalam dia wasep aku nak pinjam notbuk aku utk siapkan assignment. Kebetulan aku dah siap awal assignment tu so aku takdelah nak guna sangat netbuk aku ni.

 Aku rasa semenjak aku dduk kat Kuantan ni,aku makin ada banyak masa free utk tgk citer. Tapi takdelah 24jam aku tengok. Biasanya aku ganti riadhah aku dengan tengok citer  korea. hihi
Nak jer aku cakap kat classmate aku tu. “ pasaipa tak cakap awal2! “. 

Dia nak pinjam pukul 10pm. Katanya tak nak kacau aku guna laptop. Tapi aku suruh dia pinjam masa tu jugak. masa tu pukul 5.

Daripada aku guna laptop utk tgk citer,baik aku pinjamkan kat member yang memerlukan. We share we love.

Nampak tak kat situ,Allah hantar classmate aku tu utk tegur aku. Udah2lah habiskan msa dengan benda lagha.

Malam tadi merupakan malam pertama aku tidak ditemani laptop ku. Walaupon mulanya Rasa cam sunyi. Tapi hikmahnya ialah aku dapat siapkan mindmap dan semua report lab chem and bio ditemani radio thr gegar,Pahang fm dan jugak sinar fm! Sambil aku tulis nota tu sambil nyanyi. Hahahha  best giler kot dapat berkarok. Isk3 mira2.

Ok sebenarnya. Disebabkan semalam otak aku tak dihantui netbuk. So entah macam mana otak aku ni begitu ligat berfikir a.k.a berangan. Macam2 yang aku pk semalam.

Ok rasanya itu jer. actually so many things yang aku nak share tapi disebabkan medium oblongata aku ni hmm. Pendek cerita I am a short memory person.
Aku bukan jenis senang ingat and paling teruk mudah lupa. hahaha. Entah lah. Sebab tu result biasa jer. hahaha. Ok lah tu jer kot.

Aku post jugak post ni even pendek dan seems unimportant.

Ok lah terima kasih baca.

Ohya,utk korang yang ada kat Kuantan tu. Moh ler meriahkan IKOD(iium Kuantan day) 2015 .
Macam-macam ada taw. Aku ada di dalam banquet hall,kerja aku layan customer. Hahaha.

Dan sebelah petang aku jaga booth MyCare. So sesiapa nak jumpa aku boleh call/mesej jyer. Jgn la inform last minute sebab aku tak pegang fon time on duty. Aicwahh.