Saturday, 24 October 2015

Amanat Buatmu all UIAM students

السلام عليكم

Apa erti jadi graduan UIA?
Amanah. Maknanya kena galas harapan ummah. Masyarakat harap graduan UIA, lepas study 5-6 tahun kat UIA, dua kat foundation, empat kat main campus, mampu menyumbang dan menyelamatkan ummah.
Segunung harapan di bahu.
Fitrah manusia hormat orang berilmu. Harapan dan rujukan ummah.
Janganlah masuk UIA 6 tahun dulu, pakai seluar jeans sendat dan peluk romen jantan, lepas study 5-6 tahun kat sini pun masih seluar jeans sendat dan peluk romen jantan. Patutnya kena ada berbekas sikit di hati.
Dalam UIA, Allah jadi tuhan. Pakai kemas tutup aurat. Sopan. Pasal takut Allah.
Keluar gate UIA, buang tudung buka aurat, pergaulan bebas. Sijil menggunung pun kalau tak takut tuhan, kami lecturers anggap karya yang gagal. Benda basic pun kalau tak reti jaga, memang menjadi aib kepada kami selaku lecturers..
Dalam UIA, luar UIA, Allah tetap tuhan. Keagungannya tak berkurang kerana arahannya ditolak.
Allah tak perlu kita, kita yang perlu Allah.
Tamatnya ijazah bukan ending. Satu permulaan baru.
Refleks semula attitude selama ni.
Adakah kita pelajar yang pensyarah dan kawan rindu bila kita tiada. Pasal kita baik, sopan dan raikan mereka.
Atau adakah kita pelajar yang benci guru dan guru pun letih tengok perangai buruk kita.
Refleks diri..
Kalau ada duit member tak bayar lagi, bayarlah. Usah tunggu mahsyar.
Kalau ada guris hati orang, buat zalim dan bukan-bukan, eloklah minta maaf dan clear kan balik semua urusan.
Kami lecturers tak kisah dengan CGPA.
Kami tak minta korang jadi genius.
Dunia penuh dengan genius yang menyusahkan dunia.
Kami minta korang jadi orang baik-baik.
Bersunguh-sungguh dan jaga diri.
Menyumbang pada masyarakat.
Buat benda sepenuh hati.
Wherever you go in life, go with all your heart. Give your best and be the best.
In the end, as long as you give your best, we will always be proud of you.
Always..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ok bila aku baca ayat kat atas ni. seriously sentap makkk nokkk. Im the chosen one among others. Allah Maha Perancang dia Maha Mengetahui segalanya apa yang ada.

Bila difikirkan balik,ada hikmah aku pindah dari smaam. Iaitu aku jadi diri aku yang sekarang or in other context,aku jadi lebih baik dari yang sebelum ni.

 Serious weh,aku rasa kalau aku tak masuk samtish dan kenal bidadari2 syurga like masyitah,husna,timah,aida,qilah,adaw,hajar,ainul,aishah,rini,huda(too many to mention). it is veryy veryyyyyyyyy possible for all of you to see me like this. like now. cara aku bercakap,cara aku behave,respond, approach people semuanyalah lain beb,im not mira yang dulu. ceh macam lah dulu aku so-sial sangat. hahahahaha . too many things yang berubah dalam hidup aku. sampaikan perubahan ni lead kepada perpisahan aku dengan 'chenta' fana.

and...

I do really wish UIA ni jadi platform seterusnya utk menambah ilmu yang aku dapat manfaatkan kat semua orang dan jugak pengalaman utk mendewasakan aku plus utk menambah iman aku. So far kat UIA kuantan ni, student memang sikit taw. sikit kuss semangat sampaikan batch aku tak sampai 30 orang. ada batch yang tak sampai 15 orang.

Dengan ini,aku Nor Amira bt Yusof akan berusaha untuk menjadi mukmin yang cemerlang dunia dan akhirat. Please tegur aku if aku ada buat silap. tegur jer. aku prefer orang yang jujur dalam berkata even it hurts me alot daripada dia senyap dan TIPU aku dalam diam. it will make me hate you. ceh emo plak cikmira kita. hahahaha

ok lah sorry cengginilah gaya sistur baru dapat connect wifi. nampak tak ada 1 part yang aku takleh nak buang iaitu hapdet blog. since aku form 2 sampai sekarang. aku memang addict utk sentiasa update blog. member2 aku yang dulu2nya ada blog semuanya dah kebumikan blog dorang.. blog aku jer masih subur ranum merekah gituu. ahahhaha


ok then. dah2 ta mo lagha2,baca semula amanat kat atas tu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...