Monday, 12 October 2015

Perempuan yang kasar

السلام عليكم


Perempuan yang kasar.

Aku asalnye (sebelum hijrah) ialah pempuan yang kasar. Bukan dari segi perbuatan kalau tgk dari luaran, aku lembut je.. mcm mashmellow lembutnya. tapi skali aku bukak mulut. pufffff. hilang semuanya. aku jenis kasar. bukan mencarut, bukan. tak de kuanghajo mencarut sana sini. just harsh. words yang selalu lelaki utter aku slalu guna. Borak2 pun kasar. 

Dulu lagi teruk, cam gampang je perangai aku.. sbb dulu aku tak muslimah sgt. so kalau cakap kasaq tu takde la tecemar sgt kekdahnye.. la ni skang dah pakai tudung labuh sikit, mcm tak proper kalau aku still berbahasa kasar.

 kekadang aku tengok pempuan muslimah yg mmg lembut, cakap pun lembut, aku yg cair. alaahaii. hahahaa. aku try nak ubah, try try, asik tebabas je. still aku kasar ag.
lagi2 kalau kat umah…..

 sbb adik2 badik aku ramai, degil lak tu, kalau aku lembut2 cam jeli, maunya aku kena pijak. takde maknanya diorang nak lembut balik. lagi2 kalau yg jantan kang. harom. aku dah biasa think like a man, so automatik ayat dri mulut aku akan kuar, jantan sejantan jantannya. hahaha.

 aku memang sis yang jenis kasar pada bicaranya. sbb telinga adik2 aku, semua telinga tebal. tak dengar cakap punya kalau lemah lembut sayup2 borak ngn diorng ni. sikit sebanyak aku fail nak berubah jadi lembut. lepas tu. 

hmm. lepastu, aku lagi selesa borak ngn so called kawan2 aku dari skola menengah (dlm group wasap la). since diorang lagi kasar bapak, jadi aku pun slalu terjoin kasar skali. duk berhaha sama sama. Arrghh.. susah.. aku nak jaga bahasa aku and intregiti (poyo habis ni haha) aku as muslimah. But then aku suka sempoi2 ni.. susah ah.

Bila aku tgk pempuan lembut, aku cenderung nak guna wording lembut2. tend to selectively choose my words in conversation. Tapi kang, bila dah pung panggg pung pangg ngn member, hah. kau tgk, kelaut lah wording yg aku jaga belai selama ni. Sampai kawan aku pun tekejut tetiba aku kasar balik. Wuuwwuw, stress tau gini.


patut ke aku back off from group tu? just isolate dari benda2 yg boleh pengaruh aku jadi ksar balik? Kang lonely lak kang… or just jadi je diri aku sendiri? Aku suka gak kepoyoan aku ni. haih. tah la. Well.. aku tak tahu. need opinion.

Wanita2 lembut dan sejati bak roti Masimo di luar sana, bagi lah tips. agar aku jadi sistur yang boleh lembut bicara, tegas bahasa. Bukan gedik mengeletis. Just sopan. dan lembut. Siapa yg kenal aku (time skolah) mesti rasa aku ni penipu bila cakap lembut2. hahaha sedasat itu ke-abang-an dalam diri aku. So . So. mohon tunjuk ajar. tengs.


- Haku.

========================================================================

ehem,ok ayat kat atas ni aku jumpa di satu page confession di facebook. bila terbaca tu. panggg rasa cam diri aku jer dalam situasi ni. hampir 100%. ayat kat atas ni 100% aku copy bulat2 dari page tu yer.


mulanya aku rasa cam nak mencoret pasal aku punya versi tapi bila pk2 balik tak perlu kott. haha

. ok dalam kes sister kat atas ni. aku fully understand her situation. dia rasa cam diri dia  hipokrit. depan member yang lembut,dia akan jadi lembut,depan adik beradik yang degil,dia akan jadi kakak yang garangbaq hang,depan member sekolah yang otai,dia pon akan jadi otai. yer aku faham dia dalam dilema sama ada nak ikut sikap yang mana. sikap yang lembut, or otai or garang?


 so sister. if you ask me. i would answer. JUST BE YOURSELF!

manusia ni memang banyak karekter. contoh senang macam ni. even kau seorang yang kat kolej jenis cakap kasar,tak berlapik. tapi bila kau dengan kekasih kau,aku tak rasa engkorang still akan cakap kasar and berlapik. aku rasa mesti lembut gigi dari lidah lagi2 hok lelaki. huhu.

same situation bila kau jumpa mak or bapak kau. automatik percakapan kasar dan tak berlapik kau tu akan hilang. dan bila kau jumpa semula member kolej kau,kau akan proceed cakap kasar and tak berlapik?? faham tak niiii?


bagi aku, tak salah pon kalau kau nak cakap kasar2 dengan member sekolah kau sebab kau sedar even kau dah berubah sekarang,but kau tak boleh nak tunjuk perubahan tu kat depan member sekolah kau. bukan setakat member kau tak boleh terima perubahan kau,kau sendiri pon tak boleh terima jadi sopan depan member sekolah kau. so just go on with giler2 kau.

and bila kau berhadapan dengan member kau yang alim or lembut.and kau realize dorang membawa kau ke arah perempuan sejati. aicewahh. so jangan keraskan hati utk tak ikut mcm dorang. 

cer ko pk balik . Kau bukan selamanya akan hidup bersama rakan sekolah kau. kau cuma contact dorang kat wasep grup and juz jumpa sekali sekala jer. so tak salah pon kalau kau nak luahkan perangai giler2 kau tu kat situ.

and cer ko pk,hikmah kau dapat member yang lembut sopan. Suatu hari nanti kau akan kawin dapat anak. nak ke kau didik anak kau dengan bahasa rock/giler2? mesti tak nakkan. so start sekaranglah kau nak biasakan diri. tambah plak dengan suami kau nanti. kau  mana boleh cakap ngan dia macam kau cakap ngan member sekolah menengah kau tu. ye dok?


kalau kau fikir gitu2 jer memang akan nampak macam kau ni hipokrit. but for me, its not!!!!

trust me!

fitrah wanita tu lembut,hatinya rapuh. itu fitrah weh.

ok sebelum aku melalut lebih merepek. better aku endkan post ni.

please jangan bash aku. take all of my words from positive side okay.

aku manusia biasa jer. dan aku percaya semua orang ada sejarah pahit dalam hidup dorang yang dorang susah  nak move on. yet,semua orang berhak utk berubah menjadi lebih baik.

tapi aku nak nasihatkan diri aku dan korang juga. jangan pernah putus asa utk berubah. Rahmat Allah sentiasa mengiringi usaha korang utk berubah.

kalau  korang betul-betul nak berubah. inshaallah akan mempermudahkan urusan korang.

 So far alhamdulillah aku nak ucap terima kasih sangat2 kat member2 kat SAmTiSH  !

Allah hantar aku kat samtish sebab Allah nak aku berubah jadi lebih baik dari sebelum ni.


dan  aku tak rasa aku akan jadi macam sekarang kalau aku nak masuk samtish.

word aku-kau memang dah nama expired dalam kamus hidup aku kecuali bila cakap ngan dak smaam n lelaki.

ana-enta-enti-antum-antunna- yang ni aku memang geli nak pakai. tak tahu kenapa. rasa cam gedik jer.


ok itu jer. so utk perempuan yang kasar. ingattt! itu bukan fitrah kita.

Jom kembali kepada fitrah :) 



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...