Sunday, 29 November 2015

IBG KULLIYAH OF SCIENCE 2015

Alhamdulillah dengan ini aku merasmikan penutupan interbatch games kulliyah of science bagi tahun 2015/2016.

Tahniah kepada semua player. Dan terima kasih kepada semua supporters yang setia terutama Amni. PIC utk tennis. Thankz taw sebab setia bersama aku dalam panas terik sampai kaki rasa cam terbakar and hujan yang lebat disertai guruh dan kilat. Pheww,memang ujian betul.

Tahniah utk batch aku 151 ! korang  memang power ahh! Seriously bangga giler kot. Pingpong single and double,badminton double korang kaut GOLD!  Alhamdulillah!

Utk tenis,aku tahu yang sister jer sebab aku playernya. Hahahaha. Tahniah jugak utk diri aku sebab dapat 3. Ok lah kan.. hahaha single je kalah. Double menang it itupon sebab ada 3 batch je hantar.

1 je slack aku tadi, LEMAH servis. Serious wehh teruk giler aku servis tadi. Adakah sebab aku kidal? Or sebab aku guna raket lelaki? Raket tennis en berbeza lelaki and perempuan. And sepanjang aku match tadi aku guna raket lelaki. Lenguh gak ah wrist . bukan sebab salah cara pegang tapi sebab pegang lama sangat. Kau bayangkan sabtu tu. Dari pagi sampai petang aku duk main. Nasib baiklah hujan,stop kejap.

Pastu ahad ada match lagi. Lompat sana kejar sana pukul sana sini.

Overall,aku rasa itu tak lebih as an experience sebab aku pon tak pernah main tennis sebelum ni. Time practise pon tak ikut rules means main tibai jer pukul bola.

And senior-senior tadi pon,aku rasa cam dah ada bonding ngan dorang. Sikit pon tak rasa kecewa bila dorang menang sebab dorang memang layak pon. Hahahah akak tu siap ajar lagi kietorang. And 1 thing yang aku hepi sekarang ni aku dah boleh balas bola dengan ok… Rasa best giler  kottt.

Dengan ini aku bertekad utk selalu training tennis supaya dapat buat yang terbaik utk IBG minggu depan. Aku akan buktikan practise makes perfect ! ehem,anyone nak sponsor raket tenis tak? Hihi. Kalau nak sponsor gitaw awal2 yer,aku tak yah lah beli dah. I’ll really appreciate it and if korang sedekah kat aku. Aku akan pastikan pahala sedekah korang tu akan terus mengalir sebab aku akan guna ia sebaiknya! Hihi bukankah sedekah antara amalan yang boleh dibawa sampai ke alam barzakh?

Sorry termelalut pasal tennis. Biasalah perempuan ni bila bersukan dia jadi cam excited sikit lagi2 aku yang jarang bersukan ni.

Oh ya sebelum terlupa nak say thankz kat linesman and tukang kutip bola iaitu bro K,Sand N and Amni. Korang memang baik! Thankz taw.

 nak tengok pic? boleh search kat ig @ibgkos15 or insta aku. hihi. kalau rajin aku upload kat sini 

Saturday, 28 November 2015

beza fizikal sains dan biologikal sains di UIA?

Izinkan aku mencoret. Walaupon aku dah degree,tapi still rasa nak sharing something regarding CFS.
Saat ini diriku keletihan tatkala selesai game tennis. Walawehh. Esok ada lagi beb! Double plak. Wuhuuuu. Kaki aku dah a little bit lenguh. And of kelainan aku is aku kidal. Huhu. Memang semua pelik ah tengok aku pegang reket tangan kiri.  Korang bolehhh?? Hahahaha.

Ok abaikan. Hari ni aku nak share satu info pasal ni.

APA BEZA FIZIKAL SAINS DAN BIOLOGICAL SCIENCE DI UIA?

Bezanya ialah dari segi ejaan dan Bahasa yang aku tulis. Hahahaah ok fine lawak bijok ngatt.

Utk adik-adik yang nak isi UPU,mesti korang pening kan dengan asasi kat UIA ni sebab banyak sangat! Hahahaa seriously banyak beb!

Ok firstly sebelum korang pilih kos utk asasi. Aku sarankan tengok dulu course degree apa yang korang boleh further dengan asasi yang korang nak mintak tu. Ok contohnya korang nak jadi pakar mathematic. So please jangan pilih asasi engineering. Pilih ler asasi fizikal sains.


TBH, beza asasi fizikal sains dan biologi sains ini ialah dari segi subjek jer. alah macam kat matrik lah. Kan ada modul 1(semua sains subjek),modul 2 dan 3.

Kalau korang rasa nak further more into biologi tak kisahlah microorganism biologi,human biologi,animal biologi. So ambillah biologi sains.

Utk fizikal sains pulak,ia lebih concentrated utk subjek sains tu sendiri. Seperti yang kita tahu subjek fizik dan mathematic kan  dah concentrated kan compared to biologi yang tersangatlah luassss ilmunya.

Ok berbalik kepada reason tadi iaitu beza dari segi subjek. Utk budak fizikal sains,korang akan belajar sama macam budak bio kecuali subjek biologi 1 dan biologi 2 korang tak akan belajar. Tapi korang akan belajar subjek calculus dan jugak programming.

Utk budak bio plak,korang tak belajar subjek calculus dan programming tapi korang belajar subjek biologi 1 dan 2.

Ok faham?

Ada lagi satu common soalan yang selalu ditujukan kat aku..

Boleh ke kalau time asasi dia asasi fizikal sains tapi bila degree,dia degree in major utk budak asasi biologi sains?

Jawapannya DENGAN IZIN ALLAH, BOLEH !!!!!!!!

Ini bukan teori,ini bukan mitos tapi ini KENYATAAN! Dan aku lah insan bertuah itu. Alhamdulillah.

Aku dulu budak engineering  then convert to physical science. Means kalau ikutkan time degree nanti aku Cuma ada 3 pilihan jer iaitu bachelor in fizik,math or chemistry.

Tetapi inilah takdirnya. Aku degan tawakkal meletakkan bachelor in biotechnology as my first choice which is im not supposed to do that because I didn’t have any knowledge about biology except apa yang aku belajar utk SPM dulu.

Dan akhirnya sekarang aku telah pon menjadi seorang student biotech! Alhamdulillah.

Ok adik-adik semua,kalau ada soalan regarding asasi uia ke ape or uia Kuantan ker. Boleh direct komen or private message kat fb akak yer. Im ready to help you.

Aku dulu pon macam korang gak. Fening nak pilih yang mana.

Last but not least,aku nak share 1 quote yang sangat2 bagi semangat kat aku dalam meletakkan keyakinan 100% pada Allah.

Iaitu..

“ kalau aku dapat  apa yang aku mahu,aku Cuma gembira sekali kerana itu sememangnya pilihan aku. Tetapi jika aku mendapat sesuatu yang aku tak nak dan tak mengharap utk dapat, aku gembira dua tiga bahkan berkali gembira kerana itu merupakan pilihan Tuhanku! “

Ok sebenarnya quote ni diderived from ayat quran surah albaqarah ayat 213 or 216  tak silap. Alahhh,yang mafhumnya boleh jadi sesuatu yang kamu tidak sukai itu sebenarnya baik bagimu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu sebenarnya baik  bagimu. Hah cmtulah.

Ok rasanya itu jer. sebenarnya aku nak update pasal IBG(interbatch games) memandangkan ini kali pertama aku join taw sukan-sukan ni. Tahu2 je lah perempuan macam aku ni memang malas gilerrrrr nak bersukan. Tapi entah macammana sem ni semangat plak nak bersukann. Tennis lagi tu. Inshaallah it will be family activities. Hihi berangan jap. Lelaki kan suka bersukan so aku pon kenalah ikut gaya hidup sihat ni. Hihi baru chemistry tu adoooo.


arghh poyo giler ayat aku.. sorry


oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi .

Thursday, 26 November 2015

Sepagi di Taman Bandar Indera Mahkota

السلام عليكم

Assalamualaikum. Sebelum tu nak inform yang aku ni unofficial reporter class. Hampir semua activities batch akan aku report kat sini.

Senang nanti dah habis belajar bila rindu rindu kat kengkawan semua. Baca balik semua report yang aku dah tulis ni.

Ok alkisahnya hari jumaat yang lalu,  kami wargaa helixians ke taman bandar indera mahkota yang terletak tak sampai 1 kilometer pon dari UIAM Kuantan. Teramatlah dekat.

Kiteorang jalan kaki jer dari pintu gerbang. 5 minit dah sampai. Yeayy!
Aktiviti pertama macam biasalah. Bertaaruf. Bukannya tak pernah bertaaruf sebelum ni tapi juz taaruf basic jer masa mula-mula dulu. Nama and tempat tinggal.

Kali ni taaruf more details. Hihihi. Warghh best sangat rasanya dapat kenal member2 smua.
Malam tidak selalunya indah,langit tidak selalu cerah.

Nak dijadikan cerita,hujan pulak aiii. Terpaksa lah kami berteduh seketika.
Nasib baiklah aku bawak baju hujan. Yap, I prefer baju hujan instead of payung. Hahaha.
Sementara tunggu hujan behenti,kiteorang sarapan dulu. PIC utk sarapan is aku. Hahaha aku yang volunteer utk cari makanan iaitu nasi lemak yang dihantar terus ke taman bandar.

Masa kiteorang makan tu,hujan slowly stop. Then sambung dengan games plak. Simple je games dia so aku cam malas nak explain.

Yang ‘drama’  sangat bila tengah games,hujan turun balik. Terpaksalah berlari anak cari tempat teduh.

Setelah beberapa ketika,hujan slowly stops. N kteorang proceed with discussion tentang aktiviti biro.

Aku under welfare.

Inshaallah kalau ada rezeki,kami plan nak pergi ke PINTAR ganu,and adalah tempat lain lagi.
Last but not least,sebelum habis event tu. Ada special surprise utk Faris.

Alkisahnya bezday dia sehari sebelum tu. Prank cliché iaitu baling tepung. Honestly,aku tak berminat sangat prank macam ni. Tepung tu kau baling and ia bersepah merata2. And kau biarkan jer macam tu. Hmm. Whateverlah.

Ok lepas tu kiteorang pon pulang ke uia semula dalam keadaaan kepenatan lah sangatt..




Thursday, 19 November 2015

Taman Bandar IM8

Izinkan aku mencoret. Rasa cam gian plak. Ok hari ni aku nak share 1 tempat best kat Kuantan. Aku tahu Kuantan ni memang boleh dikatakan memang tak best kalau dicompare dengan shah alam and KL.

Tapi nak buat macam mana. Kuantan ni bukanlah besar sangat utk dimajukan. Antara kemajuan yang aku Nampak sekarang ialah jalan sehala. Erm. Ada advantage n disadvantages jugak jalan sehala ni.

Ok 1 of the tempat best kat Kuantan ni ialah TAMAN BANDAR!

Wuhuu, dalam bandar ada taman. Eh2 orang Kuantan taw dok taman bandar ni? Aku bukan apa,ada  1 kes ni,aku tanya member aku yang duk sg isap. Dia tak tahu pon kat Kuantan ni ada bukit goh,bukit kuin dan bukit sagu. Hahahahaha apelah. Hihi aku ni kalau tak tahu tu cam logiklah jugak sebab aku membesar kat shah alam. tapi aku tahu jer kg-kg yg bukan felda  macam kg pak mahat,kg teruntum,kg tiram,kg mentiga,paloh hinai hihi. Baru tahu lepas masuk uia Kuantan. Many more kampungs to explore! Yeahhhh.

Tapi taman bandar ni tidaklah terletak kat centre of Kuantan itself. Taman bandar ni kat IM8. Teramat super duper dekat dengan UIAM Kuantan. Jalan kaki pon boleh bahhh. Naik moto boleh,naik kereta boleh asal jangan naik flight je sudah ler hihi.

First impression aku tengok taman bandar ni,memang macam kat tasik shah alam.

Oh ya,kat taman bandar ni ada tasik taw.. tasik dia takdelah besar sangat tapi cukup ok utk korang jogging 5 round! Ada brann?
Bukan tu jer,sekarang ada servis berkanu ke ape entah. Yang sure main kat atas air lah.

N then ada special place utk berpicnic,rehlah or berusrah.
Kalau petang2,ada orang yang jual buih belon besar tu. Ada yang jual ice cream and tak kurang jugk ada yang bagi makanan free.

Masa aku pergi haritu,aku dapat kek. From little cute girl. Mak dia tolong potong kek and dia distribute kat orang sekeliling while her father captured the moments.

So utk warga Kuantan. Kalau rasa bosan jogging kat kawasan rumah korang. Moh lah ke taman bandar. Kita jogging sesame. Hahahaha.

Btw,petang-petang pon ramai yang jogging.

So kalau rasa nak jumpa aku tu. Pergilah ke taman bandar yaa. Sebab aku ni memang selalu pergi sana. Kalau sesiapa yang kenal aku tu. PLEASE, tegur jer. Aku okay je inshaallah ^_^

Ok lah itu jer. Btw aku dengar cerita IM8 macam nak dibandarkan. I really wish ada 1 mall at least macam Jaya One kat depan UIA ni. Please. Buat school in mall pon okay  jer.




Friday, 13 November 2015

Explorace Biotech UIA Kuantan batch 141 dan 151

السلام عليكم

Assalamualaikum. Tujuan aku pos ni utk berkongsi cerita gembira hari ni.

Sebab inilah aktiviti pertama julung julung kalinya diadakan.

Iaitu Sweet Explorace.
Pesertanya student biotech 141 dan aku 151.

Idea ni diketengahkan oleh senior 141 denga tujuan utk membina dan merapatkan ukhwah antara senior dan junior batch 141 dan 151 respectively.

Aku tak tahulah kat U korang ada ke tak aktiviti macam ni. Oh ya,even aku junior. 1 st year lah katakana. Tapi kiteorang ada bond jugak taw dengan senior 3rd year. Akak usrah Nakama kiteorang pon dari kalangan third year.

Ok sambung pasal explorace tadi. Sejujurnya aku sangat sangat tak berminat nak pergi. Rasa cam malas giler. Dah lah berkumpul pukul 7.30 am! Awal kan? Nak explorace je pon. Hihi.
Pukul 7.40am baru aku decide utk pergi. Memang last minute. Tapi before pukul 8 aku dah sampai kat tempat berkumpul. Advance kannnn? Huhu
1 thing yang aku tabik senior 2rd year ni,dorang punctual taw. Seriously sangat memberi inspirasi kat kami 1st year utk jadi punctual jugak! walaupon aku ni sebenarnya jenis  most of the time punctual.

1 group tu campur senior and junior. Group aku 3 junior(semua sisters),1 senior sister and 2 senior brother. Kak Bella,bro maula and luqman. Seriously dorang sangat sporting tetapi ikhtilat still terjaga. Means takde lah over.

So far explorace ni best lah. Simple je pon game dia. Cuma last checkpoint(final destination) dia tu.. perghhh..

Meh nak cerita sikit…

Utk yang tak tahu,aku ni jenis geli nak pegang apa jenis ulat or serangga. Seriously seriauuuuu!
Lepas tu tadi,cabarannya ialah.

Ada 1 kotak pringles yang panjang tinggi bulat tu. Kena ambil something kat dalam tu. Disebabkan aku the only one yang tangan kecil dan boleh masuk dlaam kotak tu. So aku lah yang kena sahut cabaran tu. Ingatkan ada pringles je. Kau tahu ada apa dalam kotak tuuu?

Ada ulattt wehhhh! Ulat apa entah namanya tapi besar gedabak gemuk bulat bersisik warghhhhh! Dia tunjuk kat aku kotak tu. Aku tengok ada ulat terus aku mintak tukar orang. Pleaselah weh aku tak sanggup nak hadapi cabaran ni.

Yang ahli group aku plak semuanya tak tahu ada ulat kat dalam tu. So itu yang dorang duk push jugak aku utk sahut cabaran tu. So aku pon dengan muka tak rela terpaksalah seluk tangan aku kat dalam kotak tu.

Perghh bergesel beb bontot ulat tu kat jari aku. Serious geliii. Tapi aku bukanlah jenis sesetengah perempuan yang menjerit kalau geli dengan something je. Just buat –buat rilek and cool jer. kuis kuis cari barang dalam tu.
Dorang tengok aku cam rilek je so dorang ingat aku okay.

Lepas je aku dapat barang tu. Ahli group aku tengok isi dalam kotak tu. Terkezutt dorang sebab memang banyak giler ulat! Dorang terharu sebab aku sanggup buat cabaran tu dengan tenang walaupon aku jenis penggeli. Tapi ini tak bermakna hilang sudah kegelian aku terhadap ulat dan serangga.

Pastu petang tadi aku pergi taman bandar kat indera mahkota ni. Betul-betul depan uia Kuantan. Even harini hari jumaat tapi ramai jugaklah yang jogging tadi. Btw aku pergi taman bandar tu bukan utk beriadah yer. Aku pergi tu utk edar flyers festival beliawanis di Cyberjaya 28/11/15 ni. Boleh lah gugel yer.

Pergh ramai gak brothers yang jogging kat situ. Bolehlah cuci mata tengok abam sado. Hahahahaha. Eh mira,jaga mata ! tapi tak aurat kann. Lainlah kalau lelaki tengok awek cun yang biasanya tak jaga aurat. Huhuhhuuhuh..

Hihi gurau je lah. Takde maknanya aku nak ushar brothers kat situ.. tapi seriously kat situ memang 90% brother s je yang jogging. Interestingly,aku jumpa sorang budak maarif ni. Senior(brother). Aku noticed dia sebab aku jenis ingat muka. Tapi nama tu aku tak ingattt. Aku main agak jer nama dia. Tapi of koz lah aku tak tegur. And aku akan respond kalau dia tegur aku dulu. Biasalah perempuan kan. Poyo sikit.. hahahah kenalah jual mahal. Lulz.

Inshaallah malam ni aku ada ‘dating’ prektis tennis kat sport complex dengan member yang aku baru jer kenal tadi!!!aku rasa memang kiteorang ditakdirkan utk bertemu. Serious weh! Macam ada chemistry plak aku rasa. Oh ya,dia ni sisters yer. Jangan kecewa yer awak. Hahahahahah.

Ceritanya macam ni,aku memang plan nak prektis tenis malam ni tapi bola takde. Kalau nak bola kena ambil dari brothers. Then brothers plak lembap. So masa jumpa dia tadi,aku pon cerita la pasa aku nak ambil bola blab la bla. ditakdirkan,dia pon main tenis and ada bola. And ditakdirkan lagi,dia nak main malam ni! Dan ditakdirkan lagi dia nak main pukull 10pm! memang ditakdirkan betul! Sama wehhh plan dia dengan aku. APa yang aku nampk kat sini,Allah mempermudahkan urusan aku . Alhamdulilah. Yang penting apaaaaa?? Iaitu PUT YOUR TRUST IN ALLAH!

Ok rasanya itu jer. btw,esok aku ada program plak dengan orang asli paloh inai ke apa namanya. Doakan yaaaa… ^_^

Ok fine hari ni aku tak study. Nasib baik minggu depan quiz jer.

Terima kasih baca. ^^


Tuesday, 10 November 2015

Jangan Buat Kerja Orang Lain Walaupon Tahu

السلام عليكم

straight to the point je la eh.

letsay in group,each members diberi tugas. kau dapat task A,B,C. member1 kau dapat task D,E,F and member2 dapat task G,H,I.

yang kau ni bersungguh siapkan satu persatu task. kau mula dengan task A. dah la, 1 hari full kau siapkan task A dan B. fuhh lega giler bila dah siap. tinggal 1 je lagi task iaitu task C.

Tetiba kau tanya member1 dah buat sampai mana, dia kata dia buat task A dan B. masa tu kau  macam.. eh itu task aku kan. apehal kau plak yang buat der?!

jawapan si member1 tu..

" masa aku tengah buat pasal task D. aku jumpa banyak pasal task A dan B so aku buatlah task A dan B sebab aku rasa ia related dengan task aku"

Apa kau rasa macam tu? rasa sia2 tak kerja kau?

Oh ya,meh aku tambah lagi rasa what the jellyfish tu. member1 dah compile siap2 'kerja' dia tu kat dalam google doc! means dia nak kerja dia yang dipamerkan,bukan kerja kau...

takkan kau nak delete kerja dia and letak kau punya. kang tak pasal2 perang dunia plak.


Ok dalam hal ni,kalau aku jadi pemerhati. Seriously aku akan put all blame on member1. kau dah kenapa member1? even task A n B ada kaitan dengan task kau(taskD),tak yah lah gatal or terlebih rajin nak buat. even kau nak sangat buat,PLEASE lah inform dulu kat tuan punya task. jangan nak over rajin n konon-kononnya kau tak bersalah. iyelah,salah ke tolong member?

ok masalahnya sekarang ni bukannya salah tolong member tapi the way kau tolong tu sebenarnya tak tolong pon! lagi menyakitkan hati adelah!

weyh tolong ah beb! common sense kau mana ! tak faham2 lagi ke kerja in group! kalau gitu tak yah buat lah group. kau buat lah semuanya sendiri sebab in fact semuanya related kan!!!


last but not least,utk yang terlebih rajin over terlajak tu. aku tahu korang jenis semangat perwaja pewira perkasa sado semua,tapi pleaselah. aku tak suka kau sibuk-sibuk buat kerja aku then eveyone thinks yang aku plak tak buat kerja padahal kau dah take over kerja aku tanpa restu aku. aicewahh.

ok lah itu jer.

btw,ni bukan situasi aku yer. aku tengok banyak situasi camni dikalangan member aku. kalau jenis aku,aku still akan pertahankan kerja aku. iyelah,penat kot buat tetiba kerja orang lain yang diambil. dahlah bukan tugas dia.

Monday, 9 November 2015

Contact cikmira23

السلام عليكم

skema tak tajuk? ok sebenarnya macam ni,aku tahu blog aku ni tak famous amos sangat. yet,some of my beloved readers ada yang nak contact aku. ada yang nak tanya pasal my experience and so on.

yezza korang boleh jer komen kat post tu and i'll reply ASAP if neccessary. tapi,if uols perasan kadang seminggu lebih baru aku reply. aku bukan sengaja okay! netbuk aku ni aishh memang nak kena siram air mawar dulu kot baru nak laju macam bulletrain.

selalu hang,dan aku plak macam dah jemu nak layan so biasanya aku akan close je tab tu dan end up tak reply komen korang.

so kat sini,aku sarankan,korang mesej je kat fb lapuk aku ni.

https://www.facebook.com/mierayusof

juz direct pm okay. no need to send friend request sebab sekarang ni aku in mood inapprove strangers. hahaha bajet giloks.

PM je eh! aku akan reply. tapi serious taw,korang main2 nanti aku bukan setakat tak reply tapi block terus. nak ke nak? kalau nak buat lah..


whatsapp boleh tak mira? aku bukan apa. fon aku ni dah hang beb! conversation whatsapp aku tu dah bercampur dengan whatsapp cust,member2 dan group. so please jangan tambahkan lagi mesej whatsapp aku. aku dah fedup dengan whatsapp tapi nak buat camne. itu jer yang smua orang nak guna. redha je lah.


kalau nak emel pon boleh tapi aku tak jamin akan reply cepat. emel kat eeraacloset@gmail.com . aicewah emel business nampak. hahaha poyo jer.

ok lah itu jer. once more aku tegaskan,utk yang betul-betul ada urusan jer. and please dont expect me utk balas mesej korang sepantas kilat macam aku balas mesej suami. ops.. hahaha tersyasyuls sudah.

itu jer ^_^ selamat cuti pada hari selasa. yeayy takde kelas bio.hihi

Sunday, 8 November 2015

MJCM PART 1 KOTAK KALAM REVIEW

السلام عليكم


kabare waras semua?

First of all,aku nak memperkenalkan 1 terms baru iaitu MJCM- Mira Jalan Cari Makan.


so ini 1st place yang aku terjah iaitu KOTAK KALAM cafe.


cafe ni terletak di jalan teluk sisek. dekat dengan hotel vistana.

sebelum aku terlupa. cafe ni cuma menyajikan WESTERN dan DESSERT jer.

so for those yang mengidam nak makan western tu bolehlah ke cafe ni yer.

cafe ni start bukak petang sampai tengah malam.

Menu western yang available ialah segala jenis chicken chop chip chep chap dan jugak segala jenis pasta. boleh rujuk gambar ni.

Sservis? masa aku pergi tu,servis memang okay. laju jugak lah. rasanya tak sampai 15 minit pon makanan dah sampai.

Harga? of koz lah tak murah hihi. senang cerita standard harga lah. utk yang bajet bawah rm10 pon boleh makan kat sini tapi certain menu je la. kalau bajet bawah rm20. memang almost semua available utk order. ok lah kan?

Portion? portion dia memuaskan hati walaupon tak banyak sangat. tapi yang sure dia tak sikit sangat. means memang kenyang lah kalau orang macam aku makan,

decoration kedai? for me interesting. its good to make a different. kiteorang choose utk makan atas pintu.. sejibik macam pintu kat rumah aku.

waktu sesuai pergi x ramai orang? of kozlah lepas maghrib! tapi kena pergi betul2 lepas maghrib. macam aku pergi hari tu,pukul 6.30 gerak. tapi tak terus pergi cafe tu,singgah solat maghrib dulu kat masjid kuantan tu then baru gerak. masa tu orang boleh,


ok lah sampai sini jer . aku sajikan pic tapi 40% je taw. selebihnya nanti yer sebab aku tak sempat nak edit and pic tu ada kat folder lain.














Saturday, 7 November 2015

Cerita UIA kita - part 0

السلام عليكم

POST INI LAGHA! JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK MAHU BUANG MASA!


Alhamdulillah berlalu sudah minggu yang penuh 'sengsara' daripada assignment,presentation dan 2 mid exam!

Assignment utk subjek computer memang perghh tahap budak 4rd year beb! kna guna NCBI,blast bagai. aku incharge utk present journal jer.

1 thing yang aku rasa lega. aku dah takde stage freak! dah takde ketar lutut berdiri kat depan,dah tak de tangan shaking,dah takde air liur kering. everything was fine! last time seingat aku bermasalah cam ni time sem 1 baru masuk cfs. masa kelas BI. yang kena buat speaking kat depan tu. perghh.. tapi masuk je sem 3,menda tu makin pudar dan makin lama makin hilang. Aku siap dah boleh conduct majlis spontan lagi kat hall besar. cool en? haha

Tujuan aku post ni. nak share tentang jenis soalan exam kat UIA Kuantan ni. aku tak tahulah soalan dia memang cam ni kat semua U or kat sini jer macam tu.

Ok contoh utk subjek microbiology, ada 7 chapters yang masuk mid. 1 chapter dalam silbus tu kadang cover sampai 4 chapter dalam buku teks. so faham2 je lah betapa banyaknya kena hafal lagi2 tang bakteria dan sekutunya.

Tapi bila exam. soalan macammmmmm... what the fish! ade ke soalan subjektif tu. soalan pertama yang 10 markah tu. dia suruh bagi meaning plasma memberane,golgi apparatus.pili, cell wall and menda yang simple2 ! which is semua tu for me soalan utk form 4 kottt.  ok fine korang boleh lah kata itu soalan bonus utk kiteorang. nasib baiklah aku ingat2 lupa function dia. bukan apa,aku kan dah lama tinggal subjek biologi ni. almost 3 years kott dah clash ngan subjek bio. hahahah


Ok utk soalan chem plak. mak aii,bapokk sikit soalan yang keluar. aduii..aku rasa lagi stress kalau soalan yang sikit markah compared soalan yang banyak markah. 25 markah. 1 markah= 1%.


Soalan MGT lagi best, 7 chapters jugak. tapi slides tak sebanyak microbes lah yang ada hampir 800 slides utk 7 chapters. utk MGT ni,total slide maybe dalam 300+- camtu. hihi.

so far semua okay jer.

thankz to my roomates sebab sudi study sama2. sebab study ngan koranglah,aku boleh jawab soalan pasal centralization tu! hihi.

sekarang kiteorang dah ada Room Activity Centre(RAC). hahaha ingat mahallah je ke ada MAC(mahallah activity centre). kiteorang pon ada lah. ok dalam erti kata lain,kat bilik aku ni,ada compartment yang kosong. so kat situlah kiteorang lepak2,makan2,sembang2 gosip2,study semua!

ada hikmahnya farah duduk luar. iaitu kiteorang lebih erat dengan adanya RAC ni. hihi.


aku pon baru je lepas pekena nasilemak pukul 12am tadi. isk3 mira ni mana lah tak gemuk camni. jangan ikut macam saya ya..

ok lah itu jer. mata pon dah mengantuk. esok sabtu ada kelas MGT plak 9am-1pm. lama giler kan..

Last but not least,doakan aku dan kengkawan kat sini yer. Btw,aku bahagia kat kuantan ^_^

walaupon member still ramai tak kenal tapi kawan-kawan kat sini semua suwet muwitt muahh ciket.

thankz baca.


Monday, 2 November 2015

Aku di Kuantan ^_^

السلام عليكم

intro:

utk sisters uia kuantan,aku dah reti nak fix wifi connection if ada problem. boleh roger aku okay. hihi. tetiba rasa cam pakai it plak. lulz.


Member-member kat Gombak.
-Mira,apasal aku tak Nampak kau pon kat sini?
-Mira kau duduk mana? Mira kau dah tak nak jumpa aku lagi ke?
Member-member kat kuanta.
-Eh apasal kau kat sini(Kuantan)? Kau bukan engineering ke?
-Mira kan ni? Buat apa kat sini? Ada program ke?
- Miraaaaaaaaa…
Aduyaii comel sungguh gelagat kawan-kawan aku ni.
First of all, im soo sorry sebab tak inform korang. Especially memember se-geng engineering dulu.
Sorry  againnnnn sebab tak inform korang yang aku ada kat Kuantan. Mesti korang ingat aku kena campak kan kat sini.hihi.

Takdelah, ini bukan pilihan aku. Allah yang takdirkan aku study sini. Best tak bila dapat something yang kita perlu instead of something yang kita mahu tapi entah2 menda tu tak perlu pon buat kita.

 Oh  Kuantan tanah kelahiranku! Walaupon kau tak sebest kat Gombak tetapi aku akan terima kau seadanya..
Aku teringat satu quote ni.
“Kalau aku dapat pilihan pertama aku yakni pilihan aku. Aku hanya gembira sekali . tetapi kalau aku dapat pilihan kedua atau pilihan yang bukan pilihanku,aku gembira sepuluh kali gembira kerana ia  adalah pilihan Allah !”
Ok utk classmateku sem 1 13/14 until sem 1 15/16. Aku tukar kos last minute. Effect tukar kos tu ialah aku degree kat Kuantan.itu jerr. Sbb aku tukar ke fizikal sains.

So memberku sekalian,kalau korang rindu rindukan aku rajin2kanlah contact aku yer. Hihi. And kalau mai Kuantan tu jangan lupa inform taw! Rindu sangat sangat nak jumpa korang. Utk sisters je ea. And korang janganlah balik rumah awal sangat time cuti sem tu. Tunggulah aku balik rumah dulu then kita berjimba sesama ^^
Brothers tak rindu langsung kecualiii. Hahahhaa gurau jer.

sebelum aku terlupa.. aku nak share 1 berita gembira ni.

waktu cuti mid hari tu.. rupanya sorang classmate aku ni bertunang. member aku ni plak,dia direct intake. dulu dia study kat UiTM. tua setahun dari aku. means dia 21 tahun.

tadi dia tunjuk pic majlis tunang dia...tunang member aku tu dak uia gombak. umor 21 gak.. pastu siapa ntah pergi tanya nama dia. and bila dia sebut jer nama laki tu... aku terusssss...

wehh aku kenal kot lelaki tu ! dia pernah 1 team ngan aku. tak sangka betul. kecik je dunia ni. ok fine. aku pon masa tu tak terjangka yng aku kenal tunang dia. hahahahaha. tak sabar gilerr nak pergi kenduri kawen dorang ni.. serious excited plak ! lepas ni aku tak leh dah la mesej tunang dida. aicewahh macam pernah mesej jer. hahaha

Nabila,aku tumpang gembira atas pertunangan kau. jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dikebas orang. ^_^ semoga jodoh korang berpanjangan sampai bila-bila.  


Ok lah itu jer .. sekian